Вы находитесь на странице: 1из 3

KEBANGKITAN NASIONALISME DAN KEMERDEKAAN

Nasionalisme adalah satu gerakan ideologi ke arah mencapai pemerintahan sendiri .Menurut
James P.Ongkili(1972) ‘nasionalisme’ialah gerakan kesedaran yang menumpukan perhatian bagi
menentukan nasib bangsa dan negara untuk mencapai kebebasan, kasejahteraan serta
memupuk keperibadian sejati. Abdul Latiff Abu Bakar(1998) berpendapat nasionalisme adalah
sentimen dalam kalangan penghuni sesebuah wilayah tertentu. Perasaan itu digabungkan
dengan lambang tetentu untuk menjamin bangsa, keperibadian, bahasa, ekonomi, kebudayaan,
kesenian dan lain-lain, dalam nasionalisme terdapat patriotism iaitu perasaan kesetiaan kepada
negara.

Faktor nasionalisme dibangkitkan oleh pergolakan di Negara jiran seperti Indonesia dan Filipina.
Di Indonesia ada Sukarno dan Filipina ada Jose Rizal. Perang Russia-Jepun memberi keyakinan
bahawa orang Asia boleh mengalahkan kuasa Barat. Faktor lain yang sama mustahak ialah
kebangkitan nasionalisme di Timur Tengah. Pengaruh Sheikh Muhammad Abduh telah menular
dikalangan penuntut Melayu di sana.

William R.Roff telah membuat pembahagian seperti berikut:

Peringkat 1 1900_1920 golongan berpendidikan agama

Peringkat 2 1920_1930 golongan berpendidikan Melayu

Peringkat 3 1930_1941 golongan berpendidikan Inggeris

Bagi Roff latar belakang pendidikan para pejuang banyak mempengaruhi corak perjuangan
setiap peringkat.

Firdaus Hj Abdullahtelah membahagikan perkembangan semangat kebangsaan Melayu kepada


3 tahap:

1. Birokrat tradisional berpendidikan Inggeris


2. Penulis dan guru berpendidikan Islam
3. Wartawan dan guru berpendidikan vernakular(kebangsaan)

Kata sepakat mengatakan nasionalisme Melayu bermula sekitar tahun 1906 dengan
lahirnya Ai Imam akhbar suara kaum muda yang banyak membincangkan kepincangan
masyarakat Melayu ketika itu. Antara tokoh Kaum Muda terkenal ialah yed Sheikh Al
Hadi, heikh Tahir Jalaluddin,Hj. Abbas Mohd. Taha dan Sheikh Mohd. Salim al Kalali.
Persoalan yang dibangkitkan oleh Kaum Muda adalah mengenai soal pendidikan,
penglibatan wanita dan perpaduan Melayu. Selain dari al Imam terbit akhbar lain seperti
Neracha dan Saudara.
Tahap nasionalisme Malayu menjadi semakin sekular. Tumpuan perjuangan kini
tertumpu kepada soal sosio ekonomi. Sifat secular ini merupakan hasil tekanan politik
dan ekonomi orang Cina serta kemunculan golongan berpendidikan Barat.
Maktab Perguruan Sultan Idris SITC Tanjung Malim memainkan peranan penting dalam
menyemarakkan semangat nasionalisme Melayu.Golongan berpendidikan Melayu inilah
yang membangkitkan masalah ketidakadilan sosial, ekonomi dan politik. Isu ini di
timbulkan dalam akhbar Idaran Zamam, Saudara dan Lembaga Melayu. Golongan
intelek Melayu telah menubuhkanKelab Putera(1929). Setiawan Belia(1931). Di
Singapura,Eunos Abdullah telahmenubuhkan Kesatuan Melayu Singapura_ KMS
ssainpada tahun 1926. Kesatuan Melayu Muda telah ditubuhkan oleh Ibrahim Hj.
Yaacob pada tahun 1938. Ibrahim telah dipilih sebagai presiden pertama.Naib
disandang oleh Mustapha Hussain. Kesatuan merancang menuntut kemerdekaan
bersama Indonesia di bawah nama Ikatan Indonesia Raya.
Tahun 1937 golongan Pentadbir Melayu telah menubuhkan persatuan separa politik
bagi memperjuangkan konsep Tanah Melayu. Lahir banyak persatuan berdasarkan
negeri masing-masing.

Perjuangan Kemerdekaan
Selepas tamat perang dunia kedua. British kembali ke Tanah Melayu. Kali ini mereka
menubuhkan kerajaan sementara bernama BMA_ British Military Administration.
Pada 1 April 1946 BMA digantikan dengan Malayan Union.Pentadbiran ini
menggabungkan pentadbiran Negeri-negeri Selat,Negeri-negeri Bersekutu dan Negeri –
negeri tidak Bersekutu. Orang Melayu bangun menentang Malayan Union kerana
pertubuhan` itu bersifat:
1. Menghapuskan kedaulatan Raja-raja Melayu
2. Memberi hak sama rata pada rakyat asing
3. Harold McMichael memaksa Raja-Raja Melayu menandatangani persetujuan
Malayan Union.
Pada 11 Mei 1946 UMNO ditubuhkan bagi menentang Malayan Union. Akhirnya
pada 21 Januari 1948 Malayan Union dibubarkan dan diganti dengan Persekutuan
Tanah Melayu.

Sabah sebelum menjadi tanah jajahan British pada 15 julai1946 ditadbir oleh
syarikat bernama North Borneo Company. Penyerahan kepada British telah
ditentang oleh penduduk tempatan termasuk Mat Salih.Pertubuhan yang aktif ialah
Persatuan Melayu Jesselton, Barisan Pemuda Jesselton, Persatuan Kebangsaan
Melayu Labuan dan Barisan Pemuda Labuan. British berusaha melemahkan
pergerakan tersebut dengan pelbagai cara.
Di Sarawak Vyner Brooke ingin menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British
disebabkan masalah kewangan. Hasrat ini ditentang oleh Persatuan Kebangsaan
Melayu Sarawak, Pergerakan Pemuda Melayu dan Barisan Pemuda Sarawak.Pihak
British cuba menekan pertubuhan-pertubuhan tersebut. Kemuncaknya Gabenor
Duncan Stewrd telah dibunuh oleh Rosli Dhobi
.

Вам также может понравиться