Вы находитесь на странице: 1из 1

Berita Jam 10 pagi

Salam Sejahtera. Saya Arina.

Berita Dalam Negeri

Seorang lelaki berusia 57 tahun semalam didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh seorang
lelaki warga tua ekoran daripada satu perkelahian di Pusat Makanan People’s Park Complex Selasa
lalu. Lee Beng Chuan didakwa menyebabkan kematian Encik Heng Teck Hong di pusat makanan di
New Market Road dalam kejadian antara 7.45 malam dengan sekitar 8.21 malam itu. Encik Heng
dikatakan dibelasah selepas mengambil minuman bir di pusat makanan itu. Polis, yang mendapat
panggilan sekitar 8 malam, menemui Encik Lee dalam keadaan tidak sedarkan diri sejurus tiba di
tempat klejadian. Beliau yang mengalami cedera parah di kepala, disahkan meninggal dunia oleh
sekumpulan paramedic sekitar 8.20 malam. Lee ditahan reman bagi tempoh seminggu di Divisyen
Polis Central untuk siasatan lanjut. Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum mati.

Berita Luar Negeri

Banjir Besar di Brisbane mula surut semalam. Namun, pihak berkuasa memberi amaran masih
terlalu awal untuk penduduk kembali ke rumah atau kedai masing-masing yang ditenggelami air,
dengan kebanyakan daripada rumah dan kedai itu mungkin tidak dapat diselamatkan . Seorang lelaki
mati setelah dihanyutkan air berlumpur ke dalam parit besar. Penemuan itu termasuk dua lagi
mayat yang ditemui semalam yang menjadikan angka kematian 25 orang sejak November tahun lalu.
Sekurang-kurangnya 61 orang masih dilaporkan hilang. Air bah di Brisbane telah mencapai
puncaknya pada paras empat perpuluhan empat puluh enam (4.46) meter semalam .

Walaupun paras air bah tidak setinggi yang dijangka , Brisbane dan kawasan yang lain dijangka
memakan masa bertahun-tahun untuk proses pembangunan semula. Bencana tersebut
menyebabkan seratus lapan belas ribu(118,000) bangunan terputus bekalan elektrik. Malah, ia juga
melumpuhkan eksport arang batu dan industry pelancongan daerah yang mendapat gelaran THE
SUNSHINE STATE dan terkenal dengan terumbu karang Terumbu Sawah Besar. Naib Pesuruhjaya
Polis, Encik Ian Stewart, member amaran bahawa angka kematian dijangka terus meningkat sedang
pasukan pencari dan penyelamat tiba di lebih banyak kawasan yang terjejas.

Saya, Syazwani dan Saya, Hannah melaporkan .

Dengan laporan itu tadi, sekian berita untuk pagi ini. Sehingga berjumpa lagi, salm hormat.

Вам также может понравиться