Вы находитесь на странице: 1из 8

Kombinasi pelaburan ASB dan emas.

Saturday, December 27th, 2008

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Apa khabar?


Saya harap anda semua ceria-ceria belaka.

Nampaknya tahun 2008 akan meninggalkan kita. Tahun 2009 pula akan datang. Selamat datang
tahun 2009!

Bagi saya, semoga tahun 2009 akan memberikan lebih banyak ilmu yang berguna dan
bermanfaat dan boleh dikongsikan di blog ini

Setiap kali tiba hujung tahun, salah satu perkara yang hangat dibincangkan ialah berkenaan
pulangan ASB betul tak? Dekat bahagian sembang-sembang emas nie pun saya tengok ASB nie
ada dibincangkan. Maklumlah… peram duit kat situ dekat setahun… then bila hujung tahun…
tunggu pengumuman berapa dividen ngan bonus…

Untuk posting kali ini, saya ingin berkongsi maklumat dengan anda semua, bagaimana membuat
pelaburan jangka masa panjang menggunakan kombinasi pelaburan ASB dan juga emas.
InsyaAllah, akan menguntungkan anda dalam jangka masa panjang.

Pelaburan ASB + emas.

Memandangkan teknik ini saya sendiri telah mencubanya, maka ada baiknya saya berkongsi
dengan anda semua. Semoga kita semua mendapat manfaatnya. InsyaAllah.

Sejarah dividen & bonus ASB dari tahun 1991-2008.

Setelah setahun menunggu akhirnya diumumkan… dividen ASB bagi tahun 2008 ialah 7 sen
manakala bonus pulak 1.75 sen seunit. Alhamdulillah… tapi bagaimana prestasi pelaburan ASB
tahun-tahun sebelumnya?

Jadual dibawah menunjukkan pulangan ASB daripada tahun 1991-2008. Bagi pelaburan yang
dijamin oleh kerajaan, ASB memang sesuai bagi pelabur yang ingin pulangan yang menarik
dengan risiko yang paling minimum untuk jangka masa panjang.
 
Sejarah pulangan dividen dan bonus ASB 1991-2008

Hukum pelaburan ASB

First sekali, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam telah
memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim
Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus .

Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2008&dt=0203&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm

Jadi ia sedikit sebanyak melegakan hati pelabur yang risau status pelaburan ASB ini.

Kelebihan ASB

Saya mendapati ASB mempunyai banyak kelebihan. Antaranya ialah:

1. Termasuk di dalam pelaburan kategori selamat


2. Pelaburan dijamin kerajaan
3. Rate pulangan yang tinggi berbanding fixed deposit
4. Bank sanggup memberikan pinjaman ASB sehingga maksima RM200,000 
5. Ada bank yang menawarkan skim pinjaman ASB secara Islamik
6. Pinjaman ASB boleh disertakan perlindungan insurans (macam MRTA),
    jadi kalau sesuatu tragedi terjadi, maka loan tersebut tidak perlu dibayar
    dan menjadi milik kita sepenuhnya.
Teknik memaksimakan keuntungan ASB.

Secara ringkasnya, untuk mendapat simpanan ASB yang maksimum anda perlu:

1. Buat personal loan dalam lingkungan RM30,000


    (sebagai leverage untuk membayar ABS loan selama setahun)
2. Buat ASB loan RM200,000 kat Maybank Islamic
3. Balance personal loan dilaburkan di dalam Public Bank GIA untuk 
    menjana keuntungan tambahan.

Kalau penerangan dalam bentuk grafik, ini gambar nyer


.

Membuat pelaburan ASB secara pinjaman.

Berdasarkan pengiraan saya, mengambil pinjaman untuk pelaburan ASB adalah baik.

Ini kerana ia adalah pinjaman yang mengkayakan peminjam.

Memang ada faktor risiko, tetapi memandangkan faktor pulangan tahun sebelum-sebelumnya,
adalah berbaloi untuk mengambil risiko ini. Ini kerana risikonya adalah rendah.

ASB Loan dari Maybank Islamic

Maybank Islamic ada menawarkan pinjaman ASB. Cuba tengok gambar kat bawah.

Kalau anda buat pinjaman maksimum RM200,000 selama 20 tahun maka bayaran bulanan ialah
RM1406.00 sebulan.

Dalam setahun anda kena bayar RM16,872.00


Pinjaman ASB Maybank Islamic (klik untuk besarkan)

Strategi.

Selepas setahun, ASB akan memberikan dividen dan bonus. Jadi dividen dan bonus tu boleh
rolling untuk bayar loan daripada tahun ke-2 dan seterusnya… sehingga 20 tahun.

Andaian yang dibuat ialah pulangan ASB adalah di sekitar 9.00 peratus setahun.

Soalan: Saya tak ada duit RM16 872.00. Kat mana nak cekau?

Jawapan: Guna personal loan

Saya sendiri pun asalnya takder modal RM16 872.00. Jadi saya buat personal loan RM30,000
dengan Bank Rakyat.

