Вы находитесь на странице: 1из 6

FAKULTI GEOINFORMASI DAN HARTA TANAH

AMALAN IKHTISAS
SGU 4342

ESEI
e-KADASTER DI MALAYSIA : KONSEP DAN PERLAKSANAAN

Oleh:

NURAZIMAH BINTI BIDEN

BG 080074

Pensyarah :

TN. HJ. MOHAMAD SAUPI BIN CHE AWANG


e-Kadaster di Malaysia : Konsep dan Perlaksanaan

Oleh

Nurazimah binti Biden

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Geomatik)

e-mail : archim.azyma@gmail.com

e-Kadaster telah dipraktikkan secara rasmi dalam sistem pengukuran di Malaysia


pada 1 Mei 2010. Sistem e-Kadaster yang dibangunkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan
Malaysia ( JUPEM ) ini merupakan antara sistem ukur yang tercanggih di dunia dan ia kini
menjadi rujukan kepada negara serantau. Dengan adanya sistem ini, ia mampu untuk
memendekkan proses pengukuran dan penyediaan pelan hak milik tanah lebih kurang dua
tahun kepada dua bulan atau kurang. Selain daripada itu, sistem e-Kadaster ini mampu
untuk menjadi salah satu ikon untuk JUPEM dan boleh memberi impak yang besar terhadap
kesejahteraan rakyat amnya dan pembangunan negara khasnya. Sistem ini juga
diintegrasikan dengan sistem e-Tanah di bawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian
Persekutuan bagi melengkapkan proses pengeluaran hak milik tanah secara bersepadu
antara JUPEM dan Pejabat Tanah.

e-Kadaster merupakan rombakan proses kerja pengukuran daripada konvensional


Bowditch dan Transit kepada Survey Accurate Coordinate melalui Pelarasan ganda Dua
Terkecil dan dengan wujudnya National Digital Cadastral Database (NDCDB) juga Pangkalan
Data Ukur Strata/Stratum/Marin (PDUSSM). Data-data kadaster, pemetaan, imej satelit, peta
utiliti dan apa sahaja maklumat GIS telah diintegrasikan dalam satu pangkalan data dan ia
digunakan bagi tujuan urusan perancangan pembangunan negara. Terdapat pelbagai modul
yang telah dibangunkan antarnya ialah JUPEM2U, CSRS, ePU, eSPID, eCRM, eTSM, SUM
eSPEK, eQC, DRP, eGLMS, SPAK, eReporting, eNotification, eKiosk, eFee, NDCDB, ePKL,
eSupport. SSM, Medmas dan SPPK.

Ukur Kadaster telah banyak mengalami revolusi dalam era kecanggihan globalisasi
teknologi dengan peralatan ukur seperti Total Station dan Global Navigation Satellite System
(GNSS) dalam penentuan kedudukan persempadanan. Sehubungan dengan itu, dengan
meluasnya perkembangan ICT masa kini juga telah banyak mempengaruhi serta mengubah
kerja-kerja cerapan di padang, hitungan, semakan dan penyediaan lukisan pelan kepada
metodologi masa kini. Seiring dengan pembangunan e-Kadaster, satu sistem untuk
maklumat-maklumat pengurusan dan personel telah dibangunkan. Setiap personel haruslah
didaftarkan dan selepas itu barulah kerja-kerja berdasarkan persekitaran e-Kadaster boleh
dilaksanakan. Antara maklumat yang diperlukan ialah Maklumat Staf Jabatan, Maklumat JTB,
Maklumat Pengguna Agensi Berkaitan Tanah. Keupayaan sistem yang dibangunkan ini
termasuklah melibatkan tentang hal-hal pengurusan cuti jabatan, pengurusan hadir kerja
luar, pengurusan diari kerja luar, pengurusan diari pejabat, tuntutan perjalanan dan elaun
kerja luar, serta pentadbiran dan pengurusan aset ukur.

Dari segi amalan kerja luar e-Kadaster pula, datum ukuran masih menjadi keperluan
utama bagi setiap ukuran baru bagi membolehkan penentuan asas planimetri ukuran dan
nilai koordinat. Setiap ukuran kadaster mestilah berpandukan kepada datum yang
memuaskan di mana ia terdiri daripada tanda-tanda Cadastral Reference Mark (CRM) yang
telah ditentududukan. Antara syarat-syarat datum yang digunapakai ialah jarak garisan yang
akan dijadikan datum hendaklah melebihi 30meter dan memenuhi had anjakan yang telah
dibenarkan manakala sudut dalaman di antara dua garisan yang diperolehi hendaklah tidak
melebihi 10”. Selain daripada itu, kaedah pengukuran e-Kadaster boleh dilakukan dengan
menggunakan kaedah GNSS, terabas, radiasi, persilangan dan silangalikan.

