Вы находитесь на странице: 1из 5

EKADASTER DI MALAYSIA: KONSEP DAN PERLAKSANAAN

Oleh

SYAHNOR AFFAN BIN ABDUL GAFAR

Jabatan Kejuruteraan Geomatik

E mail: saag8185@gmail.com , Hp: 012-6159810

Konsep eKadaster merupakan salah satu projek e-Kerajaan dilaksanakan oleh JUPEM
dengan kos keseluruhan RM287 juta. Ia telah beroperasi sepenuhnya di seluruh Semenanjung
Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Pengenalan konsep eKadaster yang dibangunkan
oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan antara sistem ukur tercanggih
di dunia dan kini menjadi rujukan negara serantau. Sistem berkenaan berjaya memendekkan
proses pengukuran dan penyediaan pelan hak milik tanah daripada dua tahun kepada dua
bulan atau kurang. Konsep eKadaster menjadi projek ikon kepada JUPEM dan akan dapat
menghasilkan kejayaan yang besar kepada pembangunan negara serta kesejahteraan rakyat.

Seiring dengan perkembangan itu, ekadaster direkabentuk supaya profesion jurutera


geomatik/ jurukur tanah di Malaysia supaya memastikan objektif mempercepatkan sistem
penyampaian ukur Kadaster negara dapat dilakukan. Antara tujuan adalah meringkaskan proses
kerja sedia ada berkaitan Kadaster. Secara tidak langsung ia memantapkan dan menambaikan
produktiviti serta kualiti kerja disamping mempercepatkan masa.

Aplikasi Konsep eKadaster dibangunkan secara Web Base (melalui liputan internet).
Selain itu, pengguna boleh mengakses aplikasi pada bila-bila masa dan di seluruh tempat di
seluruh semenanjung Malaysia dan Labuan . Pemprosesan hasil kerja di lapangan boleh dibuat
secara ‘talian’ dan ‘realtime‘. Ia dapat mengurangkan penipuan dan meningkatkan kualiti serta
kejituan sesuatu pengukuran yang dijalankan dilapangan oleh jurukur.
Jurukur Tanah Berlesen tidak perlu lagi menyediakan Pelan Akui yang mana kelulusan
Pelan Akui akan dijana oleh sistem di JUPEM dan disahkan menggunakan tanda tangan berdigit
yang boleh dibuat secara ‘talian’ serta semua Pelan Akui disertakan dengan '2D Barcode' bagi
tujuan keselamatan. Maka, ia memudahkan urusan carian maklumat,semakan status dan
penghantaran kerja. Semua 'data lodgement' oleh Jurukur Tanah Berlesen adalah melalui
JUPEM2U. Ia dibuat secara 'talian', dengan kata laluan dan ID ditetapkan serta tidak perlu
menghantar kerja secara pos atau terus ke JUPEM.

Amalan pengukuran permulaan Kerja (Datum) dengan CRM (Cadastral Reference Mark)
kepada ‘Survey Accurate Coordinate’. Perhitungan Ukur digantikan dengan Pelarasan Ganda
Dua Terkecil yang sebelum ini menggunakan Kaedah Bowditch yang tidak lagi digunakan tetapi
masih boleh digunapakai. Selain itu, tidak perlu terabas tertutup kecuali masih menggunakan
pengukuran Kaedah Bowditch. Disamping itu, tidak perlu jarak asas untuk tanam pastian
menggunakan kaedah ‘point to point fixing’ ,tetapi ia terkecuali jika masih menggunakan
pengukuran Kaedah Bowditch bagi mendapatkan hasil kerja pengukuran yang lebih tepat.
Pelaksanaan Konsep ekadaster adalah menggunakan sistem unjuran koordinat Cassini Soldner
Geosentrik melalui GDM2000 dan ia memanfaatkan kaedah pengukuran Real Time Kinematik
dan MyRTKNet yang dibangunkan JUPEM. Selain itu, ia membolehkan pelbagai teknik
pengukuran Kadaster dijalankan yang selama ini adalah terbatas dengan kaedah yang lama.
Dengan adanya ekadaster, jurukur tanah berlesen dan jurutera geomatik boleh melakukan
pengutipan data bagi ukuran kadaster dengan menggunakan kaedah-kaedah Global Navigation
Sattelite Sistem (GNSS), terabas, radiasi, persilangan, silangalikan atau gabungan kaedah yang
dibenarkan oleh JUPEM.

Berdasarkan Peraturan Ukur Kadaster 2009 yang terbaharu, elemen koordinat


diutamakan dahulu, diikuti Bearing dan Jarak dimana sistem koordinat hendaklah di dalam
sistem koordinat NDCDB ( Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan ) .Ia
mengandungi maklumat lot, bering,jarak, nombor lot, keluasan, koordinat, tanda sempadan,
kod pentadbiran dan lain-lain yang telah ditetapkan oleh JUPEM.
Semua penghantaran Pelan kepada Pejabat Tanah dan Galian /Pejabat Tanah Daerah
untuk Penyediaan Hakmilik (FT) adalah secara 'talian' dan cakera liut (CD) tidak lagi dihantar
secara pos kepada PTG/PTD ia dilakukan supaya dapat memudahkan PTG/PTD menyediakan
‘Final Title’ khususnya melibatkan Hakmilik gantian sekiranya berlakunya masalah pemilik
seperti hilang dan sebagainya.

Kesimpulannya, eKadaster merupakan suatu sistem yang memanfaatkan teknologi


ICT,GIS dan ukur masa kini bertujuan untuk mempercepat dan memantapkan lagi sistem
penyampaian ukur kadaster negara melalui pengintergrasian sistem yang berkesan. Ia
melibatkan rombakan daripada proses kerja ukuran konvensional Bowditch dan Transit kepada
Survey Accurate Coordinate melalui Pelarasan Ganda DuaTerkecil dan pewujudan Pangkalan
Data Ukur Kadaster Berdigit Kebangsaan (NDCDB - National Digital Cadastral Database) serta
Pangkalan Data Ukur Strata / Stratum / Marin. Secara tidak langsung peranan JUPEM sebagai
pusat yang memberikan sumber maklumat dan ia boleh membantu jurutera geomatik/ jurukur
tanah di Malaysia untuk memantapkan amalan profesion supaya ia dapat berdaya saing, efektif
dan kompeten. Selain menjadi sebuah Negara yang berkembang pesat serta maju pada tahun
2020, perkembangan sistem pengukuran seperti ekadaster perlulah seiring oleh jurutera
geomatik/ jurukur tanah di Malaysia supaya ia dapat mempertingkatkan mutu dan kualiti
pengukuran dan ekonomi secara keseluruhannya.
Rajah:Proses Kerja eKADASTER (Ukuran Hakmilik Tanah)

RUJUKAN

 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=0126&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm&arc=hive
(4/2/2011)

 http://ekadaster.clicdev.com/f/?CDCookie=ekadaster&trk=ekadaster&showtopic=16
(22/2/2011)
 Amalan Ikhtisas SGU4342, Mohamad Saupi Bin Che Awang, Julai 2010, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai Johor Bahru ,Johor Darul Takzim, Malaysia.

 Pekeliling Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan Bilangan 6 Tahun 2009


- Garis panduan amalan kerja ukur kadaster dalam persekitaran ekadaster
 Pekeliling Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan Bilangan 5 Tahun 2009
-Peraturan Ukur Kadaster 2009

Вам также может понравиться