Вы находитесь на странице: 1из 19

1.

0 Pendahuluan

Bimbingan dan kaunseling adalah suatu proses menolong individu bagi


memahami diri dan dunianya. Oleh itu menjadi suatu kewajiban bagi para guru untuk
mendidik, menasihati, membimbing dan merancang masa depan yang kian
mencabar. Peranan para guru bimbingan adalah membantu para pelajar dengan
menjalankan aktiviti seperti menyalurkan maklumat  tentang pekerjaan, aktiviti sosial
dan kemudahan pendidikan. Dengan cara ini diharapkan akan dapat membantu para
pelajar bersedia untuk menghadapi cabaran dan membuat keputusan yang betul.
 
Dalam konteks pendidikan masa kini, perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling adalah merupakan suatu usaha bertujuan menanam dan menyuburkan
nilai, sikap dan kemahiran dalam perkembangan individu. Ini bermakna
perkembangan individu merupakan satu usaha yang berterusan agar individu
terhindar dari mengalami kekurangan dan halangan demi mengenali diri dan
potensinya yang sebenar. Banyak program boleh diatur bagi memberi perkhidmatan
menolong bantu pelajar dalam aspek pemulihan, pencegahan dan perkembangan
untuk mempetingkatkan pengetahuan, keterampilan dan sikap diri pelajar melalui
unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang berkesan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.
 
Justeru itu adalah menjadi  tanggungjawab pihak sekolah membuat suatu
perancangan teratur dengan menubuhkan unit Perkhidmatan Maklumat Kerjaya
supaya kaedah penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasaran berkesan
bagi membentuk pelajar supaya seimbang, berjiwa besar, berwawasan dan
berketrampilan.
2.0 Bimbingan dan Kaunseling
2.1 Definisi Bimbingan
Berdasarkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), bimbingan bermaksud perbuatan
membimbing, memberi petunjuk, mengajar sehingga selesai sesuatu kerja atau
tugas. Definisi lain menjelaskan bimbingan merujuk kepada proses untuk membantu
individu meningkatkan pemahaman dan kemahiran bagi menangani isu-isu dab
cabaran-cabaran dalam kehidupan secaran berkesan. Othman Mohamed (2000),
mengatakan bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong. Ia
melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat
sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang
menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya.
Selain dari itu, bimbingan juga bermaksud memberi nasihat dan panduan kepada
seseorang yang kebiasaannya menghadapi sesuatu masalah. Dengan erti kata lain,
bimbingan adalah suatu proses untuk membantu individu memahami dirinya dan
dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan
bakat yang ada dengan sepenuhnya. (Suradi Salim, 1996)

2.2 Definisi Kaunseling


Kaunseling berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris “Counseling”. Kaunseling
merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan
prinsip psikologi. Kaunseling juga adalah suatu proses interaksi dua hala yang
membolehkan seseorang individu memahami diri dan situasinya. Di samping itu,
kaunseling bermaksud proses teratur yang melibatkan perbincangan rapi mengenai
tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi dan
menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat.
2.3 Prinsip Bimbingan dan Kaunseling
 Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka.
 Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih
boleh dikawal.
 Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah.
 Murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela.
 Guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan
perhubungan tidak sihat.
 Perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di
antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan
ibubapa yang berkenaan.
 Bimbingan dan kaunseling mesti diberikan kepada semua pelajar.
 Semua pihak bertanggungjawab menjayakan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling.
 Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling harus dijalankan secara
sistematik dan tanpa paksaan.
 Etika bimbingan dan kaunseling mesti dijaga dan dipatuhi.
 Hanya kaunselor yang bertauliah sahaja dibenarkan mengadakan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

2.4 Matlamat Bimbingan dan Kaunseling


 Membantu pelajar menghadapi dan menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
 Membentuk sikap positif pelajar terhadap pelajaran, sekolah dan keluarga.
 Mendorong pelajar untuk memperkembangkan potensi diri.
 Memupuk semangat pelajar dalam pelajaran.
 Memberi panduan kepada pelajar tentang bidang kerjaya yang sesuai
dengan diri mereka.
 Menolong mengubah tingkah laku
 Membantu membuat keputusan
 Membentuk kemahiran daya-tindak
 Mempercepatkan seseorang menjadi rasional
 Memperbaiki hubungan interpersonal
3.0 Kesesuaian Suasana Bilik, Lokasi Bilik dan Program Bimbingan dan
Kaunseling
3.1 Kesesuaian Suasana Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Keberkesanan kaunseling bergantung pada keadaan dan tempat kaunseling
itu dijalankan. Satu temuduga kaunseling tidak boleh dijalankan di bilik guru, di
kantin di bawah pokok ataupun di dalam kelas. Sesi ini mestilah diadakan di suatu
tempat yang khas, walaupun tidak istimewa. Guru bimbingan dan kaunseling mesti
memastikan terdapat satu bilik khas bagi menjalankan sesi temuduga supaya tugas
sebagai guru bimbingan dan kaunseling dapat berperanandengan lebih berkesan.

Bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah seharusnya sentiasa berada dalam


suasana yang kondusif, teraputik, selesa dan menenagkan. Hal ini kerana, klien
utama perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah terdiri daripada murid-
murid yang mempunyai pelbagai masalah atau situasi yang berbeza. Oleh itu,
suasana bilik kaunseling memainkan peranan yang cukup besar dalam memastikan
bimbingan dan terapi yang dijalankan mencapai objektif dan secara tidak langsung,
membantu menyediakan klien dalam keadaan yang tenang dalam menangani
masalahnya dengan berkesan. Bilik bimbingan dan kaunseling memberikan persepsi
penting terhadap klien yang datang ke bilik ini kerana suasana yang kondusif dapat
meyakinkan ketenteraman dalam diri klien.

Berdasarkan pemerhatian saya dan rakan terhadap Bilik Bimbingan dan


Kaunseling Sekolah Kebangsaan Taman Damai Jaya, Johor Bahru, bilik ini
merupakan sebuah bilik yang telah diwujudkan khas sebagai Bilik Bimbingan dan
Kaunseling yang telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan keperluan yang
seharusnya ada dalam kriteria Bilik Bimbingan dan Kaunseling.
3.1.1 Pencahayaan dan Pengudaraan
Melalui pemerhatian yang dilakukan ketika berkunjung ke Bilik
Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Damai Jaya, Johor Bahru saya
mendapati bilik ini memenuhi kriteria yang bagus dalam aspek pengudaraan
dan pencahayaan. Sebagai sebuah bilik yang sememangnya dikhaskan
sebagai bilik bimbingan dan kaunseling, ciri pencahayaan jelas nampak pada
tingkap besar yang dipasang. Tetapi, tingkap-tingkap ini tidak dipasang
langsir padanya. Selain dari itu, bilik ini turut dilengkapi dengan kemudahan
lampu kalimantang yang cukup pada setiap ruang.
Dari aspek pengudaraan pula, bilik ini dilengkapi dengan dua pintu iaitu
pintu hadapan dan pintu belakang. Bilik ini juga dicirikan dengan pemasangan
tingkap-tingkap kecil yang pada atas setiap tetingkap dan lubang-lubang
udara di bahagian bawah tingkap bagi membolehkan peredaran udara
sentiasa berlaku dan mengekalkan kesegaran udara di dalam bilik ini.
Kemudahan seperti kipas juga lengkap tersedia di dalam bilik ini. Terdapat
penghawa dingin yang diletakkan di dalam bilik ini yang mampu menyediakan
suasana yang nyaman dan segar. Suasana sebegini mampu memberi
keselesaan kepada murid (klien) yang menjalani perkhidmatan atau program
di bilik ini.
Beberapa penambahbaikan boleh dilakukan dalam aspek ini. Antara
yang jelas adalah, ruang tingkap telah ditutupi dengan papan kenyataan di
sebelah luarnya. Papan kenyataan Bimbingan dan Kaunseling tidak
seharusnya digantung pada bahagian tingkap bilik. Keadaan ini akan
menyebabkan bilik menjadi lebih gelap kerana terlindung dari mendapat
cahaya. Justeru, guru boleh meletakkan papan kenyataan ini pada ruang
dinding kosong yang terdapat di sebelah pintu masuk bilik ini. Selain itu juga,
pemasangan langsir pada tingkap mampu menceriakan dan mencantikkan
lagi bilik ini. Tetapi, langsir haruslah dikelolakan dengan baik dan kemas agar
ia tidak mengganggu kesan pencahayaan.
3.1.2 Susun atur perabot dan kemudahan
Melalui pemerhatian saya, beberapa susun atur perabot telah pun
menepati kesesuaian bagi sebuah bilik bimbingan dan kaunseling. Antaranya,
rak atau almari bagi menyimpan fail-fail yang berkaitan diletakkan pada sudut
yang sesuai dan keadaan ini tidak mengganggu sama sekali pergerakan di
dalam bilik. Terdapat bangku-bangku yang diletakkan dengan teratur dan
kemas di tepi ruang bilik sebagai tempat untuk menunggu atau digunakan
untuk tujuan kaunseling kelompok.
Namun begitu, terdapat juga susunan perabot dalam bilik yang kurang
sesuai jika mengikut keperluan perkhidmatan bagi sesuatu ruang yang
disediakan. Apa yang boleh saya katakan disini adalah, meja tambahan tidak
diletakkan bersama dengan set kerusi sofa. Malahan, di hadapan set sofa
diletakkan hamparan dan kerusi-kerusi kecil bagi mewujudkan ruang santai,
manakala meja tambahan diletakkan di tengah-tengah ruang tanpa set kerusi
sofa. Hal ini mewujudkan ketidaksesuaian susun atur perabot di dalam bilik
ini. Selain itu juga, kemudahan seperti komputer tidak diletakkan pada suatu
ruang khas agar ia mudah digunakan dan dikendalikan. Ada komputer yang
diletakkan di tengah-tengah susunan bangku di ruang menunggu dan ada
juga komputer yang diletakkan di sebelah sudut bacaan. Terdapat sebuah
cermin besar yang diletakkan di penjuru belakang bilik. Lokasi cermin adalah
tidak sesuai kerana ia berdekatan dengan pintu dan bakul sampah.
Tambahan pula ia merupakan sebuah kemudahan yang sering digunakan
dalam perkhidmatan atau program.
Justeru itu, beberapa penambahbaikan boleh dilakukan bagi dalam
aspek susun atur perabot di bilik ini. Antaranya adalah, meja tambahan
haruslah diletakkan lengkap bersama dengan set kerusi sofa. Ini bagi
memudahkan sekiranya tetamu, ibubapa/ penjaga klien atau klien sendiri
dalam melakukan perbincangan bersama guru bimbingan dan kaunseling.
Susun atur meja tambahan dan set kerusi sofa ini mampu mewujudkan
suasana semi-formal yang tenang. Selain itu, ruang santai harus diletakkan di
suatu sudut yang tiada sebarang perabot besar seperti rak fail atau meja
komputer. Ruang santai seharusnya lebih lapang dan luas. Bagi susunan
kemudahan komputer pula, guru boleh menyediakan satu sudut khas bagi
meletakkan kemudahan ini. Sebagai contoh, ia boleh diletakkan di sudut
sebelah tingkap yang kosong. Keadaan ini akan mewujudkan kekemasan
dalam menyusun atur kemudahan. Bagi kemudahan seperti cermin pula, saya
mencadangkan agar ia diletakkan di kawasan yang bertentangan dengan
cahaya. Pembalikan cahaya mampu meningkatkan lagi keberkesanan
pantulan cahaya pada cermin. Jadi, penggunaan cermin akan menjadi lebih
berkesan. Kuantiti perabot juga haruslah bersesuaian dengan saiz ruang bilik
bagi mengelakkan berlakunya kesesakan yang menyebabkan ruang
pergerakan lebih terhad dan mewujudkan keadaan yang berserabut.

