Вы находитесь на странице: 1из 8

1.

0 PENGENALAN

Era informasi kini telah menjadikan dunia sebuah perkampungan global yang tidak
bersempadan.  Senario ini memberi kesan kepada dunia pendidikan. Generasi kini berupaya
mendapatkan informasi dan memperoleh ilmu serta kemahiran menerusi pelbagai media seperti
internet, perisian multimedia, rangkaian LAN dan WAN.  Sehubungan dengan ini, peranan guru
dalam pendidikan sepatutnya berubah sebagai seorang penyampai ilmu kepada seorang pengurus
pembelajaran yang berkesan.

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek
perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa.
Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta
memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran
berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif, bersesuaian
dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini.

Keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran di sesebuah sekolah,


kebanyakannya bergantung kepada strategi pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan oleh
guru-guru. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berpusatkan guru dan bergantung
penuh kepada buku teks antara faktor yang dikenalpasti menyebabkan pelajar cepat bosan dan
hilang minat dalam pelajaran .

Menurut Dr. Sharifah Maimunah Bt. Syed Zin, Pengarah Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia menyarankan strategi pengajaran dan
pembelajaran perlu merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru-guru
digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah akitiviti pengajaran
mengikut kesesuaian murid. Proses pengajaran dan pembelajaran telah memainkan peranan yang
amat penting dalam pendidikan yang berasaskan konsep pembelajaran berdikari (independent
learning) yang disokong oleh pembelajaran akses kendiri, kadar kendiri, terarah kendiri,
pembelajaran memusatkan pelajar, pembelajaran berasaskan bahan resos, pembelajaran yang
luas, pembelajaran terbuka dan pembelajaran berasaskan prinsip kolaboratif. Proses pengajaran
dan pembelajaran ini menerapkan kemahiran generik, kemahiran berfikir, kemahiran belajar,
serta kaedah- kaedah penilaian lain yang akan digunakan untuk menilai kemajuan pelajar.

Oleh yang demikian, proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu
proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan
pelajar atau berpusatkan guru.Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab
sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih
sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid,
pelajar adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju
proses pembelajaran.Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada
berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan
kematangan pelajar. Selanjutnya sebagai seorang pengurus pembelajaran, guru seharusnya
memahami pelbagai keperluan pelajar yang berbeza-beza. Ia juga perlu menguasai pelbagai
kemahiran dan pengetahuan  yang berkaitan dengan pengurusan pembelajaran bestari.

2.0 REFLEKSI

Berdasarkan pemerhatian saya dalam kajian tindakan ke atas pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Bahasa Melayu, saya telah mendapati murid-murid kurang mampu untuk mengarang
dengan baik tanpa bimbingan dan bantuan daripada guru. Keadaan ini timbul terutamanya bagi
karangan yang berbentuk fakta. Penyemakan terhadap karangan yang ditulis oleh murid- murid
semasa kajian tindakan ( pemerhtian ) memperlihatkan sebahagian besar karangan yang dikarang
oleh murid-murid tidak mencapai tahap yang memuaskan. Mereka seolah-olah kekurangan idea
untuk menghasilkan karangan.
Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (p&p) Bahasa Melayu, terutamanya dalam
pengajaran penulisan karangan, teknik Round Robin dan Round Table dirasakan sesuai untuk
membantu guru melaksanakan aktiviti berkaitan dengan penulisan karangan secara lebih
berkesan. Dalam masyarakat moden ini, proses p&p terutamanya kaedah p&p perlu diuruskan
dengan cara yang lebih. Tanpa proses pengajaran yang sistematik, p&p berkesan tidak mungkin
dapat dilaksanakan. Menurut Khalid (1993), pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang
teratur, bersistem, bertertib serta optimum yang menyatupadukan dan memanfaatkan kesemua
komponen pembelajaran untuk kejayaan yang paling maksimum.

Berdasarkan pengalaman saya ketika menjalani kajian tindakan, saya mendapati guru
memang memainkan peranan yang penting dalam membantu murid- murid mengolah isi-isi
semasa menjalankan proses penulisan karangan. Namun, murid-murid kurang dilatih untuk
meneroka maklumat sendiri berdasarkan pelbagai bahan sumber. Guru tidak berperanan
membantu menyaring dan menyusun maklumat yang telah dikemukakan oleh murid- murid.
Sebaliknya, guru sering kali menghadkan murid-murid dalam mengemukakan isi-isi. Pada
pendapat saya, teknik ini sudah tidak sesuai dengan sistem pendidikan kini yang mementingkan
pembelajaran bestari.

