Вы находитесь на странице: 1из 1

Name:  

Nur Wahida
Title: Kepentingan Menuntut Ilmu
2010-08-18 16:59

Ilmu dapat memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.Hal ini bertepatan
dengan peribahasa "Ilmu pelita hidup".Semua orang harus menuntut ilmu.

Ilmu dapat meningkatkan taraf hidup kita.Dengan adanya ilmu,kita dapat mencari
peluang pekerjaan yang baik.Melalui pekerjaan kita akan dapat menanggung nafkah
hidup dan tidak perlu bergantung kepada orang lain.

Selain itu,ilmu membolehkan kita hidup dalam keadaan aman dan damai.Seseorang
yang berilmu tidak akan bertindak sesuka hatinya.Mereka akan berfikir secara
mendalamsebelum membuat keputusan.Oleh itu,pertengkaran dan perselisihan faham
antara satu sama lain dapat dielakkan.Dengan itu,wujudlah masyarakat yang harmoni.

Ilmu mampu meningkatkan ekonomi negara juga yang kini kian meleset.Dengan
ilmu,seseorang dapat meneroka pelbagai bidang baru.

Seterusnya,lahirlah tenaga-tenaga mahir dalam bidang kejuruteraan,ekonomi,perubatan


dan sebagainya.Dengan demikian kita tidak perlu lagi membawa pakar-pakar dari luar
untuk bekerja di negara kita.

Kesimpulannya,ilmu sangat berharga.Ilmu lebih penting daripada wang ringgit.Oleh


itu,orang harus menimba ilmu sebanyak mungkin.
 

Views by members: 5
Total Readers: 158
Today's Readers: 3
Today's XP: 30

Вам также может понравиться