Вы находитесь на странице: 1из 22

TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI

KOKURIKULUM DI SEKOLAH : KAJIAN KES DI

SALAH SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH

BERA

NAMA : MASTURA BT MOHAMAD I/C : 920814-06-5818

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PURUN , 28330 TRIANG


PAHANG DARUL MAKMUR

TARIKH HANTAR : 18 FEBRUARI 2010


PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnia-Nya

dapatlah saya menyiapkan kajian ini .

Kesibukan sebagai pelajar tidak menganggu saya bagi menyelesaikan tugasan yang

diberikan . Inilah satu cabaran buat saya untuk menyiapkan kajian ini . Namun semangat dan

kecekalan telah menghilangkan semuanya itu .

Sejunjung kasih dan penghormatan kepada penyelia kajian ilmiah En . Asmawi. Tanpa

bimbingan dan tunjuk ajar serta komen beliau yang bernas lagi jitu tidak mungkin dapat saya

melaksanakan satu tugasan yang begitu berat untuk dilakukan . Kata-kata semangat beliau

telah membuatkan saya begitu yakin untuk melakukan yang terbaik daripada yang terbaik .

Tidak lupa juga bantuan daripada keluarga dan sahabat yang sentiasa berada di samping

untuk membantu saya . Sokongan dan kerjasama dari mereka inilah yang banyak membantu

saya dalam proses kajian ilmiah ini . Rakan-rakan juga banyak membantu saya daripada

aspek pertukaran maklumat dan saling berkongsi idea dan maklumat khususnya dalam

memantapkan kajian ini . Semoga jasa-jasa kalian ini mendapat rahmah dan kurniaan

daripada Ilahi.

Akhir sekali , sekalung penghargaan juga diucapkan kepada pelajar aliran sains tingkatan

4 & 5 khususnya sebagai responden untuk melengkapkan kajian ini . Kerjasama dan

sokongan yang diberikan oleh mereka banyak membantu melengkapkan kajian ini . Terima

kasih untuk semua .

i
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGHARGAAN i

ABSTRAK 1

PENDAHULUAN 2

PERNYATAAN MASALAH 2-3

TUJUAN KAJIAN 3

SOALAN KAJIAN 3-4


SKOP KAJIAN 4
KEPENTINGAN KAJIAN 5
KAEDAH KAJIAN 5-6

DAPATAN KAJIAN 6-13

PERBINCANGAN 13-14
KESIMPULAN 14-15

RUJUKAN 15

LAMPIRAN 15-18

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat dan mengkaji tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum . Selain daripada itu,kajian ini bertujuan untuk melihat kegiatan kokurikulum

yang disukai pelajar , berapa kali pelajar ponteng setiap kali kegiatan kokurikulum

dijalankan, kenapa pelajar kurang meminati kegiatan kokurikulum,dan kepentingan aktiviti

kokurikulum terhadap pelajar tersebut . Kajian ini telah dijalankan di salah sebuah sekolah

menengah di daerah Bera , Pahang . Subjek kajian yang yang dipilih adalah seramai 58 orang

pelajar . Para pelajar yang dipilih terdiri daripada sekelompok pelajar pusat pembelajaran

sains (PPS) . Instrument kajian adalah menggunakan borang soal selidik . Hasil kajian

mendapati sebahagian pelajar tidak mewakili apa-apa dalam kegiatan kokurikulum sukan &

permainan,kelab & persatuan,dan unit uniform . Kebanyakan daripada mereka lebih

menyukai unit uniform dan sebahagiannya tidak menyukai apa-apa . Kajian ini juga

mendapati majoriti pelajar tidak pernah ponteng semasa kegiatan kokurikulum diadakan .

Dalam kajian ini mendapati pelajar tidak berminat dengan kegiatan kokurikulum adalah

kerana aktiviti kokurikulum yang diadakan itu tidak menarik dan kerana sikap pelajar itu

sendiri yang memang tidak berminat dengan kegiatan kokurikulum . Bagi pelajar kepentingan

penglibatan kokurikulum yang paling utama adalah untuk mengisi masa lapang . Kajian

merupakan sebagai usaha yang diambil bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar

dalam aktiviti kokurikulum dan membolehkan mereka memasuki Institut PengajianTinggi

Awam (IPTA) dengan mudah .