3.1.3 Susun atur bahan bacaan dan informasi


Melalui pemerhatian saya, terdapat beberapa informasi dan hasil kerja
murid yang ditampal pada papan informasi di dalam bilik ini. Selain itu,
terdapat juda poster-poster seperti Poster Anti-dadah, Larangan Merokok,
Kata-kata Motivasi dan sebagainya ditampal di pintu dan di dinding-dinding.
Namun begitu, bilik bimbingan dan kaunseling ini masih kurang lengkap
dalam penyediaan bahan bacaan seperti buku, majalah, risalah atau artikel-
artikel yang berkaitan.
Justeru, saya mencadangkan agar guru boleh menyediakan lebih
banyak bahan bacaan yang menjurus atau berkaitan dengan bimbingan dan
kaunseling seperti risala atau artikel berkenaan dengan disiplin diri,
pengurusan masa, pengurusan emosi, dan sebagainya. Bahan bacaan ini
mampu membantu dalam perkhidmatan atau program yang disediakan selain
dari membantu murid menyelesaikan masalah mereka melalui pembacaan
yang dilakukan.

3.1.4 Warna Bilik


Seperti yang kita tahu, warna dapat memberi kesan kepada diri dan
emosi kita. Justeru, pemilihan warna bagi bilik bimbingan dan kaunseling
haruslah selari dan sesuai dengan keperluan ruang tersebut. Melalui
pemerhatian saya, guru telah memilih warna merah jambu cair untuk melatari
setiap ruang di bilik bimbingan dan kaunseling ini.
Sebagai penambahbaikan, saya mencadangkan agar setiap ruang di
bilik ini dilatari dengan warna yang lebih mendamaikan sebagai contoh warna
hijau atau biru cair (light blue/ green). Warna biru mampu mewujudkan
suasana tenang, damai, segar dan tenteram. Warna hijau pula mampu
memberikan suatu suasana yang tenang, redup dan aman. Sesungguhnya,
warna sangat memainkan peranan dalam mempengaruhi emosi seseorang.
Malah, warna juga dikatakan mampu menjadi suatu terapi dalam program
atau perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Sebagai kesimpulan, selain
daripada mampu memberikan kesan kepada emosi seseorang, warna juga
ternyata dapat menciptakan kesan ruang.

