Вы находитесь на странице: 1из 9

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

(CTU551)
“Sumbangan Tamadun Cina Terhadap
Peradaban Dunia”

Pensyarah: PROF. MADYA USTAZ AHMAD ZAKI B. ABD LATIFF


Ahli Kumpulan:
1 ARINA FARIHAN BT. AZHAR 2009227902
2 MOHD IZWAN FIRDAUS B. SAMSUDIN 2009600084
3 NURFARAHAIN BT. MOHD SALEH 2009622538

KOD PROGRAM: BM230 4A


Kategori Penilaian Markah
Pengenalan/Pendahuluan
Isi + Huraian
Cadangan/Kesimpulan
Rujukan/Bibliografi
Etika & Profesional
ISI KANDUNGAN

MUKA
SURAT

1.  OBJEKTIF 1
2.  PENGENALAN

3. 

4. 

5.  KESIMPULAN

6.  RUJUKAN
OBJEKTIF

??????

PENGENALAN

Tamadun China merupakan salah satu tamadun tertua di dunia. Sumbangan dan
pencapaiannya adalah setanding dengan tamadun dunia lain. Keunikan Tamadun China ialah
ketahananya sepanjang masa. Tamadun ini memiliki sejarah yang panjang dan masih kekal
sehingga sekarang.
Para ahli sejarah masih belum pasti sejarah asal usul China, namun dipercayai orang
China berasal daripada keturunan bangsa Monggolloid. Orang China merupakan salah satu
bangsa yang mencapai peradaban paling awal di dunia bermula di utara Sungai Kuning, kira-
kira 4000 hingga 2000 S.M.
Era yang dikenali sebagai Zaman Batu Lewat selama 4000 tahun ini telah membawa
kepada kegemilangan dalam bidang pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral, dan sains.
Kegemilangan telah membawa kepada kemajuan dan kemakmuran tamadun ini bermula
daripada peradaban neolitik, di mana Negara China dikenali sebagai Longshan-Yangshao.
Raja China pertama ialah Huang Di (kira-kira 2697 S.M.). Beliau dianggap pemimpin
yang beribawa dan terkuat di lembah Sungai Kuning sehingga mendapat gelaran Maharaja
Kuning. Beliau juga merupakan pemerintah yang telah menyebabkan era peralihan daripada
Zaman Neolitik hingga Zaman Gangsa apabila besi mula meggantikan batu.
Pada masa ini juga, muncul kegiatan ekonomi yang lebih sempurna seperti kegiatan
penternakan, pembinaan empangan serta pengeluaran dan penenunan sutera. Selepas itu,
beliau telah diganti oleh Raja Chuan Hsiu Ku-yao dan seterusnya Raja Yu. Raja Yu merupakan
raja yang mula-mula menjalankan pemerintahan bercorak dinasti. Beliau telah mengasaskan
Dinasti Xia (2205-1766 S.M.)

Merupakan salah satu tamdun yang tertua di dunia. Tamadun China bermula di Huang
Ho (utara) dan Yangtze (selatan). Budaya yang lahir di dua kawasan ini dikenali sebagai “The
Painted Culture” dan “The Black Pottery Culture”.
 Latarbelakang Perkembangan Tamadun China

a) Zaman Permulaan
Memperlihatkan kemunculan dinasti-dinasti seperti Hsia, Shang dan
Chou. Mengamalkan sistem pemerintahan beraja feudal.Peperangan merupakan ciri
utama pada tahap ini. Kemunculan falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan
The Hundred Schools of Thought. 

b) Zaman Pertengahan/keagungan
Tahap ini bermula dengan Dinasti Chin, Han dan Tang. Tahap ini juga
dikenali sebagai zaman keemasan dalam tamadun China kerana pencapaiannya
dalam pelbagai bidang: sains, kesusasteraan, pentadbiran, agama dan sebagainya.

