Вы находитесь на странице: 1из 2

KAWASAN RUKUN TETANGGA

TAMAN SERTING INDAH


72120 Bandar Seri Jempol
N. Sembilan DK
________________________________________________________________________
Ruj Kami : RTTMSI / 09 / (03)
Ruj Tuan :

Tarikh : 28 Oktober 2009

Kepada,

Setiausaha,
Majlis Daerah Jempol
72120 Bandar Seri Jempol
N. Sembilan DK
(u/p : Pn Zarina)

Tuan,

MEMOHON PENAMBAHAN LAMPU JALAN DI TAMAN SERTING


INDAH

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada perkara diatas.

2. Untuk makluman pihak tuan, Kawasan Rukun Tetangga Taman Serting Indah adalah
kawasan yang dikira selamat setakat ini. Rekod jenayah tahun ini boleh dikatakan agak
menurun jika dibandingkan dengan tahun-tahun lepas. Ini mungkin disebabkan sikap kerjasama
antara penduduk yang sepakat di dalam menjaga keselamatan setempat disamping banyak
lorong diterangi oleh cahaya lampu.
3. Namun begitu kami merasakan bahawa terdapat beberapa kawasan strategik yang
perlukan cahaya lampu. Oleh sebab itu kami ingin memohon kepada pihak Berkuasa Tempatan
khususnya (Majlis Daerah Jempol) kemudahan penambahan lampu jalan di
beberapa tiang di tempat-tempat berkenaan seperti di bawah bagi mengelakkan kemungkinan

akan berlakunya kecurian. Tiang-tiang untuk diambil perhatian ialah : TMSI D3,
TMSI D4, TMSI C8, TMSI C8/1, TMSI C8/2, TMSI
C9, TMSI C9/1, TMSI B1, TMSI B1/1 dan TMSI
B7/1.
5. Akhir kata, segala tindakan, kerjasama dan keprihatinan dari pihak tuan, kami dahului
dengan jutaan terima kasih yang tak terhingga dan semoga Allah jua yang dapat membalasnya.

Sekian. Terima Kasih.

” BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Yang Menjalankan Amanah,

........................................................
En. Shaharudin Abd Rashid
Pengerusi,
Taman Serting Indah,
Bandar Seri Jempol
N. Sembilan DK
(013 – 237 62 93)

s.k. 1) YB Shamsulkahar bin Mohd Deli, ADUN Serting

Вам также может понравиться