Вы находитесь на странице: 1из 25

NOTA PENTING UTK AIZAT & SUB NILAI

 tolong pilih modul untuk program bagi ketiga-tiga sekolah yg telah


dinyatakan
 jika ada modul yg terbaik dari pihak aizat, boleh jgk diusulkan
 kita just nak 1 lagi modul untuk LDK 2 dan ice breaking sebab modul LDK
1 n modul grouping da dipilih dari pihak pj
 modul tu kalu boleh biarlah fun ckit n lebih kpd education and boleh bg
pengajaran pd budak
 most important,kita faham modul tu n fasi dan budak sekolah boleh buat
 untuk LDK tu kta spend time 1 jam 30 minit,so plih la aktiviti yg possible nk
buat msa tu....nak tmbah aktiviti yg pendek pn boleh
 so,make sure korang buat modul yg btl2 kta nk guna utk pgrm tu.
 after da decide modul tu, tolong buat modul yg sebetulnya modul
 buat dalam bahasa melayu
 t kmi akn tapis blik modul yg da dipilih oleh korang
 all da best, smga amanah yg diberi dapat dipikul dan
dipertanggungjawabkan
 due date : 21 Feb 2011 (e-melkan pd saya,sebarang pertanyaan boleh
hubungi saya 013-9687357

TENTATIF MOTIVATIONAL PROGRAM (subject to change)


8.00 am : Registration
8.30 am : Welcoming speech by respective person
9.00 am : Grouping (kumpulan haiwan)
9.30 am : Ice Breaking (belum ada,nilai decide)
10.30 am : Tea break
11.00 am : LDK 1(Modelling) + Kotak Ajaib
12.30 pm : Lunch & Zuhur prayer
2.00 pm : LDK 2 (nilai decide)
3.30 pm : Closing Ceremony

*****Suggestion
LDK 1: Taaruf
LDK 2: Kejelekitan kumpulan serta mind setting
LDK 3: Potensi diri dan motivasi diri
LDK 4: Matlamat dan hala tuju
LDK 5: Muhasabah dan kesedaran diri

LDK 1 - TA'ARUF

Objektif
1. Memberikan impresi pertama kepada peserta.
2. Peluang untuk mengenali sesama mereka.
3. Membentuk kerjasama dan kesefahaman dalam kumpulan.
4. Membentuk satu semangat kekeluargaan dan menunjukkan bahawa
mereka saling memerlukan sesama sendiri.
1. Inilah Gayaku!

Tahap : Rendah / Menengah


Masa : 30 minit
Alatan : Tiada

Pelaksanaan:
1. Pertama fasilitator dikehendaki memberikan arahan kepada adik-adik
supaya mengenalkan diri mereka dengan gaya mereka tersendiri.
2. Tetapi sebelum mereka memperkenalkan diri mereka, mereka hendaklah
meniru gaya peserta yang terdahulu.
3. Pilih peserta secara rambang supaya mereka lebih peka dan memberikan
penumpuan sepenuhnya terhadap kawan-kawan mereka.

Perbincangan:
1. Fasilitator hendaklah membuka peluang kepada adik-adik yang lain apa
yang mereka boleh lihat dan gaya kawan-kawan mereka.
2. Tanya pula kepada adik yang memperagakan wataknya tadi apakah yang
cuba dia tonjolkan kepada adik-adik yang lain supaya yang lain faham
tentang perwatakan beliau.
3. Tanya mereka tentang perwatakan, tingkah-laku dan cuba kupaskan diri
mereka yang sebenar supaya kerahsiaan di antara mereka dengan adik-
adik yang lain semakin mengecil.

Kesimpulan:
1. Terangkan mengenai konsep ta'aruf dan kepentingannya.
2. Manusia itu unik dan pelbagai ragam serta perwatakan. Oleh itu kita
hendaklah cuba saling mengenali sesama sendiri.

3. “Hai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menjadikan kamu dari seorang


lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu beberapa bangsa dari
suku-suku bangsa supaya kamu mengenali salu sama lain”
(Al-Hujurat: 13)
4. Jangan kita membuat tafsiran salah jika kita tidak mengenali diri
seseorang itu dengan dekat.

2. Apa punya turr...

Tahap : Rendah / Menengah


Alatan : Kertas A4, pen
Masa : 30 minit

Pelaksanaan:
1. Fasi rnembahagikan peserta kepada dua kumpulan dan setiap peserta
diberi sehelai kertas A4
2. Kumpulan pertama diminta membuat ayat bermula dengan "Kenapa"
3. Kumpulan kedua diminta membuat ayat bermula dengan "Kerana"
4. Fasi mengumpulkan semua hasil kerja dan membaca secara rawak
"kenapa" dan "kerana".
5. Fasi merninta peserta yang ayatnya dibaca memperkenalkan diri dengan
menyebut nama penuh, nama timangan, tarikh lahir, bilangan adik-beradik
dan lain-lain.

Perbincangan:
1. Mengingati nama rakan adalah penting utk membina ikatan ukhuvvwah.
2. Kepentingan ta'aruf sebagai satu keperluan bagi memudahkan proses
interaksi antara satu sama lain.

Kesimpulan:
1. Terangkan mengenai konsep ta'aruf dan kepentingannya.
2. Keberkesanan komunikasi bergantung kepada konsep TA'ARUF,
TAFAHHUM, TA'AWUN, TAKAFUL.

3. Namaku Namamu Jua

Tahap : Rendah / Menengah


Alatan : Tiada
Masa : 30 minit

Objektif:
1. Mewujudkan tafahhum, ta'awun dan takaful serta membentuk kerangka
berfikir di kalangan peserta
2. Sebagai persediaan untuk menerima input seterusnya.

Pelaksanaan
1. Peserta dibahagikan berpasang-pasangan dan setiap pasangan untuk
mencantumkan nama mereka menjadi satu nama yang ringkas.
2. Kemudian peserta dikehendaki bergabung membentuk dua kumpulan dan
mencantumkan nama-nama tadi menjadi satu nama baru.
3. Langkah terakhir, peserta diminta bergabung membentuk satu kumpulan
dan mencantumkan nama kumpulan tadi menjadi satu nama yang unik
dan menarik.

