Вы находитесь на странице: 1из 8

FALSAFAH DAN LOGIKAL

MELAYU ( JXEA 1104 )

TOKOH FALSAFAH : AL-GHAZALI

NAMA :MOHD MUSLIM BIN DAUD

NO.MATRIK : JEA 080047

NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN


MUHAMMAD

TUTORIAL : SITI HADIJAH ABD RAHMAN

SESI : 2008/2009

SEMESTER : 1

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU ( APM )


UNIVERSITI MALAYA.
Tokoh falsafah yang saya pilih ialah Al-Ghazali, iaitu tokoh falsafah islam yang

sangat terkenal dalam tamadun islam. Nama lengkap beliau ialah Abu Hamid

Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali At-Tusi Khurrasan

pada tahun 450 H. Beliau mendapat pendidikan awal di kampungnya dalam bidang Fiqh

dan kemudian meneruskan kembara ilmu ke Jurjan. Al-Ghazali pernah berguru dengan

beberapa orang ulamak terkenal pada zamannya contohnya imam Al- Juwaini di Naisabur

dan Nizam Al- Muluk di Muaskar serta ramai lagi tokoh lain. Al-Ghazali sangat terkenal

dan mendapat gelaran “ hujjatul islam”. Beliau merupakan ilmuan ulung yang sangat

berjasa terhadap perkembangan dunia keilmuwan islam. Al-Ghazali banyak memberi

sumbangan kapada dunia islam. Antara sumbangannya dalam bidang fizik, matematik

dan sebagainya. Antara karya beliau seperti mizanul- amal, Al-munkaz, minal halal,

minhajul-abidin dan sebagainya. Beliau meninggal dunia pada tahun 505 H bersamaan

1111 Masihi di Tus. Al-Ghazali adalah perintis falsafah islam. Falsafahnya banyak

meninggalkan pengaruh kepada intelek islam seperti Ar-Rumi, Ibn Rusyd, Syah

Waliullah dan ramai lagi. Antara asas falsafah Al-Ghazali, menurutnya falsafah boleh di

katogorikan kepada enem aspek, iaitu fizik, metafizik, matematik, (ke tuhanan) politik,

etika(akhlak) dan logikal. Menurutnya islam tidak melarang mempelajari ilmu seperti

falsafah Greek asalkan tidak bertentangan dengan islam sebagaimana dibahaskan di

dalam karyanya yang berjudul ‘Tuhaful al-falasifah” yang menyentuh mengenai fizik dan

metafizik ada mengatakan alam ini terurus dengan sendiri tanpa kawalan. Beliau

bersetuju dengan sumbangan teori falsafah Aristotles dan Plato terhadap nilai keilmuan

islam.

1
Beliau tidak menerima sepenuhnya kerana terdapat sejuzuk dari bidang falsafah yang

bertentangan dengan akidah islam. Hasil tulisan beliau telah mencantumkan falsafah,

ilmu kalam, ilmu syariah dan ilmu tasawuf. Hasil sintesis tersebut terbina ilmu islam

yang bersepadu iaitu hatinya ialah tasawuf, kepalanya ialah kalam atau usul dan

pembawanya ialah akal yang rasional dan anggota-anggota badannya ialah syariah yang

menjalankan kerja. Antara karya beliau yang terpenting ialah ihya ulumuddin atau

kebangkitan ilmu agama. Falsafah pencapaian kebahagiaan mengikut al-Ghazali,

apabila ilmu disertakan dengan amal perbuatan. Beliau menekankan ilmu disertakan

dengan amal kerana sunnah nabi Muhammad menggesa umatnya yang berilmu supaya

diikuti dengan amal perbuatan. Ilmu seseorang itu lebih sempurna, sekiranya ilmu

disertakan dengan perbuatan yang mengikutinya. Ilmu yang benar disertakan dengan

amal akan memperoleh pahala yang berlipat ganda. Terdapat perbezaan antara orang

yang berilmu tetapi tidak mengamalkannya antara orang yang berilmu tetapi

mengamalkan ilmu dengan amalan. Ilmu haruslah ada praktikal supaya ilmu mudah

diingati. Ilmu tanpa amal ibarat pokok yang tidak berbuah. Al-Ghazali mentakrifkan

