Вы находитесь на странице: 1из 4

AL –QURAN SUMBER KEBAHAGIAAN HIDUP

Sidang jemaah yang dirahmati Allah sekalian,

Kita di saat ini sedang berada di zaman sains dan teknologi yang penuh dengan pelbagai cabaran dan
dugaan sama ada dari segi kebendaan mahupun akhlak dan moral. Tidak ada sesiapapun yang hanya
sekadar mampu melihat dan mendiamkan diri terhadap segala perubahan dan kemajuan yang
dilaluinya. Sebaliknya kita sebagai umat Islam hendaklah mempersiapkan diri dengan segala
kekeuatan untuk menghadapi arus ledakan maklumat dan kemajuan ini. Di dalam suasana ini juga
umat Islam serata dunia dirundung malang. Dengan keadaan kualiti iman yang rendah, kekurangan
ilmu pengetahuan, kemahiran mahupun teknologi semasa. Apa yang lebih memalukan ialah apabila
umat Islam tidak mampu untuk memperlihatkan nilai akhlak dan moral yang baik. Setiap hari
dihidang dengan pe;bagai cerita dan berita seperti sumbang mahram, penderaan, gejala samseng,
dadah dan sebagainya. Firman Allah dalam durah AL-AARAF :

Maksudnya: dan tuhan berfirman lagi sekiranya penduduk negeri itu beriman serta bertakwa
tentulah kami akan membuka kepada mereka pintu pengurniaan yang melimpah-limpah berkatnya
dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan rasul kami, lalu kami timpakan mereka dengan
azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Di dalam ayat di atas, Allah mengingatkan ketakwaan kepada Allah. Allah juga berjanji akan
mengurniakan segala kebahagiaan, kesenangan, keamanan dan keselamtan kepada kita sekiranya
sesebuah tempat penduduk itu bertakwa, sebaliknya Allah akan mengutuskan bala bencana yang
meragut dan merampas segala kemewahan serta keamanan yang dimilika lantaran sifat sombong
dan kemungkaran yang dilakukan oleh mereka.

Umat Islam di hari ini sama ada sedar ataupun tidak semakin hari semakin holing semangat
kerjasama, poerasaan mahabaah dan nilai kasih saying sesama kita. Perasaan sombong dan bongkak
mula menguasai diri kita yang kosong dengan nilai keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
Sedangkan musuh-musuh Islam senantiasa menanti dan mencari ruang untuk menghancurkan umat
Islam. Suasana ini mengingatkan kita kepada pertanyaan para sahabat kepada Rasulullah. Mereka
bertanya mengapa keadaan ini berlaku Adakah kerana umat Islam itu sedikit ? Baginda menjawab:
Tidak lalu Rasulullah berkata mereka ramai tetapi ditimpakan dua perkataan iaitu cintakan dunia dan
takutkan mati. Inilah scenario dan keadaan umat Islam yang lemah lemah banyak prasangka
daripada muafakat. Lebih banyak mempersoalkan hal remeh-temah daripada membincangkan soal
dasar dan prinsip. Keadaan ini bertambah parah lagi dengan adanya gejala rasuah, mengampu dan
bangga dengan pelbagai gelaran, darjat dan pangkat. Tetapi dalam waktu yang sama sukar mengaku
kesalahan dan kelemahan diri. Mereka merasa selesa dan gembira sekiranya ada orang yang
sanggup menanggung kesalahan . Allah amat murka kepada golongan ini. Ini jelas disebut dalam
surah AL-AARAF AYAT 76:
Maksudnya: Orang-orang yang sombong takbur itu berkata; sesungguhnya kami tetap ingkar akan
orang yang kamu beriman kepanya.

Sidang jemaaah yang dihormati sekalian,

Hubbun dunya cintakan dunia amat matin dirasai bahangnya oleh umat Islam. Dalam bahasa
tamadun cintakan dunia bermaksud kita menjadi umat yang suka keseronokan, berhibur, hidup
mewah , berpesta dan beromong-omong kosong. Banyak persoalan yang boleh diajukan kepada kita
sebagai renungan. Dalam peningkatan gejala social hari ini peratusan yang tinggi sekali dalah di
kalangan umat Islam. Dari yang bergelar nenek sehinggalah peringkat bareu lahir. Bahkan tidak
dinafikan terdapat tanda yuang khusus kukuh dan jelas di kalangan masyarakat kiata yang
dipengaruhi cinta dunia. Masakan kita lupa tanggungjawab sebagai ibu bapa yang baik, majikan yang
penyayang, guru yang berdisiplin , saudagar yang amanah mahupun sebagai individu yang berakhlak
dan bermoral. Firman Allah dalam surah alhadid ayat 20:

Maksudnya; Ketahuilah bahawa yang dikatakan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah bauan hidup
yang berupa semata-mata permainan dan hibuaran yang melalikan serta perhiasan yang mengurang
juga bauan hidup yang bertujuan bermegah-megah di antara kamu dengan kelebihan, kekuatan dan
bangsa keturunan serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah sekalian,

