Вы находитесь на странице: 1из 4

BAHAGIAN B (INDIVIDU)

Secara individu, sediakan esei pendek bagaimana pengetahuan pelbagai budaya


yang anda pelajari dapat membantu mewujudkan satu bilik darjah yang mesra
budaya.

Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang terdiri daripada


masyarakat Melayu, Cina, India dan kaum-kaum peribumi yang lain. Meskipun
masyarakat kita berbilang bangsa dan mempunyai latar belakang yang berbeza, namun
begitu, masyarakat Malaysia boleh hidup bersatu padu dengan aman dan damai
disamping saling menghormati hak dan kebudayaan kaum masing-masing. Bahkan,
kepelbagaian kebudayaan di negara kita ini telah menjadi contoh kepada kebanyakan
negara. Pengetahuan tentang kepelbagaian budaya ini juga sangat penting dalam
mewujudkan satu bilik darjah yang mesra budaya.

Sebelum saya membincangkan dengan lebih lanjut tentang bilik darjah yang
mesra budaya, kita perlulah memahami dengan lebih terperinci definisi bilik darjah yang
mersa budaya itu terlebih dahulu. Bilik darjah secara umumnya boleh didefinisikan
sebagai satu ruang di mana murid-murid akan menjalani rutin belajar atau menerima
seberapa banyak input yang berguna sebagai persediaan menjadi insan yang
cemerlang. Di sini juga, kebanyakkan pembelajaran berlaku secara formal dan tidak
formal. Manakala mesra pula merujuk kepada perbuatan bergaul atau bercampur
dengan baik yang melibatkan hubungan antara manusia. Menurut Kamus Dewan Edisi
ke-3 1996 : 180, budaya pula boleh ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban.
Justeru, bilik darjah yang mesra budaya boleh disimpulkan sebagai sebagai satu ruang
yang kondusif serta mempunyai hubungan yang baik antara individunya yang berbilang
bangsa dan agama.

Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah
amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran lebih-lebih apabila ianya melibatkan
pelajar-pelajar dari pelbagai latar belakang etnik. Ini kerana, persekitaran bilik darjah
merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Konsep persekitaran fizikal bukan sahaja meliputi aspek
kemudahan prasarana bahkan ianya juga melibatkan membentukan iklim pembelajaran
yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang
budaya dan sosial setiap pelajar itu.

Sebagai seorang guru, antara langkah yang boleh saya ambil ialah menyusun
atur tempat semula tempat duduk para pelajar di dalam bilik darjah supaya terdapat
kesamarataan taburan di antara pelajar-pelajar dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak
hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Saya juga akan
menyusun kedudukan meja secara kumpulan berempat dalam satu barisan yang
dibahagikan kepada dua iaitu di sebelah kanan dan kiri kelas. Selain membantu
melancarkan trafik, susunan yang berorentasikan seperti susunan makmal ini juga
sangat sesuai kerana ia menggalakkan komunikasi dan interaksi antara ahli kumpulan
terutamanya sewaktu perbincangan. Oleh itu, saya juga akan memperbanyakkan
latihan secara berkumpulan bagi menggalakkan komunikasi antara rakan sekumpulan
yang berbilang kaum. Selain bertukar pendapat, mereka juga dapat mengenal dengan
lebih dekat lagi budaya dan cara belajar kaum lain. Sebagai contoh, kaum cina sangat
menitik beratkan subjek matematik. Sikap rajin mereka ini dapat memotivasikan kaum
melayu dan india yang sekumpulan dengan mereka. Secara tidak langsung, saya juga
dapat membantu meningkatkan prestasi para pelajar saya melalui motivasi intrisik.

Seterusnya, saya juga sepatutnya menyediakan satu sudut infomasi yang


dikenali sebagai sudut budaya. Sudut ini akan dipenuhkan dengan buku-buku dan
infomasi kebudayaan pelbagai kaum. Pada sudut ini juga, saya akan meletakkan
sebidang permaidani supaya para pelajar boleh duduk bersila dan membaca buku-buku
yang telah disediakan. Sudut ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada
pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan pelbagai etnik di negara
ini. Secara tidak langsung, para pelajar juga dapat memupuk nilai-nilai murni seperti
hormat-menghormati, bertoleransi dan bersatu-padu yang merupkan komponen penting
untuk mewujudkan perpaduan kaum. Selain itu, saya juga boleh menyediakan satu lagi
sudut tambahan iaitu sudut sejarah dan patriotik. Pada sudut ini juga, saya boleh
mempamerkan gambar-gambar bersejarah dan pakaian tradisional pelbagai etnik di
negara ini yang biasanya dipakai sewaktu perayaan. Sudut ini bertujuan untuk
menyedarkan para pelajar betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari
pelbagai latar belakang etnik dalam mewujudkan sebuah negara yang aman dan
makmur. Secara tidak langsung, ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya
dalam bilik darjah.

