Вы находитесь на странице: 1из 17

Masyarakat moden mempunyai segolongan ahli-ahli yang ditugaskan menjadi

guru dan pendidik bagi mendidik generasi muda supaya menjadi ahli masyarakat dan
rakyat yang berguna dan berkesan mengikut aspirasi negara yang berkenaan. Terdapat
juga masyarakat yang meletakkan guru atau pendidik sebagai insan yang mulia dan
berjasa kerana merekalah yang bertanggungjawab mendidik manusia bagi melahirkan
generasi berilmu serta sanggup melaksanakan tugas terhadap diri, keluarga,
masyarakat dan negara. Guru dalam sejarah hidupnya sentiasa menghargai kejayaan
anak didiknya serta sanggup bekorban dan melakukan apa sahaja untuk manfaat dan
kesejahteraan orang lain. Peranan guru adalah luas. Guru adalah pendidik,
pembimbing dan pendorong. Dia juga penyampai ilmu, penggerak dan penasihat. Ini
bermaksud, guru atau pendidik mempunyai tugas dan tanggungjawab yang mencabar.
Pendidikan dan pembinaan negara adalah berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa
pendidikan, proses pembinaan negara tidak akan tercapai. Sesebuah negara perlukan
warganegara yang terdidik dalam semua aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual
seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Situasi ini juga
menunjukkan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu digalas oleh guru dalam
mendidik anak bangsa mencapai matlamat negara. Di sinilah pentingnya watak-watak
murni untuk dibentuk dalam diri murid agar hasrat untuk mencapai produk yang
berkualiti menjadi realiti. Ini semua hanya akan dapat dilakukan sekiranya warga
pendidik dapat melaksanakan peranan mereka terutamanya dalam usaha
memperkukuh perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan serta
membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi
globalisasi. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks
dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa
dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati. Gurulah
yang bertanggungjawab mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu,
berakhlak mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri
dalam masyarakat pada masa depan. Kaum guru merupakan anggota sekolah yang
melibatkan diri secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan
di sekolah. Peranan guru disekolahlah yang memainkan peranan amat penting dalam
membentuk seseorang insan. Antara peranan dan tanggungjawab guru ialah:
G
lT
p
M
d
H
b
D
ig
s
a
n
e
P
r
k
o
K
t
m
u
j
h
Rajah 4.1: Peranan guru dalam membentuk insan

Mok Song Sang (1996)

Yang pertama, peranan guru sebagai tenaga pengajar. Menurut Mok Song
Sang, dalam bukunya Falsafah dan Pendidikan di Malaysia (2009), ada menyatakan
dari perspektif agama Islam: setiap orang Muslim ada bertanggungjawab mengejar
ilmu, belajar perkara baru dan mencipta alat-alatan, melalui petikan ini kita dapat
melihat bahawa agama turut menekankan semua penganutnya untuk menimba ilmu.
Bagi memudahkan seseorang individu untuk mempelajari perkara baru dari awal lagi
guru memainkan peranan yang penting sebagai tenaga pengajar untuk membantu atau
mendidik individu tersebut. Peranan guru sebagai pendidik merupakan peranan-
peranan yang berkaitan dengan tugas-tugas memberi bantuan dan dorongan, tugas-
tugas pengawasan dan pembinaan serta tugas-tugas yang berkaitan dengan
mendisiplinkan anak agar anak itu menjadi patuh terhadap peraturan-peraturan sekolah
dan norma hidup dalam keluarga dan masyarakat. Tugas-tugas ini berkaitan dengan
meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan anak untuk memperoleh pengalaman-
pengalaman baru seperti pengamalan kesihatan jasmani, berdikari, tanggungjawab
kemasyarakatan, persiapan.untuk perkawinan dan hidup berkeluarga dan hal-hal yang
bersifat personal dan spiritual. Oleh karena itu tugas guru dapat disebut pendidik dan
pemeliharaan anak.

M
r
u
G
d
y
n
e
b
l
p
e
K
a
i
r
I
,
n
e
c
K
k
a
i
i
g
a
i
s
k
a
r
e
t
g
b
s
d
e
a
K
n
b
i
l
g
e
P
n
d
a
g
e
t
c
n
a
R i
h
a
n
a
t
n
a
g
j
a
g
n
e
M
d
i
r
u
M
p
j
a
g
n
e
M r
a
r
a

Rajah 4.2: Guru menjadi tenaga pengajar

Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007)

Guru menjadi tenaga pengajar ialah dengan menyediakan rancangan mengajar dan
melaksanakannya dalam bilik darjah mengikut strategi pengajaran yang sesuai. Banyak
yang perlu diambil kira apabila menyediakan rancangan mengajar seperti yang
diterangkan oleh:

Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007) “Persediaan mengajar oleh guru akan melibatkan
masa yang berbeza mengikut pencapaian murid, kelas, bahan, dan kearifan individu
guru. Objektif dan isi pelajaran disusun mengikut keutamaan atau kefahaman murid,
seperti bermula daripada aspek yang mudah kepada yang lebih sukar, aspek yang
berada dalam pengetahuan atau pengalaman murid kepada perkara yang belum
berada dalam pengetahuan dan pengalaman mereka.”

