Вы находитесь на странице: 1из 2

BAHASA MELAYU TAHUN BAHAGIAN C / 2010

Latihan 1:

Tuliskan beberapa amalan baik yang kamu dapati daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu
mestilah tidak kurang daripada 50 patahperkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Hamdan bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak
sempat bersarapan. Dia terus mencapai basikal untuk pergi ke sekolah tanpa bersalam dengan
ibu dan bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghiraukan lampu merah lalu terus
memecut ke sekolah. Mujurlah tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan sekolah, murid-
murid telah berada di tapak perhimpunan. Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa
mengunci basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu “Negaraku” , dia masih lagi berlari untuk
masuk ke dalam barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati bahawa basikalnya telah
hilang. Dia telah diberi peluang tumpang oleh rakan untuk pulang ke rumah.

Isi-isi cadangan:

- Bangun lewat – Bangun awal supaya tidak tergesa-gesa ke sekolah.


- Menonton hingga lewat malam – Tidak digalakkan kerana menjejaskan kesihatan. Tidak cukup tidur.

- Tidak sempat bersarapan - Bersarapan terlebih dahulu mendapatkan tenaga untuk belajar.

- Tidak bersalaman – Bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa untuk mendapat restu.

- Melanggar lampu isyarat – Mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan.

- Berjalan semasa lagu “Negaraku” – Berdiri tegak untuk menghormati lagu kebangsaan.

- Memberi pertolongan kepada yang memerlukan.

Jawapan Contoh 1:

Berdasarkan petikan di atas, kita sepatutnya bangun awal supaya tidak tergesa-gesa untuk ke sekolah
seperti yang berlaku kepada Hamdan. Kita tidak sepatutnya menonton hingga lewat malam kerana
boleh menjejaskan kesihatan kita. Sebelum kita ke sekolah kita hendaklah bersarapan terlebih dahulu
bagi mengalas perut supaya senang belajar. Kita mestilah bersalaman dengan kedua-dua ibu bapa kita
bagi mendapatkan restu daripada mereka. Kita hendaklah mematuhi peraturan demi menjaga
keselamatan diri kita. Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah menghormati lagu kebangsaan negara
kita dengan berdiri tegak bukannya seperti yang dilakukan oleh Hamdan yang masih berlari. Apabila
rakan-rakan kita memerlukan bantuan, kita semestinya menghulurkan bantuan kepada mereka.
Kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan amalan-amalan yang baik dalam kehidupan harian kita.

Вам также может понравиться