3.1.5 Kebersihan, Keceriaan dan Keselamatan


Melalui pemerhatian saya, kebersihan dan keceriaan yang sentiasa
melatari bilik bimbingan dan kaunseling ini sentiasa berada pada tahap yang
membanggakan. Di tambah pula dengan perhiasan-perhiasan indah dan
ringkas bilik ini seperti sebuah bilik yang mampu menghadirkan suasana yang
selesa. Selain dari kebersihan dan keceriaan, bilik ini juga dicirikan dengan
ciri keselamatan yang cukup. Sebagai contoh, pada setiap pintu bilik ini telah
dipasangkan pintu gril. Begitu juga pada tingkap-tingkapnya. Malahan, bilik ini
akan sentiasa dipantau oleh guru bimbingan dan kaunseling agar tiada
sebarang kecurian atau kehilangan barang berlaku.
Namun begitu, ingin saya usulkan beberapa cadangan
penambahbaikan agar kualiti aspek-aspek diatas dapat dipertingkatkan lagi.
Bagi aspek kebersihan dan keceriaan, saya mencadangkan agar guru
bimbingan dan kaunseling dapat menyediakan jadual waktu bertugas
membersih dan menceriakan bilik ini. Fokus murid-murid adalah ahli-ahli
Kelab Pembimbing Rakan Sebaya. Sekiranya kelab ini belum diwujudkan,
saya turut mencadangkan agar kelab ini diwujudkan kerana kelab seperti ini
mampu menarik minat murid untuk mendedahkan diri dalam bidang ini, dan
secara tidak langsung dapat melatih mereka mempersiapkan diri dalam
menghadapi kehidupan sebagai seorang pelajar.
3.1.6 Unsur Semulajadi
Penerimaan manusia terhadap persekitaran adalah suatu kebolehan
semula jadi yang mungkin terkawal atau tidak terkawal. Secara asasnya,
persekitaran ekologi adalah lebih bersifat fizikal tetapi mempengaruhi
manusia dalam aspek fizikal dan juga mental. Topik perubahan emosi yang
terkesan daripada persekitaran adalah menjurus kepada sudut tekanan atau
stress yang diterima daripada input-input persekitaran. Sama ada ia melalui
kedatangan input persekitaran tidak selesa, perubahan drastik, terlalu banyak
dan membebankan, atau terlalu berat untuk ditanggung, maka semuanya
adalah hasil daripada input berbentuk fizikal.
Maka, saya mencadangkan agar unsur semulajadi diwujudkan di bilik
ini kerana ia mampu menjadi salah satu alat yang mampu membantu guru
dalam memberi suatu suasana yang tenang dan tenteram kepada klien. Hal
ini demikian kerana, unsur semulajadi seperti mini air terjun, akuarium ikan
dan pokok-pokok hijau sedia memberikan sesuatu keadaan yang mampu
menghilangkan dan menenangkan segala tekanan dan stress yang dihadapi
oleh klien. Ini memudahkan guru kerana, klien akan merasai sendiri suasana
ini lantas memberi kesan kepada dirinya sendiri.

3.1.7 Ruang/ Bilik Yang Disediakan (Kerahsiaan)


Melalui pemerhatian saya, bilik bimbingan dan kaunseling ini tidak
dilengkapi dengan sebuah bilik khas bagi tujuan perkhidmatan kaunseling
individu. Maka, unsur kerahsiaan di bilik ini agak membimbangkan kerana
tiada bilik khas yang digunakan yang mampu menjamin kerahsiaan sesuatu
perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang klien. Keadaan ini akan
membuatkan klien berasa tidak selesa dan takut untuk meluahkan masalah
mereka kerana bimbang masalah mereka akan didengari oleh orang lain.
Selain daripada itu, suasana yang bising kesan daripada kelas-kelas yang
berhampiran menyebabkan suasana senyap tidak dapat diwujudkan di bilik
ini. Akibatnya, proses bimbingan dan kaunseling tidak dapat berjalan dengan
lancar kerana kebimbangan yang dihadapi oleh klien tadi.
Justeru, sebagai cadangan penambahbaikan, saya mencadangkan
agar satu bilik khas bercermin (kedap bunyi) diwujudkan agar perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling dapat dijalankan dengan sempurna tanpa
gangguan kebisingan di persekitarannya. Ini juga bertujuan untuk melindungi
rahsia klien kerana perbincangan antara guru kaunseling dengan klien adalah
sulit.

