Вы находитесь на странице: 1из 1

Aku seekor kucing

Badanku yang cantik dan buluku yang tebal menjadikan aku kucing yang
tercantik di tempatku.Aku berketurunan Parsi dan namaku ialah pretty.

Aku dihadiahkan oleh Encik Zainal kepadanya anaknya,Ahmad ketika


meraikan hari lahirnya yang ke-12 tahun.Sebaik-baik sahaja aku diberikan
kepada Ahmad,dia terus memelukku dengan erat.

Alangkah gembiranya aku.Aku sering dibelai dan dimanjakan oleh tuan


kecilku.Kadang-kadang,buluku disyampu.Makan dan minumku dijaga
dengan baik.Alangkah bertuahnya diriku ini!

Pada suatu malam,sedang tuanku nyenyak tidur,ada melihat ada benda


sedang melingkar di selimutnya.Sepantas kilatnya,aku menerkam ke arah
benda itu.Tuan kecilku terkejut apabila ternampak seekor ular tedung yang
besar.Dia menjerit ketakutan.

Mujurlah gerak hatiku dan tindakan aku cepat.Ular tedung itu sempat aku
bunuh sebelum mematuk tuanku.Tidak henti-henti tuan aku dan ibu bapanya
mengucapkan terima kasih kepadaku.

Sejak peristiwa itu,aku tidak tidur lena kerana risau akan keselamatan
tuanku.Aku berjanji akan menjaga keselamatan tuanku selagi termampu.

Вам также может понравиться