Вы находитесь на странице: 1из 3

Sijil Kemahiran Ukur Tanah

Profesyen jurukur merupakan salah satu bidang professional yang diiktiraf di dunia. Di
Malaysia, kursus di peringkat ijazah dan diploma ditawarkan di Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta politeknik yang terpilih. Kursus yang
ditawarkan ini merupakan satu medium untuk memahirkan pelajar melalui teori dan praktikal
mengenai bidang ukur. Namun, tidak semua orang mampu untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi yang mungkin disebabkan faktor kemiskinan dan tidak layak untuk
memohon.Faktor ini mencetuskan idea kepada pihak yang bertanggungjawab untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan dalam bidang ukur disamping membantu rakyat menjana
pendapatan melalui pendididikan .

Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Kolej Komuniti akan menawarkan kursus


kemahiran ukur tanah bagi pelajar yang tercicir dalam pelajaran serta pelajar lepasan PMR dan
SPM. Kursus yang belum pernah ditawarkan oleh mana-mana kolej atau institute kemahiran ini
merupakan satu langkah proaktif dan efektif bagi melahirkan pekerja yang berpengatahuan dan
berkemahiran dalam bidang ukur tanah . Siknifikan kepada kursus yang ditawarkan ini, ia
mampu untuk mengelakkan pengangguran dikalangan pelajar lepasan sekolah terutamanya
golongan lelaki , serta menyediakan pekerja ukur tanah yang berkemahiran dalam
mengendalikan kerja-kerja pengukuran.

Mengikut Peraturan Jurukur Tanah Berlesen 1959 , seksyen 101 , Kod Etika Profesional ,
setiap Jurukur Tanah Berlesen perlu menjaga nama baik profesion sebagai JTB. Pengenalan
kepada sijil kemahiran ini dapat memastikan pekerja dibawah selian jurukur berlesen akan
menjalankan kerja berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh JUPEM dan Pekeliling Ukur yang
dikeluarkan serta berdasarkan ilmu yang diperolehi semasa mengikuti kursus kemahiran tersebut.

Menurut En. Zulkarnaini bin Mat Amin pensyarah kanan di Jabatan Kejuruteraan
Geomatik ,UTM Skudai , program latihan kemahiran ini berdasarkan kepada proses kerja
sebenar dimana peserta akan didedahkan dengan teori asas ukur tanah , pengunaan peralatan
ukur seperti teodolit dan total station , serta amali di lapangan .Beliau yang merupakan salah
seorang pensyarah yang terlibat dalam menghasilkan modul kursus yang ditawarkan
menerangkan bahawa kursus bagi sijil kemahiran ini merupakan program perintis dalam
menyahut seruan kerajaan dalam rancangan Malaysia ke-9 iaitu menjana rakyat berpendapatan
tinggi. Pengenalan kepada kursus ini membolehkan jurukur tanah menyumbang sama dalam
meningkatkan pendapatan rakyat yang berpendidikan sederhana dengan memberi peluang
pekerjaan kepada mereka yang mengikuti kursus ini. Disamping menjana pendapatan melalui
projek yang diperolehi, syarikat jurukur berlesen terutamanya dapat memberi peluang pekerjaan
kepada mereka yang mempunyai minat dalam bidang kemahiran.

Syarat Kemasukan:

i. Warganegara Malaysia.
ii. Terbuka kepada calon yang mempunyai minima UPSR ,atau kelulusan PMR /SPM
iii. Tempoh pengajian adalah TIGA (3) bulan sehingga ENAM (6) bulan bagi setiap
modular.

Bayaran Yuran Pengajian:

Yuran pengajian adalah percuma.

Pemberian Elaun:

Elaun sebanyak RM 250.00 sebulan akan diberikan kepada mereka yang layak.

Menariknya program ini:

i. Latihan berasaskan pada proses kerja bertujuan untuk memasuki pasaran kerja dalam
bidang berkaitan.
ii. Diiktiraf oleh badan-badan profesional dan agensi-agensi kerajaan.
iii. Berpeluang untuk mendapatkan pelbagai kemahiran melalui modul-modul yang
ditawarkan.
iv. Penilaian dilaksanakan bersama badan profesional dan agensi kerajaan.
v. Berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi kepada mereka
yang layak.
vi. Program pembelajaran fleksibel yang sesuai untuk individu yang ingin mendapatkan
kemahiran.

Вам также может понравиться