Tempoh 10 tahun. Kena bayar RM394.00 sebulan.

Lepas tolak kos pinjaman, saya terima bersih around RM28,000. Daripada jumlah tu saya dah
reserved duit bayaran setahun ASB dalam akaun.

Dengan kata lain, saya tak perlu membayar RM1406.00 sebulan untuk ASB loan, tetapi hanya
membayar RM394.00 sebulan untuk personal loan.

Jadi, personal loan menjadi leverage untuk mendapatkan keuntungan lebih besar di dalam ASB
loan RM200,000.00
Baki personal loan tu invest kat Public bank GIA.

Bakinya RM10,000 ++ tu saya cadangkan anda simpan kat Public Bank GIA. Kalau anda main
strategi beli waktu murah, jual waktu tinggi, insyaAllah keuntungan melebihi 10%.

Untuk maklumat lanjut tentang strategi tersebut, refer kat posting nie.
http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/tips-memaksimakan-keuntungan-pelaburan-emas-
gia-anda/

Bukti pelaburan saya sendiri:

Pulangan tahun 2006.

Pada tahun 2006 saya try buat loan ASB sebanyak RM100,000.
Tiap-tiap bulan kena bayar RM630.00 selama 20 tahun.

Dividen dan bonus 2006 dapat RM7501.82 memang boleh cover bayar loan tahun depan.. kena
topup RM58.18 aje.

Statement ASB tahun 2006 (RM100,000)

Pulangan tahun 2007

Lepas tu.. pada tahun 2007 saya tambah lagi ASB loan menjadi RM200,000.
Installment bulanan pulak RM1362.00 sebulan untuk tempoh 20 tahun.

Selepas setahun, pulangan ASB pada tahun 2007 ialah RM15,135.96


Jadi untuk tahun 2008, saya cuma kena topup lagi RM1208.04 (bersamaan RM100.67 sebulan).

Statement ASB tahun 2007 (RM200,000)

Dengan melabur baki personal loan ke dalam emas, saya boleh generate keuntungan RM1208.04
nie.

Dengan mengulang-ulang proses ini selama 20 tahun, maka ASB loan RM200,000 itu akan
menjadi milik anda sepenuhnya

hehehehe…. best tak?

Pulangan tahun 2008
Setelah mengemaskini akaun ASB, saya dapati dividen dan bonus tahun 2008 ialah
RM15,527.33

Erm.. memang best..

Loan nak bayar tahun nie ialah RM16,344.00


Jadi saya kena top-up lagi RM816.67 bersamaan RM68.05 sebulan untuk cover ASB loan nie
sepanjang tahun 2009.

Ok, that’s a very good investment.

Kebaikan:

1. Berdasarkan jadual pulangan ASB diatas, didapati pulangan ASB mampu cover
    sebahagian besar duit loan ASB anda.
2. Dengan menggunakan strategi ASB + pelaburan emas, anda boleh menjana 
    keuntungan tambahan untuk cover sebahagian lagi installment loan tersebut.
3. Duit ASB nie boleh guna untuk cover pendidikan anak-anak, atau
    bayar hutang rumah sekali gus setelah 20 tahun
4. Dengan menggunakan strategi personal loan sebagai leverage,
    anda boleh memiliki pelaburan ASB semaksimum RM200,000
5. Kemudahan pinjaman ASB Islamik dan personal loan berkonsep Islam
    memudahkan orang Islam membuat pelaburan ini.
6. Pinjaman ASB nie baik untuk memenuhi matlamat kewangan jangka panjang
    contohnya untuk pendidikan anak-anak, melangsaikan hutang rumah
    sekali gus.
7. Dengan perlindungan insurans, amount yang dipinjam tidak perlu dibayar sekiranya
    terjadi apa-apa kejadian yang tidak diingini kepada peminjam contohnya
    kematian dan kecacatan kekal

Keburukan:

1. Membuat pinjaman untuk pelaburan adalah sesuatu yang berisiko.


    Tidak semua orang sesuai untuk mengambil risiko pinjaman untuk pelaburan
2. Prestasi ASB boleh berubah-ubah. Mungkin ada risiko pulangan rendah
3. Pinjaman ASB akan ditukar dalam bentuk sijil dan disimpan oleh pihak bank
4. Jika gagal membayar installment, maka bank akan menjual sijil ASB

Jika anda ada sebarang komen, letakkan di bahagian komen. Jika ingin membincangkan perkara
ini secara lanjut, sila buka topik di forum jutawanemas.com. Saya akan membantu menjawab
persoalan anda.

Sama-samalah kita menjana kekayaan

Disclaimer: Posting ini bukanlah merupakan nasihat pelaburan. Cuma ikhlas nak berkongsi
maklumat semata-mata. Anda dinasihatkan membuat pengiraan dengan teliti sebelum
mengambil keputusan untuk mengambil loan ABS. Pendapatan ASB pada masa lepas tidak
menjamin pendapatan pada masa hadapan.

Вам также может понравиться