3.2 Kesesuaian Lokasi Bilik Bimbingan dan Kaunseling


3.2.1 Pelan Lokasi Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Merujuk kepada pelan, bilik bimbingan dan kaunseling terletak di
tingkat 3 blok D. Bilik ini terletak di hujung bangunan dan bersebelahan
dengan kelas 5 Makmur. Tandas murid perempuan dan murid lelaki pula
terletak pada hujung disebelah sana. Pada pendapat saya, lokasi bilik
bimbingan dan kaunseling SK Taman Damai Jaya ini adalah agak strategik.
Ini kerana kedudukan yang terletak di tingkat 3 dan jauh daripada tandas
dapat menjamin kerahsiaan klien, murid-murid dan guru-guru lain tidak
mengetahui yang seseorang atau klien itu pergi ke bilik bimbingan dan
kaunseling. Kedudukan bilik ini juga agak jauh daripda kawasan tumpuan
warga sekolah seperti bilik guru, kantin, ataupun psat sumber. Dengan itu,
klien tidak akan merasa malu dan selamat untuk mengunjungi atau pergi ke
bilik bimbingan dan kaunseling.
Akan tetapi, masih terdapat beberapa aspek yang boleh ditambahbaik.
Sebagai contoh, kedudukan bilik bimbingan dan kaunseling yang ada
sekarang ini adalah bersebelahan dengan kelas 5 makmur. Apabila terletak
bersebelahan kelas, sudah pasti keadaan di dalam bilik kaunseling menjadi
agak bising dan hinggar. Adalah lebih baik dan kondusif jika bilik bimbingan
dan kaunseling ini diletakkan jauh dari kelas. Sepatutnya bilik kaunseling
diletakkan di aras lebih tinggi iaitu tingkat 4. dengan itu, kerahsiaan klien lebih
terjamin dan lebih ramai murid akan lebih berminat untuk pergi ke bilik
bimbingan dan kaunseling sekaligus mendapatkan khidmat bimbingan dan
kaunseling daripada kaunselor.
3.3 Kesesuaian Program Bimbingan dan Kaunseling
3.3.1 Rancangan Tahunan Unit Bimbingan dan Kaunseling
Rancangan tahunan adalah satu elelmen yang paling penting dalam
suatu organisasi. Rancangan tahunan membantu organisasi perancang
dengan lebih teratur dan menjadikan pelaksanaan rancangan menjadi lebih
mudah. Penting adalah rancangan tahunan dapat memperlihat hala tuju
suatu organisasi itu sendiri. Tanpa rancangan tahunan, suatu organisasi
kelihatan tiada hala tuju dan agak sukar untuk melakukan sesuatu program.

Bagi unit bimbingan dan kaunseling SK Taman Damai Jaya ini, satu
rancangan tahunan telah dihasilkan bagi memudahkan pelaksanaan program
dam tahun ini. Bagi tahun ini, terdapat banyak program yang telah dirancang.
Kesemua prog ram yang dirancang itu dalam dirangkumkan dalam 6
kumpulan besar iaitu program Sekolah Sekolah Selamat, sebelum dan
selepas upsr, pengenalan kepada murid tahun 1, kursus kepimpinan, kempen
anti dadah, kesedaran kemerdekaan, dan yang paling utama adalah tumpuan
kepada murid yang bermasalah.

Program Sekolah Selamat dilancarkan di sekolah-sekolah di Malaysia


bagi membendung masalah disiplin para pelajar, warga sekolah di Malaysia
bermaksud guru, pelajar, kakitangan sokongan, pentadbir sekolah, kaunselor
dan sebagainya. Unit bimbingan dan kaunseling sekolah ini telah merangka
untuk melakukan program ini dalam 8 fasa, iaitu minggu keempat bagi setiap
bulan bermula pada bulan Mac. Pada pendapat kami, program Sekolah
Selamat ini amat sesuai untuk dijalankan di sekolah secara berperingkat. Ini
kerada modulnya yang pelbagai topik dan agak banyak. Jika dijalankan
secara serentak, murid tentukan akan bosan dan langsung tidak memberi
perhatian.

Sebagai murid yang baru mengenai dunia persekolahan


sememangnya pihak sekolah dan unit bimbingan dan kaunseling khasnya
perlu merangka sekaligus melaksanakan satu program khas bagi mereka.
Ianya bukan sahaja bagi megenalkan budaya sesuatu sekolah, ia juga dapat
menghakis stigma murid tahun satu yang sememangnya takut untuk datang
ke sekolah. Unit bimbingan dan kaunseling sekolah ini telah merangka dua
program untuk murid tahun satu iaitu Sesi Orientasi Tahun 1 dan Sekolahku
Sayang yang diadakan pada bula Januari. Dalam program ini, bukan sahaja
murid yang diberi pendedahan tentang sekolah, ibu bapa juga diberi
pendedahan yang sama. Masa program dijalankan juga amat baik sekali
kerana ia dijalankan diawal tahun ketika mereka baru sahaja masuk ke
sekolah. Tindakan unit bimbingan dan kaunseling menjemput ibubapa murid
tahun satu hadir sekali juga adalah satu perkara yang dapat membari banyak
kelebihan. Ini kerana, ibubapa perlu didedahkan kepada persekitaran sekolah.
Mereka juga perlu mengetahui apa yang anak mereka perlu lalui sepanjang
masa persekolahan. Tambahan pula, bermula daripada tahun ini sistem
KBSR telah diganti dengan system KSSR. Oleh itu, ibubapa perlu membuka
mata dan telinga dan mengambil tindakan yang sepatutnya dalam menjamin
pendidikan anak mereka sendiri.