Karangan yang dihasilkan melalui teknik tradisional ini sebenarnya tidak akan
menunjukkan peningkatan dalam pencapaian murid dari segi kognitif dan afektif. Sekiranya
keadaan ini berterusan, masalah penulisan karangan dalam kalangan murid-murid sukar untuk
diatasi. Guru yang dedikasi akan sentiasa mencari idea yang baru dan lebih efektif dalam usaha
menghadapi cabaran yang pelbagai di sekolah. Guru perlu menghadapi bilangan murid yang
ramai dengan pelbagai aras kebolehan serta berbilang bangsa dan budaya dalam senario
pendidikan pada masa kini. Oleh itu, kerjasama dalam pasukan sangat diperlukan supaya setiap
individu dapat mencapai apa yang dihasratkan dan memperoleh manfaat bersama (Senge, 1994).
2.1 Pembelajaran Bestari
2.1.1 Pembelajaran Koperatif

Mutakhir ini, pembelajaran koperatif merupakan satu pendekatan yang banyak digunakan untuk
memupuk nilai kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan (Kagan, 1992). Pembelajaran koperatif
merupakan kaedah pengajaran yang generik di mana murid-murid dari pelbagai tahap
pencapaian bekerjasama sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan masalah,
menyempurnakan sesuatu tugasan, atau mencapai sesuatu sasaran kumpulan (Salvin, 1983).
Ahli-ahli kumpulan akan berbincang mengenai sesuatu kandungan yang dipelajari dan kemudian
memfrasa dalam keupayaan bahasa yang bersesuaian dengan aras kelas dan pengetahuan mereka
semasa menjalani pembelajaran dalam kumpulan.

Menurut Johnson & Johnson (1993), cara belajar secara koperatif menunjukkan bahawa
pembelajaran koperatif membawa (a) hasil pencapaian dan produktiviti yang tinggi, (b) lebih
prihatin, saling membantu dan mewujudkan perhubungan yang komited, dan (c) lebih sihat
secara psikologi, memupuk kemahiran sosial dan jati diri yang tinggi. Tambahan pula, kajian-
kajian oleh Kagan (1993) dan Cohen (1994), sebagai contohnya, juga menunjukkan bahawa
pendekatan tersebut membantu murid memperoleh pencapaian yang tinggi dalam bidang
akademik. Kesan- kesan yang memberangsangkan ini menjadikan pembelajaran koperatif salah
satu daripada strategi pembelajaran yang paling berharga kepada guru.

Sesi bercerita telah dirancang oleh guru pada permulaan sesi pengajaran. Memandangkan
murid – murid baru sahaja terdedah dengan puisi kanak- kanak, maka saya dapati guru
mengambil inisiatif untuk memberi pengenalan secara ringkas berkaitan dengan puisi kanak-
kanak selepas aktiviti set induksi dijalankan. Pada langkah dua dalam proses p&p, guru
membincangkan perkara yang berkaitan dengan perayaan yang disambut oleh kaum Cina,
terutamanya Pesta Tanglung. Langkah tersebut dilaksanakan sebagai persediaan kepada murid –
murid bersiap sedia untuk melakukan aktiviti pada langkah ketiga dalam p&p berkaitan dengan
penulisan karangan Bahasa Melayu. Seterusnya, guru membimbing peserta melengkapkan
sebuah puisi kanak-kanak yang bertajuk ‘Pesta Tanglung” dengan menggunakan teknik
penyoalan.
Pada langkah empat, guru memberikan arahan kepada para peserta untuk membentuk
kumpulan. Selepas mendengar arahan guru, semua ketua kumpulan membimbing ahli kumpulan
masing-masing untuk membaca puisi kanak-kanak yang telah dilengkapkan pada langkah ketiga
untuk mengukuhkan pemahaman tentang cara penulisan puisi kanak-kanak. Seterusnya, saya
mengedarkan satu puisi kanak-kanak bertajuk “Hari Kemerdekaan” untuk dilengkapkan oleh
setiap kumpulan. Guru kemudiannya memberikan arahan, iaitu setiap peserta dalam kumpulan
perlu mengutarakan idea kepada kumpulan secara bergilir-gilir mengikut putaran jam. Setelah
selesai aktiviti mengemukakan idea melalui teknik Round Robin, guru menerangkan aktiviti
seterusnya, iaitu mengemukakan idea masing-masing pada kertas melalui teknik Round Table.

Setelah wakil setiap kumpulan mengambil kertas, mereka beredar ke tempat masing-
masing. Mereka dibenarkan menulis serta mengemukakan idea mengikut keselesaan mereka.
Ketua kumpulan membimbing ahli masing-masing untuk menulis idea yang dikemukakan pada
ruang dalam kertas tersebut secara bergilir-gilir. Setiap kumpulan diminta mendeklamasikan
puisi secara bergilir-gilir untuk aktiviti seterusnya. Semasa setiap kumpulan mendeklamasikan
puisi di depan kelas, kumpulan yang lain membuat penilaian ke atas puisi yang dibentangkan,
bahasa yang digunakan dan gaya penyampaian. Setelah persembahan semua kumpulan, guru
kemudian memberi peluang kepada wakil bagi setiap kumpulan untuk menyampaikan hasil
penilaian mereka. Disamping itu, guru juga memberikan ulasan dan pendapat setelah kesemua
wakil kumpulan memberi komen. Guru juga memberi motivasi dan galakan kepada mereka yang
kurang menyerlah, diikuti oleh bimbingan dengan bantuan media pengajaran. Akhirnya, guru
meminta beberapa orang peserta membuat ulasan tentang pelajaran pada hari tersebut.