PENDAHULUAN
Dewasa ini tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dikatakan semakin

tidak membanggakan.Kegiatan kokurikulum yang diadakan di sekolah adalah bertujuan

untuk melahirkan pelajar yang aktif. Para pelajar merupakan generasi muda yang bakal

mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan . Oleh itu, mereka dibekalkan dengan

ilmu pengetahuan dan maklumat dalam pelbagai bidang akademik semenjak prasekolah ,

sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi . Walaupun

tugas para pelajar yang paling penting adalah untuk menimba ilmu pengetahuan , namun

mereka juga harus melengkapkan diri dengan nilai-nilai murni seperti berdisplin ,

bekerjasama , bertanggungjawab terhadap masyarakat, bangsa, agama dan negara . Selaras

dengan itu, para pelajar harus menyertai atau melibatkan diri dalam setiap satu aktiviti

kokurikulum yang diadakan di sekolah untuk meningkatkan lagi integriti dalam diri

masing-masing .

PERNYATAAN MASALAH

Untuk melahirkan pelajar yang cemerlang , kesihatannya mestilah terjaga kerana pelajar yang

sihat dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran mereka . Oleh itu , penglibatan para

pelajar dalam setiap aktiviti kokurikulum mampu meningkatkan lagi tahap stamina dalam diri

mereka . Jika pelajar tidak berminat dalam setiap kegiatan kokurikulum pelajar itu tidak

merangkumi pelajar yang sihat dari segi mental dan fizikal . Hal ini disebabkan oleh setiap

kegiatan kokurikulum mampu membebaskan diri daripada bebanan pelajaran yang dihadapi

malah berpeluang untuk merehatkan otak dan mengembangkan pemikiran . Para pelajar juga

akan memperoleh pengalaman baru dengan menyertai kegiatan kokurikulum . Selaras dengan

2
konsep”otak yang cergas lahir dari badan yang sihat” ,pelajar dapat berfikir secara tebuka ,

kritis , dan membina . Pendek kata,para pelajar yang tidak menceburkan diri dalam aktiviti

kokurikulum bukanlah seorang pelajar yang yakin,tidak berani,pelajar yang pesimis , banyak

berkhayal dan lemah .

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penglibatan pelajar dalam semua kegiatan

kokurikulum yang diadakan di sekolah . Kajian ini juga bertujuan untuk melihat

kecenderungan pelajar untuk ponteng semasa sesi kegiatan kokurikulum diadakan. Antara

tujuan kajian adalah mengenal pasti punca pelajar kurang meminati kegiatan kokurikulum .

Selain daripada itu kajian ini juga bertujuan melihat kepentingan kokurikulum terhadap

pelajar .

SOALAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menjawab soalan-soalan kajian berikut:

1. Adakah tahap penglibatan anda dalam aktiviti kokurikulum tinggi?

2 Jenis kegiatan kokurikulum yang manakah anda suka?

3 Berapa kalikah dalam setahun anda memonteng aktiviti kokurikulum setiap

kali ia dijalankan?

3
4 Pada pandangan anda mengapa pelajar kurang berminat menyertai kegiatan

kokurikulum?

5 Apa kepentingan penglibatan aktiviti kokurikulum terhadap pelajar?

SKOP KAJIAN

Kajian ini melibatkan pelajar menengah atas aliran sains seramai 58 orang dan

hanya dijalankan di sebuah sekolah menengah di daerah bera.Oleh itu,dapatan

kajian ini tidak dapat memberi gambaran di sekolah lain.

4
KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting kerana kokurikulum merupakan satu komponen yang penting di sekolah.

Selain itu,kokurikulum juga merupakan wadah untuk pelajar memasuki institut pengajian

tinggi awam kerana 10% daripada markah kokurikulum pelajar tersebut akan dibawa ke pusat

pengajian tinggi.Kokurikulum juga dapat menaikkan nama sesebuah sekolah jika pelajar

yang menyertainya itu dapat mengharumkan nama sekolah tersebut sekaligus dapat

membanggakan guru pembimbingnya.Kajian ini juga penting kepada pengurusan sekolah

kerana dapat meningkatkan lagi keberkesanan kegiatan kokurikulum yang dijalankan.

KAEDAH KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kaji selidik bagi menjawab soalan-soalan kajian di

atas . Sekumpulan pelajar yang terdiri daripada aliran sains dari sebuah sekolah telah

digunakan sebagai sampel yang menjawab soal selidik yang diedarkan . Seramai 58 sampel

telah digunakan bagi mendapatkan data yang diperlukan bagi menjawab kelama-lima soalan

tersebut .