Murid tahun enam juga tidak dilupakan oleh unit bimbingan dan
kaunseling sekolah ini. Pelbagai program yang dirancang kepada mereka baik
sebelum UPSR mahupun selepas UPSR. Pada pendapat saya unit
bimbingan dan kaunseling sekolah ini menjalakan tugas dengan baik kerana
unit ini bukan hanya menekankan masa genting sebelum UPSR malahan juga
masa selepas UPSR tidak dibiarkan berlalu dengan sia-sia. Masa itu diisi
dengan lawatan sambil belajar dan bimbingan ke sekolah menengah.

Aspek kepimpinan juga tidak diabaikan oleh unit bimbingan dan


kaunseling sekolah ini. Pemimpin disini merujuk kepada pengawas sekolah,
pengawas pusat sumber, pengawas bilik siber, pengawas bilik BOSS, ketua
darjah dan penolong ketua darjah. Terdapat beberapa program yang
dirancang bagi golongan ini antaranya adalah kursus kepimpinan dan
penyampaian watikah sebagai simbolik perlantikan mereka sebagai
pemimpin. Kedua-dua program dijalankan pada awal tahun. Masa program
dijalankan iaitu pada awal tahun adalah sangat baik tetapi bagi pendapat saya
tempoh pelaksanaan program boleh ditambah baik. Sebagai contoh program
Kem Kepimpinan. Unit bimbingan dan kaunseling melaksanakan kem ini
hanya sehari pada waktu persekolahan. Tempoh masa ini seharusnya
ditambah menjadi dua hari satu malam atau tiga hari dua malam. Ini
kerana,dalam Kem Kepimpinan banyak yang perli disampaikan, hanya
beberapa jam tidak cukup untuk menyampaikan ilmu tersebut. Akan tetapi,
saya faham, mungik unit kewangan ada perancangan untuk melakukan lebih
daripada satu hari tetapi terdapat banyak faktor pengehad, salah satu
daripadanya adalah faktor wang.

SK Taman Damai Jaya telah mengistihar bulan Ogos sebagai bulan


kemerdekaan dan pihak yang bertanggungjawab adalah unit bimbingan dan
kaunseling. Mengikut perancangan, banyak aktiviti telah disediakan bagi
warga sekolah termasuklah guru dan pekerja sekolah. Pada pendapat saya,
perancangan mengenai bulan kemerdekaan ini adalah sangat baik. Murid
perlu didedahkan dengan fakta-fakta kemerdekaan, bagaimana pemimpin
negara berhempas pulas memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
Dengan itu, perasaan cintakan negara dapat dipupuk sejak dari sekolah
rendah lagi, dan pabila mereka meningkat dewasa, semangat cintakan
negara tetap mekar dalam jiwa mereka. Bukan seperti apa yang berlaku
sekarang ini, semangat cintakan negara telah terhakis sedikit demi sedikit.

Apabila memperkatakan tentang unit bimbingan dan kaunseling,


perkara yang tergambar difikiran adalah adalah murid yang bermasalah.
Sememangnya itu adalah fokus utama unit bimbingan dan kaunseling sekolah
ini. Untuk itu, bilik bimbigan dan kaunseling sekolah ini sentiasa terbuka
kepada klien yang bermasalah. Klien di sekolah ini terbahagi kepada dua
kumpulan iaitu yang dating sendiri atau yang dihantar oleh guru kerana
bermasalah. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sentiasa tersedia
daripada awal tahun hingga ke akhir tahun. Akan tetapi kaunselor disekolah
ini mempunyai masalah iaitu beliau tidak boleh fokus hanya kepada unit ini
sahaja kerana untuk tahun ini, beliau perlu mengajar seperti guru-guru lain
juga. Jadi, beliau tidak selalu di bilik bimbingan dan kaunseling dan ini
memberikan impak yang negatif kepada unit ini sendiri. Bukankah seharusnya
seorang kaunselor tidak perlu mengajar dan hanya meletakkan fokus kepada
unit bimbingan dan kaunseling ini?

4.0 Peranan Guru Biasa sebagai Guru Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah bukan semata-mata
dijalankan oleh guru bimbingan dan kaunseling sahaja. Malah, semua guru yang
terlatih dianggap sebagai guru bimbingan atau guru pembimbing. Cuba kita rujuk
semula apakah yang dimaksudkan dengan bimbingan. Bimbingan bermaksud
memberi nasihat atau majlumat demi perkembangan kendiri kanak-kanak, dan
elakkan masalah. Dalam hal ini, sudah tentu setiap guru di sekolah, samada guru
matapelajaran atau guru kelas, mampu memainkan peranan tersebut dengan
mengambil kira pengalaman hidup dan kematangan emosi serta kognitif masing-
masing. Komponen pertama dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah
merujuk kepada inventori, taksiran dan rekod. Sebagai guru pembimbing, guru biasa
harus membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk mengumpul maklumat
mengenai kanak-kanak. Kemudian, maklumat yang terkandung dalam rekod-rekod
tertentu boleh disemak oleh guru bimbingan dan kaunseling serta digunakan
sebagai rujukan untuk tindakan susulan, samaada dalam bentuk sesi kaunseling
atau intervensi lain.