Kesimpulan
1. Keputusan pada peringkat awal biasanya akan berubah pada peringkat
seterusnya
2. Keputusan yang dibuat tanpa perbincangan akan menghasilkan satu
tindakan yang kurang menarik dan berkesan.
3. Konsep kesatuan, saling menerima pendapat, bekerjasama sangat
penting dalam sesuatu tindakan.
4. Kekuatan diri sebenarnya bergantung kepada kekuatan sesebuah
kumpulan.

“Seorang mukmin bagi mukmin yang lain adalah laksana sebuah bangunan, satu
sisi saling menguatkan sisi yang lain.”

LDK 2 - KEJELEKITAN KUMPULAN DAN MIND SETTING

1. Tolong! Tolong! Kawanku sakit!

Tahap : Rendah / Menengah


Masa : 40 minit
Alatan: Tiada

Pelaksanaan:
1. Fasilitator pilih 4 peserta (sama jantina)
2. Aktiviti pertama:
a. Bahagikan lagi peserta supaya mereka berpasangan.
b. Salah seorang sebagai pesakit dan seorang lagi sebagai
penyelamat.
c. Suruh adik yang sebagai penyelamat tadi mengangkat pesakit.
Peserta yang tidak terlibat dikendaki memberikan idea bagaimana
cara mengangkat pesakit.
3. Aktiviti kedua:
a. Kali ini keempat-empat dalam satu kumpulan. Seorang sebagai
pesakit dan 3 lagi sebagai penyelamat.
b. Arahan yang sama iaitu angkat pesakit

Perbincangan:
1. Tanya kepada peserta yang tidak terpilih yang mana satu lebih mudah;
seorang angkat seorang atau tiga orang angkat seorang.
2. Tanya pula perasaan orang yang terpilih.
3. Tanya perasaan si pesakit yang mana, satu lebih sakit dan mana satu
lebih selesa ketika diangkat.

Kesimpulan:
1. Kita hidup di dunia perlu tolong-menolong dan saling bantu-membantu
2. Jika kita hidup bermasyarakat kita hendaklah mengambil tahu ahli
masyarakat yang sakit.
3. Aktiviti pertama tadi: seorang sudah mencukupi untuk bantu kawannya
yang lain namun usaha yang lebih perlu dicurahkan daripada aktiviti yang
kedua.

4. “Seorang Mukmin adalah cermin bagi saudaranya sendiri”


5. Kita perlulah saling tegur-menegur dan saling peka terhadap keperluan
masing-masing. Jika adik ini lemah (contoh: dalam pelajaran) adik-adik
yang lain-lain yang ada keupayaan untuk membantu hendaklah
membantu adik tersebut.
6. Pastikan penerangan yang akan diberikan tidak sarna dengan konsep
jaga tepi kain orang lain.

2. Autograf Panas

Tahap : Rendah / Menengah


Masa: 30 minit
Alatan: Lampiran 1
Pelaksanaan:

1. Mula-mula suruh adik-adik baca dan tandakan ( / ) pada ruangan yang


mewakili diri mereka.
2. Kedua suruh mereka pergi kepada setiap seorang dan dapatkan autograf
mereka jika diri mereka adalah sama dengan diri adik itu sendiri serta
mendapatkan sedikit kisah ringkas tentang persamaan diri antara mereka
berdua.

Perbincangan:
1. Setelah masa yang diberikan tamat, tanya salah seorang tentang diri
mereka dan tanya dia siapakah dalam kumpulan itu mempunyai
perwatakan yang sama sambil menunjukkan individu tersebut.
2. Suruh adik-adik ceritakan semula apakah persamaan kisah hidup mereka.

Kesimpulan:
1. Untuk merapatkan ukhuwwah dan menunjukkan walaupun kita berbeza
pasti ada sedikit kesamaaan dalam diri kita dengan diri orang lain yang
kita tidak tahu.

3. Silang dan Menang

Tahap : Menengah
Alatan: Wisel, tali rafia yg agak tebal, sebatang kapur tulis, 8 - 10 ranting kayu
yang tidak mudah patah, beberapa ketul batu yang sederhana besar sebagai
penukul.
Masa: 40 minit

Pelaksananan:
1. Minta semua peserta bersama-sama menyediakan garisan untuk
permainan Silang Pangkah dengan kapur tulis atau menggunakan tali
rafia, ranting kayu dan batu yang disediakan.
2. Kemudian, bahagikan peserta kepada 2 kumpulan (contoh: Kumpulan
Pangkah dan Kumpulan Bulat).
3. Kedua-dua kumpulan diminta berdiri secara menghadap di antara satu
sama lain, di mana garisan untuk permainan Silang Pangkah berada di
tengah-tengah antara 2 kumpulan tersebut.
4. Fasi terangkan cara permainan Silang Pangkah. Apabila wisel ditiup,
seorang wakil dari setiap kumpulan hendaklah mengambil tempat (berdiri)
di ruang-ruang garisan permainan Silang Pangkah tadi.
5. Setiap kumpulan hendaklah seboleh-bolehnya berdiri dalam satu garis
lurus untuk mencapai kemenangan.
6. Fasi mulakan permainan dengan meniup wisel. Mula-mula perlahan dan
semakin cepat.
7. Semasa melaksanakan aktiviti, fasi mencatat kedudukan peserta sebagai
data yang dipaparkan.

Perbincangan:
Bagaimanakah pendapat dan perasaan peserta terhadap permainan tadi?

Kesimpulan:
1. Kesepakatan Membawa Kejayaan.
2. Kita mampu dan berupaya membuat keputusan sendiri dengan cepat dan
tepat.
3. Seseorang itu mempunyai hak untuk membuat keputusan untuk tidak
terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah, merugikan atau merosakkan.

4. Pondok Usang di tengah Bendang (Mind setting)

Tahap : Rendah / Menengah


Masa : 15 minit
Alatan : Tiada

Pelaksanaan:
1. Bayangkan diri adik keseorangan di dalam sebuah rumah yang usang. Di
sini adik-adik dikehendaki membaiki rumah tersebut tanpa memerlukan
bantuan dari orang lain. Adakah adik merasakan adik mampu melakukan
tugas tersebut?

2. Jika jawapan adik adalah YA?


Ini menunjukkan adik-adik ada perasaan positif dalam diri adik dan
mampu untuk berjaya dalam apa jua bidang yang ingin di ceburi walaupun
bukannnya cemerlang dalam bidang pelajaran.