Jumlah sampel yang digunakan 85.3 peratus dari keseluruhan pelajar menengah atas

aliran sains . Antara sampel yang digunakan adalah seramai 29 (50%) sampel pelajar lelaki

dan 29 (50%) sampel pelajar perempuan .

5
Instrument kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian . Bahagian satu terdiri daripada

soalan berkaitan latar belakang sampel yang digunakan iaitu jantina , kelas dan umur .

Bahagian kedua pula terdiri daripada lima perkara yang berkaitan dengan aktiviti

kokurikulum .

Kajian ini telah dijalankan oleh pengkaji yang mengambil data di sekolah tempat

belajar . Data diproses dengan menggunakan kaedah analisis asas matematik .

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini telah cuba menjawab lima soalan utama kajian . Bahagian ini akan cuba

mengemukan data empirikal bagi menjawab kelima-lima soalan kajian tersebut :

1. Adakah tahap penglibatan anda dalam aktiviti kokurikulum tinggi?

JADUAL 1. Tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR (%)


Wakil rumah sukan 7
(12.07)
Wakil sekolah 9
(15.52)
Wakil daerah 10
(17.24)
Wakil negeri 13
(22.41)
Wakil Negara 2
(3.45)
Tidak mewakili mana-mana 17
(29.31)
Jumlah 58
(100.00)
6
Jadual satu menunjukkan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sepanjang

tahun 2010.Dapatan kajian ini menunjukkan hanya 12.07% atau 7 orang yang mewakili

rumah sukan . Bagi pelajar yang mewakili sekolah,pelajar yang terlibat sebanyak 9 orang

atau 15.52% . Tahap penglibatan pelajar dalam mewakili daerah meningkat sebanyak 1 orang

menjadi 17.24% atau 10 orang . Bagi pelajar yang mewakili Negara hanyalah 2 orang sahaja

atau 3.45% untuk penglibatan mereka dalam kegiatan kokurikulum . Daripada 58 orang

pelajar,seramai 17 orang atau 29.31% orang pelajar yang tidak mewakili apa-apa acara dalam

kokurikulum .

TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR

12%

29%
Wakil rumah sukan
16% wakil sekolah
wakil daerah
wakil negeri
wakil negara
tidak mewakili apa-apa

3%

17%

22%

7
2.Jenis kegiatan kokurikulum yang manakah anda suka?

JADUAL 2. Kegiatan kokurikulum yang disukai pelajar .

Kegiatan kokurikulum Pelajar (%)


Sukan & Permainan 15
(25.86)
Kelab & Persatuan 6
(10.34)
Unit Uniform 18
(31.04)
Tidak suka apa-apa 19
(32.76)
Jumlah 58
(100)

Jadual dua di atas menunjukkan kegiatan kokurikulum yang disukai oleh pelajar.Seramai

25.86% pelajar atau 15 orang yang menyertai sukan dan permainan,6 orang atau 10.34%

pelajar yang meminati kelab dan persatuan.Angka ini meningkat kepada kepada 18 orang

atau 31.04% pelajar yang lebih meminati unit uniform tetapi lebih ramai yang tidak meminati

apa-apa bidang kokurikulum iaitu seramai 19 orang atau 32.76% .

8
20
18
16
14
12
18 19
10
15
8
6
4 6

2
0
Sukan dan permainan Kelab dan persatuan Unit Uniform Tidak suka apa-apa

Kegiatan kokurikulum yang diminati

3.Berapa kali dalam setahun anda memonteng aktiviti kokurikulum setiap kali ia

dijalankan?

JADUAL 3. KEKERAPAN PELAJAR PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM

SETAHUN

Ponteng aktiviti kokurikulum Pelajar (%)


1-3 kali 19
(32.76)

4-5 kali 6
(10.34)

5-8 kali 1
(1.73)

Tidak pernah ponteng 32


(55.17)

Jumlah 100
9
Jadual tiga menunjukkan data pelajar yang ponteng semasa aktiviti dijalankan dalam masa

setahun.Seramai 32.76% atau 19 orang pelajar yang ponteng sebanyak 1-3 kali.Kekerapan

pelajar yang ponteng sebanyak 4-5 kali adalah seramai 6 0rang atau 10.34%.kekerapan yang

seterusnya ialah 1.73% atau 1 0rang pelajar yang ponteng aktiviti kokurikulum 5-8

kali.Majoriti pelajar yang tidak pernah ponteng aktiviti kokurikulum seramai 32 orang

55.17%.

