Вы находитесь на странице: 1из 4

Kejuruteraan Kimia ( Jurutera Kimia )

Jurutera Kimia menjalankan penyelidikan dan penyeliaan operasi loji-loji kimia dan kelengkapan
untuk perlarutan, penurasan, kesejatan, kekontangan, penurunan, kepekatan, kombinasi,
penghabluran dan lain-lain operasi untuk membuat kimia berat atau kimia halus mengikut
spesifikasi. Mengkaji proses-proses yang sedia ada atau alat kelengkapan yang digunakan,
kecekapan dan tahap pengeluarannya. Menjalankan kajian mengenai prinsip-prinsip kimia, fizik,
dan kaji dayagerak haba untuk mencipta proses-proses baru. Memperbaiki rekabentuk alat
kelengkapan bagi meningkatkan kecekapan pengeluaran. Menyelia pemasangan alat
kelengkapan untuk pengeluaran berasaskan skel yang besar bagi tujuan komersial. Mengkaji
sifat-sifat kimia yang berbagai atau barang-barang kimia seperti asid, rayon, pencelup-pencelup
yang dicipta di makmal dan mencipta proses-proses dan alat kelengkapan untuk membuatnya.
Menyelia dan meyelaras aktiviti-aktiviti pekerja yang menjalankan mesin-mesin pencanai,
penyembur, pencelup, reaktor dan lain-lain alat kelengkapan untuk mempastikan bahan-bahan
mentah diperlukan dengan cekap melalui proses-proses kimia, mekanik dan proses-proses lain.

Keterangan Tugas

# Menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat serta membangunkan reka bentuk proses dan
peralatan kimia secara komersil untuk menapis minyak mentah, cecair atau gas yang lain;

 # Mengeluarkan bahan dan benda seperti bahan terbitan petroleum, letupan, produk makanan,
minuman, ubat atau bahan sintetik;

 # Menentukan aspek yang berkaitan dengan pembinaan loji perkilangan kimia;

 # Menentukan kaedah, bahan dan piawaian kualiti pengeluaran serta memastikannya selaras
dengan spesifikasi;

 # Menyediakan piawaian kawalan dan prosedur kawalan bagi memastikan keselamatan,


perlindungan alam sekitar dan kecekapan dalam operasi dan proses pembuatan;

 # Mengesan dan membaiki kerosakan;

 # Mengatur dan memberi nasihat berhubung dengan penyelenggaraan dan pembaikan peralatan
yang sedia ada;

 # Mengkaji dan memberi nasihat berkenaan aspek teknologi bahan, produk serta proses-proses
berkaitan;

 # Mengekalkan hubungan teknik dan perundingan dengan pakar lain yang berkaitan;
 # Menyediakan laporan analisis dan lain-lain tugas yang berkaitan.

Pekerjaan Yang Dikelas Di Bidang Ini Antaranya:

  -Jurutera Kimia Petroleum Dan Gas

 - Jentera Kimia Cat Dan Varnis

 - Jurutera Kimia Baja

 - Jurutera Kimia Produk Farmaseutikal

 - Jurutera Kimia Makanan

 - Ahli Teknologi Plastik

 - Ahli Teknologi Getah, Dll

Ciri-Ciri Peribadi

  -Kebolehan akademik

 - Berkecenderungan dan berminat dalam bidang sains dan kaedah saintifik

 - Berfikir secara lojik, tepat dalam kerja dan membuat keputusan

 - Berminat membuat uji kaji di makmal

 - Pendekatan yang berimaginasi dan boleh menyelesaikan masalah

 - Kemahiran berkomunikasi dan menjalinkan hubungan perseorangan yang baik

 - Kebolehan bekerja berpasukan

 - Minda yang kreatif dan analitik

 - Kemampuan dalam perincian, Dll.


 

Kelulusan

-Ijazah Kejuruteraan Kimia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Sektor Awam :

Gaji Permulaan

RM 1591.70

ETP

RM 165.00

EKA

RM 170.00

Sektor Swasta :

Gaji Permulaan

RM 2500.00 - RM 8000.00

Disektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kimia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan , Jabatan Alam Sekitar serta jabatan -jabatan lain yang
berkaitan..

 Disektor awam mereka juga boleh meningkat ke gred tingkatan tertinggi hingga ke Jawatan
Pengarah, Pengurus dan Pengurus Besar. Bagi yang berminat untuk menjadi Pensyarah di
Universiti-Universiti atau lain-lain institusi pengajian tinggi mereka perlu mendapat kelulusan
tambahan seperti Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran dalam bidang berkaitan.

 Disektor swasta peluang pekerjaan dan prospek kerjaya untuk jawatan ini adalah baik. Terdapat
di syarikat minyak, kimia, perlombongan, seramik, elektronik dan gentian. Mereka boleh
meningkat kejawatan yang lebih tinggi seperti Pengurus Bahagian Kejuruteraan Kimia dan
Pengeluaran, Ketua Bahagian Kejuruteraan dan juga Pengurus Besar. Mereka juga boleh
mendirikan perniagaan sendiri atau menjadi juruperunding kepada agensi atau lain-lain badan
berkanun.
 

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam Yang Menyediakan Kursus Tersebut


Diantaranya :-

1. Universiti Malaya

2. Universiti Kebangsaan Malaysia

3. Universiti Sains Malaysia

4. Universiti Teknologi Malaysia

5. Universiti Putra Malaysia

Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Swasta Yang Menyediakan Kursus Tersebut


Antaranya :-

1. Universiti Tenaga Nasional

2. Universiti Teknologi Petronas

3. Inti College Malaysia

4. Kolej Linton

5. L & G Twintech Institute Of Technology

Syarat-Syarat Kemasukan

SPM atau setaraf sekurang-kurang 5 kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Matematik, Fizik dan Matematik Tambahan atau lulus STPM grad E dalam Kertas Am,
Matematik, Fizik atau berkaitan

Вам также может понравиться