3. Jika jawapan adik TIDAK?


Ini menunjukkan adik seorang yang suka melakukan kerja secara
bersama dan ini menunjukkan adik mementingkan kerjasama di dalam
masyarakat.

Kesimpulan:
1. Tekankan mengapa adik-adik berada di sini
2. Mind setting / objektif adik-adik hadir dalam program ini.

LDK 3: POTENSI DIRI, KEYAKINAN DIRI, BUDAYA ILMU, MOTIVASI

Objektif:
1. Mengenalpasti dan menghargai potensi diri yang ada pada setiap peserta.
2. Penekanan kepada konsep yakin boleh.
3. Memberi kesedaran kepada setiap peserta yang mereka memiliki
kelebihan yang boleh dijana ke arah masa depan yang lebih persis dan
mantap.

1. Kotak Ajaib (Potensi Diri)

Tahap : Rendah / Menengah


Masa: 15 minit
Alatan: Kotak mancis, cermin kecil, pita pelekat

Pelaksanaan:
1. Peserta diminta supaya memikirkan seseorang yang paling mereka
sayangi dan memberikan sebab-sebabnya.
3. Fasilitator menyatakan bahawa sesungguhnya di dalam kotak ajaib itu
terkandung makhluk yang sebenarnya paling istimewa.
4. Di dalarn kotak itu diisi dengan cermin dan peserta diminta melihat ke
dalamnya.
5. Peserta dikehendaki melihat di dalam kotak itu secara bergilir-gilir tanpa
memberitahu rakan-rakan mereka yang lain.

Kesimpulan
1. Memberi kesedaran kepada peserta yang mereka sering menganggap
orang lain mempunyai kelebihan tanpa menyedari kelebihan diri sendiri.
2. Membantu memperkukuh dan memperkembangkan sahsiah diri.

2. Ohh... Heroku! (Potensi Diri)

Objektif:
1. Membina potensi diri peserta.
2. Memupuk semangat sayangkan diri sendiri.

Tahap : Rendah / Menengah


Masa : 30 minit
Alatan : Tiada

Pelaksanaan:
1. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan; ‘Batman’ dan ‘Power Rangers’
(apa-apa sahaja watak yang disukai)
2. Minta peserta untuk menerangkan kelebihan masing-masing dan
meyakinkan orang ramai bahawa merekalah penyelamat dunia.
3. Fasilitator dikehendaki menghangatkan suasana.
Perbincangan:

1. Bandingkan kelebihan-kelebihan yang ada pada hero-hero pujaan mereka


dengan diri masing-masing.
2. Potensi atau kelebihan diri hanya wujud apabila kita merealisasikanya.

Kesimpulan:
1. Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing sama ada jelas atau
tidak.
2. Sebagai pelajar kita harus yakin pada diri sendiri dan tidak mudah
mengharap pada orang lain.
3. Konsep saling melengkapi antara satu sama lain (modul koyak kertas).

3. Lubangkan Kertas (potensi diri)

Objektif: Mengenali dan menghargai potensi yang ada pada diri kita
Tahap : Rendah / Menengah
Masa : 20 minit
Alatan : Kertas A4

Pelaksanaan :
1. Fasi diminta mengedarkan sehelai kertas A4 kepada setiap peserta.
2. Fasi diminta untuk melipat dan melubangkan kertas A4 pada sudut-sudut
bebas (tepi, depan, belakang, mana-mana ajelah!)
3. Fasi diminta supaya memantau peserta, dan beri arahan kepada peserta
supaya tidak meniru cara peserta lain.
4. Peserta diminta supaya membuka lipatan kertas mereka dan
mempamerkan hasil kerja mereka.

Perbincangan:
1. Samada setiap koyakan peserta dan kedudukan hasil kerja mereka itu
berbeza.
Kesimpulan:
1. Analogi: Lubang itu adalah potensi untuk terus hidup dan dengan kata lain,
bakat kita.
2. Kertas A4 merupakan cabaran dalam hidup.
3. Koyakan yang berbeza itu menandakan potensi manusia yang pelbagai
untuk meneruskan kehidupan ini.
4. Setiap manusia mempunyai perbezaan di antara satu sarna lain.
5. Potensi individu itu adalah berbeza.
6. Setiap individu ada potensinya sendiri.

Altematif:
1. Lumba kereta Kancil dan Mercedes.
49. Pencuri yang berjaya.

4. Two Minutes Too Late (Keyakinan Diri)

Objektif:Membina keyakinan diri peserta


Tahap : Rendah / Menengah
Masa : 20 minit
Alatan : Tiada

Pelaksanaan:
1. FC meminta peserta berdiri dan membuat kiraan sebanyak 2 minit sambil
pejam mata.
2. Peserta yang sudah yakin masa telah tamat boleh duduk semula dan
membuka mata mereka.

Perbincangan:
1. FC tanya peserta yang duduk dahulu apakah perasaannya apabila
dimaklumkan sebagai orang pertama yang duduk dahulu.
2. Kemudian, FC tanya peserta yang duduk kemudian apa perasannya
apabila dimaklumkan sebagai orang terakhir duduk.

Kesimpulan:
1. Setiap orang kena ada sifat yakin dan percaya pada diri sendiri.
2. Sebagai seorang pelaiar, sifat ini penting untuk memajukan diri sendiri
dalam pelbagai bidang yang diceburi.
3. Keyakinan diri membezakan antara tahap kemampuan seseorang dalam
sesuatu perkara.

5. Tiru Macam Saya (Budaya Ilmu)

Tahap : Rendah / Menengah


Masa : 30 minit
Alatan : Tiada
Pelaksanaan:
1. FC mengarahkan semua peserta berdiri menghadap FC.
2. FC membuat pergerakan dan mengarahkan peserta mengikut setiap
pergerakan yang di!akukan oleh FC.
3. Contoh: garu kepala, cuit hidung, peluk tubuh, tepuk tangan, tampar paha
4. Kemudian cuba kelirukan pergerakan seperti arahan hentak kaki, tapi
5. FC tepuk tangan.
6. peserta yang melakukan kesilapan (tak ikut pergerakan FC dikeluarkan
daripada kumpulan.
7. FC hendaklah melakukan kesilapan begini 4-5 kali dan permainan
ditamatkan.