Rancangan pengajaran inilah yang selalu dijadikan panduan bagi seseorang guru.
Rancangan pengajaran penting untuk membantu memudahkan guru untuk mengajar,
pengajaran guru akan lebih teratur dan mudah difahami. Guru hendaklah menyediakan
rancangan mengajar lebih awal lagi, supaya guru tersebut dapat bersedia dengan
semua bahan-bahan yang diperlukan untuk mengajar. Rancangan pengajaran juga
boleh menjadi bukti berlakunya P&P setiap hari. Selain itu kepelbagaian kaedah
pengajaran juga penting bagi guru untuk menjadi tenaga pengajar.
Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007). “Pembelajaran akan berjalan dengan lancar,
menarik dan berkesan sekiranya guru menggunakan pelbagai kaedah yang
bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru
perlu sentiasa mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan penggunaan
sesuatu kaedah.”

Di dalam pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah memastikan kaedah yang


digunakan sentiasa berubah atau diperbaharui. Ini bagi memastikan supaya murid
sentiasa tertarik dengan pengajaran guru tersebut. Bagi menjadi seorang guru yang
cemerlang, guru tersebut mestilah kreatif dalam memikirkan cara-cara baru untuk
melaksanakan aktiviti di kelas. Memikirkan kaedah baru untuk pengajaran merupakan
antara cabaran utama bagi seorang guru. Antara perkara yang paling penting bagi
membolehkan guru menjadi tenaga pengajar ialah keceriaan, interaksi dan penglibatan
murid

Mohamad Johdi Hj. Salleh (2007) “Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti
penglibatan murid-murid dalam pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan interaksi
kependidikan pelbagai hala guru-murid, murid-murid, dan murid-guru menjadi teras
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Murid akan merasa pendapat dan
kehadirannya diperlukan serta dihargai. Murid-murid perlu mengenali di antara satu
sama lain, saling berinterkasi dan menggunakan panggilan baik-baik serta digemari
yang membuktikan saling communicate with interest and enthusiasm.”

Interaksi antara guru dan murid amat penting sekali. Tanpa interaksi kedua-dua pihak
ini. Proses pembelajaran tidak akan berlaku. Melalui komunikasi dengan muridlah, guru
dapat memahami muridnya. Dia dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan murid
tersebut. Dengan ini ia membolehkan guru tersebut menjadi tenaga pengajar yang
berjaya membantu anak muridnya, sehingga anak muridnya cemerlang dalam
akademik.

Yang kedua, guru sebagai pengerak pembelajaran. Pengerak pembelajaran


ialah apabila guru membimbing murid-murid supaya mereka berusaha belajar secara
individu atau secara kumpulan Mok Song Sang (1996).
John Dewey (1859-1952) di dalam buku Mok Song Sang (2009) “Guru yang berkesan
adalah guru yang memainkan peranan sebagai pembimbing dan penasihat dengan
membimbing pelajar mengunakan kaedah inkuiri dan penemuan untuk memperoleh
ilmu pengetahuan melalui usaha diri sendiri.

Guru hendaklah menggalakan pelajar mengambil inisiatif sendiri dan mengunakan


kaedah kerja praktik dan pengalaman sedia ada untuk memperoleh ilmu pengetahuan
dan menguasai kemahiran menyelasaikan masalah.”

Amatlah penting bagi seorang guru untuk mendidik anak muridnya dalam pembelajaran
murid tersebut. Bimbingan guru inilah yang membantu menyediakan murid tersebut
untuk melakukan kerja secara individu dan berkumpulan. Guru merupakan insan yang
dipertanggungjawab untuk mendidik murid-murid dengan segala ilmu pengetahuan
supaya mereka dapat mengembangkan segala aspek yang ada dalam diri mereka iaitu
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Semua aspek ini perlu
diperkembangkan untuk membentuk personaliti unggul di dalam membina
kepemimpinan yang kental. Personaliti unggul inilah bakal diterjemahkan menerusi
peribadi mulia, mempunyai sifat amanah dan kepemimpinan mulia serta berdisiplin
dalam setiap tugasan yang dijalanakan. Selain itu juga guru perlu membimbing murid
untuk meningkatkan keupayaan, minat dan bakat murid bagi menguasai ilmu
pengetahuan dan kemahiran.

