Вы находитесь на странице: 1из 6

1.

Pengucapan Bertatasusila
a. Pengenalan
Pembentukan sahsiah yang baik adalah satu proses yang berperingkat-
peringkat dan memerlukan kerjasama semua pihak termasuk sekolah,ibubapa
dan guru-guru. Proses ini memerlukan usaha yang berterusan dan
bersungguh-sungguh ,dilaksanakan secara sedar dan terancang supaya ciri-ciri
insan yang dikehendaki dapat tertanam dan menjadi sebahagian daripada diri
individu tersebut. Dalam hal ini murid sekolah yang sedang mengharungi alam
keremajaan perlu sentiasa disuntik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang
berguna supaya mereka mampu mengharungi alam kedewasaan yang baik
dan menjadi role model kepada pelajar yang lain.

b. Rasional
1. Pelajar-pelajar dapat menanamkan nilai-nilai murni dan sikap
menghormati orang lain dalam kehidupan seharian.

2. Pelajar akan lebih peka tentang pentingnya membina sahsiah yang baik
,mengisi diri dengan ilmu dan kemahiran.

3. Mendidik pelajar supaya lebih bertanggungjawab dalam tugas utama


mereka ketika di sekolah iaitu belajar dan mengamalkan tingkah laku
mulia.

4. Pelajar menggunakan pengucapan bertatasusila di dalam kehidupan


seharian.

c. Matlamat
Melahirkan warga Negara yang mengamalkan prinsip rukun Negara iaitu
Kesopanan dan Kesusilaan . Para pelajar dapat menerima dan
mengaplikasikan budaya yang menjadi rutin kepada masyarakat Malaysia.
d. Objektif
1. Pelajar akan lebih peka tentang pentingnya menjaga hubungan dan
sensitiviti antara kaum selaras dengan matlamat kerajaan di dalam
konteks gagasan 1Malaysia.

2. Pelajar dapat mengemukakan pandangan dan idea secara


bertatasusila dan berhemah dengan lebih berkeyakinan.

3. Membentuk bangsa Malaysia yang mempunyai jati diri yang seimbang


dari segi jasmani,emosi,rohani ,intelek dan sosial.

4. Menerapkan konsep 1Malaysia di peringkat awal bagi melahirkan


bangsa Malaysia yang mempunyai jati diri yang kukuh tanpa mengira
kaum,bangsa dan agama.

e. Sasaran
Murid prasekolah, guru –guru, Pembantu Pengurusan Murid, ibubapa serta
warga sekolah.

f. Strategi Pelaksanaan
Cadangan Aktiviti

1. Minggu Sopan Santun


Mengadakan Minggu Sopan Santun yang mana sepanjang minggu murid akan
didedahkan dengan pengucapan bertatasusila dan amalan-amalan yang baik untuk
diterapkan di dalam jiwa murid-murid parasekolah khasnya dan warga sekolah
amnya .

Contoh Pengucapan Bertatasusila


Apa khabar, Selamat pagi, Selamat petang, good morning, hello, terima kasih,
maaafkan saya, vanakam, nandri, ni hao ma, sei sei, tolong, sila, izinkan, dan
sebagainya.

2. Kempen
Cth Kempen 3T (Tegur,Terima Kasih,Tolong)

Tatacara pengucapan bertatasusila antara guru dengan pelajar, pelajar dengan


pelajar, dan pelajar dengan warga sekolah, dan pelajar dengan orang luar.

3. Pemilihan pelajar contoh


* sepanjang Minggu Sopan Santun

4. Sketsa
*tingkah laku sopan yang akan dipersembahkan semasa perhimpunan rasmi.

5. Pertandingan Mewarna/Koolam
*Pengucapan Bertatasusila.

6. Pertandingan Teka Silangkata


*(Pengucapan Bertatasusila)

7. Program Menyulam Budi Menyemai Kasih

8. Tayangan video
*memaparkan nilai-nilai murni pelbagai kaum di Malaysia terutama dalam bentuk
animasi.

9. Kuiz
*Pengucapan Bertatasusila.
g. Anggaran Perbelanjaan

Hadiah

1. Pelajar Contoh : RM 10.00

2. Pertandingan Mewarna :

Tempat Pertama : RM 6.00


Tempat Kedua : RM 5.00
Tempat Ketiga : RM 4.00

3. Tekasilangkata : RM 5.00

4. Kuiz (berkumpulan)

*Kumpulan : 25 orang x RM 1 = RM25.00

JUMLAH KESELURUHAN : RM55.00


h.Tentatif

1. Minggu Sopan Santun

Tarikh : Jun
Tempat : Dewan Sekolah
Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Peserta : Murid Prasekolah.guru,PPM dan
Pentadbir
Perasmi : Guru Besar

ATURCARA

8.00 pagi : Murid berkumpul di dewan


8.30 pagi : Nyanyian Lagu
8.45 pagi : Perasmian
9.00 pagi : Ceramah
9.15 pagi : Pertandingan Mewarna
10.15 pagi : Rehat
10.45 pagi : Pertandingan Teka Silang kata
11.15 pagi : Penyampaian Hadiah
11.45agi : Penutup
h.Harapan
Pelajar dapat memahami dan mengaplikasikan segala pendedahan mengenai pengucapan
bertatasusila dalam merealisasikan matlamat aktiviti seperti yang dirancang. Melalui
program ini juga dapat melahirkan pelajar yang berhemah dan mempunyai budi bahasa yang
tinggi, dapat menyesuaikan pengucapan mengikut situasi dan sensitiviti kaum .Program ini di
harapkan dapat diteruskan bukan sahaja minggu yang dirancang tetapi menjadi amalan
berterusan dalam kehidupan seharian.

i.Penutup

Secara keseluruhan program ini akan dapat menanamkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar
bukan sahaja dari satu aspek tetapi merangkumi aspek jasmani ,emosi,rohani, intelek dan
sosial.Program ini bukan sahaja bagi murid prasekolah tetapi meliputi seluruh warga sekolah
mahupun ibu bapa serta masyarakat sekeliling.

Вам также может понравиться