c) Zaman Peralihan
Zaman ini merujuk kepada kedatangan/pencerobohan orang Gazar ke
atas China. Negara China buat pertama kalinya diperintah oleh orang luar. Abad
ke13,China ditakluk oleh orang Monggol pada masa pemerintahan Dinasti Song.
China kembali berkuasa dengan kemunculan Dinasti Ming- Abad ke-15,China sekali
lagi diperintah oleh orang asing – orang Manchu. 

d) Zaman Moden
Zaman ini memperlihatkan zaman cabaran kepada
China. Bermulanya pengaruh barat meresap ke dalam tamadun China.1839-1842
China telah dikalahkan oleh Barat dalam Perang Candu. Barat memperkenalkan
konsep “ Most Favored Nation” China mengadakan pemulihan negara dengan
melancarkan “Gerakan Menguatkan Diri” (1861-1895) dan “Reformasi Seratus Hari”
(1898) tetapi gagal. 

ISLAM DI CHINA

    Islam merupakan salah satu agama yang popular dianuti oleh orang Cina. Islam dipercayai
telah datang ke China pada abad ke-17.Kini terdapat 17 juta penganut Islam di China dan
mereka terdiri daripada bangsa Hui, Uygur, Khazag, Dongxiang, Khirgiz, Salar, Tajik, Uzbek,
Bao’an dan Tartar.Terdapat lebih daripada 26,000 masjid dengan 4,000 orang imam di China.
 Catatan-catatan tentang Islam di China

 Kehadiran 4 orang pendakwah di China semasa era Dinasti Tang (Maharaja Wu-Ti) iaitu:

1. Su-ha-pai Kan-kon-syih (Saad b. Abd. Qais).


2. Kai-su (Qais bin Hudhafah).
3. Wu-ai-su (Urwah bin Abi Uthman).
4. Wan-ko-ssu (Abu Qais bin Al-Harith).

Kehadiran Sulaiman (yang dihantar oleh Hisyam bin Abdul Malik – khalifah Bani
Umaiyyah) pada tahun 725 masehi mengadap Maharaja Tang Xuan Zong (Dinasti Tang). Pada
tahun 1224, seorang Islam – Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Kewangan Dinasti Yuan.  
Syed Ajall (Umar Shamsuddin) dari Bukhara dilantik sebagai Gabenor Wilayah Yunnan. Syed
Ali Akhbar yang mendiami Peking (Beijing)  sejak abad ke-15 menceritakan tentang kehidupan
orang Islam di seluruh China. 

POLITIK

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara China

Kabinet terdiri daripada empat orang consular dan dua orang pembantu consular.
Semasa Dinasti Qing, separuh terdiri daripada orang Manchuria dan setengah lagi merupakan
orang China. Peranan mereka adalah untuk mempertimbang dan mengumumkan hasrat
kerajaan, mengatur negeri, bekerjasama dengan keseluruhan pentadbiran untuk membantu raja
mengarahkan urusan Negara. Di bawah enam orang consular ini, terdapat pegawai-pegawai
lain dari enam gred berbeza, bilangannya mencapai lebih kurang 200 orang.

Majlis Agung (The General Council) terdiri daripada putera, consular dari kabinet,
pengerusi dan naib pengerusi Lembaga Enam (Six Boards) dan pegawai utama mahkamah dari
ibu kota. Peranan mereka ialah membuat cadangan, keputusan dan mengenal pasti
kepentingan sesuatu perkara tentang tentera dan negara. Majlis ini ditubuhkan supaya raja
dapat mengenali dan mengawal sesiapa yang terlibat dalam jabatan berlainan dalam ibu kota
atau di daerah lain.

Luh-Puh (Six Boards) merupakan sebuah jabatan yang kekal dalam kerajaan dan
mungkin wujud sejak dinasti dahulu. Setiap lembaga mempunyai dua pengarah yang digelar
Shang Shu dan empat naib pengarah, Shi-lang. Kadangkala salah seorang pengarah lembaga
antaranya yang akan mengetuai pengarah-pengarah yang lain.