P
j
a
g
n
e a
r
n
h
d
e
a
K
r
c
s
j
a
g
n
e
P -
a
r
n
h
d
e
a
k
l
p
m
u
k
r
a
c
e
s a
e
n
k
s
l
g
n
a
Y
u
v
d
i
y
s
t
n
a
c
r
e
b m
u
a
n
u
g
i
D
g
r
e
p
( k
a
n
r
o
)
p
u

Puan Fadzilah Abd Rahman

Rajah 3: Kaedah-kaedah yang digunakan


Kaedah yang pertama digunakan guru sebagai pengerak pembelajaran ialah
pengajaran secara individu. Pengajaran secara individu biasanya mengamalkan cara
pengajaran yang menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid tertentu
dengan bahan-bahan pengajaran yang dikhaskan kepadanya. Pengajaran cara ini
diasaskan kepada pengakuan bahawa setiap murid adalah berbeza dari segi intelek,
minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain. Kesemua pengajaran
individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan pencapaian serta kadar
kepantasan murid. Pengajaran cara ini pada keseluruhannya bertujuan supaya murid-
murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri. Guru hendaklah menggalakkan
murid mengambil inisiatif sendiri dan mengunakan kaedah kerja praktik dan
pengalaman sedia ada untuk memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran
menyelasaikan masalah. Kaedah yang kedua ialah pengajaran secara kumpulan.
Pengajaran secara kumpulan sebaya adalah satu lagi cara menyampaikan pelajaran
yang boleh dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Kaedah pengajaran ini memerlukan
seorang murid itu untuk mengajar atau membimbing rakan-rakannya yang lain. Kelas
yang dikendalikan melalui cara ini biasanya mengandungi pelajar-pelajar yang hampir-
hampir sama dari semua segi. Mungkin mereka berbeza dari segi kecerdasan. Walau
bagaimanapun, dalam banyak hal, seperti umur, minat, kecenderungan, dan
kepentingan, mereka adalah serupa. Pengajaran secara kumpulan sebaya,
menggalakkan murid-murid berinteraksi sesama sendiri secara bebas. Cara ini
biasanya menggalakkan perkembangan kemahiran-kemahiran interpersonal. Kaedah
yang seterusnya ialah pengajaran secara kelas bercantum. Pengajaran secara kelas
bercantum biasanya dilakukan dengan menggabungkan dua atau beberapa kelas
menjadi satu kumpulan kelas. Keadaan begini kerap berlaku di sekolah-sekolah rendah
yang murid-muridnya terhad kepada bilangan yang amat kecil. Kemungkinan juga ia
boleh berlaku jika sesebuah sekolah itu tidak mempunyai cukup guru untuk ditugaskan
mengajar kelas-kelas tertentu. Pengajaran secara kelas bercantum, biasanya
menggunakan kaedah kumpulan, iaitu murid-murid yang berkebolehan dan yang
berada di tahap yang lebih kurang sama dikumpulkan bersama. Oleh yang demikian,
pengajaran cara ini memerlukan guru-guru yang sanggup bekerja keras, rajin,
berdedikasi, dan bertanggung jawab. Mereka juga harus bijak dan boleh menyesuaikan
kaedah pengajaran dengan keadaan sebenar di dalam kelas.

Peranan guru yang ketiga ialah sebagai pendisiplin yang bertanggungjawab


menjaga disiplin murid-murid serta membantu mereka membentuk sahsiah dan
kelakuan yang sejajar dengan nilai dan norma masyarakat Mok Song Sang (1996)..

Socrates (469-399 SM) di dalam buku Mok Song Sang (2009) “Ilmu ialah berbudi
perkerti mulia. Kehidupan manusia tidak dinilai merupakan kehidupan yang tidak
berguna.”

Plato (428-348 TM) di dalam buku Mok Song Sang (2009) “Pendidikan ialah suatu
proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Pendidkan juga memberi
latihan moral kewarganegaraan yang baik.”

Semua tokoh-tokoh di atas menekankan bertapa pentingnya nilai murni. Disiplin


merupakan sesuatu yang amat penting sekali. Disiplin perlu ada dalam diri semua
orang tidak kira tua atau muda. Namun begitu displin dalam diri seseorang itu mestilah
diterapkan dari kecil lagi. Jika seseorang individu tidak mempunyai disiplin dalam diri,
dia akan menjadi seseorang yang selalu melanggar undang-undang dan selalu
memberontak kerana tidak berpuas hati dengan undang-undang yang disediakan. Jadi
ini menunjukkan bertapa besar tanggungjawab dan peranan seorang guru sebagai
pendisiplin. Ketekunan guru dalam mengunakan disiplin demi melancarkan proses
pembelajaran amat penting. Dalam pendidikan, ketekunan merupakan syarat utama
untuk mendidik dan membimbing pelajar untuk tujuan pendidikan. Bimbingan dan
pendidikan hanya mungkin terjadi apabila ada kepatuhan dari pihak pelajar dan
kepatuhan diperolehi apabila pihak pendidik pendidik mempunyai ketekunan.
Ketekunan dan kepatuhan merupakan dua hal yang saling berkait antara satu sama lain
untuk menjamin adanya disipin. Guru juga berperanan dalam mendidik murid-muridnya
berakhlak mulia supaya menjadi insan yang mulia. Dalam hal ini, pendidikan moral dan
agama adalah penting. Guru hendaklah mendidik pelajarnya cara berhubung,
berkomunikasi, adab makan, adab berpakaian, adab bergaul dan sebagainya supaya
mereka menjadi insan yang berilmu dan bersahsiah selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Bukan itu sahaja, guru juga mestilah menjaga disiplin murid
sejak dari peringkat awal lagi. Ini kerana bertujuan untuk mendidik murid-murid untuk
menjadi warganegara yang mematuhi peraturan-peraturan dan tingkah laku yang baik
dan cekap dalam pengurusan pentadbiran serta keupayaan mempertahankan
kedaulatan negara.