Peranan guru biasa dalam bimbingan dan kaunseling juga adalah mustahak
kerana mereka dapat membantu pelajar dalam membuat penyesuaian peribadi,
sosial, emosi, akademik, perkembangan mental dan akhlak. Dalam hal ini, guru
biasa seperti guru kelas lebih memainkan peranan kerana guru kelas lebih dekat
dengan murid-murid dalam sesebuah kelas yang dikendalikan olehnya. Sebagai
contoh, dengan mengadakan Program Orientasi bagi murid Tahun 1. Program
sebegini mampu menyediakan diri murid-murid dengan alam persekolahan yang
bakal mereka tempuhi sepanjang menjalani proses pembelajaran di sekolah. Mereka
juga menolong murid dalam pelajaran dengan memperkenalkan sistem pendidikan
kepada murid. Guru biasa juga memaparkan kepada murid berkenaan matlamat
pelajaran dan penyesuaian mereka dengan suasana persekitaran. Mereka juga
menganjurkan kepada murid kaedah belajar secara berkesan, peraturan sekolah
dan kepentingan mata pelajaran.
Guru biasa seharusnya memberikan bantuan kepada murid dalam membuat
perancangan persekolahan mengikut kebolehan, kemampuan, minat dan
perkembangan murid dengan membangkitkan semangat kesedaran dalam kalangan
murid pada peringkat awal tentang kepentingan pelajaran sehingga mencapai
kejayaan yang cemerlang. Guru biasa dapat membantu murid menyelesaikan
masalah mereka dalam bidang pelajaran di sekolah dengan membantu murid
membentuk tabiat kerja yang baik dan sahsiah yang sempurna selain dari akhlak
dan adab yang unggul.

Di samping itu, guru biasa turut terlibat dalam merancang, mengawal selia,
dan mengemas kini rekod dan inventori pelajar. Kebiasaanya, peranan ini lebih
kepada guru kelas yang memiliki segala rekod berkenaan semua murid dalam
kelasnya. Mereka mengumpul, menyedia dan menyebar maklumat serta resos
bimbingan dan kaunseling dalam bidang akademik, kerjaya, psikososial dan
kesejahteraan mental, keibubapaan dan kemahiran mengatasi masalah kepada
murid melalui sebarang media yang sesuai. Sekiranya terdapat masalah, guru biasa
merupakan medium perantaraan atau perunding antara pihak sekolah dengan
ibubapa bagi tujuan penyampaian maklumat atau masalah murid, seterusnya
membuat perbincangan tentang bagaimana masalah tersebut harus diselesaikan
dengan berkesan.

Guru biasa juga boleh dilantik menjadi penyelaras aktiviti dan program yang
dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Negeri di
peringkat sekolah atau menjadi penyelaras program mentor-mentee. Mereka terlibat
dalam perancangan program di sekolah, menggunakan prosedur kaunseling untuk
mengelola program, menentukan halatuju dan melaksanakan perancangan program,
membuat keputusan, membuat garis panduan dan peraturan serta di akhirnya, guru
ini akan membuat penilaian terhadap kekuatan atau kelemahan program yang
dilaksanakan. Selain daripada itu, mereka juga merancang, melaksana dan
mengawal selia program dan aktiviti pembangunan murid seperti kepimpinan,
pembimbing rakan sebaya (PRS) dan jati diri. Guru biasa berperanan dalam
melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan dari semasa ke
semasa.
Sebagai guru biasa, mereka lebih memahami tingkahlaku murid-murid melalui
pemerhatian yang dilakukan semasa murid menjalani aktiviti harian dalam kelas.
Guru harus memberi perhatian kepada komunikasi bukan lisan yang ditunjukkan
oleh murid-murid. Pemerhatian oleh guru kelas atau guru matapelajaran merupakan
input yang amat berguna tentang tahap literasi bahasa masing-masing. Sebagai
contoh, kegagalan seorang kanak-kanak untuk memahami satu-satu bahasa yang
digunakan oleh guru atau rakan-rakan sedarjah boleh di salah tafsir sebagai sifat
malu dan segan. Justeru, pada ketika inilah guru kelas atau guru matapelajaran
memainkan peranan mereka dengan memberi nasihat dan bimbingan kepada murid
ini.