kebahagiaan dalam perbincanagn falsafahnya sebagai kegembiraan suci murni tanpa

sebarang noda atau kecacatan. Erti kebahagiaan atau sa’adah sangat penting bagi

seseorang yang hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Nikmat kebahagiaan sangat besar

ertinya bagi orang yang telah mengalami kesengsaraan hidup. Seseorang itu lebih

menghargai kebahagiaan jika nikmat tersebut telah ditarik balik oleh Allah yang Esa.

Kebahagiaan berada dimana-mana sahaja dan boleh dikecapi oleh setiap insan.

2
Al-Ghazali seperti Aristotles mengenalpasti kebahagiaan sebagai kebaikan utama

bagi manusia tetapi ada perbezaan dengan Aristotles. Beliau membahagikan kebahagiaan

kepada dua iaitu kebahagiaan di akhirat dan di dunia. Mengikut al-Ghazali kebahagiaan

di akhirat lebih sempurna, muktamad, hakiki dan kebahagiaan dunia hanyalah berkiasan,

berperantaraan, tidak terus hakiki kerana dihalang oleh tubuh jasmani. Kebahagiaan

yang dikecapi di dunia tidak kekal selamanya kerana sifat dunia yang fana. Kebahagiaan

yang mutlak ialah anggota rohaniah iaitu akal dan nafsu terbimbing dan hati yang

merupakan hakikat dari insan sebenar yang akan terus wujud kekal apabila tubuh jasmani

itu hancur lebur sesudah maut. Walaubagaimanapan, kebahagiaan hakiki di akhirat harus

disokong dan dibantu oleh aset daripada kehidupan di dunia ini. Antara aset pertama di

dunia yang membantu untuk mencapai kebahagiaan di akhirat, iaitu empat prinsip akhlak

mulia seperti hikmah, keberanian, kemurahan hati, dan keadilan. Aset yang kedua ialah

sifat fizikal, iaitu anggota, kesihatan, kekuatan tubuh badan dan bentuk wajah serta umur

yang panjang. Aset yang seterusnya ialah kelebihan harta benda, kekeluargaan,

keturunan dan pangkat. Aset yang terakhir ialah dari segi hidayah daripada tuhan dan

bantuan illahi. Asas-asas falsafah al-Ghazali berdasarkan ilmu yang dipelajarinya dan

menentang bidang falsafah yang bertentangan dengan akidah islam. Kitab “al- munqidz

Min ad- Dhalal” al-Ghazali menyatakan bahawa filosof yang menganuti pelbagai mazhab

dan membawa pemikiran yang terkandung kekufuran dapat dibahagikan kepada tiga

golongan. Golongan pertama adalah ad- Dahriyyah (Aties), golongan kedua pula al-

Tobiyyah(Naturalis) dan golongan ketiga al- Ilahiyyah(Theis).

3
Golongan ad-Dahriyyah mengingkari adanya tuhan dan menyatakan bahawa alam

ini ada dengan sendiri tanpa kesudahan lingkarannya. Golongan ad- Tobiiyyah

memusatkan perbahasan pada alam fizika terutama haiwan dan tumbuhan. Keajaiban

yang mereka temui menyebabkan mereka mengakui adanya pencipta alam yang

bijaksana. Golongan ini mengingkari adanya hari akhirat, syurga dan neraka kerana pada

pendapat mereka setiap jiwa tidak kekal dan tidak kembali lagi. Golongan ketiga yang

bertentangan dengan akidah islam ialah al- Ilahiyyah. Golongan ini muncul dari dua

golongan seperti Sokrates, Plato dan Aristotles. Hal ini menyebabkan Aristotles telah

menyanggah pemikiran para filosof sebelumnya tetapi beliau sendiri terlibat dan tidak

dapat membebaskan daripada kekufuran. Terdapat ahli filosof yang membincangkan

tentang ke-Tuhanan dan boleh diterima oleh al-Ghazali kerana tidak bercanggah dengan

islam. Contohnya ilmu matematik tidak dapat diingkari kebenarannya. Bagi al- Ghazali

pendapat para filosof yang bercanggah wajib ditolak. Al- Ghazali telah menulis karya

“Tuhafuf al- Filasifah” yang mengemukakan 20 masalah yang tidak sesuai dengan islam.

