Вы находитесь на странице: 1из 6

FORMAT / MAKLUMAT BAHASA MELAYU TINGKATAN 3

Kertas Masa Markah Bil. Soalan Btk Soalan Bil Perkataan


Tatabahasa
* Morfologi 17 Soalan
* Sintaksis 10 Soalan
Kertas 1 * Peribahasa 3 soalan
1 jam 40 Markah 40 Soalan  
Objektif Prosa Moden / Tradisional
5 Soalan
Puisi Moden/Tradisional
5 Soalan
Kertas 2  
2 jam 100 markah 5 soalan  
Subjektif  
Bahagian A (i) Ringkasan 80 Patah
  40 minit 20 markah  
  perkataan
Bahagian A (ii) Pemahaman
    10 markah    
3 Soalan
Tidak lebih 120
  25 minit 20 markah   Bahagian B Karangan Rangsangan
Patah perkataan
Lebih 180 patah
  45 minit 40 markah   Bahagian C Respon Terbuka
perkataan
Bahagian D
  10 minit 10 markah    
Novel Tingkatan 1,2 dan 3.
 

PANDUAN / TEKNIK MENJAWAB BAHASA MELAYU PMR KERTAS 2


BAHAGIAN A.
 1. PANDUAN MEMBUAT RINGKASAN BAHASA MELAYU PMR. ( 20 MARKAH ) 
1. Jumlah perkataan- 80 perkataan sahaja ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).
2. Perenggan- 1 perenggan. Tiada pengenalan dan kesimpulan.
3. Jumlah isi- 5-6 isi sahaja.
4. Sintaksis- ringkas & padat.
5. Dilarang menyalin bulat-bulat ayat dalam teks soalan. Cara membina ayat sendiri ialah
dengan
i.                     menukar dengan perkataan yang sama makna/ seerti.
ii.                   Menambahkan penanda wacana di pangkal ayat.
6. Mesti ada 3 penanda wacana ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, Dalam pada itu,
Oleh hal yang demikian, Di samping itu, Namun demikian, Walau bagaimanapun).
 
7. Pengiraan perkataan berikut- SATU PATAH PERKATAAN SAHAJA.
Kata nama khas- nama orang, tempat, judul buku dll
Kata sendi- kepada, daripada, ke, dari.
Kata hubung- biarpun, sungguhpun, walaupun, dll.
Penanda wacana- Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru, dll
Kata ganda- murid-murid, kuih-muih, hormat-menghormati dll
Kata majmuk- beg tangan, kereta api, adat istiadat dll
Tarikh- 20 April 2007
Peribahasa/simpulan bahasa- anak emas, ulat buku, hati batu dll
 
      8. Sila semak kesalahan ejaan, tatabahasa dan tanda baca sebelum menghantar kertas 
          jawapan anda kepada pengawas peperiksaan.
 
9. Pemarkahan ringkasan.
Markah isi ( 10 markah )- 1 isi = 2 markah.
Bahasa ( 10 markah ).
- Bahasa amat baik dan cukup lancar.
- Pembinaan ayat  berdasarkan kata yang tepat, ayat gramatis.
- Penanda wacana yang sesuai.
- Ejaan dan tanda baca yang betul.
 
    10. Kelemahan pelajar membuat ringkasan
 
            - Bahasa kurang lancar.
            - Ayat, ejaan dan tanda baca mempunyai kesalahan ketara.
            - Memilih ayat dalam petikan atau disalin terus daripada petikan asal.
            - Melebihi 80 patah perkataan.
            - Isi kurang.
            - Pelajar menyalin bulat-bulat teks.Jangan amalkan perbuatan ini. BAHAYA. Markah
              anda akan ditolak sebanyak 50%.
   11. Contoh soalan ringkasan
 
i.                     Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang
            usaha-usaha memupuk sifat penyayang dalam kalangan masyarakat.
ii.                   Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang
             langkah-langkah berjimat cermat. ( PMR 2006 ).
iii.                  Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan tulis suatu ringkasan tentang

BAHAGIAN B ( Karangan Bahan Rangsangan ).


 
1. Jumlah perkataan- Tidak melebihi 120  patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah
kanan ).
2. Perenggan- 5/6 perenggan.
1 Perenggan- Pendahuluan.
3/4 Perenggan- Isi/huraian
1 Perenggan- Penutup.
 