Guru biasa atau guru matapelajaran adalah guru yang paling hampir dengan
murid-murid. Melalui pemerhatian, guru dapat mengenalpasti gaya pembelajaran
murid-murid. Ekoran daripada pemerhatian terhadap aktiviti dalam kelas, misalnya
melukis, menggunting atau merekabentuk sesuatu, guru akan dapat menentukan
apa yang tidak boleh dilakukan oleh seseorang murid, apa yang boleh dilakukan
dengan bantuan orang lain, dan apa yang mampu dilakukan secara berdikari.
Bimbingan boleh dilakukan oleh guru terhadap murid-murid yang mengalami
masalah agar murid ini tidak mengalami keciciran atau berasa rendah diri berada di
kalangan murid-murid lain yang lebih berkebolehan berbanding mereka

Berdasarkan perbincangan di atas, amat jelas bahawa guru biasa sebagai


guru pembimbing memainkan peranan yang amat penting dalam membantu guru
bimbingan dan kaunseling memperoleh satu profil awal kanak-kanak melalui teknik-
teknik pengumpulan maklumat yang disarankan. Segala maklumat ini mampu
membantu guru bimbingan dan kaunseling untuk merancang intervensi yang wajar
demi kepentingan guru amnya dan kanak-kanak khasnya.
5.0 Kesimpulan
Penubuhan Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah rendah adalah amat
penting bagi membantu murid-murid mendapat bimbingan dan khidmat nasihat
dalam usaha menyediakan diri mereka untuk menyelesaikan masalah. Proses
penubuhan ini memerlukan maklumat-maklumat, masa, tenaga dan sumber
kewangan yang besar untuk dilaksanakan. Penganalisisan persekitaran yang teliti
perlu ditimbangkan dari segala aspek perancangan dengan menggunakan kekuatan
yang ada, mengatasi kelemahan, mengelakan ancaman dan merebut peluang yang.
Dan semua ini perlulah dipertimbangkan. Analisa kekuatan seperti tenaga,
peruntukan kewangan, maklumat murid, sumber maklmuat murid, kerjasama dengan
individu, masyarakat dan organisasi perlulah dititikberatkan. Bagi analisis kelemahan
pula seperti tiada kerjasama antara guru dengan murid, murid dengan murid atau
guru dengan guru, sumber peruntukan terhad, kelemahan organisasi perlulah
dianalisa dan diatasi. Begitu juga analisa peluang yang ada bagi murid yang
bermasalah perlu juga diambil kira supaya perancangan penubuhan unit Bimbingan
dan Kaunseling sekolah mencapai matlamat dan objektifnya. Selain itu, analisa
ancaman seperti persekitaran negatif yang mengancam murid-murid
dengan  budaya buli, dadah dan sebagainya perlu di atasi.
Melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling, murid akan  dibantu untuk
menghadapi pelbagai cabaran di alam persekolahan bagi melahirkan generasi yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek dan rohani selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Murid juga akan memperolehi maklumat-maklumat yang
berkualiti, membangkitkan motivasi dan berkeyakinan. Seterusnya memberi
keyakinan yang tinggi dan kesediaan yang cemerlang dalam diri murid untuk
menghadapi segala masalah di sekolah.
RUJUKAN

Eh Ah Meng (1995). SIRI PENDIDIKAN SEKOLAH DAN PERKEMBANGAN


KANAK-KANAK (ASAS PENIDIDIKAN 4). Fajar Bakti Sdn Bhd.
Tang Chee Yee (1997). SIRI PENGURUSAN SEKOLAH, BIMBINGAN DAN
KAUNSELING UNTUK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. Kumpulan Budiman
Sdn Bhd.
Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim et. al. (2003). Siri Pengajian Tinggi Cerdik :
PELAKSANAAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH.
Cerdik Publications Sdn Bhd.
Choon Lean Keow, PhD. (2007). KAUNSELING : TEORI DAN PRAKTIS
PENGETAHUAN DAN PENGALAMAN PENGAMAL untuk Program Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PISMP); Program Pra-Sarjana Muda Pengajaran; Kursus Dalam
Perkhidmatan Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah/ Menengah (KDP).
Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Majlis Guru Bimbingan dan Kaunseling Dengan Kerjasama Jabatan Pelajaran
Negeri Johor Bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling.

Diakses pada 2 Mac 2011,


http://yanpiaw0.tripod.com/kpli/Bimbingan.htm
http://angrianiworld.com/ubk/index.php?
option=com_content&task=view&id=70&Itemid=1
http://ebimbel.net/r/973-Definisi-Bimbingan-Konseling
http://ebimbel.net/l/634-Definisi-Bimbingan-Konseling-Menurut-Para-Ahli
http://www.smktpbaling.com/ptkdg44/NOTA%20PTK%20PNP/BIMBINGAN%20DAN
%20KAUNSELING.pdf
www.eprints.utm.my/.../ZuraimeyAhmad2008_AmalanPerananTanggungjawab Kaun
selorSekolah.pdf
http://www.scribd.com/doc/4661633/Kaunseling-bimbingan-dan-Psikoterapi
http://smkbesout.tripod.com/kaunselor.htm
http://cvsar.multiply.com/journal/item/17

Вам также может понравиться