Вы находитесь на странице: 1из 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

MESYUARAT MAJLIS PROFESIONAL, PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

KELAB SUKAN DAN REKREASI


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU

KERTAS CADANGAN
PENUBUHAN KELAB SUKAN DAN REKREASI
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

DISEDIAKAN OLEH :

JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
KERTAS CADANGAN

KERTAS CADANGAN
PENUBUHAN KELAB SUKAN DAN REKREASI
IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mendapatkan kelulusan serta


sokongan daripada pihak Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran IPG
Kampus Bahasa Melayu KL bagi menubuhkan Kelab Sukan dan Rekreasi IPG
Kampus Bahasa Melayu. Penubuhan kelab ini adalah antara kelab yang
ditubuhkan demi melengkapkan para pelajar dengan kemahiran dan ilmu
pengetahuan yang seimbang dari segi emosi, jasmani, spiritual, intelek dan
hubungan sosial.

2.0 LATAR BELAKANG

Kelab Sukan dan Rekreasi ditubuhkan atas pertimbangan pensyarah di


Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan setelah mendapat permintaan
daripada para pelajar IPG Kampus Bahasa Melayu sendiri. Antaranya ialah
mereka ingin melaksanakan aktiviti yang berbentuk sukan lasak. Selain
itu, mereka menginginkan sesuatu kelainan daripada aktiviti biasa seperti bola
sepak, bola tampar, futsal, badminton dan sebagainya. Mereka juga ingin aktiviti
yang berbentuk rekreasi seperti berkayak, mendaki gunung, orientering dan
sebagainya. Selan mendapat kemahiran, mereka juga boleh diberikan tauliah
untuk sesuatu aktivit tersebut sebagai persediaan sebelum mereka melangkah
ke alam pekerjaan. Dengan kemahiran tersebut, mereka akan menjadi aset
penting dalam sesebuah sekolah tersebut selain mempunyai pakej lengkap
untuk menjadi seorang guru yang serba boleh.
3.0 ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Melengkapkan pelajar dengan kemahiran-kemahiran aktiviti luar


Sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan.
3.2 Memastikan seseorang pelajar itu mendapatkan sekurang-
kurangnya tiga pentauliahan dalam aktiviti sukan dan rekreasi ini.
3.3 Meningkatkan imej produk IPG agar mereka dikenali sebagai pakej
lengkap iaitu insan yang serba boleh dalam semua perkara.
3.4 Mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah
dan dapat mengurangkan sindrom ”home sick”.
3.5 Aktiviti sukan dan rekreasi juga salah satu proses pengajaran dan
pembelajaran yang memberikan pendedahan dengan mewujudkan
iklim luar bilik darjah yang menggalakkan bakal guru secara aktif pada
tahap yang kompleks di samping menguji ketahanan
jasmani,emosi,rohani,intelek,dan sosial
3.6 Dapat memupuk semangat toleransi,kerjasama,dan setiakawan di
samping mampu membentuk kepimpinan serta kekentalan jiwa
sebagai seorang bakal guru.

4.0 CADANGAN

4.1 Carta Organisasi Kelab. (Lampiran 1)


4.2 Perancangan Aktiviti Tahunan (Lampiran 2)
5.0 IMPLIKASI

Diharapkan pihak IPG Kampus Bahasa Melayu dapat meluluskan kertas


cadangan ini demi menghasilkan guru yang betul-betul bersedia menhhadapi
cabaran 2020. Selain itu, dengan adanya kelab ini juga diharapkan dapat
mengangkat mutu sukan IPG Kampus Bahasa Melayu ini selain membina
sahsiah pelajar yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan aspek kemahiran
tanpa mengabaikan nilai-nilai ketimuran yang telah lama kita kekalkan ini.

6.0 SYOR

Majlis dengan segala hormatnya dipohon agar memberi pertimbangan


dan cadangan terhadap penubuhan Kelab Sukan dan Rekreasi ini demi kebaikan
bersama.

Disediakan oleh,

.......................................................
(MASYWAWI BIN MOHD NOR)
Pensyarah,
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
IPG Kampus Bahasa Melayu,
59990 Lembah Pantai,
Kuala Lumpur

Вам также может понравиться