KEKERAPAN PONTENG AKTIVITI KOKURIKULUM

33%

1-3 KALI
4-5 KALI
55% 5-8 KALI
TIDAK PERNAH PONTENG

10%

2%

4.Pada pandangan mengapa pelajar kurang berminat menyertai kegiatan kokurikulum?

JADUAL 4.SEBAB PELAJAR KURANG BERMINAT SERTAI KEGIATAN

KOKURIKULUM.

10
Sebab pelajar kurang berminat Pelajar (%)
Aktiviti kokurikulum tidak menarik 20
(34.48)

Sikap pelajar itu sendiri 23


(39.66)

Faktor guru 8
(13.79)

Lain-lain 7
(12.07)

Jumlah 58
(100)

Jadual diatas menunjukkan sebab pelajar kurang meminati kegiatan

kokurikulum.Seramai 20 orang atau 34.48% pelajar yang mengatakan aktiviti kokurikulum

yang diadakan tidak menarik perhatian mereka.Sebanyak 39.66% pelajar atau 23 orang

memilih sikap pelajar itu sendiri.Sebanyak 13.79% atau 8 orang berpendapat bahawa faktor

guru pembimbing unit kokorikulum itu sendiri yang menyebabkan mereka kurang berminat

terhadap kegiatan kokorikulum.Bagi faktor-faktor lain pula seramai 7 orang atau 12.07%

mengatakan itu punca mereka kurang berminati kokorikulum.

11
SEBAB PELAJAR KURANG BERMINAT KEGIATAN
KOKURIKULUM

12%

aktiviti kokurikulum tidak menarik


34%
14% sikap pelajar itu sendiri
faktor guru
lain-lain

40%

5. Apa kepentingan penglibatan kokurikulum terhadap pelajar ?

JADUAL 5. KEPENTINGAN PENGLIBATAN KOKURIKULUM TERHADAP PELAJAR

Aspek Keutamaan (%) Jumlah


1 2 3 4 5
Mengisi masa lapang 36 7 3 3 9 58
(67.24) (12.07) (5.17) (5.17) (15.52) (100%)

Melatih pelajar 11 26 6 8 7 58
sebagai pemimpin (18.97) (44.83) (10.34) (13.79) (12.07) (100%)

Membentuk disiplin 1 9 33 10 5 58
pelajar (1.72) (15.52) (56.90) (17.24) (8.62) (100%)

Badan menjadi sihat 6 10 9 27 6 58


(10.34) (17.24) (15.52) (46.55) (10.34) (100%)

Mengukuhkan lagi 4 6 7 10 31 58
perpaduan (6.90) (10.34) (12.07) (17.24) (53.45) (100%)

12
Berdasarkan soal selidik yang dijalankan,kepentingan penglibatan kokurikulum yang paling

utama yang dipilih pelajar ialah mengisi masa lapang yang mencatatkan 67.24% .

Kepentingan penglibatan kokurikulum yang kedua utama ialah membentuk disiplin pelajar

yang mencatatkan 56.9% . Kepentingan penglibatan kokurikulum yang ketiga utama ialah

mengukuhkan lagi perpaduan yang mencatatkan 53.45%. Badan menjadi sihat merupakan

kepentingan penglibatan kokurikulum yang keempat utama yang dipilih oleh pelajar yang

mencatatkan 46.55% . Keutamaan yang kelima pula ialah melatih pelajar sebagai pemimpin

yang mencatatkan 44.83%.

PERBINCANGAN

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap penglibatan pelajar terhadap kegiatan kokurikulum

. Data yang diperolehi daripada 58 orang pelajar aliran sains telah digunakan untuk menjawab

lima soalan utama kajian ini . Dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai rujukan terhadap

kegiatan kokurikulum di sekolah .

Dapatan kajian ini yang pertama telah menjawab soalan pertama kajian iaitu setakat mana

tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum . Hasil kajian ini mendapati kebanyakan

pelajar tidak mewakili apa-apa penglibatan .

