Вы находитесь на странице: 1из 3

BAGAIMANA PELAJARAN ALAM SEKITAR DIAJAR KEPADA PARA PELAJAR?

Pelajaran alam sekitar merupakan pelajaran untuk memahami interaksi antara


manusia dan alam sekitar serta bagaimana manusia perlu menguruskan alam sekitar
dengan penuh tanggungjawab demi kesejahteraan manusia.Pelajaran ini melibatkan
pendidikan tentang alam sekitar bagi meningkatkan kesedaran,kefahaman dan
pengetahuan serta kesedaran tentang pengurusan alam sekitar dengan bijaksana.

Pelajaran alam sekitar boleh diterapkan dan disampaikan kepada semua pelajar
melalui beberapa kaedah.Antaranya ialah melibatkan para pelajar dengan projek
atau program yang berkaitan dengan alam sekitar.Para guru perlu melibatkan para
pelajar dalam sebarang program atau aktiviti yang berkaitan pendidikan alam sekitar
seperti minggu alam sekitar,projek alam sekitar dan lain-lain lagi.Secara tidak
langsung,para pelajar dapat memperoleh manfaat dengan memahami keindahan
dan pemuliharaan alam sekitar.

Selain itu,kaedah melakukan eksperimen dapat membantu para guru


menerapkan pendidikan alam sekitar kepada murid.Eksperimen merupakan kaedah
lazim yang biasa digunakan oleh guru dalam matapelajaran sains.Sebagai
contoh,murid biasanya akan menguji hipotesis secara penyiasatan untuk menemui
konsep atau idea sains tertentu dimana kaedah saintifik digunakan bagi melakukan
eksprimen.

Kaedah lain yang boleh digunakan untuk menerapkan pendidikan alam sekitar
ialah melalui mengadakan lawatan seperti ke zoo negara,taman botani,tanah tinggi
cameron dan lain-lain lagi.Lawatan ini dijalankan bagi mendedahkan kepada para
pelajar tentang nilai-nilai keindahan dan memberi satu pengalaman yang
baru,bermakna dan menyeronokkan.
Selain itu,kaedah kajian masa depan juga boleh membantu guru merancang
untuk menerapkan pendidikan alam sekitar kepada pelajar.Murid akan menggunakan
pemikiran yang kritis dan kreatif dalam meninjau perubahan semasa alam sekitar
daripada masa lalu hingga sekarang dan meramalkan keadaan pada masa hadapan.

Tambahan lagi,pendidikan alam sekitar juga boleh diterapkan oleh guru kepada
pelajar melalui penyediaan projek ringkas bagi sekolah menengah dan kerja khusus
bagi sekolah rendah.Para murid dikehendaki mengenalpasti masalah yang di hadapi
dan langkah-langkah yang sesuai bagi mengatasinya.Hasil projek mestilah
berdasarkan soal selidik yang dijalankan dalam tempoh yang diberikan.

Pihak sekolah juga boleh mengadakan pertandingan kitar semula bagi menyemai
semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan diri para pelajar.Selain itu,murid-
murid juga dapat di didik supaya membuang sampah ke dalam tong sampah yang
disediakan.Secara tidak langsung,murid mula menyedari kepentingan menjaga alam
sekitar.

Para guru juga boleh menyemai pendidikan alam sekitar melalui permainan alam
sekitar.semua murid dikhendaki menyelesaikan teka-teki berkaitan pemuliharaan
alam sekitar.Peserta yang berjaya menyelsaikan teka-teki ini dalam masa terpantas
akan memperolehi hadiah yang disediakan oleh pihak sekolah.Para murid mendapat
pengalaman dan maklumat yang bermanfaat untuk diaplikasi dalam kehidupan
seharian.

Selain itu,atas kesedaran yang tinggi tentang pentingnya menjaga alam


sekitar,pihak sekolah juga mula menyediakan satu sudut berkaitan alam sekitar di
tempat strategik dan menjadi tumpuan.Ini bertujuan bagi mendedahkan kepada para
pelajar tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar supaya murid atas
tanggunjawab mereka keatas muka bumi ini.
Akhir sekali,murid –murid sekolah rendah biasanya dibawa untuk melihat
pameran alam sekitar yang dianjurkan oleh badan-badan bukan kerajaan.Di sini para
murid akan diberikan taklimat dan penerangan berkaitan fenomena alam yang kerap
berlaku sejak akhir ini.

Вам также может понравиться