Keenam-enam lembaga ini ialah:

1. Lembaga Jabatan Sivil

2. Lembaga Hasil

3. Lembaga Istiadat

4. Lembaga Peperangan

5. Lembaga Hukuman

6. Lembaga Kerja Am

(a) Mahkamah untuk kerajaan asing yang merujuk kepada koloni, negeri
tanggungan dan pehubungan dengan luar Negara.

(b) The Censorate berperanan untuk mendedahkan kesilapan dan jenayah dalam
setiap jabatan kerajaan. Setiap lembaga dan pegawai daerah adalah di bawah
kuasa seorang censor khas.Censor sangat berkuasa dan bertanggungjawab
melaporkan hal kepada raja secara terus. Mereka boleh mendakwa pegawai-
pegawai lain dan pada teorinya, mereka juga boleh mengkritik raja. Namun, ini
merupakan satu tindakan yang berbahaya, maka tidak semua censor berani
berbuat demikian.

(c) Mahkamah Perwakilan (The Court of Representation) bertujuan menerima


permohonan dan hadiah dari daerah dan dihantar kepada kabinet.

(d) Mahkamah Kehakiman (The Court of Judicature) bersifat seperti Mahkamah


Supreme masa ini. Ia melaraskan semua mahkamah di empayar ini. Kadangkala
akan bekerjasama dengan Mahkamah Perwakilan dan Censorate dan perlu
membuat laporan kepada raja.

(e) Akademi Empayar (The Imperial Academy) menguruskan hal ehwal dokumen-
dokumen kerajaan, sejarah dan kertas kerja lain.
Pegawai-pegawai dilantik melalui peperiksaan yang berdasarkan buku Confucius. Calon
yang berjaya akan ditawarkan jawatan dan peringkatnya bergantung pada kecemerlangan
peperiksaan. Sistem peperiksaan diuruskan oleh Lembaga Istiadat. Birokrasi ini wujud di semua
wilayah, daerah, kawasan dan kampong. Dijangka kesemua sekali, terdapat lebih daripada 100
000 pegawai sivil dan 80 000 pegawai ketenteraan dalam birokrasi Negara China. Sistem ini
telah diperbaharui dan dimajukan serta dipinda dari semasa ke semasa sehingga kini.

Peningkatan Politik

Pemerintahan dan Pentadbiran

Dalam tamadun China perluasan kuasa telah mengubah pemerintahan berbentuk


sistem feudal kepada pemerintahan telah melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin dari
tahun 221-206 S.M.. Pada masa ini, konsep raja telah bertukar kepada maharaja.
Pemerintahan oleh maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau
birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh maharaja.

Mereka yang dilantik terdiri daripada rakyat dan pelantikan tersebut dibuat oleh sebuah
jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam, iaitu Hon Kao Tsu. Pelantikan pegawai-
pegawai ini diasaskan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam. Sistem ini
diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan oleh dinasti lain. Tokoh penting yang
memainkan peranan dalam hal ini ialah Shi Huang Ti. 

Perundangan 

Dalam tamadun China, sistem perundangannya berteraskan dua prinsip utama, iaitu
hukuman berat dan bercorak kolektif. Teras undang-undang ini adalah daripada falsafah
legalisme. Undang-undang ini telah digubalkan dan diperkenalkan oleh ahli falsafah yang
bernama Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin. Mengikut falsafah tersebut, undang-undang
yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia. Dalam menjalankan undang-
undang tidak harus wujud rasa belas kasihan.

Undang-undang dan penguatkuasaannya harus dipelihara tidak kira dalam apa jua
keadaan. Ini adalah perlu untuk membendung tidakan liar manusia, dan dengan sebab itu raja
mestilah memiliki kuasa yang utuh. Undang-undang yang berasaskan falsafah ini bertentangan
dengan undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman
selapasnya, iaitu Zaman Dinasti Han dari tahun 206 S.M..-8S.M. Ajaran Confucius menekankan
keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga ke harmonian manusia serta masyarakat.

