Вы находитесь на странице: 1из 2

1.

0 PENGENALAN

Sintesis bagi alkaloid ini adalah merujuk kepada sintesis untuk mengenalpasti komponen-

komponen flavonoid dalam tumbuhan Carmichaelia. Carmichaelia merupakan sejenis

tumbuhan endemik iaitu hanya boleh dijumpai di Kepulauan Lord Howe, New Zealand.

Pokok dewasa tumbuhan ini menunjukkan ciri-ciri yang bertentangan berbanding tumbuhan

kerdil yang tumbuh renek di sepanjang padang terbuka dan pinggiran sungai Lord Howe.

Pokok dewasa akan kehilangan daun-daunnya dan mengubahsuaikan sendiri dahan-

dahannya untuk menjalankan proses transpirasi dan juga fotosintesis.

Carmichaelia dewasa

Carmichaelia dikelaskan kepada Leguminosae alkaloid walaupun pada dasarnya,

analisis terhadap spesis ini mendapati bahawa tidak terdapat unsur alkaloid pun di dalam

tumbuhan ini. Ini terbukti apabila belum terdapat sebarang kajian yang berjaya membuktikan

bahawa terdapat flavanoid dalam spesis ini.

2.0 KAEDAH MENSINTESIS FLAVANOID BAGI CARMICHAELIA

Sampel Carmichaelia dikulturkan di Taman Eksperimental. DSIR, Lincoln. Flavanoid

diekstrak daripada 10 g dahan kering dan analisa permulaan melalui kromatografi kertas

dua dimensi (2D-PC) dan diikuti oleh prosedur eksperimen Mabry et al. menggunakan

kertas kromatografik. 100 mg daripada hasil ekstrak ini disalurkan ke dalam setiap
kromatogram t-BUOH:HOAc:H2O, 3:1:1 dan juga dalam 15% HOAc. Kromatogram yang

telah terbina ini dirujuk di bawah cahaya sinaran UV dan dengan kehadiran wap ammonia

bagi membolehkan bintik-bintik glykosid flavanoid dikesan.

Bintik-bintik flavanoid ini kemudiannya ditulen menggunakan 1D-PC oleh H2O:

HOAc, 9:1. Flavanoid ini dipastikan sebagai O- dan C-glykosid melalui spektroskopi

penyerapan sinaran UV ke atas spektrofotometer Unicam SP800B yang menggunakan

metanol, NaOMe, dan juga aluminium klorida sebagai reagen dan asid hidrolisis sebagai

mandian wap. Aglikon daripada O-glykosid telah dikenalpasti melalui kromatografi dua-

lapisan dua dimensi dan juga melalui spektroskopi sinaran UV untuk dibandingkan dengan

sampel kawalan. Rawatan dengan asid telah mengesahkan kehadiran aglikon dalam

tumbuhan ini.

3.0 KESIMPULAN

Sintesis bagi tumbuhan spesis Carmichaelia ini dijalankan terhadap lebih 30 genus yang

terdapat di seluruh Kepulauan Lord Howe, NewZealand. Analisis flavanoid dijalankan ke

atas tumbuhan ini memandangkan populasi bagi spesis ini adalah banyak di serata New

Zealand. Dicadangkan supaya lebih banyak kajian dijalankan ke atas taksonomi

Carmichaelia bagi mengesahkan kehadiran komponen-komponen flavanoid sebagaimana

yang diakui.

Вам также может понравиться