Perbincangan
1. Apakah perasaan orang yang berjaya mengikut pergerakan dengan tepat.
2. Apakah perasaan orang yang gagal mematuhi pergerakan.

Kesimpulan
1. Sesiapapun boleh melakkan apa saja tetapi mesti menilai baik buruk
perbuatan tersebut sebelum melakukannya.
2. Ilmu penyuluh hidup : Ilmu pengetahuan yang luas dapat membantu dan
memandu kita untuk menilai sesuatu perkara, membuat perancangan dan
keputusan.
1. Sekiranya kita mempunyai ilmu, kita takkan mudah terpengaruh atau
ditipu (Tipah tertipu bang...), melakukan perkara yang merugikan atau
merosakkan diri sendiri.
2. Dengan ilmu juga, kita dapat membantu orang lain, kita akan dihormati
dan dipandang mulia.

6. Penku Mahal 0oo... (Motivasi)

Tahap : Rendah / Menengah


Alatan : Pen, buku atau sebarang objek yang boleh dijatuhkan
Masa : 30 minit

Pelaksanaan:
1. Tegakkan sebatang pen di tengah-tengah kumpulan.
2. Kemudian tanya peserta apakah cara terbaik untuk untuk menjatuhkan
pen tersebut.

Perbincangan:
1. Jika ada ahli yg bertindak menjatuhkan pen, tanyakan kepadanya
bagaimana dia boleh bertindak sedemikian? Apakah yg mendorongnya?
2. Jika tiada tanya mereka, mengapa mereka tidak didorong untuk
bertindak?

Kesimpulan:
1. Motivasi ialah dorongan. Apabila kita telah menentukan matlamat kita
(score dalam SPM, PMR) kita akan terdorong untuk mencapai matlamat
tersebut.
2. Dengan dorongan dan motivasi yang ada, kita akan berusaha mencari
jalan untuk mencapat impian dan cita-cita yang diharapkan.
3. Kebiasaannya, apabila kita sentiasa diingatkan dengan matlamat, impian,
cita-cita kita dan ganjaran yang bakal dipreolehi; kita akan lebih
bersemangat, bersungguh-sungguh dan bermotivasi.
4. Cara untuk sentiasa mengingati matlamat: tuliskan matlamat dan lekatkan
pada tempat yang selalu dilihat. Contoh: cermin muka, depan meja study.

7. Mak Suruh Pi Market (Motivasi)

Tahap : Rendah / Menengah


Alatan : Lampiran 2 (senarai barang runcit), kertas A4, pen.
Masa : 30 minit

Pelaksanaan:
1. FC membahagikan peserta kepada 3 kumpulan.
2. Setiap kumpulan hendaklah menghantar seorang wakil untuk melihat
senarai barang runcit.
3. Masa yang diberi untuk melihat senarai hanyalah sebanyak 5 minit sahaja
bersamaan dengan 4 kali peluang melihat.
4. Wakil kumpulan hanya diberi masa 30 saat bagi peluang pertama, untuk
melihat senarai barang runcit tersebut.
5. Kemudian wakil tadi kembali kepada kumpulan dan cuba menyenaraikan
barang-barang runcit tadi dengan seberapa banyak yang boleh diingati,
(ketika ini pastikan setiap ahli kumpulan terlibat dalam aktiviti)
6. Setiap wakil akan diberi peluang ke-2, ke-3 dan ke-4 utk kembali kepada
FC untuk melihat semula, senarai barangan di mana setiap peluang akan
ditambah 30 saat dari waktu peluang sebelumnya. Sebagai contoh:

a. Peluang 1: 30 saat
b. Peluang 2: 1 minit
c. Peluang 3: 1 minit 30 saat 5 minit
d. Peluang 4: 2 minit

*(Nota: Wakil kumpulan boleh ditukar ganti jika kumpulan tersebut mahu)

7. Permainan ditamatkan selepas keempat-empat peluang telah digunakan


8. Semak jawapan yang diperolehi. Libatkan peserta ketika aktiviti
penyemakan.

Perbincangan:
1. Apakah perasaan peserta dalam permainan?
2. Apakah perasaan wakil yang ditukar? (sekiranya ada)
3. Apakah pendapat peserta terhadap permainan ini?

Kesimpulan:
1. Perasaan ingin berjaya dan daya saing mendorong kita melakukan usaha
yang bersungguh-sungguh dan konsisten (istiqomah)
2. Apabila kita melakukan sesuatu dengan bersemangat, enjoy, tidak putus
asa dan berulang-ulang, InsyaAllah kita akan berjaya.
3. Apabila sesuatu perkara itu dilakukan berulang-ulang, akan membuatkan
kita semakin mahir dalam bidang tersebut. (Kaitkan dengan pembelajaran
seharian)
4. Ilmu hendaklah diamalkan, bukan sekadar untuk dipelajari sahaja,
“Practice Makes Perfect”.
5. Maksud hadis:
"Celakalah ke atas seseorang apabila harinya pada hari ini adalah sama
dengan hari semalam”
6. Setiap orang dibeii peluang yang sama, maka gunakanlah peluang
tersebut sebaiknya.
7. Yakinlah dengan rahmat Allah bahawa kita boleh menjadi insan
cemerlang, berkat keazaman dan kesungguhan kita.

8. Aku Seorang...? (Motivasi)

Tahap : Menengah
Alatan : Kertas A4
Masa : 40 minit

1. Fasi meminta anak buahnya menulis cita-cita masing-masing dalam


kertas (cantik- cantik).
2. Minta adik-adik membuat plan dan andaian mereka dari sekarang hingga
tercapainya cita-cita tersebut.
3. Senaraikan juga orang-orang yang penting dalam menjadikan cita-cita
tersebut menjadi realiti.
4. Minta adik-adik menggayakan watak mengikut cita-cita masing-masing
tanpa mengeluarkan suara ( lakonan tanpa suara)
5. Sebelum habis, minta rakan-rakan menandatangani kertas tersebut
sebagai tanda bahawa mereka akan bersama-sama berusaha menjadikan
ia realiti (boleh tampal di rumah)

Perbincangan
1. Faci meminta adik-adik memberikan respon tentang pentingnya cita-cita
seseorang.
2. Apa yang mendorong seseorang untuk mencapai cita-cita?
3. Meminta rakan-rakan mereka untuk memberikan sedikit kata-kata
pendorong kepada adik yang mempersembahkan cita-cita itu untuk
berusaha mencapai cita-cita mereka.

