Вы находитесь на странице: 1из 13

Zatie Nur Zuraini

Nur Farhana
Nor Fahimah
Nurulaini
Roshidayu
PENGENALAN
•Kompang merupakan artifak melayu
yang amat tinggi nilai estetikanya
•Kompang merupakan sejenis alat
muzik yang dimainkan oleh
masyarakat melayu.
•Kompang adalah sejenis alat muzik
paluan yang serumpun dengan
gendang. Ianya dimainkan bersama
dalam beberapa alatan lain dalam
persembahan tarian dan nyanyian.
SEJARAH KOMPANG
•Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan
dipercayai dibawa masuk ke Tanah
Melayu sama ada ketika zaman
Kesultanan Melaka oleh pedagang India
Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-
13 oleh pedagang Arab.
FUNGSI KOMPANG
•Kompang dimainkan mengikut iramanya sendiri ketika
mengarak pengantin, atau pembesar negara atau disatu
majlis rasmi. Kompang juga masyur di kalangan
masyarakat islam di Sabah dan dikalangan suku Bajau
•Selain dari Marhaban, peranan Kompang dalam
kehidupan masyarakat masa kini telah menjadi begitu
penting khususnya untuk meraikan majlis perkahwinan
ataupun menyambut tetamu dan juga pembesar-
pembesar negara.
• Kini permainan Kompang telah mula diajar di sekolah-
sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi dan institusi
Kerajaan. Dalam konteks persembahan, sesebuah
kumpulan Kompang terdiri daripada tiga kumpulan
mengikut peranannya.
NEGERI-NEGERI YANG
TERKENAL DENGAN KOMPANG :

•PAHANG
•KELANTAN
•JOHOR
•KEDAH
•TERENGGANU
•PERAK
CARA BERMAIN KOMPANG
•Alat ini dimainkan dengan memukul dan
mengetuk kulit dengan tangan atau jari.
• Permainan Kompang lazimnya dimainkan
secara berkumpulan dalam keadaan 'bersila',
'berdiri', ataupun 'berarak' mengikut
keperluannya. Dalam teknik penghasilan
bunyi, pemain akan menggunakan sebelah
tangan untuk memegangnya dan
menggunakan sebelah tangan lagi untuk
memukulnya.
SAMBUNGAN…
•Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan
membezakan cara bukaan tapak tangan.
• Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan
di sisi kompang dan tapak tangan
dikuncup/rapat.
•Bunyi 'cak' di perolehi dengan tepukan di
tengah kompang dengan jari tangan yang
terbuka.
CIRI-CIRI KOMPANG
•Mempunyai baluh 'berbingkai' yang diperbuat daripada
kayu jenis keras.
• Lazimnya dari spesis Nangka dan nama saintifiknya
Artocarpus heterophyllus.
•Belulang daripada kulit kambing digunakan sebagai
bahan bunyi yang dipasang pada permukaan baluhnya
dengan menggunakan bahan pelekat kemudian ditindih
dengan paku supaya ketegangannya lebih terjamin.
•Kompang juga memerlukan rotan sedak sebagai alat tala
untuk menghasilkan suara yang baik.
SAMBUNGAN…
•Kompang biasanya berukuran enam belas inci
ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada
sebelah permukaan.
•Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan
dengan memegang dengan sebelah tangan
sementara dipalu dengan sebelah tangan yang
lain.
IRAMA KOMPANG
•Amalan berzikir yang dapat kita kategorikan di bawah konsep seni muzik
keimanan juga didapati berkembang di kalangan masyarakat tempatan di
daerah Pekan, Pahang. Ianya dikenali sebagai zikir Pahang.
• Dalam amalan zikir tersebut, rebana digunakan sebagai alat pengiring.
Rebana ini berukuran besar pada permukaannya dan baluhnya pula
diperbuat daripada jenis kayu yang keras seperti merbau ataupun nangka.
•Belulang daripada kulit kambing digunakan sebagai bahan bunyi iaitu the
sounding body. Alat ini dikenali dengan nama kompaunnya sebagai
Rebana Zikir Pahang.
•Dalam ensemble Mak Yong Laut yang berkembang di Perlis, Rebana
disertakan secara berpasangan iaitu sebagai Ibu dan Anak, disamping
sebuah rebana besar untuk memainkan pola-pola paluan sebagai
penyokong irama. Ensemble lengkap dalam Mak Yong Laut terdiri daripada
:

(i) Sepasang Rebana - ibu dan anak.


(ii) Sebuah Rebana Besar.
(iii) Sebuah Biola sebagai alat melodi, ensemble asal menggunakan Rebab tiga tali.
(iv) Sepasang Tetawak - ibu dan anak
(v) Dua pasang Cerek Buluh
KESIMPULAN
•Masyarakat Melayu amat terkenal dengan
kesenian kompang.
•Kompang merupakan hasil seni masyarakat
Melayu yang tinggi nilai estetikanya.
•Masyarakat Melayu amat sinonim dengan
permainan kompang ini.
•Permainan kompang melambangkan identiti
sesuatu bangsa yang mempunyai nilai
kesenian tersendiri.
LAMPIRAN
KOMPANG

BINGKAI
KOMPANG

Вам также может понравиться