Lim (1981) di dalam buku Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob (1990)
“melaporkan bahawa pengetua dan nazir sangat memandang berat kepada peranan
guru sebagai pengawal disiplin”.

Daripada kajian Lim (1981) kita dapat melihat bagaimana pentingnya peranan guru
sebagai pendisiplin. Jika ditinjau pendapat guru mengenai peranan tersebut, ramai guru
akan mengatakan ini bukanlah satu peranan mudah. Untuk menjadi seorang
pendisiplin, guru tersebut mestilah bersedia dari segi mental dan fizikal. Kebanyakan
guru pelatih yang baru tamat latihan mengajar akan menyedari bahawa segala teori
mengenai perkembangan kanak-kanak yang dipelajari di kelas psikologi pendidikan
tidak dapat memberi mereka kemahiran yang mencukupi tentang bagaimana hendak
mengawal sebuah kelas yanga aktif lagi nakal. Pengalaman dan sikap tabah yang akan
membantu seorang guru untuk menjadi seorang pendisiplin yang dapat mendisiplin
murid-murid di sekolah.

Rajah 4.3: Tugas-tugas guru sebagai pendisipl


Untuk menjadi seorang pendisiplin di sekolah, guru memainkan beberapa peranan
untuk memastikan disiplin di sekolah sentiasa terjaga. Antara tugas-tugas guru disiplin
ialah yang pertama ialah mengawasi disiplin dan akhlak murid. Apa yang
dimaksudkan guru mengawasi disiplin dan akhlak murid ialah gurulah yang memastikan
murid-murid tidak melanggar peraturan sekolah seperti merokok, bergaduh, ponteng
sekolah dan banyak lagi. Guru ini lah yang bertanggungjawab untuk mengambil
tindakan apabila terdapat murid yang melanggar peraturan sekolah. Tugas yang kedua
ialah, berhubung rapat dengan guru kaunseling. Ini bertujuan supaya guru dapat
memahami apa masalah yang melanda murid bermasalah tersebut sehingga dia
melakukan kesalahan itu berulang kali. Sebagai guru, tindakan menjatuhkan hukuman
secara terburu-buru amatlah dilarang sama sekali. Guru disiplin harus menghantar
murid bermasalah itu kepada guru kaunsling supaya, murid tersebut dapat meluahkan
masalahnya. Yang terakhir ialah, memilih pengawas. Guru disiplin la yang
bertanggungajawb utnuk memilih pengawas. Untuk menentukan pemilihan pengawas
adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik, kebolehan dan kemampuan
murid dalam bidang sukan dan permainan.Guru disiplin juga haruslah memastikan
perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah, daya
kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru. Pemilihan
akhir dilakukan oleh para murid dengan cara undi, jikalau didapati sesuai dan boleh
dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru. Selepas melantik pengawas guru
disiplin akan menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala
langkah dan tindakan yang sesuai.

Yang keempat ialah guru sebagai contoh model hidup di mana tingkah laku guru
menjadi contoh teladan kepada murid. Nilai-nilai murni yang ditonjolkan oleh guru di
sekolah secara tidak langsung diterapkan dalam jiwa murid Mok Song Sang (1996)..

Al-Ghazzali (1058-1111 TM) di dalam buku Mok Song Sang (2009), “proses
pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan
akhlak yang mulia, berani dan hormat-menghormati”.

Guru harus memainkan peranan sebagai role model dan menyokong pelajar meraka
untuk mengisikan keperluan dan perkembangan potensi mereka secara keseluruhan.
d
r
G
b
o
E
s
l
y
u
h
g
P
n
m
p
e
k
t
a
f
i
S
Setiap murid mengharapkan guru mereka dapat menjadi contoh atau model bagi
mereka. Oleh kerana itu tingkah laku pendidik harus sesuai dengan norma-norma yang
dianuti oleh masyarakat, bangsa dan negara.

j
e
m
I

Im e j
P
G
Em
e
ke
r
ya
u
o
p
u
r
o
n
e
l
i
n
st
si
g
S
m
g
se
e
i
m
a
ya
t
a
f
p
l
b
b
a
n
i
o
u
l
i
a
n
h
t
a
d
a
u
e
g
a
sn
l
a
ni

