Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Negara (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna,
semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK
ini. Justeru setiap bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami, dan
mengingati falsafah ini agar setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan
pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual yang
sering disebut oleh guru-guru sebagai JERI .
Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur
terseput, yakni tidak boleh emosi lebih penting daripada rohani atau sebaliknya.
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia
di kenali sebagai FPK. Dengan ada FPK, maka system pendidikan Negara sebenarnya
menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas
prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia
daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti.
FPK menjelaskan tujuana dan matlamat pendidikan untuk individu dan Negara. Kedua-
dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insane yang berilmu, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik.
Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insane yang baik,
seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran yang paling
penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita Negara.