  

Perluasan Kuasa   

Dalam Tamadun China, perluasan kuasa juga telah membawa kepada kelahiran
empayar pada zaman Dinasti Chin, iaitu di bawah pemerintahan Shih Huang Ti yang telah
berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China. Shih Huang Ti memerintah secara
autokratik, iaitu tegas dan mutlak. Beliau juga telah menghapuskan kuasa golongan bangsawan
dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir. Bagi mempertahankan
empayar China daripada serangan orang gasar, beliau telah mengarahkan pembinaan Tembok
Besar China.

    Kejatuhan Dinasti Chin telah diganti dengan kemunculan Dinasti Han. Pada zaman Dinasti
Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti yang juga digelar sebagai Maharaja Tentera telah
berjaya memperluas kawasan takluknya melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat.
Antara kawasan yang berjaya ditaklukinya termasuklah Sinkiang, Lembah Tarim dan Tutor di
utara, Yang Tze, Kwangsi, dan Kwang Tung di selatan. pada zamannya, pengaruh China telah
tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan dan kemakmuran negeri China telah berjaya
diwujudkan.

INSTITUSI POLITIK DAN SISTEM PEMERINTAHAN TAMADUN CHINA

Konfucius mempercayai bahawa fungsi utama sesuatu kerajaan ialah untuk


menghasilkan kebahagiaan dan kesejahteraan antara rakyat sesuatu negeri. Tujuan utama ini
hanya dapat dicapai jika negeri tersebut dikuasai dan diperintah oleh orang-orang yang paling
berupaya dalam negeri tersebut.

Tugas pemerintah sesebuah negeri harus diberikan kepada orang-orang berpendidikan


tanpa mengira keturunan mereka.Tetapi pada zaman Dinasti, raja-raja dan pemerintah-
pemerintah mendapat jawatan mereka secara turun temurun. Manakala seorang menteri
mempunyai hak untuk mengkritik dan menunjuk arah yang betul kepada seorang pemerintah
yang buruk akhlaknya.

Konfusius juga menegaskan kepada perkara menggulingkan seorang pemerintah yang


menyeleweng dalam tanggungjawab dan tingkahlakunya. Antara karya penting karangannya
ialah:
I. Shu Ching
II. Catatan Musim Bunga & Musim Luruh (Spring and Autumn Annals)
III. Buku Tentang Perubahan (Book of Change)

Kepentingan Konsep Ren Dalam Falsafah Politik Konfusius.

Ren atau sifat berperikemanusiaan (humanisme) ditunjukkan melalui perasaan cinta &
kasih sayang terhadap manusia lain.Seorang manusia yang sebenar-benarnya mencintai
manusia lain tentu akan memenuhi dan melaksanakan tugas-tugas moralnya dalam
masyarakat.
Bagi Konfusius, Ren dianggap sebagai satu kebaikan moral yang paling tinggi dan
mengaplikasikan konsep ini kepada bidang politik.Ini penting bagi mewujudkan negara yang
aman damai dan masyarakat yang harmoni.

Seseorang itu cuma mempunyai satu matlamat hidup iaitu memasuki birokrasi kerajaan
melalui kejayaan dalam peperiksaan awam. Sistem peperiksaan awam diadakan sepanjang
zaman dinasti Han & Sung di negeri China. Sistem sedemikian memperkukuhkan lagi taggapan
bahawa seseorang kelas bawahan perlu mengejar mobiliti sosialnya ke kelas atasan melalui
pembelajaran klasik.

Kemudian sistem peperiksaan awam dibubarkan dan sekolah-sekolah baru ditubuhkan


kesemuanya menawarkan pembelajaran barat.Sama ada seseorang itu pemerintah itu
berfahaman liberal, demokrasi, komunisme atau fasisme, perasaan cinta & kasih sayang
kepada rakyat akan menghalang pemerintah tersebut daripada perbuatan kejam, zalim atau
tidak adil terhadap rakyat yang berada di bawah pentadbiran dan kawalannya.

Вам также может понравиться