Rajah 4.4: Guru sebagai Role Model

Antara ciri-ciri seorang guru yang melayakkan dirinya untuk menjadi role model yang
baik kepada pelajar ialah dapat dilihat melalui pelbagai peranan yang dipikul sama ada
secara langsung mahupun tidak langsung. Dari segi imej guru mestilah memperlihatkan
peribadi yang baik termasuk cara berbahasa, berhubung, tingkah laku, tatasusila yang
tinggi dan sebagainya. Ini kerana golongan guru adalah golongan yang menjadi
perhatian dan ikutan murid serta masyarakat melalui imej positif yang ditunjukkan oleh
guru itu sendiri. Jadi bagi seseorang guru imej adalah amat penting sekali. Melalui imej
la, seseorang pelajar dapat menentukan anggapan mereka terhadap guru tersebut. Jika
murid menganggap guru itu seorang yang baik, mereka akan lebih mudah untuk
menerima apa yang diajar oleh guru tersebut. Bukan itu sahaja, guru juga mesti
mempunyai imej yang baik kerana guru merupkan seorang pendidik. Jika guru tidak
mempunyai imej seorang pendidik, ibu bapa tidak akan percaya pada guru itu untuk
mendidik anak mereka. Ciri yang seterusnya ialah emosi yang stabil. Kerjaya guru
merupakan sesuatu kerjaya yang amat mencabar dan menekankan sekali. Guru
mestilah mempunyai emosi yang stabil kerana guru akan menghadapi pelbagai kerenah
murid dan cabaran dalam pembelajaran. Guru perlu tahu menyelesaikan masalah murid
dalam apa jua situasi dan ini memerlukan sikap dedikasi seorang guru yang tidak pilih
kasih serta bersabar dalam mengulangi isi pelajaran yang lepas bagi murid yang lemah.
Terutama guru yang terlibat dengan kelas pemulihan. Di sini la kesabaran seorang guru
betul-betul diuji. Mereka perlu mengawal emosi dengan begitu baik sekali kerana murid-
murid pemulihan adalah murid yang perlahan dari segi pembelajaran. Seorang guru
akan bergelar pendidik apabila dia berjaya untuk mengawal emosinya. Bukan itu
sahaja, pengetahuan yang luas juga merupakan ciri yang penting bagi seorang role
model. Guru mestilah lengakp dengan pelbagai pengetahuan barulah dia boleh digelar
pendidik. Guru seharusnya boleh menjawab segala soalan yang diberi oleh muridnya.
Jika guru tidak dapat menjawab soalan yang diberi oleh anak muridnya ia akan
membuat anak murid tersebut meragui dengan kemahiran gurunya. Seorang guru yang
baik patut menjadi contoh ialah guru yang mengetahui psikologi kanak-kanak dan
dapat menilai kekuatan murid dari segi badan dan jiwa serta tabiat dan
perkembangannya. Guru juga hendaklah mempunyai pengetahuan umum tentang hal
ehwal semasa sebagai persediaan apabila diajukan soalan yang mungkin di luar
jangkaan atau di luar teks sukatan pelajaran. Ciri yang terakhir ialah sifat kepimpinan.
Antara sifat-sifat kepimpinan seorang guru yang dikatakan sebagai role model ialah
guru sebagai fasillator. Tegasnya di sini guru itu akan sentiasa membimbing muridnya,
mengajar serta mengerakkan muridnya sama ada secara individu mahupun
berkumpulan. Peranan guru sebagai fasillator jelas sekali memperlihatkan sifat
kepimpinan seorang guru itu secara tidak langsung. Seorang guru yang dikatakan
sebagai pendidik itu adalah role model terbaik dalam pembentukan insan. Oleh itu
bolehlah dikatakan bahawa masa depan kanak-kanak dalam dunia moden kini sedikit
sebanyak adalah hasil daripada pendidik yang telah banyak mendidik mereka dalam
sistem formal yang telah dilalui oleh kanak-kanak itu.

Yang kelima ialah guru sebagai pembimbing dan kaunselor dengan memberi
nasihat dan bantuan kepada murid yang menghadapi masalah dalam proses
pembelajaran atau masalah peribadi Mok Song Sang (1996). Guru memainkan
peranan yang utama untuk membantu pelajar memperoleh keperluan dan kualiti
kehidupan orang dewasa, agar mereka dapat berjaya hidup dalam masyarakat secara
terus menerus. Oleh kerana demikian setiap guru haruslah memberikan pengetahuan
dan pengalaman lain di luar alam persekolahan seperti persiapan perkawinan dan
kehidupan keluarga, hasil pembelajaran yang melibatkan tingkah laku peribadi dan
spiritual, memilih pekerjaan dan hasil pembelajaran yang berkaitan dengan
tanggurgjawab sosial seperti tingkah laku sosial anak. Kurikulum harus berisi hal-hal
tersebut di atas sehingga anak memiliki peribadi yang sesuai dengan nilai-nilai hidup
yang dipegang oleh bangsa dan negaranya, mempunyai pengetahuan untuk hidup
dalam masyarakat dan untuk mengembangkan kemampuannya lebih lanjut.