Kesimpulan:

1. Seorang pelajar hendaklah mempunyai satu matlamat atau cita-cita.


2. Tanpanya pelajar akan kabur untuk meneruskan kehidupan seterusnya
3. Cita-cita adalah satu motivasi (pendorong) untuk berjaya.
4. Dengan dorongan dan motivasi , kita pastinya akan berusaha mencari
jalan ke arah mencapai cita-cita yang diharapkan.
5. Kebiasaanya apabila kita sentiasa diingatkan dengan matlamat , impian,
cita-cita kita dan ganjaran yang bakal diperolehi, kita lebih bersemangat,
bersungguh-sungguh dan bermotivasi.
6. Cita-cita yang hanya di atas kertas tidak akan jadi realiti jika kita tidak
selitkan dengan usaha dan tawakkal kepada Allah.
7. Pentingnya sokongan dan dorongan sekeliling untuk mencapai cita-cita.
Contoh: ibu bapa.

LDK 4: MATLAMAT, HALA TUJU DAN CABARAN

1. Mari Masuk Kandang

Tahap : Rendah / Menengah


Masa : 40 minit
Alatan: Kapur tulis, kain tutup mata atau tudung sebanyak bilangan ahli
kumpulan
Obiektif:
1. Membantu pelajar menyedari kepentingan matlamat dalam kehidupan
mereka.
2. Membina kesedaran bahawa tiada jalan mudah untuk mencapai cita-cita
mereka.

Pelaksanaan:

1. Sebuah bulatan dilukis menggunakan kapur tulis, dan satu garisan


permulaan digaris di satu tempat yang dipilih oleh fasi.
2. Setiap ahli kumpulan diberi peluang melihat bulatan tersebut, jarak,
keadaan sekeliling dan sebagainya dalam masa 30 saat atau mengikut
budi bicara fasi.
3. Fasi meminta semua ahli kumpulan menutup mata masing-masing
menggunakan kain yang diberikan.
4. Seorang demi seorang dilepaskan menuju ke bulatan. Fasi dikehendaki
memerhatikan pergerakan ahli kumpulan yang sedang menuju ke bulatan.
5. Setelah semua ahli selesai, fasi akan meminta mereka membuka balutan
mata masing-masing dan meminta mereka melihat sama ada mereka
sampai ke bulatan atau tidak
6. Setelah rehat selama 2 minit, fasi akan meminta ahli kumpulan bermain
sekali lagi, tetapi kali ini dengan konsep bantuan. Contohnya: bergerakan
dalam kumpulan, atau berpandukan suara ketua kumpulan atau irama
tepukan tangan.

Perbincangan:

1. Minta adik-adik bayangkan hidup mereka dalam kegelapan, dan mereka


perlu melangkah dalam kegelapan itu. Adakah mereka rasa yakin untuk
melangkah atau memerlukan bantuan dari sesiapa. Analogikan kegelapan
itu dengan sebuah kehidupan tanpa matlamat dan hala tuju.
2. Fasi bertanya kepada adik-adik yang banyak membuat putaran atau
mengambil masa yang lama untuk berhenti (kalau ada), kenapa mereka
bertindak begitu? Dan jika ada yang terus meluru dengan yakin atau
mengambil masa yang sangat singkat, tanyakan juga kenapa.
3. Minta mereka nyatakan perbezaan yang dirasakan di antara permainan
kedua dan pertama.
4. Andaikan dalam keadaan mata mereka tertutup itu, ada orang datang
mengganggu, apa perasaan mereka, bagaimana keyakirian mereka?
Analogikan gangguan itu sebagai anasir-anasir yang tidak baik dan juga
halangan yang menanti mereka.

Kesimpulan:
1. Setiap manusia bermula dengan sesuatu yang kosong dan gelap, tanpa
matlamat dan arah tuju. Seseorang mungkin menunjukkan ke mana kita
harus melangkah, tetapi langkah seterusnya adalah bergantung pada kita
untuk memecahkan kegelapan itu menuju ke arah cahaya yang menanti.
2. Dalam menuju impian, jarang ada manusia yang tidak tersesat jika
bertindak sendirian. Setiap manusia memerlukan bantuan daripada orang
lain, sama ada sebagai penclorong atau penasihat ataupun sebagai rakan
seperjuangan.
3. Walaupun hala tuju dan arah hidup telah jelas, tetapi jika tidak disertai
dengan keyakinan, usaha dan cara yang betul, kita mungkin tidak akan
sampai kepada matlamat kita.
4. Gangguan-gangguan di sekeliling dan persekitaran yang tidak sihat akan
mengganggu objektif hidup kita.
2. BINGO BANG

Tahap : Rendah / Menengah


Masa: 30 minit
Alatan: Lampiran 3
Objektif:
1. Membina kesedaran tentang kepentingan matlaniat dan hala tuju.
2. Sebagai salah satu panduan bagaimana untuk mencapai matlarnat
mereka.

Pelaksanaan:
1. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil.
2. Setiap kumpulan dikeliendaki mengisi kotak-kotak kosong di dalam
Lampiran 3 bermula daripada 1 hingga 81 secara rawak dan berterabur.
Bermakna satu kumpulan LDK mempunyai 2 set nombor yang berlainan.
Setiap ahli di dalam setiap kumpulan akan mempunyai set nombor yang
sama.
3. Ahli-ahli dalam kumpulan akan bergilir-gilir menyebut nombor kumpulan
mereka berselang seli dengan kumpulan yang lagi satu.
4. Objektif permainan ini ialah untuk mendapatkan 9 garisan lurus yang
mengandungi 9 nombor dalam setiap garisan. Mana-mana kumpulan
yang dapat menyelesaikan BINGO BANG terlebih dahulu dikira
pemenang.

Perbincangan:
1. Apa perasaan mereka ketika bermain?
2. Apa matlarnat mereka ketika mereka bermain BINGO BANG?
3. Apakah strategi yang mereka gunakan untuk memenangi permainan ini?
4. Apa perasaan mereka yang kalah?

