Вы находитесь на странице: 1из 3

10 Sebab Wanita diseksa di akhirat

Berkata Ali r.a.: "Saya dan Fatimah telah pergi ke rumah Rasulullah a.a.w, Apabila kami masuk
ke rumah baginda maka kami melihat Rasulullah s.a.w Sedang menangis, maka saya bertanya
kepada Rasulullah: 'Ya Rasulullah Mengapa Rasulullah menanggis?"

Rasulullah bersabda: "Aku melihat 10 jenis seksaan bagi wanita antaranya:

1. Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya dan otak di kepalanya mendidih.

2. Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan dari
punggungnya dan minyak dituangkan ke dalam kerongkongnya.

3. Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya dari arah punggungnya dan air kayu
zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya.

4. Orang perempuan yang digantung dan diikat dua kakinya beserta dua tangannya sampai
ubun-ubunnya dan di belit dengan beberapa ular dan kala jengking.

5. Orang perempuan yang makan badannya sendiri dan di bawahnya terdapat api yang
menyala-nyala.

6. Orang perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting daripada neraka.

7. Orang perempuan yang berwajah hitam dan dia makan usus-ususnya sendiri.

8. Orang perempuan yang tuli, buta, dan bisu di dalam peti daripada neraka sedang darahnya
mengalir dari lubang bahagian badannya sepertti hidungnya, telinga, dan mulut. Badannya pula
berbau busuk sebab penyakit kulit dan penyakit lepra.

9. Orang perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai,
mereka mendapat seksaan sejuta macam seksaan

10. Orang perempuan yang berbentuk anjing danbeberapa ekor ular dan kala jenking masuk
ke dalam mulutnya dan keluar melalui diburnya dan para malaikat memukuli kepalanya dengan
palu mereka dari neraka.

Sebaik saja Fatimah r.a mendengar kata-kata ayahnya itu maka Fatimah pun berkata "wahai
ayahku, ceritakanlah padaku apakah amal-amal yang telah dilakukan oleh wanita-wanita
tersebut.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda "wahai anakku Fatimah, adapun :


· Orang perempuan yang digantung dengan rambutnya, kerana dia tidak mahu Menutupi
(melindungi) rambutnya daripada dilihat oleh lelaki lain. Iaitu tidak mahu menutup auratnya.

· Orang perempuan yang digantung dengan lidahnya adalah keranadia suka menyakiti hati
suaminya dengan kata-katanya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda "sesaorang wanita yang
menyakiti suaminya dangan kata-katanya maka Allah SWT akan melebarkan lidahnya di hari
kiamat nanti selebar 70 zira dan akan mengikat di belakang lehernya. Sesaorang perempuan
yang menyeksa suaminya dengan kata-katanya maka Allah SWT melaknatinya mmaka para
malaikat juga melaknatinya."

Dari Utsman r.a. berkata "sesaorang perempuan yang mengatakan kepada suamminya dengan
berkata "Aku belum pernah melihat kebaikanmu" maka Allah SWT akan menghapuskan amal
kebaikannya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa pada siang hari dan mengerjakan solat
pada malam hari.

· Orang perempuan yang digantung dengan buah dadanya, adalah kerana dia menyusui anak
orang lain tanpa mendapat izin suaminya.

· Orang perempuan yang diikat dengan kakinya adalah kerana dia keluar rumah tanpa izin
suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi hadas besar. Yakni mereka yang tidak mandi bagi
membersihkan diri setelah kedatangan haid dan nifas.

· Orang perempuan makan badannya sendiri adalah kerana berhias untuk dilihat oleh lelaki
lain dan mereka yang suka membicarakan aib orang lain.

· Orang perempuan yang memotong-motong badannya sendiri dengan gunting dari neraka
adalah kerana dia memsyhurkan dirinya dikalangan orang ramai, dengan bermaksuk supaya
orang melihat akan perhiasannya. Dan setiap orang yang melihatnya akan tertarik kepadanya
sebab perhiasan yang dia pakai.

· Orang perempuan yang diikat kedua-dua kaki dan tangannya sehingga sampai kepada ubun-
ubunnya dan dibelit dengan beberapa ular dan kala jenking adalah kerana dia itu bolih
bersolat, puasa tetapi tidak mahu mengambil wuduk dan ia tidak mahu mengerjakan solat dan
tidak mahu juga mandi junub.

· Orang perempuan kepalanya seperti kepala babi, dan badannya seperti kaldai, adalah kerana
dia suka mengadu domba dan sangat suka sangat berdusta.

· Orang perempuan yang berbentuk seperti anjng adalah kerana dia itu ahli fitnah dan suka
marah kepada suaminya

Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa: "Kalaulah semua
yang ada di bumi ini berupa emas dan perak, kemudian dibawa olih seorang perempuan ke
rumah suaminya, maka satu hari dengan bangganya dia berkata: 'Awak ini siapa, semua harta
yang ada di sini adalah milik aku, engkau tidak mempunyai harta apa-apa pun' .Maka
sesungguhnya Allah SWT akan menghapuskan semua amal baiknya walaupun amal itu banyak".
Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Seseorang perempuan yang
keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya, sesungguhnya dia dikutuk olih segala yang disinari
matahari dan bulan sehingga dia kembali ke rumah suaminya"

Ibnu Abbas r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Apabila seseorang
perempuan itu keluar dari rumahnya dengan memperhiaskan dirinya dan memakai wangi-
wangian yang harum dan si suami pula membenarkannya, makasesungguhnya Allah SWT akan
membangunkan kepadanya setiap langkah isterinya itu satu rumah dalam neraka"

Thalhah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah bersabda: "Apabila
seseorang perempuan itu sentiasa bermasam muka terhadap suaminya dan menyebabkan
suaminya itu susah hati maka sesungguhnya Allah memurkainya sehingga dia tidak lagi bolih
tertawa dihadapan suaminya atau pun menggembirakan suaminya itu".

Wallahualam.....
Harap dapat di panjangkan kepada rakan anda yang se ugama, semoga mendapat rahmat
darinya

.........................................................................
7 April 2002

Вам также может понравиться