Rajah 4.5: Tugas guru pembimbing & kaunselor

Kaunselor berperanan dalam membantu dan memberi nasihat kepada murid sekiranya
menghadapi masalah. Tugas guru pembimbing dan kaunselor yang pertama ialah guru
hendaklah mengenalpasti masalah murid dari segi akademik dan disiplin. Selain
daripada ibu bapa, guru merupakan insan terbaik dalam membantu menyelesaikan
masalah yang dihadapi oleh mereka. Hal ini kerana sesetengah murid gagal
berkomunikasi dengan ibu bapa apabila mereka menghadapi masalah. Oleh yang
demikian, guru memainkan peranan yang penting dalam menenangkan fikiran dan
emosi mereka supaya mereka tidak melakukan perkara-perkara yang negatif. Guru juga
harus meluangkan masa yang lebih dan memberi perhatian tambahan kepada murid-
murid yang menghadapi masalah. Khususnya, mereka yang menghadapi masalah
keluarga, kewangan, disiplin dan masalah kesihatan. Guru mestilah membawa isu-isu
sosial yang penting untuk dibincang dan diselesaikan secara usahasama. Hal ini
supaya murid-murid berasa selesa dan tidak menghadapi masalah untuk menjalani
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan mendapat pencapaian yang
terbaik. Mengurus program bimbingan dan kaunseling juga antara peranan
seorang guru. Guru juga boleh membantu murid ketika mereka dalam masa-masa
menuju proses perkembangannya. Hal ini perlu diberi perhatian kerana, guru mestilah
memastikan perkembangan potensi dan kebolehan mereka berkembang dengan kadar
yang sepatutnya mengikut tahap-tahap dan perkembangannya. Murid akan dibantu
memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan menerokai tujuan hidupnya.
Di samping menolong mereka memilih serta merancangkan hidupnya dengan berkesan
dengan berorientasikan masa depan dan masa kini. Oleh itu murid akan tegas diri,
boleh menyesuaikan diri serta memahami implikasi tindak-tanduknya masa kini dan
masa hadapan. Murid juga diharap akan menyedari kelemahannya dan kemudian
dibantu mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinya melalui aktiviti pencegahan dan
program bimbingan yang disediakan oleh guru kaunseling. Guru juga berperanan dalam
memupuk minat belajar dalam kalangan diri murid. Ramai murid leka apabila pergi ke
sekolah, kadang-kandang mereka lupa tujuan asal mengapa mereka bersekolah.
Gurulah yang bertanggungjawab menyedarkan mereka dan kemudian memupuk minat
belajar itu. Guru boleh menyediakan pelbagai aktiviti bagi menarik kembali minat murid
untuk belajar. Contohnya, quiz matematik, pertandingan membaca dan banyak lagi.
Guru mesti peka dengan keadaan anak muridnya, supaya tidak terlewat bagi mereka
untuk memupuk kembali minat belajar dalam diri murid tersebut. Peranan yang
seterusnya ialah mengumpul maklumat murid. Guru mestilah mempunyai maklumat
murid, bagi bertujuan agar guru dapat mengetahui latar belakang muird yang diajarnya.
Latar belakang juga perlu diketahui bagi tujuan pengajaran. Kita dapat mengetahui apa
status ekonomi keluarga tersebut, atau latar belakang dari segi pendidikan keluarga
tersebut. Semua ini penting supaya kita dapat membantu murid kita. Kita juga boleh
mengetahui bakat yang ada dalam diri murid tersebut. Kita boleh mengasah bakat
tersebut. Dengan ini semua pelajar berbakat dapat kita kenal pasti agar bakat mereka
tidak sia-sia sahaja.
Yang keenam dan terakhir, sebagai penasihat dalam aktiviti kokurikulum dengan
membimbing mereka menjalankan aktiviti persatuaan, kelab, sukan, permainan atau
unit beruniform mengikut rancangan sekolah Mok Song Sang (1996). Perlaksanaan
kokurikulum memerlukan penglibatan guru. Fretwell (1931) menyarankan guru
menerima tugas dan mengendalikan aktiviti kokurikulum dengan sepenuh hati. Long
(1977) menyatakan terdapat masalah kekurangan masa selain daripada tenaga terlatih
yang terhad di bidang kokurikulum. Masalah guru kurang terlatih juga disebut oleh
Jonson dan Ronald (1952). Mereka menyatakan tidak semua program kokurikulum
dijalankan dengan baik kerana setengah guru yang menyelia adalah kurang terlatih. Hal
ini jelas menujukkan bahawa bertapa pentingnya guru-guru pelatih yang baru
dibekalkan dengan semua ilmu kokurikulum yang ada, supaya dapat menambahbaik
bidang kokurikulum di sekolah. Bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
guru berperanan sebagai jurulatih yang mencungkil bakat dan potensi murid. Setiap
murid di sekolah mempunyai keistimewaan tersendiri. Guru merupakan insan yang
terbaik dalam mengenalpasti dan mengembangkan bakat dan potensi murid-muridnya.
Hal ini kerana, sesetengah murid yang berbakat tidak dapat menonjolkan bakatnya
kerana tidak mempunyai peluang dan tidak mengetahui cara yang betul untuk
mengembangkan bakat mereka. Sekiranya guru di sekolah peka terhadap bakat dan
potensi yang ada dikalangan murid, bakat mereka boleh diketengahkan dan dilatih ke
tahap yang terbaik supaya dapat memberi sumbangan kepada pihak sekolah dan ke
peringkat yang lebih tinggi. Sebagai contoh, sekiranya seseorang murid itu mempunyai
potensi dalam acara sukan, guru boleh melatih, membimbing dan member tunjuk ajar
kepada beliau supaya bakat beliau dapat diasah dan menjadi atlet yang terbaik. Secara
tidak langsung, faktor jasmani murid tersebut dapat ddiperkembangkan dan mencapai
salah satu matlamat falsafah Pendidikan Kebangsaaan.
Rajah 4.6: Peranan guru sebagai penasihat kokurikulum

