Вы находитесь на странице: 1из 2

Kehidupan yang bahagia, selamat, dan sihat sememangnya merupakan impian

semua orang. Untuk mencapai impian tersebut, pengamalan gaya hidup sihat
merupakan langkah yang wajar dipraktikkan. Rakyat Negara ini kini semakin sedar
akan kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat sebagai cara hidup bagi
membolehkan impian untuk hidup bahagia, selamat dan sihat tercapai. Persoalannya,
apakah cara- cara untuk mangamalkan gaya hidup sihat?

Perkara yang paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat ialah
pemakanan seimbang. Hal ini meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan
berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia. Kita perlu makan nasi dan bijirin yang mengandungi karbohidrat dalam
kuantiti yang banyak. Hal ini demikian kerana karbohidrat membekalkan tenaga
untuk membolehkan kita menjalankan pelbagai urusan kehidupan sehari-harian.
Pengambilan sayur dan buah yang banyak pula penting untuk membekalkan vitamin
dan serat kepada badan. Di samping itu, piramid makanan menganjurkan pengurangan
makanan yang mengandungi lemak, minyak, garam, dan gula kerana mengelakkan
pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi, serangan jantung, dan
sebagainya.

Cara mengamalkan gaya hidup yang sihat yang lain melakukan aktiviti
senaman dan riadah. Pengambilan makanan seimbang yang disertai dengan amalan
bersenam dan beriadah secara kosisten, dapat membakar kalori dalam badan dan
seterusnya mengurangkan masalah peningkatan berat badan. Aktiviti senaman dan
riadah boleh dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Setiap sesi senaman
dan riadah memadailah dilakukan antara 20 minit hingga 30 minit.

Kita juga hendaklah mengelakkan aktiviti negatif dalam usaha mengamalkan


gaya hidup sihat. Hal ini demikian kerana aktiviti sedemikian akan menjejaskan
kesihatan dalam jangka masa panjang. Contoh aktiviti negatif tersebut ialah
penagihan dadah, ketagihan arak, dan seks rambang. Sesiapa yang terjebak dalam
aktiviti negatif bukan sahaja menerima kemudaratan, bahkan juga dipandang serong
dan seterusnya akan disisihkan oleh masyarakat.

Pengamalan gaya hidup sihat juga melibatkan pengurusan stres. Stres


merupakan gejala negatif yang semakin menular dalam kalangan masyarakat pada
masa ini yang melibatkan tekanan yang sukar dikawal sama ada di tempat kerja atau
tempat belajar, selain masalah rumah tangga. Seseorang yang mengalami stres
perlulah bijak mencari formula untuk menguruskannya supaya fikiran tidak kusut
sehingga menjejaskan kesihatan dan kehidupan harian. Antara langkah yang dapat
dilakukan untuk menangani stres ialah meminta pedapat kaunselor, berkongsi masalah
dengan rakan atau keluarga, dan mendekatkan diri kepada Tuhan. Stres yang dapat
diuruskandengan baik membolehkan kita hidup bahagia dan sihat.

Kebanyakan daripada kita biasanya akan berjumpa dengan doktor apabila


sakit sahaja, tetapi gaya hidup sihat memerlukan kta menukar amalan ini. Kita
hendaklah berjumpa dengan doktor di hospital atau kilink secara berkala, iaitu
sekurang-kurangnya dua kali setahunatau setiap enam bulan bagi membolehkan
penyakit yang mungkin tidak menunjukkan sindrom dikesan lebih awal. Contohnya,
penyakit yang berbahaya seperti kanser yang kita sedia maklum bahawasukar diubati
jika sudah lambat diketahui. Dengan pertemuan secara berkala dengan doktor,
rawatan susulan dapat dilakukan bagi mengubati penyakit yang didiagnosis ada pada
tubuh kita.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa pengamalan gaya hidup sihat menjamin


kebahagiaan yang diimpikan. Sebenarnya, tiada istilah terlambat bagi setiap orang
untuk memulakan amalan gaya hidup sihat. Sentiasalah berpegang pada cogan kata
“Rakyat Sihat, Negara Maju”.

Вам также может понравиться