Вы находитесь на странице: 1из 1

Langkah-langkah menangani masalah pengganas

Negara kuasa barat seperti Amerika syarikat dan Britain sering menindas negara miskin
ataupun negara yang mempunyai jumlah minyak yang banyak. Hal ini menyebabkan masyarakat
yang tidak berpuas hati dan seterusnya terjebak dalam kegiatan pengganas.

Bagi menyelesaikan masalah-masalah ini, pelbagai langkah haruslah dilaksanakan. Contohnya,


setiap penceroboh terhadap sesebuah negara seperti Iraq perlu memperoleh kelulusan. Kawalan
yang lebih ketat terhadap pelancong asing diperlukan bagi mengelakkan kemasukan pengganas.
Pengganas janganlah dikaitkan dengan agama kerana perbuatan pengganas tiada sebarang kaitan
dengan agama yang dianuti oleh mereka. Kerajaan haruslah memberi pemahaman yang jelas
kepada masyarakat tentang pengganas sama ada istilah pengganas direka oleh kuasa besar atau
sememangnya wujud. Selain itu, konsep jihad perlu diperbetul. Kita seharusnya jihad kepada
ilmu, ekonomi dan keamanan, bukannya perbuatan membunuh orang lain untuk membalas dendam.
Secara ringkas, masalah pengganas boleh diatasi dengan membendung ajaran sesat tanpa
mengira agama.

Bukan itu sahaja, penguatkuasaan undang-undang penting untuk mengatasi keganasan. Pihak
polis dan tentera haruslah bertindak dengan cepat sebaik sahaja menerima laporan tentang kes-
kes keganasan, terutamanya tentang kes keganasan yang merebak tanpa kawalan. Oleh itu,
setiap negara perlulah menggubal undang-undang khas untuk membolehkan tindakan segera
diambil terhadap pengganas. Sebagai contoh, Malaysia mempunyai Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan segera terhadap mana-mana
pihak yang mengancam keselamatan negara. Dengan cara inilah, keselamatan dan keamanan
negara dapat dikekalkan.

Sikap bertolak ansur turut diperlukan dalam usaha menangani masalah pengganas. Pihak
pembangkang dan rakyat sesebuah negara haruslah bertolak ansur dalam mengatasi masalah ini.
Perbuatan mengadakan tunjuk perasaan, merusuh atau melakukan keganasan untuk mencapai
sesuatu tujuan tidak akan dapat mendatangkan kebaikan kepada mana-mana pihak. Perbuatan
seperti ini hanya akan mengucar-kacirkan negara dan merentuhkan sistem politik dan ekonomi
negara.

Di samping itu, kerjasama antarabangsa juga penting untuk mengatasi masalah keganasan.
Semua negara perlu bekerjasama untuk membanteras keganasan yang ada rangkaian
antarabangsa. Jabatan perisik negara-negara perlu bertukar-tukar maklumat tentang kegiatan
keganasan yang diperoleh. Negara-negara yang terlibat harus menggiatkan latihan bersama
antara pihak polis dan pihak tentera. Negara di dunia juga menyekat aliran wang kumpulan
pengganas.

Kesimpulannya, semua negara perlu bersikap proaktif dalam menangani kewujudan puak
pelampau yang sanggup berbuat apa sahaja untuk memastikan matlamat mereka menjadi
kenyataan.

Вам также может понравиться