Peranan guru sebagai penasihat kokurikulum ialah yang pertama meningkatkan


kemahiran sosial. Guru harus menggalakkan murid terlibat dalam aktiviti luar kelas.
Kebanyakan murid akan mula berkomunikasi antara satu sama lain apabila terlibat
dalam aktiviti sukan dan permainan. Aktiviti kokurikulum ini dapat menyatukan murid
kerana mereka mempunyai minat yang sama. Mereka akan belajar untuk bergaul dan
berkerjasama antara satu sama lain. Peranan yang kedua membantu melengkapkan
diri murid dengan kualiti kepemimpinan, jati diri dan daya tahan. Guru harus melatih
murid menjadi pemimpin dengan melantik murid mengetuai sesuatu pasukan. Apabila
murid menyertai aktiviti kokurikulum dia belajar untuk memimpin dan membantu rakan-
rakannya. Di sini dia juga membina keyakinan diri dan berani untuk mencuba sesuatu.
Murid tersebut juga kan menjadi lebih tabah. Contohnya apabila seorang murid
mengetuai sesuatu kumpulan yang bertanding. Di sini dia akan belajar untuk memimpin
dan mampu bersuara agar rakan-rakannya mendengar arahan yang diberi. Satu
kumpulan itu juga belajar untuk menjadi tabah apabila menempuh pelbagai dugaan
untuk menang. Yang seterusnya ialah membantu murid memperkukuhkan disiplin
diri melalui penyemaian sahsiah diri dan pematuhan kepada konsep rukun negara.
Guru harus mengalakkan pelajar mengikuti pertandingan yang terdapat di sekolah.
Apabila mengikut sesuatu pertandingan mereka akan mengikut peraturan yang
disediakan. Di sini murid dapat mempelajari pentinganya disiplin diri. Mereka akan
berdisiplin dari segi latihan, tingkah laku dan banyak lagi. Dengan ini mereka akan
menjadi warganegara Malaysia yang mematuhi lima rukun negara. Yang terakhir ialah
mencungkil bakat dan potensi diri dan menyingkap minat murid terhadap
kepelbagaian aktiviti luar dan mencabar. Gurulah yang bertanggungjawab mencari
bakat-bakat terpendam yang ada dalam diri murid mereka. Bakat yang ada dalam diri
pelajar tidak menjadi sia-sia kerana melalui aktiviti kokurikulum kita dapat mengetahui
bakat yang terpendam. Kebanyakan murid berasa malu dan tidak menyedari bakat
yang ada dalam diri mereka. Jadi sudah menjadi tanggungjawab guru untuk mengilap
bakat-bakat itu. Guru-guru mestilah member sokongan dan galakan agar mereka berani
untuk mengikut aktiviti kokurikulum.

Kesimpulannya, guru merupakan insan terpenting dalam merealisasikan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Hal ini kerana guru
berperanan sebagai pendidik, pembimbing, kaunselor, penasihat dan role model
kepada murid-murid dan masyarakat. Oleh yang demikian, guru perlu mempunyai
kemahiran professional seperti kemahiran belajar, berfikir, merancang, menyediakan
bahan pengajaran pembelajaran, mengajar, mengurus, menilai, berkomunikasi,
menangani masalah dan berusaha kearah perkembangan kendiri. Hal ini supaya
mereka dapat mendidik dan melahirkan anak bangsa yang berkualiti, berpengetahuan,
bersahsiah dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Sistem
pendidikan zaman sekarang jauh berbeza dengan sistem pendidikan dahulu. Jadi
terdapat perbezaan antara peranan guru yang lalu dengan peranan guru pada zaman
sekarang ini. Peranan guru yang lalu merupakan seorang penyampai maklumat, tetapi
pada masa kini, peranannya telah ditukar menjadi seorang pembimbing, fasilitator dan
pemberi rangsangan dalam bilik darjah. Guru masa dulu menumpukan tugasnya
mengajar murid dengan ilmu pengetahuan, tetapi masa kini tugasnya telah ditukar
dengan usaha mengembangkan potensi murid secara, menyeluruh dari segi intelek,
rohani, jasmani dan emosi; mendidik murid supaya menjadi insan yang berilmu
pengetahuan serta berakhlak mulia, berani dan sanggup menghadapi cabaran hidup
serta berguna untuk pembangunan negara. Walaupun terdapat perbezaan, guru dari
dahulu sehingga sekarang, guru masih turut banyak membantu membentuk semua
individu-individu yang telah berjaya di dunia ini. Semua masyarakat mestilah bersama-
sama membantu guru berusaha menjayakan matlamat pendidikan untuk melahirkan
pelajar dan masyarakat yang beriman, berilmu dan berketerampilan, yang dapat
menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara. Masyarakat yang ingin
kita bina ialah masyarakat yang berwawasan, bercita-cita luhur dan murni,
bekerjasama, adil dan bertanggungjawab sesama insan tanpa mengira bangsa, budaya
dan keturunan. Bagi mencapai matlamat murni ini, semua guru mestilah bersatu dan
mengambil tanggungjawab sebagai guru bagi menyokong setiap aktiviti dan program
pendidikan. Apabila ini telah dilaksanakan bermakna semua masyrakat telah sama-
sama menyokong serta memartabatkan profesion keguruan.

