Вы находитесь на странице: 1из 2

Cara Untuk Lajukan Windows XP

Walaupun Windows Vista telah lama dilancarkan oleh Microsoft, kebanyakan dari kita masih lagi
menggunakan Windows XP sebagai Operating System. Ini mungkin kerana anda telah biasa
dengan Windows XP, dan lebih selesa dengannya. Mungkin juga anda memilih Windows XP
kerana ia kurang mengalami masalah compatibility dengan software lama.

Setelah menggunakan Windows XP buat beberapa ketika, anda mungkin perasan PC anda
menjadi semakin lembab berbanding semasa baru lepas install Windows dahulu. Selain dari
memastikan komputer anda bersih dari Virus dan Malware, terdapat beberapa perkara yang anda
boleh amalkan untuk memastikan Windows XP berjalan dengan lebih lancar. Di sini saya ingin
kongsi lima tips berikut:

Defragment Hard Disk Anda


Anda mungkin telah kerap kali mendengar istilah Defragment ini. Namun, tahukah anda apa
fungsi Defragment?

Apabila Windows XP menyimpan satu-satu fail dalam komputer anda, kadang - kadang ia diletak
secara bersepah. Sebagai contoh, sebahagian dari fail Word anda diletakkan di bahagian tengah
Hard Disk manakala sebahagian lagi diletakkan di bahagian hujung. Keadaan ini disebut sebagai
Fragmentation. Untuk membuka fail Word ini, Windows XP terpaksa memakan sedikit masa
kerana ia terletak berjauhan antara satu sama lain.

Defragmentation bertugas untuk membetulkan kembali keadaan Fragmentation ini. Ia akan


menyusun kembali fail - fail dalam komputer anda agar berada di tempat yang betul.

Disk Defragmenter boleh dibuka melalui Start Menu > Accessories > System Tools > Disk
Defragmenter

Tetapkan Program Yang Dibuka Sewaktu Startup


Setiap kali Windows dimulakan, ia akan melancarkan sejumlah program secara automatik.
Program ini dipangil sebagai Startup Program. Namun, tidak semua dari program ini diperlukan
sentiasa, sebaliknya anda hanya akan buka program tersebut bila perlu. 

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuang satu-satu program dari senarai
Startup. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan msconfig. Untuk melancarkan
msconfig, klik pada Start Menu dan pilih Run (atau tekan sahaj Win+R). Pada kotak Run, taipkan
msconfig dan tekan Enter. System Configuration Utility akan dipaparkan. Pergi kepada tab
Startup dan anda boleh lihat senarai startup program. Hanya uncheck sahaja mana - mana
program supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik.

Bagi mendapatkan senarai Startup Program yang lebih lengkap dan menyeluruh, gunakan
perisian Autoruns. Pastikan anda tahu program apa yang anda hadapi, sebelum membuat apa -
apa perubahan.
Matikan Servis Yang Tidak Perlu
Servis adalah proses - proses yang dijalankan secara senyap, di balik tabir. Seperti Startup
Program, ada sebilangan dari servis - servis ini yang tidak diperlukan oleh anda, dan boleh
ditetapkan agar tidak dilancarkan secara automatik.

Untuk membuat tetapan pada servis, buka msconfig sekali lagi. Pergi kepada tab Services.
Pastikan anda menanda kotak "Hide All Microsoft Services" (seperti dalam gambaraja) agar anda
tidak tersilap membuang servis yang penting. Kemudian uncheck pada mana - mana servis
supaya ia tidak lagi dilancarkan secara automatik

Untuk senarai servis - servis dalam Windows XP yang lebih lengkap, buka kotak Run dan taipkan
services.msc. Di sini anda boleh lihat segala servis - servis yang terdapat dalam Windows XP.

Bersihkan PC Anda
Semakin lama anda menggunakan PC, semakin banyaklah Temporary File yang terkumpul
dalam Windows anda. Temporary File ini adalah sampah - sarap yang perlu dibersihkan selalu
agar ianya tidak membazirkan ruang dalam Hard Disk anda. Untuk membersihkan fail - fail ini,
gunakan CCleaner.

Tingkatkan BIOS Anda


(Nota: Tips yang berkaitan dengan upgrade BIOS atau mematikan mana - mana fungsi dalam
BIOS adalah agak teknikal. Pengguna baru adalah dinasihatkan supaya mengelakkan tips ini)

BIOS bereti Basic Input Ouput System, yang berfungsi untuk memulakan perkakasan -
perkakasan dalam komputer anda sewaktu PC dihidupkan.  Bergantung pada PC anda,
pengubahsuaian BIOS boleh meningkatkan sedikit prestasi komputer.

Update BIOS Anda. Biasanya pengeluar komputer atau motherboard akan mengemaskini BIOS
mereka, dan anda boleh download versi BIOS yang terbaru ini. Pastikan BIOS jenis apa yang
anda pakai, dan cari update yang terkini di Internet. Setelah download, ikuti langkah yang
diberikan untuk install BIOS tersebut.

Matikan Komponen Yang Tidak Digunakan. Motherboard anda mengandungi banyak


komponen - komponen seperti RJ-45, bunyi, dan grafik. Anda boleh matikan komponen yang
tidak diperlukan; melalui BIOS. Contohnya jika anda mempunyai kad wireless, anda tidak
memerlukan lagi komponen Ethernet. Ataupun jika port VGA anda tidak digunakan, disable saja
fungsinya. Jika anda ingin menggunakannya kembali, enable semula komponen tersebut melalui
BIOS.

Вам также может понравиться