Вы находитесь на странице: 1из 3

CARA MENGENAL PASTI DAN MEMBANTU KANAK-KANAK YANG

MEMPUNYAI MASALAH KETEGUHAN VISUAL.

Gejala bilik darjah yang paling jelas dari masalah keteguhan visual
kepada kanak-kanak ialah perkataan, huruf atau gambar rajah geometri di mana
guru menyangka bahawa murid dapat mengetahuinya tetapi sebaliknya berlaku
kerana cetakan adalah berbeza dari segi saiz, bentuk, warna atau kedudukan
simbol yang telah berubah.

Contoh lain masalah keteguhan visual kepada kanak-kanak berlaku


apabila kanak-kanak melihat gambar rajah 2 demensi, tetapi dalam
pemikirannya, kanak-kanak tidak dapat mengaitkannya dengan objek 3 demensi
yang sebenar. Demikian, gambar sebuah kuib mungkin dilihat seperti 3 segi
empat sama kepada kanak-kanak. Sesetengah kanak-kanak dapat mengenal
pasti gambar segi empat sama tetapi apabila ditanya nama objek yang
mempunyai bentuk segi empat sama, kanak-kanak tidak dapat mengaitkan
konsep segi empat sama dengan benda yang berada di persekitarannya.

Satu lagi contoh masalah ini ialah apabila kanak-kanak ditunjukkan satu
set yang mengandungi gambar objek seperti kucing dan epal dan ditanya mana
satu yang besar. Kanak-kanak akan melihat pada gambar dan menyatakan
bahawa kedua-duanya sama saiz tetapi tidak mengaitkannya dengan
pengalaman sebenar di mana kanak-kanak tahu bahawa kucing adalah lebih
besar.

Pengalaman melibatkan objek 3 demensi dan bercakap tentang


keterangan objek tersebut dapat membantu. Perbincangan tentang konsep iaitu
objek kelihatan kecil apabila digerakkan. Contohnya, minta kanak-kanak berfikir
tentang bas. Tanya kepada kanak-kanak sama ada besar atau kecil. Tanya
kepada kanak-kanak sama ada adakah bas masih kelihatan besar apabila
berada dalam jarak yang jauh. Tanya kepada kanak-kanak ”Adakah saiz bas
mengecut atau hanya kelihatan kecil?” Kemudian, perbincangan diikuti dengan
guru meletakkan jari 2 inci dari mata kanak-kanak dan tanyakan saiz kepada
kanak-kanak. Seterusnya, gerakkan 5 kaki kemudian tanya kepada kanak-kanak
apakah yang berlaku kepada saiz tersebut. ” Adakah jari mengecil atau hanya
kelihatan kecil?”

Pemulihan untuk masalah keteguhan visual memerlukan masa mengajar


yang panjang. Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini boleh dibantu dengan
bantuan latihan dan sokongan ibu bapa. Mereka dapat memberikan pengalaman
dalam melihat bentuk, saiz, warna dan posisi dalam ruang, dan masa
perbincangan untuk respon kanak-kanak. Mereka juga dapat membantu kanak-
kanak untuk mengaitkan objek dengan objek yang lain dalam persekitaran
kanak-kanak. Contohnya, guru minta kanak-kanak untuk melihat gambar pokok
dan rumah. Kanak-kanak boleh belajar untuk meneka saiz pokok dengan
membandingkan dengan saiz rumah.

Kotak bentuk geometri menghasilkan satu lagi manipulasi pengasingan.


Jigsaw-puzzle boleh digunakan untuk membantu kanak-kanak dalam
mengasingkan warna. Ajar kanak-kanak untuk membuat bingkai dahulu dan
kemudian buat bahagian dalam. Akhir sekali, aktiviti yang melibatkan klasifikasi
juga dapat membantu.
Cari dan bulatkan huruf ’h’.

Вам также может понравиться