Вы находитесь на странице: 1из 4

Kelebihan 

Ramadhan
Posted on Ogos 6, 2009 by sulaiman

1.Dibelenggu para syaitan dan jin.


Menurut Imam As-Syafie hanya jin dan syaitan yang bengis sahaja
dibelenggu, manakala yang lain masih bebas lalu kerana itu masih
terdapat yang membuat maksiat di bulan ini.
“Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua
syaitan dan jin-jin yang derhaka,….(Riwayat at-Tirmizi dan Ibn Majah)
Menurut Imam Abu Hanifah pula, semua jin dan syaitan dibelenggu.
Namun masih ada orang melakukan kejahatan kerana syaitan telah
menggunakan 11 bulan untuk menerapkan nilai-nilai buruk dalam diri
kita. Kebiasaan buruk ini mampu mendorong seseorang kearah
kejahatan walau di ketika Syaitan di belenggu.Jadi dalam 1 bulan
inilah kita harus ambil peluang utuk menyucikan segalanya.
Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Apabila masuk
bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu syurga dan terkuncilah segala
pintu neraka manakala sekelian syaitan dirantai dan dibuka segala
pintu rahmat.”(Bukhari & Muslim)

2. Amalan sunat diberi pahala fardhu dan fardhu diganda 70 kali.


“ Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardu dan amal fardu
diberi balasan 70 kali ganda. Sebagai contoh solat Jumaat, sekiranya
ada 5 kali Jumaat pada bulan itu, maka 5 x 70 = 350 Jumaat di luar
Ramadhan, bersamaan 7 tahun solat jumaat. Pahala solat Jumaat
sama dengan pahala haji bagi orang miskin yang tidak mampu
mengerjakan haji. Solat Jumaat pada minggu akhir Ramadhan adalah
solat Jumaat yang istimewa. Qadha solat fardhu juga diberi 70 kali
ganda pahala. Sedekah RM1 dalam bulan Ramadhan adalah sama
dengan RM70 di luar Ramadhan.
“Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W.
pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia
sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi
penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya
satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah
jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail
(beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa
yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan
melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat
pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang
melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia
mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70)
amalan fardhu.”.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w.,
sabdanya:“Apabila bermula malam yang pertama dari bulan
Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang
yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai
orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari
meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan
orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”.
Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam
(dalam bulan Ramadhan).” (Riwayat Tirmizi dan Nasa’i)

3. Pintu neraka ditutup.


Pada bulan Ramadhan, kepanasannya tidak sampai ke alam barzakh
(alam perantaran). Seksaan dihentikan pada bulan ini. Sesiapa yang
mati dibulan Ramadhan tidak diseksa dan disoal oleh Malaikat Mungkar
dan Nakir. Ada yang berpendapat ia ditangguh sehingga lepas
Ramadhan.

4. Dibuka semua pintu syurga.


Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:“Apabila
datang bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga”.(Hadith
Sahih – Riwayat Bukhari). Banyak rahmat diturunkan pada bulan ini.
Orang mukmin ditambah rezekinya seperti makanan yang sedap-sedap
semuanya ada di bulan ini. Orang-orang miskin juga dapat
menikmatinya pada bulan ini.

5. Allah perhiaskan syurga.


Allah percantikkan syurga yang sememangnya cantik. Bagaimana?
Tidak terfikir oleh akal manusia. Bidadari berpantun minta
disegerakan bertemu bakal suaminya di syurga.
Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke
setahun kerana masuknya bulan Ramadhan . Pada awal bulan
Ramadhan bertiup angina di bawah Arasy dan bergeraklah daun kayu
dengan longlai di bawah syurga, terdengarlah desiran daun kayu,
hembusan bayu syurga yang teramat indahnya, seni rentak lagunya
menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari
sekaliannya hingga berdirilah di atas puncak mercu syurga itu, lantas
bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami
kepada Allah ? Lalu bidadari lain pula bertanya : Apakah nama malam
ini ? Jawab Malik Ridhwan , hai bidadari yang cantik manis, inilah
malam Ramadhan .

6. Dilepaskan tahanan neraka


Dalam bulan Ramadahan (di akhirat juga masih ada bulan Ramadhan)
Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda (yang ertinya): “Allah
memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari neraka setiap siang
dan malam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdo’a
akan dikabulkan do’anya.”

7.Ramadhan ialah tetamu yang mendatangkan keampunan Allah


Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:Telah
datang kepadamu Ramadan, penghulu segala bulan.Maka selamat
datanglah kepadanya, telah datang kepadanya bulan puasa yang
membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah mulianya tetamu
yang datang itu.” Layanlah tetamu mengikut apa yang dia suka,
misalnya jika dia suka makan ikan, hidangkanlah masakan ikan.
Sepertimana orang yang melayan tetamu dengan baik, seluruh ahli
rumah itu akan diberi keampunan setelah tetamu itu pulang, begitu
juga Ramadhan, jika kita mengikut kehendak dan disiplin yang
ditetapkan pada bulan itu, maka kita juga akan mendapat keampunan.
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya:
“Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan
beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya
diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih –
Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa
yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal dengannya dan
perbuatan liar yang lazimnya dilakukan oleh orang-orang jahil, maka
tiada bagi Allah sesuatu hajat tentang ia meninggalkan makanannya
dan minumannya”.(Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Abu Daud)“

8. Tawaran Pengampunan dosa lepas dan akan datang (2 tahun)


Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya:
“Sesiapa yang mengerjakan puasa bulan Ramadhan dengan keadaan
beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya
diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu“. (Hadith Sahih –
Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a berkata: “Adalah Rasulullah SAW menggalakkan
qiyamullail (solat malam) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan
secara wajib, baginda bersabda: “Sesiapa yang solat malam di bulan
Ramadhan kerana beriman dan mengharapkan pahala daripada
Allah, maka diampuni baginya dosa yang telah lalu.”
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah
bersabda: Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan
keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya
yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan
penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang
telah lalu dan yang akan datang.
Rasulullah bersabda “Siallah (rugilah) puasa orang yang tidak
mendapat keampunan”.

Вам также может понравиться