Di dalam keghairahan kita mengejar kemajuan dan kejayaan anak-anka ada sebahagiaan daripada
para ibu bapa yang tidak mengambil berat soal didikan anak. Kalu hanya sekadar memberikan ilmu
pengetahuan tanpa sebarang didikan rabbani atau dalam bahasa melayu keagamaan. Nescaya akan
melahirkan insane yang pincang dan rosak akhlak. Kalau dilihat kepada gejala social yang berlaku
sekarang banyak melibatkan orang yang berpelajaran. Justeru itu, didikan rohani ini perlu
diutamakan. Apa yang menjadikan kita hari ini ialah ada sebilangan golobgan ibu bapa yang tidak
mengambil berat sekiranya anaknya tidak pandai sembahyang, membaca Al-Quran di samping ilmu
fardhu ain dan lain-lain lagi. Tetapi ibu bapa itu akan merasa kecewa seandainya anak-anka mereka
gagal dalam pelajaran akademik di peringkat sekolah mahupun sijil. Islam tidak menolak sebrang
kemajuan manusia. Sebaliknya Islam memimpin dan memandu arah agar kemajuan yang dicipta itu
tidak tergelincir dari landasan agama mahupun memusnahkan kehidupan manusia. Mereka sanggup
berkorban masa dan wang ringgit agar anak tidak bodoh dan ketinggalan dalam pelajaran tersebut.
Malangnya pada masa yang sama mereka meringankan soal didikan agama. Itulah sebhagian warna-
warna kehidupan manusia yang cintakan dunia.

Masyarakat yang dikuasai sengan tabiat cintakan dunia ini mereka akan lebih cenderung untuk
dijadikan model, contoh dan teladan. Mereka tidak lagi cenderung kepada mereka yang terdidik,
terpimpin , berilmu dan berakhlak. Dunia kemashuran di Negara kita bukan lagi dunia intelek bukan
lagi dunia ilmu pengetahuan. Tetapi dunia hiburan, lakonan dan nyanyain. Malahan golongan ini
mendapat tempat di dalam masyarakat dan andaianya keadaan ini dibiarkan begitu sahaja
berterusan maka kualiti umat Islam sebagai khairul ummah atau umat pilihan akan tersisih dan
hilang.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah sekalian,

Kehidupan dunia ini mempunayi tiga peringkat. Pertamanya ialah dunia yang menguntungkan kita
dengan pelbagai pahala. Ia juga menghubungkan kita dengan mengerjakan berbagai-bagai kebajikan
dan menyelamtkan kita daripada pelbagai kecelakaan. Itulah perjalanan orang mukmin untuk
pelaburan di akhirat.iaitu memadai dengan hanya mengambil hanya sekadar yang halal sahaja..
Keduanya ialah dunia yang menarik kita kepada berbagai perhitungan iaitu dunia yang tidak
menghalang kita dari menunaikan perintah Allh dalam menuntut apa ada di dunia ini. Dunia akan
menarik kita kepada perhitungan hari hisab yang panjang di akhirat kelak. Ketigaya ialah dunia yang
menyebabkan kita emnerima seksa dan azab. Iaitu dunia yang memalingkan kita dari menunaikan
segala kewajipan kita kepada Allah. Dunia ini akan menarik pemiliknya kepada api neraka dan dan
menjerumuskan ke tempat kecelakaan.Firman Allah dalam surah alnazaat ayat 37-39:

Maksudnya: Maka dapatlah masing-masing mengetahui kesudahan nya adapun orang yang
melampaui perbuatan derhakanya serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata ma
sesungguhnya neraka jahanamlah tempat kediamannya.

Orang mukmin yang bijak tidak akan mengatakan dunia ini tempat berehat dan bersuka ria mahupun
bermewah-mewah dengan apa yang dimilikinya. Mereka tidak tertipu dengan segala kilayuan
kenikmatan dunia di sisinya,. Sebaliknya mereka menjadikan dunia ini sebagai tempat mengisi
keimanan tempat orang yang berilmu mengisinya dengan ilmu yang berguna serta beramal dengan
dengan amalan soleh. Orang yang dilamun dengan cintakan dunia tidak akan menjualkan masa
dalam kehidupannya. Sesuai dengan hafdis Rasulullah :

Rebutlah……lima perkara…………..

Oleh itu, marilah sama-sama kita menilai kembali kedalam diri jiwa dan sanubari kita. Dimankah kita
sedang berada seandainya kita tersalah jalan maka kesempatan usia kitra yang masih berbaki ini
kembalilah ke pangkal jalan dan kebenaran illahi. Suluhilah kehidupan kiata dengan jiwa keimanan
dan ketakwaan kepada Allah. Awasilah diri kita dari tipu daya dunia yang serba indah ini.
Bertwaspadalah kita dari menyiapkan diri dengan amal soleh supaya kiata dijauhkan olehg Allah dari
golongfan yang dilaknat Allah.

Sekian.

Вам также может понравиться