Al- Ghazali menyatakan dalam perbahasannya meletakkan tiga aspek pertentangan

filosof dalam islam, iaitu filosof beranggapan alam ini kekal, Tuhan tidak mengetahui

perkara yang kecil di bumi dan mengingkari kebangkitan jasad pada hari akhirat. Hal ini

sangat bertentangan dengan ajaran islam. Para ilmuwan sezaman dan selepas zamannya

sangat tertarik dengan daya pemikiran falsafah beliau untuk rujukan umat islam. Belau

adalah pengkritik kepada para filosof lain dan sekali gus digelar sebagai ahli falsafah

islam yang terkenal. Muncul pula para filosof lain seperti Ibn Rusyd menentang

pemikiran falsafahnya.

4
Perbezaan pendapat sedemikian adalah hasil perkembanga falsafah al-Ghazali dan sudah

menjadi amalan para filosof zaman dahulu saling mengeluarkan idea.

Konklusinya al-Ghazali merupakan tokoh falsafah yang sangat aktif dan karya-

karyanya mencerminkan pandangan islam terhadap aspek falsafah yang berlandaskan

akidah islam. Al-Ghazali menekankan kemungkinan timbul keburukan dan kejahatan

akibat daripada keterlaluan dalam serba bentuk keseronokan jasmani dan kebendaan.

Beliau merupakan penulis yang produktif dalam menonjolkan karya-karyanya yang

menjadi rujukan filosof barat dan para ilmuwan selepasnya. Hasil penulisannya sangat

banyak berjumlah 72 dan ada yang tidak dapat dikenal pasti kesahihannya. Kitab beliau

yang terkenal ialah “hujjatul islam” yang terkandung pemikiran islam. Beliau sangat

bijak berhujah dan dapat menyangkal pendapat para ilmuwan yang lain berasaskan

kebenaran dalam ajaran islam. Antara bidang ilmu yang dikarang oleh beliau seperti al-

Quran, ilmu kalam, usul fiqh, fiqh, tasawuf, mantik, falsafah, kebatinan dan sebagainya.

Hasil karya beliau yang menjadi rujukan ialah “Tuhaful al-falasifah” yang banyak

membongkar pemikiran dan pendirian beliau. Karya beliau ini merupakan jawapan

segala keraguan yang diutarakan oleh ahli filosof lain tentang akidah islam. Hal ini

menjadi bukti bahawa ilmuwan islam mempunyai kehebatan tersendiri yang dapat

mempengaruhi para filosof yang lain. Al-Ghazali mempunyai banyak pengalaman dan

ilmunya sentiasa meningkat disebabkan sikapnya yang sentiasa menuntut ilmu. Beliau

berusaha mencari hakikat dan kebenaran yang sering mendorong dirinya menjadi

pengkaji yang bukan hanya mendalami ilmu tetapi mengamalkan ilmu dengan sifat

merendah diri sebagai muslim sejati.

5
Ketokohan al-Ghazali sangat dikagumi oleh para ilmuwan pada masa dahulu dan masa

kini kerana dapat menyelamatkan kesucian akidah islam.


6
BIBLIOGRAFI
Awang Sariyan.2008.Falsafah dan Logikal
Melayu.Selangor:Synergate sdn bhd.

Hashim bin Haji Musa,Ph.D.Falsafah, Logik, Teori Nilai dan Etika Melayu
Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya:Kuala Lumpur.

Http://www.google.com/Imam Al-ghazali

Dipetik daripada wikipedia; http://m.s wikipedia.org/wiki/ tokoh falsafah

Вам также может понравиться