Вы находитесь на странице: 1из 11

MAJLIS UGAMA ISLAM SINGAPURA

KHUTBAH JUMAAT
14 FEBRUARY 2003M / 12 ZULHIJJAH 1423H

PENTINGNYA KOMUNIKASI

Sidang Jumaah yang dirahmati Allah

MUNGKIN antara kita ada yang mengalami masalah dengan

isteri, ibu mentua, anak‫ و‬rakan, saudara-mara ataupun juga


majikan. Ayuh, kita renungkan -- mengapakah masalah ini

berlaku?.

Sesungguhnya manusia punya dua hubungan utama.

Pertama, hubungannya dengan Allah yang disebut hablu

minallah. Kedua, hubungan sesama manusia yang disebut

hablu minannas.

Sesungguhnya masalah besar kita ialah hubungan sesama

manusia atau hablu minnannas. Jika silap perhitungan, dua

negara boleh berperang kerana para pemimpinnya gagal

menjalin hubungan baik.

Kita semua maklum, hidup memerlukan perhubungan atau

komunikasi. Kini sudah ada telefon, mesin faks dan internet.

Malah di kalangan kita dalam masjid ini, ada yang membawa

telefon bimbit atau alat kelui.


Tetapi semua alatan komunikasi canggih itu macam tak

bermakna. Mengapa? Kerana kita masih dibebani masalah

rumahtangga, saudara mara atau di tempat kerja. Di

manakah silapnya?

Hayatilah firman Allah swt dalam surah An-Nisa’; ayat 1:

Maksudnya: “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada

Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu,

dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada

kededuanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan

perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah

yang dengan mempergunakan nama-Nya kamu saling


meminta satu sama lain, dan peliharalah hubungan

silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan

menawasi kamu.’’

Sidang Jumaah yang diberkati Allah

Ayat tadi ditujukan kepada manusia sejagat, tidak kira

agama. Ia menjelaskan bahawa manusia berasal dari satu

iaitu Nabi Adam as. Manusia juga perlu saling bantu-

membantu. Allah menegaskan betapa penting perhubungan

dipelihara agar manusia hidup aman dan makmur. Kita

mulakan dengan keluarga.

Setiap tahun, ramai pasangan bercerai iaitu satu dalam

setiap empat perkahwinan. Dalam pelbagai punca

perceraian yang ditimbulkan, paling nyata ialah pasangan

tadi tidak dapat berkomunikasi.


Apabila suami isteri gagal berbual tentang isi hati dan

masalah masing-masing, maka bermulalah keretakan.

Tujuan perkahwinan ialah perkongsian hidup – sama-sama

susah dan senang serta saling tolong-menolong.

Andai suami mahu senang saja dan berfoya-foya dan tidak

hirau masalah isteri, tentulah jalinan akan hancur. Yang

menjadi mangsa jangka panjang bukan si suami atau isteri,

tetapi anak-anak yang bingung, hampa dan rasa terasing.

Jadi suami isteri mesti berkomunikasi dengan penuh hormat

dan lemah lembut. Berselisih memang berlaku kerana

sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Hanya

dengan komunikasi, terjalinlah rasa kasih sayang.

Dari segi lain, banyak ibu bapa kini sibuk kerana bekerja.

Niat mereka baik iaitu membangun ekonomi keluarga. Tetapi

awas, komunikasi mereka dengan anak pula terjejas.


Akibatnya timbul jurang perhubungan antara anak dan ibu

bapa. Apabila anak menjadi remaja, ia mula kurang rasa

hormat terhadap ibu bapa. Lebih buruk lagi apabila si anak

dipengaruhi teman sebaya yang tersasar dan membawanya

ke lembah maksiat.

Oleh itu, komunikasi dalam keluarga itu genting. Ia menjadi

simen yang melekatkan setiap anggota keluarga.

Komunikasi itu berlaku bukan saja sewaktu bersembang

anak beranak, tetapi ketika bersolat jemaah, makan

bersama, berkelah atau melancong bersama.