Kesimpulan:

1. Matlamat penting sebagai faktor dorongan dan tanpa matlamat, kita tiada
hala tuju. Contohnya ialah matlamat kita ialah sebatang pokok di sebelah
utara kelas, maka hala tuju kita ialah arah utara itu.
2. Allah menjadikan kita bukan sia-sia, sekecil-kecil zarah atau jisim atau
habuk pun ada tujuannya, benda yang nampak remeh pun sebenarnya
kalau diambil kira, besar peranannya dalam kehidupan kita.
3. "Matlamat tidak menghalalkan cara"
4. Cita-cita dan matlamat perlu bersih dan halal.
3. Gagak Dahaga

Tahap : Rendah / Menengah


Masa: 30 minit
Alatan: Lampiran 4

Objektif:
1. Membina kesedaran bahawa banyak cara boleh digunakan untuk
mencapai
2. Matlamat.
3. Membina minda yang kreatif.
4. Menyedarkan mereka tentang konsep berkorban dalam perjuangan dan
konsep menghargai orang lain.

Pelaksanaan:
1. Fasi bercerita kepada adik-adik kisah Gagak Dahaga seperti yang
terdapat di dalam Lampiran 4
2. Adik-adik diminta membayangkan diri mereka adalah gagak tersebut dan
minta mereka lengkapkan cerita tersebut.
3. Minta setiap orang ahli kumpulan membacakan kesudahan cerita mereka.
4. Fasi perlu mengambil perhatian pada setiap apa yang mereka ceritakan
terutama bahan yang digunakan oleh gagak-gagak itu dan juga jika ada
antara mereka yang menyebut tentang Gagak E dan Gagak A serta
tentang jasa Gagak C.

Perbincangan:

1. Kenapa itu cara yang mereka pilih?


2. Adakah hanya itu sahaja cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan
air tersebut atau ada alternatif lain?
3. Jika ada yang membicarakan tentang Gagak E, A dan C, tanya kenapa
dan jika tidak tanya juga kenapa.

Kesimpulan:

1. Untuk mencapai matlamat, kita perlu berusaha keras.


2. Kita perlu menggunakan semua sumber yang ada untuk mencapai
matlamat kita selagi sumber tersebut tidak menyalahi agama dan
peraturan kerana matlamat tidak menghalalkan cara.
Contoh sumber dalam kehidupan pelajar: guru, rakan-rakan, ibu bapa,
kakak dan abang fasi.
3. Kita perlu kreatif dan berani dalam mencuba sesuatu yang baru untuk
mencapai kejayaan. Kejayaan orang terdahulu boleh digunakan sebagai
panduan tapi kadang-kadang ada situasi di mana cara itu tidak sesuai
digunakan. Bawakan kisah Topi dan Monyet dari Lampiran ...
4. Apabila telah berjaya, jangan dilupa pada jasa orang lain terhadap kita.
Contohnya, mungkin ada antara abang mereka yang terpaksa berhenti
sekolah semata-mata untuk bekerja bagi membolehkan mereka
meneruskan pelajaran dan menjadi orang yang berguna.
5. Kadang-kadang kita perlu mengorbankan sesuatu yang kita hargai dan
sayangi demi matlamat kita.
6. Jangan cepat lupa jasa orang pada kita, hargailah sepatutnya.

4. Roketku Kertas A4

Tahap : Rendah / Menengah


Alatan : Kertas A4
Masa : 20 minit

Objektif:
1. Menyedarkan peserta bahawa matlamat dan hala tuju perlu ada seiring
dengan kehidupan mereka.
2. Menyedarkan peserta pentingnya niat dalam menentukan matlamat serta
pentingnya persediaan awal dalam mencapai matlamat.

Pelaksanaan:
1. Suruh adik-adik membuat sebuah kapal terbang kertas tak kira apu jua
bentuknya.
2. Fasi dikehendaki membantu adik-adik yang tidak tahu membuat kapal
terbang tersebut.
3. Buat satu garisan dan suruh adik-adik baling kapal terbang tersebut
kesecara bebas.
4. Kemudian suruh adik-adik baling kapal terbang tersebut ke arah dinding.
5. Akhir sekali suruh adik-adik baling ke arah satu objek atau bulatan yang
terdapat di dinding. Kapal terbang adik-adik perlu mengenai pada sasaran
tersebut.

Kesimpulan:
1. Niat dan persediaan secara sistematik membantu kita menentukan dalam
2. mencapai matlamat hidup.
3. Kalau kita hendakkan sesuatau, kita mesti boleh mencapainya jika kita
membuat persediaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk
mendapatkannya.
5. Kuatnya aku....

Tahap : (Rendah / Menengah)


Alatan : Tiada
Masa : 30 minit

Objektif:
1. Menyedarkan peserta tentang matlamat dan cabaran yang ada dalam
kehidupan.
2. Membuka minda peserta tentang realiti sebenar (kesukaran dan dugaan)
dalam mencapai matlamat mereka.

Pelaksanaan:

1. Sediakan seorang peserta di satu sudut dan letakkan satu objek di satu
sudut lain.
2. Arahkan peserta tadi supaya menuju ke arah objek tersebut dengan
dihalangi oleh 2 orang rakannya yang lain.
3. Beri sokongan dan provoke mereka jika perlu di kedua-dua pihak.

Perbincangan:
1. Mengapa begitu sukar untuk mendapatkan / menuju ke arah objek
tersebut?
2. Mana lebih mudah? Halangan atau tanpa halangan?

Kesimpulan:
1. Setiap matlamat itu mudah dicapai tapi penuh dengan cabaran.
2. Tanpa usaha dan ikhtiar, jangan mimpilah hendak capai segalanya.
3. Matlamat tidak menghalalkan cara.
4. Cabaran dalaman lebih kuat dari cabaran luaran.

LDK 5: MUHASABAH DAN KESEDARAN DIRI

1. Graf kehidupan

Tahap : Rendah / Menengah


Masa : 1 jam
Alatan : Kertas A4

Objektif:
1. Mengimbas kembali sejarah kehidupan lepas pelajar.
2. Mengambil ikhtibar dan memberi sokongan untuk cuba menjadi yang
terbaik pada masa akan datang.
3. Menyedarkan para pelajar tentang pahit manis kehidupan yang telah
mereka lalui sebenarnya banyak memberi hikmah dan panduan dalam
meneruskan kehidupan yang mendatang supaya lebih kuat dan gigih.
4. Menjadikan para pelajar dapat memahami bahawa segala kesilapan dan
kesulitan hidup yang lalu akan menjadi pengajaran yang berguna serta
jangan sekali-kali mengulanginya.
5. Penekanan bahawa "experience is the best teacher". Belajar daripada
pengalaman.
6. Sentiasa menghitung dan menghisab diri. Konsep amalan muhasabah
sebelum tidur.