Antara langkah lain yang boleh saya ambil ialah menghias bilik darjah dengan
aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural –mural. Tema bagi lukisan mural ini
pula berkisarkan perayaan dan kebudayaan pelbagai kaum etnik di negara ini. Aktiviti
ini merupakan salah satu aktiviti yang sesuai dilakukan oleh pelajar-pelajar dari
pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan
dalam diri mereka. Perbincangan serta persediaan untuk menyediakan lukisan mural
secara tidak langsung dapat memupuk nilai toleransi dan bekerjasama antara pelajar
berbilang kaum. Secara tidak langsung saya telah berjaya memujudkan persekitaran
mesra budaya didalam kelas saya.

Perkembangan sosial dan emosi juga merupakan aspek yang sangat penting
dalam kehidupan seseorang. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran seseorang
pelajar itu dan membolehkannya belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakannya.
Seseorang guru itu haruslah, bijak dalam menguruskan sosio-emosi para pelajarnya
kerana kegagalan untuk menguruskannya dengan berkesan akan memberi impak
kepada pencapaian pelajar. Sebagai seorang guru, perkara pertama yang harus saya
lakukan ialah memahami latar belakang dan gaya pembelajaran para pelajar saya
terlebih dahulu supaya setiap pengajaran dan pembelajaran saya tidak menyinggung
perasaan ataupun menyentuh sensitiviti mana-mana kaum. Oleh itu, saya boleh
meminta setiap murid memperkenalkan diri mereka dan menceritakan serba sedikit
tentang latar belakang mereka sebelum memulakan kelas pertama saya bagi
mendapatkan sedikit infomasi tentang latar belakang mereka. Saya juga boleh
menyemak biodata peribadi mereka untuk mendapatkan infomasi-infomasi ini. Sebagai
sorang guru, saya juga mestilah sentiasa peka dan mengambil tahu adat resam dan
kebudayaan kaum di sekeliling saya supaya tidak mengahadapi kesukaran di kemudian
hari kelak. Ini penting dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yag mesra budaya dan
bebas daripada sebarang perselisihan faham antara kaum di dalam kelas saya.
Antara strategi yang boleh saya gunakan untuk menggalakkan interaksi sosial
dalam sebuah kelas yang mersa budaya ialah menggunakan pendekatan pembelajaran
kooperatif. Sebagai seorang guru, saya seharusnya memperbanyakkan aktiviti secara
berkumpulan seperti membina model kapal angkasa, mereka cipta logo dan mereka
cipta buku cerita besar. Saya akan membahagikan setiap kumpulan ini dengan pelajar
pelbagai kaum. Ini bertujuan untuk menggalakkan komunikasi dan interaksi antara
meraka. Selain mengukuhkan lagi kefahaman murid terhadap konsep, aktiviti
berkumpulan ini juga mampu melahirkan sikap saling bertanggung-jawab, memahami
dan bersatu-padu dalam diri setiap pelajar bagi menyiapkan tugasan yang telah
diberikan

Selain itu, saya juga akan menggunakan pendekatan ‘belajar melalui bermain’.
Bermain adalah proses spontan yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran
dan kemahiran. Saya akan memulakan setiap sesi pembelajaran saya dengan kuiz,
permainan kecil seperti melengkapkan puzzle atau lego. Sewaktu bermain, murid-
murid akan berusaha untuk melengkapkan permainannya sesempurna yang boleh.
Sebagai contoh, dalam permainan lego, setiap ahli kumpulan akan berusaha untuk
membentukkan objek yang telah dipilih dengan sehabis baik untuk menandingi rakan-
rakan yang lain. Para pelajar akan bekerjasama mengatasi masalah mereka dan lebih
berfikir untuk menghasilkan idea yang lebih kreatif. Secara tidak langsung, saya juga
dapat melahirkan pelajar yang lebih kreatif dan inovatif melalui pedekatan ini disamping
menggalakkan interaksi antara kaum.

Kesimpulannya, pengetahuan tentang pelbagai budaya amatlah penting dalam


membantu mewujudkan satu bilik darjah yang mesra budaya. Guru haruslah
mengambil tahu latar belakang pelajar dan kepelbagaian perbezaan antara individu
pelbagai kaum dalam merancang bilik darjah yang mesra budaya. Ini kerana bilik
darjah yang mesra budaya dan kondusif juga mampu menyumbang ke arah pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan.

Вам также может понравиться