Вы находитесь на странице: 1из 2

TRANSKRIP PERBUALAN INFORMAN KEDUA

Iqbal : Bagaimanakah anda menguruskan emosi?

Nik : Oh, cara abang menguruskan emosi ialah dengan sentiasa meluahkan perasaan saying
kepada isteri abang sebab dengan cara itu kami berdua akan lebih sentiasa saling menyayangi
dan abang juga akan membawa balik buah tangan ke rumah untuk menggembirakan pasangan
abang.

Iqbal : Yang kedua,soalannya berbunyi begini, apakah perubahan emosi anda sebelum dan
selepas kahwin?

Nik : Perubahan emosi memang amat ketara sebelum dan selepas berkahwin. Jika sebelum
kahwin, abang akan sentiasa menghabiskan waktu bersama rakan-rakan abang. Abang akan
melepak sehingga 2-3 pagi di restoran mamak tapi sejak berkahwin,habis kelas petang, abang
akan pulang terus ke rumah untuk berehat bersama isteri abang. Ini maksudnya dahulu abang
boleh seronok dan bergembira selalu manakala sekarang perlu menjaga emosi isteri untuk
mengelakkan perasaan cemburu,risau dan bosan terhadap abang.

Iqbal : Seterusnya, adakah muncul masalah kewangan sejak anda berkahwin?

Nik : Masalah kewnagan abang selepas berkahwin kurang kerana abang masih mendapat sedikit
pertolongan dari ayah abang. Ayah abang merupakan seorang kontraktor. Beliau banyak
mendapat banyak projek-projek mega untuk dilaksanakan. Lagipun, abang merupakan anak
tunggal, jadi beliau banyak menolong abang dalam masalah kewangan. Jadi, masalah kewangan
kurang muncul semenjak abang berkahwin.

Iqbal : Selain itu, adakah anda mempunyai rancangan untuk mempunyai cahaya mata dalam
masa terdekat ini?

Nik : Sebenarnya, abang sudah pun mempunyai seorang cahaya mata. Hal ini untuk mengeratkan
lagi hubungan kami kerana dengan mempunyai anak, rasa tanggungjawab untu menjadi suami
yang lebih mithali ada pada diri abang. Lagipun, anak merupakan satu anugerah yang amat indah
bagi abang. Dalam masa terdekat ini, bagi abang cukuplah seorang cahaya mata dahulu.
Mempunyai anak memerlukan banyak belanjawan. Memang sekarang tiada masalah lagi tetapi
ababg risau apabila anak abang mula bersekolah kelak kerana hal tersebut memerlukan
belanjawan yang lebih besar.

Iqbal : Selepas itu, adakah gaya hidup anda berubah selepas berkahwin?

Nik : Memang berubah. Jika sebelum berkahwin, abang agak sosial dan selalu melepak bersama
rakan-rakan tapi semenjak berkahwin, semua benda-benda itu abang tingggalkan demi menjaga
mahligai yang abang telah bina ini. Abang akan sentiasa berada bersama isteri dan anak untuk
mengelakkan rasa cemburu yang berlebihan dalam diri abang dan juga pasangan.

Iqbal : Yang terakhir, adakah muncul masalah dan cabaran semenjak anda berkahwin dan
magaimanakah anda mengatasi hal tersebut?

Nik : Ada. Memang banyak masalah dan cabaran. Antara masalah yang sering timbul ialah isteri
abang sering meluahkan rasa tidak puas hati nya kepada abang. Maklumlah, mahasiswa tanpa
tugasan bukan mahasiswa lah adik kan? Dia sering ingin abang meluangkan masa bersama dia
padahal abang rasa abang sudah habis waktu bersama dia dan cabaran yang abang perlu hadapi
ialah dia sering berleter terhadap abang. Sudah cair tahi telinga abang mendengar dia berleter.
Tapi semua ini abang atasi dengan membawa isteri abang ini pergi bersiar-siar di tasik Cempaka
dan pergi menikmati hidangan istimewa Mc’donald sebab isteri abang memang gemar makan di
Mc’donald tetapi tidak selalu. Kadang-kadang bolehla.

Iqbal : terima kasih abang kerana sudi meluangkan sedikit masa bersama saya.

Nik : Sama-sama.

Вам также может понравиться