Pelaksanaan:

GEMBIRA

AKAN
DULU SEKARANG DATANG

UMUR

SEDIH

1. FC meminta pelajar melukis graf mengenai perjalanan kehidupan mereka.


(suka atau duka).
2. FC menyuruh peserta supaya meramal graf kehidupan yang akan datang
(impian mereka)
3. Peserta seterusnya diminta menceritakan kisah hidup mereka kepada fasi
dan juga ahli kumpulan.
4. Ahli kumpulan boleh berkongsi cerita dan juga bertanya jika mahu
mengenai kisah hidup rakan mereka.
5. Fasi meminta pelajar supaya mengaitkan kisah hidup pelajar dengan
perancangan masa hadapan.

Perbincangan
1. Tanya para pelajar : Adakah mereka pernah terfikir untuk membuat graf
ini?.. serta apakah perasaan mereka setelah membuat graf ini?
2. Fasi diminta supaya bijak dalam mem'provoke' pelajar dan pandai
mengawal suasana dan keadaan.
3. Melahirkan sifat keterbukaan dan ketelusan di kalangan pelajar serta
menghormati kisah hidup ahli kumpulan.
4. Kehidupan yang diimpikaan: BAIK atau SEDERHANA
5. Pilihan hidup masing-masing selepas ini : belajar / kerja / lain-lain
6. Kaitkan dgn kisah-kisah: Bill Gates / Boon Siew HONDA/ Maradona.
7. Pilih lapangan yang sesuai dengan kemampuan kita dan potensi masing-
masing.
8. Dorong peserta dan beri semangat untuk mencapai kejayaan yang
diimpikan.
9. Kaitkan dengan keadaan semasa yang memerlukan anak-anak muda
untuk meningkatkan taraf hidup,
10. Masalah sosial, keruntuhan akidah dan akhlak, vandalisme.
11. Masalah umat Islam
12. Naikkan semangat adik-adik: KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI YANG
AKAN MEMBANTU.
13. Selitkan gambar-gambar baik dan buruk.

Kesimpulan
1. Mengambil pengajaran dan iktibar daripada kisah hidup yang lalu. Setiap
yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan serta
pengajaran.
2. Kehidupan di dunia ini berubah-ubah dan sentiasa dipenuhi dengan
ranjau dan halangan-halangan yang telah ditakdirkan. Jadi, kena tabah
dalam mengharunginya.
3. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
4. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan
(contoh:lumba motor haram-jadi pelumba professional)
5. Cabaran mendewasakan kita.
6. Jangan jadi macam angan-angan Mat Jenin, tapi biar jadi Impian Mat
Jenin.
7. Semoga impian adik-adik boleh menyinari impian orang lain.
8. Experience is the best teacher.

2. Who Am I...?

Tahap : Rendah / Menengah


Masa : 40 minit
Alatan : kertas A4

Pelaksanaan:
1. Fasi akan meminta pelajar menjawab beberapa soalan di atas kertas.
Soalan tersebut adalah:
a. Adakah adik-adik berpuas hati dengan diri adik-adik sendiri? Jika
tidak, mengapa?
b. Jika ditakdirkan lahir semula, adakah adik-adik ingin menjadi diri
adik-adik seperti sekarang?
c. Jika diberi peluang untuk lahir semula, adik-adik ingin jadi siapa?
Dan mengapa ingin menjadi seperti insan tersebut?
d. Sepanjang hidup adik-adik hingga kini, dengan siapakah adik-adik
paling banyak berbuat salah? Dan mengapa?
e. Sepanjang hidup adik-adik hingga kini, dengan siapakah adik-adik
paling banyak berbakti? Dan apakah bakti adik-adik tersebut?
f. Jika diberi peluang untuk lahir semula, siapakah insan yang adik-
adik ingin jumpa dahulu?
2. Fasi boleh bertanya beberapa soalan lain yang berbentuk kesedaran
kepada pelajar.
3. Untuk lebih menarik, jawapan tersebut bolehlah dibaca dalam bentuk
cerita bersambung-sambung.

Perbincangan:
1. Fasi akan bertanya secara rawak pelajar yang sudi menjawab soalan
tersebut.
2. Kepentingan memuhasabah diri sendiri dan memperbaiki diri.
3. Berbincang dengan para pelajar, mengapa mereka tidak suka pada diri
sendiri.
4. Menyedarkan para pelajar bahawa mereka adalah sebaik-baik insan yang
telah diciptakan oleh Allah sebagaiman yang terkandung dalam Al-Quran.

Kesimpulan:
1. Kita patut bersyukur dilahirkan dalam agama Islam dan juga menghargai
diri sendiri.
2. Kesedaran yang diperolehi jangan disia-siakan dan juga mempraktikkan
segala ilmu yang ada.
3. Bersyukur dengan suasana aman di Malaysia berbanding kesengsaraan
dan kesempitan hidup rakyat di negara lain.
4. Dalam memajukan diri, perlu melihat orang yang lebih maju dan lebih baik
daripada kita. Tetapi dalam mensyukuri apa yang ada pada diri, perlu
melihat orang yang lebih susah dan lebih sengsara dari kita. Ada kaitan
antara keduanya.

3. Barang Kesayangan.

Tahap : Rendah / Menengah


Masa : 30 minit
Alatan: kertas A4

Pelaksanaan:

1. Pelajar diminta melukis / mencipta / mengubah / membuat satu barang


yang sangat berharga untuk diberikan kepada orang yang tersayang.
(alternatif lain: tulis cita-cita)
2. Setelah selesai, barang tersebut akan diambil dan cuba dirosakkan oleh
fasi. Contoh dikeromot, direnyok, dikoyak, diconteng dan lain-lain.

Perbincangan:
1. Minta pelajar menyatakan perasaan masing-masing dalam situasi
tersebut.
2. Fasi perlu pandai mengawal keadaan ketika sesi perbincangan. (Pastikan
suasana tidak, tegang).

