Вы находитесь на странице: 1из 2

Nama : Nur Liyana binti Roslan

No Matrik : A130794

Tajuk : Pengertian Sains (Minggu 3)

Pada minggu ini, kuliah berkisarkan mengenai pengertian Sains. Sains dapat ditakrifkan
melalui pelbagai pemikiran ahli sains dan ahli falsafah. Sains dari kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka bermaksud pengajian secara bersistem berdasarkan kepada pencerapan dan eksperimen.
Ahli falsafah Barat, Fowler pula mengatakan bahawa Sains ialah pengetahuan yang bersistem
dan terumus. Mortimer J. Adler pula menyatakan Sains sebagai satu kajian untuk menerangkan
secara rasional tentang fenomena alam tabii dan ia adalah aktiviti yang berterusan.

Apabila diambil daripada laman web Wikipedia, Sains dikatakan datang dari bahasa
Latin, Scientia yang bermaksud pengetahuan. Dalam pengertian yang lebih luas, dirujuk kepada
sebatrang pengetahuan atau amalan sistematik. Dengan pengertian khusus, Sains dirujuk kepada
satu sistem untuk mengembangkan penerangan apa yang kita cerap di alam sekeliling kita
berdasarkan kepada kaedah saintifik, juga untuk mengurus pengetahuan berkenaan melalui suatu
kajian. Menurut Wikipedia juga, kaedah sains adalah suatu teknik untuk menyiasat fenomena
(alam tabii), mendapatkan pengetahuan baru atau membaiki dan menyatupadukan pengetahuan
lama. Ianya berdasarkan kepada pengumpulan perkara yang boleh dicerap, empirik dan bukti
yang dapat diukur yang terikat dengan prinsip sebab-musabab. Kaedah sains terdiri dari
pengumpulan data melalui pencerapan dan eksperimen dan merumus dan menguji hipotesis.

Ahli falsafah Barat, Crump pula mentakrifkan sains sebagai sekumpulan pengetahuan
yang bersistem dan berkaedah mengenai alam tabii yang dibangunkan dengan spekulasi,
pencerapan dan eksperimen yang menghasilkan hukum-hukum objektif mengenai fenomena
alam dan penerangan mengenai fenomena tersebut. Menurut Peter Medawar pula, sains adalah
ilmu yang teratur tetapi tidak semua boleh dikatakan ilmu sains. Bagi beliau, ilmu sains adalah
ilmu di mana maklumatnya dijana dan dikembangkan secara bersistem dengan kaedah-kaedah
tertentu oleh pencerapnya sehingga menumpukkan pengetahuan yang boleh dipercayai, sama ada
melalui eksperimen atau hujah mantik secara teori. Pada pandangan Shaharir, sains berupa
analisis fenomena (alam tabii) secara bersistem, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang
diperantikkan untuk mewujudkan penumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai.

Implikasi pengertian sains ini antaranya ialah alam ini teratur. Selain itu, manusia juga
dikatakan mempunyai kemampuan untuk memberi alasan dengan dalil-dalil tertentu, memikir
secara rasional dan sebab-musabab untuk memahami keteraturan alam. Dengan hujah rasional
ini, semua manusia akan membuat kesimpulan yang sama tentang fenomena yang dilihat.
Akhirnya, kita melahirkan insan yang paradoks kerana kita dikatakan berjaya membangunkan
insan tinggi intelek tetapi rendah insan keinsanan, kita berjaya membangunkan insan celik sains
dan teknologi tetapi buta agama dan budaya.

Sarjana Islam pula berpendapat, ilmu mestilah melibatkan hal-hal yang berhubung
dengan pembangunan emosi seseorang. Terdapat tiga jenis emosi, iaitu, The Passionate Soul,
The Reproaching Soul and The Satisfied Soul. Dalam Islam, kreativiti dan pembangunan sains
mestilah berada dalam kerangka pembangunan sahsiah, peribadi, jati diri dan emosi yang
dibenarkan oleh ajaran Islam.

Kuliah pada minggu ini juga meliputi tajuk Siapa Manusia? Dari perspektif Barat Moden,
Charles Darwin mengeluarkan teori evolusi di mana ia mengatakan manusia ini adalah dari
keturunan haiwan ringkas yang telah mengalami proses evolusi menjadi haiwan rencam.
Kejadian manusia ini hanya secara kebetulan dan manusia harus bertarung untuk memastikan
kelangsungan hidup dan zuriatnya. Sigment Freud pula member teori psikoanalisis di mana
beliau mengatakan bahawa manusia dilihat dari pelbagai aspek tingkah laku apabila berinteraksi
dengan sekeliling. Tingkah laku manusia ini dikawal oleh dua faktor iaitu kejantinaan dan
keagresifan. Tingkah laku manusia ini disamakan dengan haiwan.

B. F. Skinner pula mengeluarkan teori behaviourisme iaitu, tingkah laku manusia diambil
iktibar dari tingkah laku haiwan yang memberi respons kepada persekitaran. Walau
bagaimanapun, Robert Nye mengatakan Skinner terlalu mempercayai teorinya tetapi tidak
pernah membuktikannya secara praktis. Kemudian, Carl Roger pula memberi teori humanism.
Beliau mengatakan bahawa tingkah laku manusia ini ditentukan oleh faktor dalaman yang
terdapat pada diri manusia bukan persekitaran seperti hujah Skinner. Tingkah laku manusia ini
boleh dipupuk dan diubah sekiranya persepsi dan cara berfikir diubah kerana manusia
mempunyai jiwa yang amat dalam.

Selain itu, Piaget juga memberi hujahnya iaitu teori kognitif. Dalam hujahnya ini, beliau
mengatakan bahawa manusia memahami sesuatu berdasarkan kemampuan dirinya untuk
mengenali sesuatu. Pengenalan tersebut membolehkan manusia membina persepsi terhadap apa
yang dilihat. Abraham Maslow pula mengatakan teori hirarki keperluan hidup. Dalam hidup ini,
manusia memerlukan perkara seperti fisiologi, keselamatan dan kasih sayang.

Dari perspektif Tao pula, manusia dikatakan mempunyai unsur Yin dan Yang dalam diri
mereka. Yin merupakan kebijaksanaan intuisi manakala Yang pula merupakan rasional yang
bersifat ‘self-centered’.

Вам также может понравиться