Jika kerja-kerja cerapan dilakukan dengan menggunakan kaedah GNSS, ia boleh


digunakan untuk pengukuran kawalan ukur kadaster dan ukuran hakmilik tanah.
Walaubagaimanapun, cerapan menggunakan kaedah GNSS hendaklah dilaksanakan
mengikut kaedah dan prosedur yang telah ditetapkan oleh jabatan. Jika kerja-kerja cerapan
dilaksanakan dengan menggunakan kaedah terabas, ia dilakukan dengan mencerap bering
dan jarak bagi kedua-dua penyilang kiri dan kanan. Selain itu, kutipan data menggunakan
kaedah radiasi perlulah menghadkan cerapan jarak tidak melebihi 300 meter yang hanya
berdasarkan single-leg sahaja. Jika cerapan yang dibuat telah melebihi single-leg, cerapan
perlulah ditutup kepada stesen CRM berdekatan atau tanda-tanda lama yang telah disahkan
berada dalam kedudukan asal tidak melebihi 25 stesen atau kawalan bering dilakukan
dengan cerapan astronomi. Dari segi kutipan data menggunakan kaedah persilangan pula,
cerapan bering dan jarak mestilah dilakukan dari dua stesen terabas yang berlainan dengan
satu penyilang sahaja manakala dengan menggunakan kaedah silangalikan cerapan bering
dan jarak hendaklah dibuat kepada tiga titik kawalan yang berlainan juga dengan satu
penyilang sahaja.

Format rekod cerapan dalam sistem e-Kadaster ini bagi rekod cerapan yang
menggunapakai alat Total Station adalah dalam bentuk fail JUPEM ASCII manakala bagi
pengukuran yang menngunakan alat GNSS sepenuhnya adalah dalam bentuk fail JUPEM
GNSS. Sehubungan dengan itu, sistem e-Kadaster masih mempratikkan kawalan kualiti bagi
setiap data. Setiap cerapan mestilah melalui proses semakan kualiti yang menggunapakai
pelarasan data cerapan kaedah terabas (16 ASCII). Kerja-kerja pemprosesan pelarasan data
cerapan hanya dibenarkan kepada pengguna yang telah berdaftar dengan JUPEM, di mana ia
menggunakan Sistem Pemprosesan Berpusat yang telah ditetapkan secara atas talian.
Terdapat empat jenis fail mandatori yang diperlukan oleh sistem bagi tujuan pelarasan data
cerapan iaitu field book (*.fbk), coordinates information (*.coo), traverses (*.tps), solar
observation (*.sob).

Sehubungan dengan itu, pengguna hendaklah menetapkan fixed point dan ia mesti
ditunjukkan dalam fail (*.tps) bagi membolehkan data cerapan dilaras oleh sistem. Dari segi
pengiraan koordinat, sistem unjuran yang diguna pakai adalah Unjuran Cassini-Soldner
Geosentrik (Datum GDM 2000). Koordinat bagi setiap titik mestilah dikira dan ditunjukkan
kepada 0.001 meter terhampir dan koordinat permulaan diambil daripada koordinat-
koordinat NDCDB atau nilai CRM yang dicerap. Jika menggunakan koordinat GNSS, ia
mestilah dipastikan supaya transformasi dan penukaran dari koordinat WGS84 ke koordinat
Cassini-Soldner Geosentrik (GDM2000) adalah mengikut prosedur yang telah ditetapkan
oleh jabatan. Sistem akan memaparkan hasil prosesan kepada pengguna secara atas talian
menggunakan antara muka yang ditetapkan oleh jabatan. Selain itu, kaedah dengan
menggunakan Chi Square Test telah ditetapkan bagi mengesan cerapan yang salah. Chi
Square Test adalah satu ujian yang dijalankan bagi mengesan tiada ralat kasar dalam suatu
cerapan. Ianya adalah seperti berikut :

LOWER BOUND ≤ TOTAL ERROR FACTOR ≤ UPPER BOUND


Apabila ujian gagal di mana ia melepasi tahap Lower Bound, maka tidak ada apa yang perlu
dirisaukan kerana ia terjadi apabila nilai reja jauh lebih kecil dariapada ketepatan cerapan.
Walaubagaimanapun, jika nilai cerapan gagal disebabkan melepasi Upper Bound, cerapan
perlu disemak untuk kesilapan yang mungkin berpunca dari ralat kasar dari cerapan.

Di Malaysia, sistem Ukur Kadaster telah dipraktikkan sejak tahun 1885 dan kini sudah
hampir 125 tahun. Maka dengan itu, adalah amat wajar sistem e-Kadaster ini diperkenal dan
dibangunkan sejajar dengan perkembangan dan kemampuan teknologi masa kini. Teknologi
perkakasan ukur kini juga semakin berkembang sehingga mampu memberi ketepatan jauh
lebih tinggi berbanding kaedah konvensional. Dengan adanya peraturan dan amalan ukur
terkini seperti yang terkandung di dalam PUK 2009 ia dapat memantapkan lagi amalan
profesion jurutera geomatik di Malaysia ini supaya menjadi lebih berdaya saing, kompeten
dan efektif.
RUJUKAN

1. PERATURAN UKUR KADASTER BILANGAN 5 TAHUN 2009

2. http://perkhidmatanawam.blogspot.com/2007/10/e-kadaster-e-tanah-selesai-kes-
tanah.html

3. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
dt=1015&pg=dn_01.htm&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&y=2010

4. http://ekadaster.clicdev.com/f/index.php?trk=ekadaster&showtopic=16

5. http://eforum3.cari.com.my/news/bh/readmore.php?
article=Pelanhakmiliktanahsiapsatuhari/Article

6. http://www.jujh.gov.my/Jupem2u.aspx

7. http://www.juwpkl.gov.my/Home.aspx

Вам также может понравиться