Вы находитесь на странице: 1из 4

Berfikir Sebelum Bercakap

www.iLuvislam.com
oleh: Azree Hanifiah *

Baru malam semalam saya dapat merehatkan diri daripada dua hari berturut-turut
berhadapan dengan dua ujian mid semester yang datang secara mengejut.

Ingatkan ada satu kertas Calculus sahaja. Rupa-rupanya ada dua. Huhu. Inilah
akibat tidak membaca betul-betul course outline.

Dan dalam dua hari itu juga, saya terpaksa berkejar ke program sebaik sahaja habis
ujian. Program pertama di Sekolah Rendah Al-Amin Gombak dan kemudian terus ke
majlis Ifthar bersama saudara baru.

Program kedua yang berlangsung semalam pada hari Ahad pula di Rumah Kebajikan
Bakti Penyayang di Damansara. Seronok tak terkata dapat berkenalan dengan adik-
adik kecil yang banyak ragam.

Susun dahulu kata-kata

“Bang, malam ni abang naik pentas tak?” Soal seorang adik kecil yang senang
dirinya dipanggil Acai. Kira-kira umurnya dalam 8 tahun.

“Buat apa abang nak naik pentas?” Soal saya kehairanan mendengar soalan
daripadanya.

“Yela. Malam ni kan ada abang-abang ni buat persembahan.”

“Ish. Suara abang tak sedap. Abang-abang lain tu sedap suara dia, sebab tu la dapat
naik pentas.” Saya cuba memberikan jawapan yang terbaik.

“Ye ke? Ke abang takut naik pentas?”

Sampai ke situ pula dia bertanya. Saya termenung sebentar memikirkan jawapan
apa yang harus diberi. Dan dengan penuh berhati-hati memilih jawapan, “Kalau
abang naik pentas buat persembahan, acai nak naik sekali tak?”

Dia menggeleng-gelengkan kepala. Hehe. Berjaya juga saya menutup mulutnya


daripada bertanya. Sebenarnya banyak perkara saya belajar pada malam semalam.

Ada seorang remaja lelaki dalam kumpulan saya yang berasa tidak senang dengan
penganjuran program semalam. Umurnya dalam 16 tahun.

Pada mulanya saya berfikir mungkin kerana dalam kumpulan saya itu tiada peserta
lain yang sebaya dengannya. Jadi, mungkin itu yang menyebabkannya sedikit
‘malas’ untuk berada dalam kumpulan saya.
Rupanya tidak. Ada sesuatu yang bermain di benaknya. Seusai solat Asar pada
petang itu ada majlis tadarus Al-Quran.

Lalu saya nampak dia sedang mencari-cari kumpulan. Saya mendekatinya lalu
berkata, “Kalau nak masuk kumpulan kawan-kawan awak boleh je. Abang nak pergi
ajar Dzirot baca Iqra’.”

Dia melemparkan sedikit senyum dan terus duduk dengan kawan-kawan sebayanya.

Berhati-hati memilih kata

Pada malam selepas solat Maghrib barulah dia berani membuka mulut menceritakan
tentang ketidakpuasan hatinya bila ada orang luar datang buat program.

“Abang tahu, dulu ada satu kumpulan dari universiti mana entah datang sini buat
program motivasi. Tetapi ada satu modul tu buat kami marah sangat dengan
mereka.”

“Uish. Modul apa tu?” Soal saya cuba membuatkan dia terus bercerita.

“Ada seorang kakak tu, dia suruh semua orang tulis harapan masing-masing kat
kertas kosong. Kemudian dia suruh peronyotkan kertas tu dan campak kat mana-
mana. Kami pun buatlah apa yang disuruh. Ada kertas yang tercampak kena kat
dia.”

“Kemudian apa terjadi?” Saya mula bersungguh ingin tahu ceritanya.

“Tiba-tiba dia melenting marah. Habis keluar semua kata-kata kesat. Ada dia cakap,
‘Mak bapak kamu tak ajar ke dulu….bla..bla….harapan dibuang-buang…bla…bla…’.
Kami pun naik marah la.”

Hurm. Terkedu saya mendengar ceritanya. Jiwa setiap manusia lain-lain. Ada yang
kalau kita marah, dia boleh terima. Ada yang kalau kita marah, dia akan pendam
dalam-dalam. Ada kalau kita marah, dia akan melenting pula.

Lebih-lebih lagi anak yatim. Saya tahu ada diantara beberapa orang membuat modul
tersebut dan menghuraikan resolusinya dengan nada marah-marah. Tetapi mestilah
bijak memilih kata.

Cuma saya lebih suka kalau buat dalam suasana yang tenang. Marah, marah juga.
Tetapi bukan marah-marah. Lain bezanya antara marah-marah dengan marah.

Samalah juga dengan main-main dan main. Apabila menjadi kata ganda ia
membawa maksud tindakan yang secara terburu-buru, gelojoh atau secara suka-
suka.

Jadi kalau ingin marah, fikir terlebih dahulu apa yang patut dibuat supaya perbuatan
tersebut tidak ditakrifkan sebagai marah-marah.
Saya selalu berfikir kalau saya marah seseorang, apa yang dia rasa kepada saya?
Perkara inilah yang membuatkan orang kata kepada saya, “Kau ni patut kena la ada
sifat marah tu. Ni aku buat apa je, bukan kau nak marah. Bosan betul.”

“Ada
Saya teringat kata-kata ustazah saya sewaktu saya di sekolah rendah dahulu,
dua peringkat sebelum kamu semua rasa marah. Pertama sabar,
kedua memberi amaran dan kali ketiga kalau dia buat perkara yang
sama barulah kamu boleh marah.”

Saya sentiasa teringat kata-kata ini, “Kalau dia buat perkara yang sama, barulah
kamu boleh marah.” Dan setiap kali saya rasa hendak marah seseorang, saya pasti
teringat tentang perkara ini.

Cuma dalam penulisan baru saya sedar saya kadang-kadang terlupa dan terlepas
marah seperti yang berlaku dalam entri ‘PRK: Siapa Betul?” Nasib baik seorang
kawan membetulkan ada bahagian yang perlu diubah.

Harapan

Perkara yang berlaku kepada anak-anak yatim ini saya pinta jadilah pengajaran bagi
sesiapa yang ingin membuat program di rumah-rumah anak yatim.

Mereka menunggu-nunggu kehadiran anda dengan penuh gembira. Jadi, berilah


mereka sesuatu yang membuatkan mereka lebih gembira.
Kadang-kadang kita memang akan rasa hendak marah bila melihat mereka buat
seperti tidak mahu join sahaja apa yang kita lakukan, tetapi tenangkan fikiran.
Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan mereka jadi begitu.

Hendak berdakwah dan mengajak ke arah kebaikan bukan satu perkara yang
senang.

Вам также может понравиться