Вы находитесь на странице: 1из 2

Berfalsafah secara mudah dapat dimaksudkan sebagai memikirkan sesuatu

dengan sangat mendalam. Tetapi, berfalsafah di sini bermaksud berfikir secara


falsafah. Berfalsafah merupakan satu tanda yang penting bagi bidang falsafah. Ia
boleh diibaratkan sebagai inti dalam falsafah. Berfikir secara falsafah ini harus
mengandungi tiga ciri, iaitu radikal,sistematik dan sejagat. Pada pendapat saya,
setiap orang haruslah berfalsafah sebagai panduan hidup untuk meneruskan
kehidupan yang sempurna.Ini adalah falsafah pendidikan bagi diri saya.

“ Setiap pelajar haruslah cemerlang dari aspek rohani dan jasmani untuk kemajuan
Malaysia selari dengan pembangunan negara.Usaha ini adalah untuk memperolehi input
pembelajaran yang berkualiti. Guru juga haruslah memberi penekanan terhadap usaha-
usaha untuk meningkatkan lagi kualiti pelajar. “

Falsafah pendidikan penting untuk setiap orang untuk mencapai cita-cita yang
diingini setakat ini. Walaubagaimanapun, kita mesti tahu apa tujuan pendidikan itu
sebenarnya. Tujuan pendidikan adalah untuk mengajar dan mendidik anak-anak
Malaysia supaya tidak mundur daripada arus pendidikan dan pembangunan.
Sekiranya pendidikan ini tidak diambil kira, setiap orang akan ketinggalan dan hidup
seperti katak di bawah tempurung. Tidak hairanlah jika seseorang itu hanya
menganggur mengharapkan bulan jatuh ke riba. Ini kerana mereka tidak
mempedulikan pendidikan yang sedia ada di Malaysia ini.

Kehendak masyarakat juga antara salah satu etika penting dalam mencapai
inti falsafah pendidikan negara. Kita mestilah selari dengan arus pembangunan
negara kita. Setiap masyarakat memerlukan ilmu yang berperanan sebagai panduan
unutk memajukan diri mereka sendiri berpaksikan nilai moral yang tinggi dan akhlak
yang mulia. Kehendak mereka ini akan direalisasikan seiring dengan anjakan
paradigma yang diuar-uarkan leh kerajaan sejak lama lagi. Kerajaan mahukan yang
terbaik untuk masyarakat bagi menghasilkan pelajar pelajar yang berdaya saing
dalam pendidikan.
Sekiranya kita hendak meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita, kita
mestilah merealisasikan kehendak pelajar iaitu apa yang pelajar mahukan untuk
meraka berasa selesa untuk belajar. Kerajaan haruslah peka terhadap keinginan
pelajar bagi memperolehi input pembelajaran yang berkualiti dan selesa ketika
berada di dalam kelas. Kerajaan juga bereranan untuk melengkapkan fasiliti-fasiliti
bagi membantu sistem pengajaran dan pembelajaran pelajar.

Peranan guru adalah untuk memberi penekanan terhadap cara meningkatkan


kualiti pelajar. Peranan guru amat penting kerana guru adalah model kepada pelajar
unutk dijadikan contoh mereka. Sekiranya seorang guru itu tidak dapat mendidik
sebaiknya, pelajar tidak akan dapat memajukan diri mereka seta hilang arah tuju
bagi mencapai kecermelangan yang diimpikan. Guru juga haruslah mempunyai
kreativiti pengajaran yang berkesan agar sesuatu yang hendak disampaikan mudah
untuk pelajar memahami subjek yang dipelajari.

Вам также может понравиться