Kajian ini juga digunakan untuk melihat kegiatan kokurikulum yang disukai oleh para pelajar

. Kajian mendapati pelajar lebih menyukai unit uniform dan tidak menyukai apa-apa kegiatan

kokurikulum .

13
Bagi tempoh setahun majoriti pelajar tidak pernah ponteng . Sebahagian daripada mereka

pernah ponteng aktiviti kokurikulum satu hingga tiga kali sahaja . Ini menunjukkan kesedaran

mereka bahawa memonteng merupakan suatu kesalahan disiplin .

Dari aspek sebab pelajar kurang berminat aktiviti kokurikulum menunjukkan sikap pelajar

itu sendiri yang tidak mahu menceburkan diri dalam kegiatan kokurikulum selain aktiviti

kokurikulum yang diadakan di sekolah tidak menarik . Kajian ini juga menunjukkan bahawa

semua pelajar mengetahui kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum .

Kelompok besar pelajar meletakkan tujuan utama mereka melibatkan diri dalam aktiviti

kokurikulum adalah untuk mengisi masa lapang . Ini menunjukkan bahawa pelajar sedar

tentang penting penglibatan mereka dalam kokurikulum . Pelajar juga mengetahui bahawa

kokurikulum ini dapat membentuk disiplin seseorang pelajar itu .

KESIMPULAN

Aktiviti kokurikulum amat penting dalam usaha memajukan diri , mengembangkan minda

serta menyihatkan badan supaya dapat menumpukan perhatian khususnya dalam pelajaran .

Jika pelajar aktif dalam bidang kokurikulum maka secara tidak langsung pelajar tersebut

dapat mengharumkan namanya dan nama sekolah jika memenangi acara dalam bidang

tersebut .

Motif diadakan aktiviti kokurikulum di sekolah adalah untuk memastikan pelajar

memenuhi masa lapang dengan melakukan sesuatu perkara yang berfaedah. Disamping itu

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum juga dapat menyemai nilai-nilai murni dalam

diri mereka . Mereka juga dipupuk dengan nilai-nilai kepimpinan apabila bergiat aktif dalam

14
kokurikulum . Melalui kegiatan kokurikulum juga para pelajar juga berpeluang untuk

merancang , mengatur dan mengendalikan kegiatan persatuan mengikut kebijaksanaan

mereka .

Kajian ini telah cuba untuk mendedahkan semua tahap penglibatan pelajar dalam kegiatan

kokurikulum . Diharapkan kajian ini dapat membantu pihak sekolah dan pelajar

meningkatkan kekuatan yang ada serta mengatasi kelemahan yang ditonjolkan dalam data

yang diperlihatkan .

RUJUKAN

1 . http.wikipedia.org/wiki/Kokurikulum

2 . hairiebmtutor.wordpress.com/2010/02/.../kepentingan-kokurikulum/

3 . www.smksgpusu.net/bahan/BukuPanduanKokurikulum.pdf

4 .Majalah Ilham 2007

LAMPIRAN

Soal selidik ini adalah berkenaan dengan kajian tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum.

Jawapan yang diberi mestilah dijawab dijawab dengan jujur dan ikhlas.......

Bahagian A: Maklumat responden

Tandakan ( / ) pada kotak yang disediakan.

15
a)Umur

16 tahun 17 tahun

b)Jantina

Lelaki Perempuan

c)Kelas

5 sains 1 4 sains 1

5 sains 2 4 sains 2

Bahagian B: Maklumat kegiatan responden

A)Adakah tahap penglibatan anda dalam aktiviti kokurikulum tinggi?

a)mewakili rumah sukan

b)mewakili sekolah

c)mewakili daerah

d)mewakili negeri

e)mewakili negara

f)tidak mewakili apa-apa

B)Jenis kegiatan kokurikulum yang manakah anda suka?

a)sukan

b)persatuan

c)uniform

d)tidak suka apa-apa

C)Berapa kali dalam setahun anda memonteng aktiviti kokurikulum setiap kali ia dijalankan?

16
a)1-3 kali

b)4-5 kali

c)5-8 kali

d)tidak pernah ponteng

D)Pada pandangan anda mengapa pelajar kurang berminat menyertai kegiatan


kokurikulum?

a)aktiviti kokurikulum tidak menarik

b)sikap pelajar itu sendiri

c)faktor guru

d)lain-lain

Jika ada yang lain sila nyatakan:.........................................................................................

GAMBAR-GAMBAR

17
18

Вам также может понравиться