Kesimpulan:
1. Sikap pandai dalam menghargai dan mensyukuri nikmat yang telah
dikurniakan oleh Allah kepada kita.
2. Menghargai kasih sayang yang telah diberikan oleh ibu bapa terhadap
kita. Walaupun kasih sayang tersebut tidak terlihat oleh mata kasar.
3. Menghargai dan mensyukuri nikmat Allah atas kesempurnaan yang telah
dikurniakan.
4. Kita juga perlu menyayangi saudara seIslam (masyarakat) sepertimana
kita menyayangi diri kita sendiri.
5. Maksud hadis: “tidak dikatakan beriman seseorang kamu sehingga dia
menyayangi saudaranya sama seperti dia menyayangi dirinya sendiri”

*Tambahan

Hajarul Aswad
Tahap: rendah dan menengah
Masa: 1jam
Alatan: telur, kertas mahjong, kain hitam(penutup mata)

Pelaksanaan:
1. Semua ahli kumpulan dikehendaki menutup mata kecuali ketua kumpulan.
2. Ahli kumpulan yang menutup mata dikehendaki memegang kertas
mahjong yang mempunyai telur diatasnya.
3. Ketua kumpulan diminta membawa ahli kumpulan kepada fasi masing-
masing dengan memberi arahan kepada mereka.
4. Arahan mestilah mudah difahami oleh rakan yang lain.
5. Telur tidak boleh jatuh ke tanah dan kertas mahjong tidak boleh koyak.
Perbincangan(dalam kumpulan):
1. perasaan melaksanakan tugas tanpa pancaindera yang sempurna.
2. Kepentingan menjalankan amanah.

Kesimpulan:
1. Semua orang mempunyai tanggungjawab masing-masing dan
tanggungjawab perlu dilaksanakan dengan betul; beri analogi hidup
2. Amanah dan tanggungjawab yang diberi oleh orang perlu dilaksanakan
dengan bersungguh-sungguh supaya orang tetap percaya dengan diri
kita.
3. Perkongsian tentang peristiwa hajarul aswad; kepentingan bekerjasama
dan pemimpin serta keistimewaan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w
sebagai Al-Amin.
*nota: permainan ini dimainkan diluar dewan.

Bom
Tahap: rendah
Masa: 30 minit

Pelaksanaan:
1. Setiap kumpulan perlu memilih nama sebuah negara.
2. Permainan dimulakan dengan kumpulan pertama menyerang
kumpulan dua dengan menggunakan ayat:
Contoh:China bom China bom China bom to India bom
3. Dan kumpulan yang diserang perlu menyerang kumpulan lain dengan
pantas.
4. Kerjasama antara ahli amat penting.
5. Kumpulan yang lambat bertindak atau ahli menyebut nama negara
dengan silap atau tidak sama akan dikeluarkan dari permainan.

Kesimpulan:
1. Ketua memainkan peranan yang penting dalam kumpulan.
2. Kita perlu bertindak dengan pantas apabila menghadapi masalah atau
kesusahan.
3. Kerjasama antara satu sama lain akan menguatkan sebuah negara atau
kumpulan untuk menghadapi masalah atau serangan.
Contoh Modul Baktisiswa

Tema :...........................................................................................................

Sesi Aktiviti Perunt Item Prosedur/ Objektif/Perbi Kesimpulan


ukan yang Pelaksanaan ncangan
Masa diperluk
an
Grouping Haiwan 30 minit Kertas -pelajar perlu -membentuk -manusia itu
(wajib) Pelihar A4, membuka fail yang kumpulan unik dalam
aanku gambar diberi semasa -menyuntik pelbagai
haiwan, pendaftaran keyakinan diri ragam serta
pensil -setiap pelajar diminta dalam perwatakan.
untuk membuat satu pencarian Oleh itu, kita
kumpulan kumpulan hendaklah
berdasarkan gambar -meningkatkan berada di
haiwan yang diberi tahap dalam satu
-pelajar perlu mencari kecekapan kumpulan
kulpulan mereka pelajar dalam dan cuba
hanya menggunakan sesuatu mengenali
gaya dan bunyi perkara sesama
haiwan tersebut sendiri
-setiap fasi dan
pelajar akan berta’aruf
dan melakukan
cheers berdasarkan
nama haiwan
Ice 1 jam
Breaking 30 minit
(wajib)
LDK 1 Modelli Surat -setiap kumpulan -memupuk -kerjasama
(wajib) ng khabar, diberi 3 barang (surat kreativiti dalam adalah
Gunting, khabar, gunting & kalangan tunggak
Gam gam) pelajar utama dalam
-fasi memilih seorang -melatih melaksanaka
pelajar untuk dijadikan kepimpinan n sesuatu
model diri pelajar dan matlamat.
-mereka perlu semangat “seorang
mencantikkan model kesukanan mukmin bagi
berdasarkan kreaviti dalam diri mukmin yang
tersendiri -meningkatkan lain adalah
-model tersebut perlu keyakinan laksana
dipersembahkan di pelajar sebuah
hadapan pelajar lain bangunan,
satu sisi
saling
menguatkan
sisi yang
lain”
(bergantu Kotak 15 minit Kotak -Pelajar diminta -Memberi Setiap
ng Ajaib mancis, supaya memikirkan kesedaran makhluk
kepada cermin seseorang yang kepada yang
masa) kecil, pita paling mereka sayangi peserta yang diciptakan
pelekat dan memberikan mereka sering oleh Allah
(untuk sebab-sebabnya. menganggap SWT ada
kegunaa -Fasilitator orang lain kelebihan
n fasi) menyatakan bahawa mempunyai yang
sesungguhnya di kelebihan tersendiri.
dalam kotak ajaib itu tanpa
terkandung makhluk menyedari
yang sebenarnya kelebihan diri
paling istimewa. sendiri.
-Di dalarn kotak itu -Membantu
diisi dengan cermin memperkukuh
dan peserta diminta dan
melihat ke dalamnya. memperkemba
-Pelajar dikehendaki ngkan sahsiah
melihat di dalam kotak diri.
itu secara bergilir-gilir
tanpa memberitahu
rakan-rakan mereka
yang lain.

LDK 2 1 jam
(wajib) 30 minit

Вам также может понравиться