3. Jumlah isi- 3   /   4  isi sahaja.
4. Sintaksis- ringkas & padat.
5. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih
 ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru  dll ).
6. Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan
      berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan.
7. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah  pelajar akan ditolak.
8. Ciri-ciri karangan yang cemerlang ( Peringkat Cemerlang iaitu 16- 20 markah ).
-         Ayat yang gramatis.
-         Kosa kata yang luas dan tepat.
-         Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.
-         Hanya kesalahan minimum pengunaan kata.
-         Isi menepati kehendak soalan
-         Huraian isi matang dan berkembang.
-         Pengolahannya yang menarik dan berkesan.
 
PEMBINAAN KARANGAN BAHAN RANGSANGAN
 
a. Cara membuat pendahuluan. ( 2&3  ayat sahaja ).
Hendaklah membincangkan  tajuk bahan rangsangan yang diberikan.
Mesti menyentuh pernyataan tentang tajuk bahan rangsangan dan isu yang berkaitan
dengan kehendak soalan.
 
b. Cara menulis isi karangan.
          Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH.
          Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana.
 
c.  Cara penulisan penutup.
    Buatlah rumusan berserta cadangan, pandangan,  bagi keseluruhan isi yang terkandung dalam
dalam tajuk bahan rangsangan.

BAHAGIAN C ( KARANGAN UMUM ) 40 MARKAH.


 
1. Jumlah perkataan- Melebihi 180  patah perkataan . ( tulis di bahagian bawah sebelah kanan ).
2. Perenggan- 5/6 perenggan.
1 Perenggan- Pendahuluan.
4 Perenggan- Isi/huraian/contoh/bukti- angka,pendapat tokoh,hasil kajian dll
1 Perenggan- Penutup.
 
3. Jumlah isi- 3   /   4  isi sahaja.
4. Sintaksis- ringkas & padat.
5. Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih
 ( Selain itu, Sehubungan dengan itu, Justeru  dll ).
6. Pemarkahan – pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan
      berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan.
7. Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah  pelajar akan ditolak.
 
PEMBINAAN KARANGAN.
 
Contoh Soalan – Kejadian tanah runtuh yang berlaku di negara kita telah banyak
mengorbankan nyawa manusia. Huraikan cara-cara untuk mengelakkan kejadian tanah
runtuh berulang.
 
i. Cara menulis pendahuluan.
-         Pastikan 1 perenggan sahaja.
-         Gambaran awal tentang karangan yang hendak ditulis.
-         Mecetuskan isu yang hendak dikemukakan dengan pernyataan yang merangsang pemikiran
dan menarik  perhatian pemeriksa.
-         Boleh  selitkan pendapat tokoh ternama, bukti dan angka sesuatu peristiwa, persoalan
berjawab dll.
 
Contoh pendahuluan-
Kejadian tanah runtuh banyak mendatangkan kerugian. Banyak nyawa yang terkorban dan harta
benda musnah ditimpa tanah runtuh. Siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini? Hal ini
menyebabkan pihak berkuasa digesa untuk mencari jalan yang sesuai bagi mengelakkan kejadian
tanah runtuh berulang.
 
ii. Cara menulis isi karangan.
 
          - Setiap perenggan mesti ada ISI UTAMA + ISI SAMPINGAN + CONTOH.
          - Setiap perenggan mesti ada pertalian dengan menggunakan penanda wacana.
          - Pastikan tidak berlaku pengulangan isi.
          - Formula ( Isi Utama + Mengapa / Bagaimana + Kesan/ Contoh )
 
Contoh Isi karangan
Selain itu, pembinaan rumah atau bangunan di kawasan lereng bukit perlulah dilarang. Hal ini
demikian kerana tanah di kawasan tersebut mudah runtuh akibat hakisan tanah. Perkara ini
membahayakan nyawa sesiapa saja yang tinggal di kawasan tersebut. Hal ini dapat dibuktikan dengan
kejadian runtuhnya Highland Tower yang mengorbankan banyak nyawa.
 
iii. Cara menulis penutup karangan
-         Buat satu rumusan atau kesimpulan yang anda huraikan.
-         Jangan ulangi fakta yang telah anda gunakan dalam perenggan isi.
-         Formula ( Rumusan utama  +  Bagaimana + Kesan )
 
Contoh- Kesimpulannya, ( RUMUSAN UTAMA ). kerjasama semua pihak diperlukan untuk
mengelakkan kejadian tanah runtuh . ( BAGAIMANA ). Masyarakat perlu memupuk kesedaran
terhadap pentingnya pemuliharaan alam sekitar. ( KESAN )Usaha ini diharapkan dapat mencegah
kejadian tanah runtuh daripada berulang lagi pada masa akan datang.
 