Sidang Jumaah yang budiman

Islam menempatkan komunikasi sebagai teras yang

meneguhkan masyarakat. Teras itu dipanggil siraturrahim

dan ini terpapar dalam firman-Nya dalam surah Ali Imran,

ayat 103:
“Maka berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah

kamu berpecah belah.’’

Cuba kita imbas kembali sirah Rasulullah saw,. Setelah

berhijrah ke Madinah, Baginda telah mempersaudarakan

para penghijrah atau kaum Muhajirin dari Makkah dengan

kaum Ansar atau pembela dari Madinah.

Terdahulu, kaum Ansar terdiri daripada dua puak yang

senantiasa bercakaran, iaitu ‘Aus dan Khazraj. Namun

mereka meninggalkan permusuhan demi Islam.

Kebanyakan kaum Muhajirin yang tiba di Madinah itu sehelai

sepinggang saja. Nabi saw mengumpulkan kaum Muhajirin

dan Ansar agar mereka berdialog, bersolat jemaah, berbuat


kebajikan dan pembangunan kota seperti mendirikan masjid

serta membela Madinah daripada serangan kafir. Orang

Ansar begitu sayangkan saudara Muhajirnya. Ada orang

Ansar yang menyedekahkan harta kepada Muhajir. Bahkan

ada sanggup menceraikan isteri kedua mereka agar

dikahwini oleh orang Muhajir. Namun Rasulullah saw telah

menegah perbuatan melampau.

Jelas daripada contoh sejarah tadi, bahawa komunikasi

sama ada dialog, kerjasama dan seumpamanya hendaklah

berpada-pada demi mendapat keredhaan Allah swt.

Tujuannya ialah untuk mengetahui isi hati masing-masing,

mencari kesepakatan dalam suasana saling hormat-

menghormati demi membina kesejahteraan ummah.

Serapkanlah ke sanubari maksud sabda Rasullulah saw:

“Sesiapa yang tidak mengambil peduli akan ehwal orang

Islam, maka dia bukanlah dari golongan kami.”


Oleh itu, umat Islam perlu berkomunikasi agar tidak timbul

prasangka yang merosak. Dengan adanya komunikasi,

banyak masalah dapat diatasi.

Sidang Jumaat yang budiman

Sejak peristiwa 11 September 2001 dan letupan bom di Bali,

umat Islam mendapat sorotan luas. Terdapat tuduhan

seperti pengganas, militan, pelampau yang dilemparkan

kepada umat Islam.

Sabarkanlah jiwa kita. Gunakanlah sorotan tadi untuk

membuktikan betapa indah, ihsan dan hebat agama Islam.

Kebanyakan orang Islam pula amat sederhana dan

mengutuk pengganasan. Untuk membuktikannya, maka

perlulah kita berdialog dengan umat bukan Islam.


Daripada lebih 6 bilion umat manusia, baru satu bilion umat

Islam. Ingatlah seruan Allah swt pada permulaan khutbah

ini, bahawa manusia asalnya daripada Adam as. Kita perlu

bersiratur rahmi dengan keturunan Adam yang lain,

meskipun tidak seagama atau sebangsa.

Kita perlu berseminar, berforum atau menghadiri pertemuan

untuk memupuk persefahaman. Kita perlu makmurkan

hubbut taawun atau tolong menolong di negara berbilang

kaum ini. Kini kelas bimbingan Mendaki, misalnya turut

dibantu oleh relawan bukan Islam. Ada orang tua bukan

Islam misalnya di rumah pemulihan Darul Syifa kelolaan

Jamiyah. Teras Islam ialah selagi seseorang tidak

memusuhi kita, maka hulurkan salam kita kepadanya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah


Komunikasi adalah satu bidang luas. Tidak cukup sekadar

satu khutbah ini. Namun dalam kesempatan terhad ini, kita

belajar betapa komunikasi penting dalam keluarga, saudara

dan masyarakat. Kita perlu belajar bercakap atau menulis

dengan berkesan sebagai seni perhubungan. Apabila kita

difahami oleh orang lain dan orang lain pula memahami kita,

hidup akan bermakna. Perhubungan yang baik bak dakwah

yang menemukan insan kepada Tuhannya.

TAMAT

Вам также может понравиться