2.1.2 Pembelajaran kolaboratif


( Proses pengajaran dan pembelajaran ini menerapkan kemahiran generik)
Kemahiran generik adalah kemahiran dimana ia boleh digunakan pada pelbagai subjek kawasan
dan ia mengambil masa yang agak lama untuk memperolehinya kerana ia bergantung kepada
jenis kemahiran. Ini adalah atas apa yang Gagne rujuk kepada strategi kognitif dan kebanyakan
saintis kognitif merujuk kepada pengetahuan yang bergantung kepada domain. Terdapat
beberapa jenis kemahiran generik termasuklah kemahiran berfikir (seperti teknik penyelesaian
masalah), strategi pembelajaran (seperti mereka mnemonic untuk membantu anda mengingati
sesuatu)dan kemahiran metakognitif (seperti memerhatikan dan menyemak teknik penyelesaian
masalah atau teknik mencipta mnemonic anda). Kemahiran generik juga meliputi kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran pelajar, kemahiran menggunakan teknologi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, dan kemahiran mentaksir dan menilai pembelajaran.

Kemahiran generik ini telah lama diamalkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah, cuma ia tidak begitu didedahkan sebagai kemahiran generik. Antaranya kemahiran
berkerja dalam kumpulan, kemahiran berfikir kritis dan kreatif dan lain-lain. Terdapat banyak
kemahiran yang menerangkan kemahiran generik. Kemahiran generik terbahagi kepada beberapa
jenis kemahiran antaranya kemahiran berkomunikasi, kemahiran menggunakan teknologi,
kemahiran merancang dan mengelola aktiviti, kemahiran bekerja dengan orang lain dan dalam
kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran mengurus, memilih dan menganalisis
maklumat, dan kemahiran memahami budaya. Kemahiran-kemahiran ini juga sering digunakan
oleh guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah.

Pelajar mungkin mempelajari teknik atau cara dimana ia menggambarkan kemahiran


tertentu di dalam kelas, tetapi mereka perlu mengaplikasikan pengalaman tersebut di dalam
dunia pekerjaan sebenar. Untuk membantu pelajar belajar di dalam konteks, guru perlu
menguasainya terlebih dahulu dikalangan pelajar, mempunyai pengalaman berkerja di luar, dan
pengajaran disesuaikan untuk menyokong pengajaran sebenar (Giddens and Stasz 1999). Guru
juga mengalami masalah dengan kemudahankemudahan yang disediakan bagi proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. Ini kerana kemudahan yang disediakan biasanya tidak mencukupi
dan tidak menyokong kepada penggunaan kemahiran generik ini. Guru-guru juga tidak
didedahkan dengan kemahiran generik ini. Ini kerana tiada kursus atau sidang ilmu yang
menerangkan tentang kemahiran generik ini secara terbuka dan meluas.
2.2 Kebaikan/ Kekuatan
a) Pembelajaran koperatif menggunakan teknik Round Robin dan Round Table adalah seperti
berikut, iaitu:
1. dapat bekerjasama antara satu sama lain;
2. pelajaran lebih mudah difahami;
3. mereka dapat berbincang atau berkongsi pendapat; dan
4. mereka berpeluang untuk bergaul atau berkenalan dengan rakan-rakan.

b) Pembelajaran kolabaratif
Kemahiran generik juga dapat membantu guru menggunakan kaedah paling berkesan ke arah
mewujudkan pembelajaran lebih bermakna dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
kalangan pelajar. Ia juga membantu guru mempelbagai kaedah baru dan menarik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah. Ini bagi mengubah pandangan para pelajar
tentang kaedah pengajaran yang sama bagi setiap mata pelajaran. Ia juga penting dalam
mewujudkan pembelajaran yang lebih berkesan serta menyeronokkan. Ini penting bagi
menyiapkan diri para pelajar kepada bidang pasaran kerja dan juga mempunyai kemahiran
tambahan yang relevan dengan pasaran kerja.

2.3 Kelemahan
2.3.1 koperatif
1. Pembelajaran koperatif ini kerana kadar pembelajaran dianggap lambat.
2. Semasa proses pengajaran dan Pembelajaran pelajar “tidak sempat mengorganisasi dan
mencatat pendapat”. Kesuntukan masa juga merupakan salah satu masalah yang dihadapi semasa
melaksanakan teknik-teknik tersebut sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Para pelajar
memang dikehendaki menurunkan pendapat masing-masing dalam tempoh masa yang singkat
pada masa tersebut.
2.3.2 kolabaratif
1.Keadaan fizikal sekolah juga memainkan peranan penting, dimana kelengkapan yang diberikan
tidak memenuhi keperluan guru untuk menggunakannya. Ini kerana kebanyakan aktiviti
pengajaran tidak dapat dijalankan kerana kemudahan yang disediakan tidak mencukupi. Oleh itu,
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah agak terhad.
2. Semasa arahan dietician pada konsep kategori yang berbeza dibawah pengenalan seseorang,
seperti kemahiran generic

3.0 Cadangan Aspek Pembaikan

Вам также может понравиться