Soalan karangan yang popular.
 
1. Soalan berbentuk pengalaman seseorang- aktiviti di sekolah.
2. Surat Rasmi dan Tidak Rasmi.
3. Karangan Laporan.
4. Karangan Perbincangan/Pendapat.
5. Karangan Bertajuk Peribahasa.
6. Karangan Cereka/keperihalan.
7. Karangan Syarahan/perbahasan

BAHAGIAN D ( KOMSAS ) 10 MARKAH.


 
1. Jumlah isi- 3 isi sahaja. 1 isi = 2 markah.
2. Perenggan- 3 perenggan.
3. Setiap isi wajib/mesti disertai dengan huraian atau contoh.
      PENTING !!!!! Tanpa contoh tiada markah.
4. Permarkahan- Isi ( 6 markah )
                           - Bahasa ( 4 markah ).
5. Topik penting dalam Komsas
 
1. Huraikan tema yang terdapat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah )
2. Jelaskan persoalan-persoalan yang terkandung dalam novel yang anda kaji         
 ( 10 markah ).
      3. Huraikan perwatakan watak utama dalam novel yang anda kaji. ( 10 markah ).
          Bandingkan perwatakan watak utama dengan watak sampingan dengan memberikan
          contoh yang sesuai. ( 10 markah ).
4. Huraikan mesej/amanat/pengajaran yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji
     ( 10 markah ).
5. Nyatakan nilai-nilai kemanusiaan  yang anda ketahui dan huraikan dengan memberi contoh
yang sesuai ( 10 markah ).
6. Jelaskan citra masyarakat yang terkandung dalam novel yang anda kaji 9 10 markah ).
7. Huraikan citra wanita yang dapat dilihat dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).
8. Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dan nyatakan contoh yang
sesuai.
9. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan latar dan huraikan jenis latar yang anda ketahui
( 10 markah ).
10. Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).
 
 
FORMULA MENJAWAB SOALAN KOMSAS
 
(    BARNIAT    HORJIN    )
 
BAR = SABAR
NI= BERANI
AT= TAAT
HOR= HORMAT
JIN= RAJIN.
 
Novel yang saya kaji ialah Novel Ekspedisi  karya Mohd. Ghazali Tocheh. Persoalan-
persoalan yang terdapat dalam novel ini antaranya persoalan kesabaran menghadapi cabaran  hidup.
Hal ini dapat dibuktikan pada watak Hadi  yang sabar menghadapi karenah bapanya Pak Salleh yang
begitu membenci Cikgu Murad.
            Selain itu, Persoalan keberanian menghadapi pelbagai rintangan dan halangan hidup. Hal ini
dapat dibuktikan pada watak Hadi yang amat berani menghadapi bahaya bermalam di dalam sungai
ketika mengikuti ekspedisi Gunung Itik.
            Dalam pada itu, ketaatan kepada orang tua antara persoalan yang terdapat dalam novel ini. Hal
ini dapat pada watak Hadi yang taat kepada orang tuanya Pak Salleh dan Mak Jamilah.Begitu juga
Hadi taat kepada arahan Pak Musa  semasa berada di dalam hutan ketika mendaki Gunung Itik.
            Persoalan hormat kepada guru dan orang yang lebih  tua. Hal ini dapat dilihat pada watak Hadi
yang menghormati gurunya iaitu Cikgu Murad dengan mematuhi nasihatnya.Hadi juga hormat akan
ibu bapa Pak Salleh dan Mak Jamilah dengan tidak meninggikan suara semasa bercakap.
            Persoalan kerajinan dalam menjalankan tugas. Hal ini dapat dibuktikan pada watak Hadi yang
rajin membantu ibu bapa dengan membasuh pinggan selepas makan. Hadi juga rajin membuat kerja
sekolah dan mengikuti aktiviti di sekolah.
 
Jelaskan teknik plot yang anda peroleh dalam novel yang anda kaji ( 10 markah ).
Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam novel yang anda kaji dan nyatakan contoh yang
sesuai.
 
GUNA FORMULA – ASOLI  KALILOG
 
ASO= ASONANSI ( pengulangan huruf vokal )
LI= ALITERASI ( pengulangan huruf konsonan )
KA= IMBAS MUKA
LI= IMBAS KEMBALI
LOG= DIALOG

Вам также может понравиться