Вам также может понравиться

  • Surat Tidak Hadir Ke Sekolah
    Surat Tidak Hadir Ke Sekolah
    Документ2 страницы
    Surat Tidak Hadir Ke Sekolah
    Selasiah Binti Kassim
    Оценок пока нет
  • Kertas Kerja Program Smart Siska
    Kertas Kerja Program Smart Siska
    Документ8 страниц
    Kertas Kerja Program Smart Siska
    Selasiah Binti Kassim
    Оценок пока нет
  • Perincian Program Minggu Pertama Persekolahan
    Perincian Program Minggu Pertama Persekolahan
    Документ2 страницы
    Perincian Program Minggu Pertama Persekolahan
    Selasiah Binti Kassim
    Оценок пока нет
  • Doa Duta Sahsiah
    Doa Duta Sahsiah
    Документ2 страницы
    Doa Duta Sahsiah
    Selasiah Binti Kassim
    Оценок пока нет
  • Rekod Bacaan Tahun 2
    Rekod Bacaan Tahun 2
    Документ9 страниц
    Rekod Bacaan Tahun 2
    Selasiah Binti Kassim
    Оценок пока нет
  • Perkhemahan Unit Beruniform 2019
    Perkhemahan Unit Beruniform 2019
    Документ17 страниц
    Perkhemahan Unit Beruniform 2019
    Selasiah Binti Kassim
    Оценок пока нет
  • PAPERWORK
    PAPERWORK
    Документ12 страниц
    PAPERWORK
    Selasiah Binti Kassim
    Оценок пока нет
  • Label Label Label
    Label Label Label
    Документ20 страниц
    Label Label Label
    Selasiah Binti Kassim
    Оценок пока нет
  • Ucapan Perpisahan
    Ucapan Perpisahan
    Документ2 страницы
    Ucapan Perpisahan
    Selasiah Binti Kassim
    Оценок пока нет
  • Teks Pengerusi Majlis Perpisahan Kak Jun
    Teks Pengerusi Majlis Perpisahan Kak Jun
    Документ5 страниц
    Teks Pengerusi Majlis Perpisahan Kak Jun
    Selasiah Binti Kassim
    Оценок пока нет
  • Surah Yasin PDF
    Surah Yasin PDF
    Документ32 страницы
    Surah Yasin PDF
    Selasiah Binti Kassim
    100% (2)
  • Paperwork - Program Hafazan 2020 Latest
    Paperwork - Program Hafazan 2020 Latest
    Документ4 страницы
    Paperwork - Program Hafazan 2020 Latest
    Selasiah Binti Kassim
    Оценок пока нет
  • Papan Tulis
    Papan Tulis
    Документ28 страниц
    Papan Tulis
    Selasiah Binti Kassim
    Оценок пока нет
  • Permata2021 Process
    Permata2021 Process
    Документ1 страница
    Permata2021 Process
    Selasiah Binti Kassim
    Оценок пока нет
  • Daie Cilik - Kaseh Latest
    Daie Cilik - Kaseh Latest
    Документ8 страниц
    Daie Cilik - Kaseh Latest
    Selasiah Binti Kassim
    Оценок пока нет
  • PBS Pai Tahun 6
    PBS Pai Tahun 6
    Документ65 страниц
    PBS Pai Tahun 6
    Selasiah Binti Kassim
    Оценок пока нет
  • Ashabul Kahfi
    Ashabul Kahfi
    Документ4 страницы
    Ashabul Kahfi
    Selasiah Binti Kassim
    Оценок пока нет
  • Muka Depan RPT Subjek
    Muka Depan RPT Subjek
    Документ6 страниц
    Muka Depan RPT Subjek
    Selasiah Binti Kassim
    Оценок пока нет
  • Teks Emcee Tilawah
    Teks Emcee Tilawah
    Документ2 страницы
    Teks Emcee Tilawah
    Selasiah Binti Kassim
    Оценок пока нет
  • 1) Konsep Budaya
    1) Konsep Budaya
    Документ63 страницы
    1) Konsep Budaya
    Selasiah Binti Kassim
    Оценок пока нет
  • 2) Jenis Dan Demografi Kelompok
    2) Jenis Dan Demografi Kelompok
    Документ32 страницы
    2) Jenis Dan Demografi Kelompok
    Selasiah Binti Kassim
    Оценок пока нет