Вы находитесь на странице: 1из 45

Hujan turun renyai-renyai ketika aku melewati jalan

menuju ke rumahku. Dari jauh aku lihat rumahku terang-


benderang, seperti ada keramaian. Aku mempercepatkan
langkahku. Makin hampir ke rumah, hatiku makin berdebar-
debar.

"Apa yang sudah berlaku? Mak sakit ke? Ataupun ayah


yang sakit? Isy... tak baik aku fikir yang bukan-bukan." Aku
melebarkan langkahku agar aku cepat sampai ke rumah.

"Assalamualaikum..." Laungku dari kaki tangga.

"Waalaikumussalam..." Balas suara garau dari dalam


rumah. Seketika kemudian terjengul wajah seorang lelaki.
Dia mengerutkan dahinya. Mungkin tak pernah nampak aku
agaknya.

"Ya... cik cari siapa?" Tanya lelaki itu.

Aik? Aku anak tuan rumah, boleh dia tanya macam tu


pada aku?
"Siapa tu Aiman?" Kedengaran suara mak dari dalam.
Aku cepat-cepat menjengukkan kepala kalau-kalau mak ada
di situ, tapi hampa.

"Entahlah mak cik. Saya tak tahu. Mungkin kawan


Suraya agaknya!" Balas lelaki tersebut.

Oooo... nama dia Aiman. Kawan Suraya? Habis aku nie


siapa? Akulah Suraya. Ceh! Jawab dalam hati... manalah
dia nak dengar. Manalah mak nie.. aku dah basah satu
badan nie!

Tiba-tiba kedengaran derap tapak kaki menuju ke pintu


rumah. Aku mengeluh kelegaan apabila terpandang wajah
mak.

"Laaa... bukannya kawan Suraya, nielah Suraya. Kau


nie Aiman, kawan masa kecil-kecil dulu pun dah lupa?
Itukan Suraya yang selalu tumpang basikal kau masa nak ke
sekolah dulu!" Kata-kata mak membuatkan kami sama-sama
terkejut. Aku memandang wajahnya, begitu juga dengan
dirinya.

"Ya ke? Laa... dah lama tak jumpa. Saya dah lupa
wajah Suraya." Katanya lalu ketawa besar.
Aku hanya tersenyum sedikit. Dengan selamba aku
memanjat anak tangga satu persatu hinggalah ke muka
pintu. Aku menyalami tangan mak. Mak mengusap
kepalaku. Begitulah kasihnya mak pada aku. Almaklumlah,
aku nie satu-satunya anak dia.

"Kenapa tak tegur Aiman tadi?" Soal mak apabila


mengiringiku ke bilik.

Aku tidak terus menjawab sebaliknya merebahkan


badan ke atas katilku.

"Baju basah-basah tu pegi tidur atas katil. Habis


basahlah cadar tu. Mak baru saja ganti. Dah pegi mandi."

"Yelah.." Kataku dengan malas lalu mencapai tuala di


ampaian.

"Sue masih ingat pada Aiman?" Soal mak lagi.

Aku yang baru hendak melangkah keluar menuju ke


bilik air, kembali berpaling kepada mak. Aku menggeleng-
gelengkan kepalaku.
"Tak apalah. Nanti lepas mandi nanti, Sue berbual-
buallah dengan dia." Ujar mak sambil tersenyum simpul.
Aku menganggukkan kepala semata-mata hendak
menyedapkan hati mak. Malas aku nak fikir. Tapi, betul ke
aku pernah tumpang basikal dia ke sekolah dulu? Isy...
nantilah aku ingat balik.

Rupa-rupanya sahabat baik keluargaku baru sampai


dari Australia. Mereka berhijrah ke sana 15 tahun dahulu.
Keluarga En. Hazman merupakan jiran kami yang paling
rapat kerana En. Hazman pernah mendermakan darah
kepada mak ketika melahirkan aku. Kami sekeluarga telah
terhutang nyawa dengan keluarga En. Hazman.

Malam itu, suasana sungguh meriah. Bayangkanlah,


lima belas tahun tidak berjumpa. Macam-macam cerita yang
meraka bualkan. Aku hanya mencelah sekali sekala. Itupun
jika ada soalan yang diajukan kepadaku.

"Tak sangka dah lima belas tahun kita tak berjumpa


Osman." Ucap En. Hazman kepada abahku sambil matanya
melirik padaku. Dia mengukirkan senyuman kepadaku. Aku
teragak-agak membalasnya. Yelah.. cakap dengan abahku
tapi matanya memandang padaku.

"Betul tu Hazman. Lima belas tahun bukanlah satu


jangka masa yang singkat. Dulu masa kau tinggalkan tempat
nie, Aiman baru berumur 12 tahun, Suraya pula sepuluh
tahun. Sekarang, cuba kau tengok. Anak-anak kita dah
besar sekarang." Balas abah lalu ketawa dan disambut oleh
En. Hazman sekeluarga.

"Suraya pun dah besar. Makin cantik. Tak ada


boyfriend?" Soal ibu Aiman, Puan Sarah.

"Boyfriend? Tak ada lagi mak cik. Tengah mencari.


Lagipun, siapalah yang mahukan saya mak cik, cuma cikgu
kampung saja." Ujarku merendah diri. Mereka semua
tersenyum dan saling berpandangan.

Dari mula lagi aku rasa ada sesuatu yang mereka


rahsiakan dari aku. Tapi, aku tak dapat mengagaknya.
Hatiku memang tak tenteram sejak sampai di rumah nie.
Apa ya?

"Hah! Aiman. Kau buat apa sekarang?" Soal abah.


Serta-merta mataku memandang Aiman. Dia yang agak
tersentak dengan pertanyaan abahku, cepat-cepat
mengalihkan pandangan matanya dariku. Jadi, dari tadi dia
asyik merenung aku. Apa kena dengan dia nie. Walaupun
dah lama tak jumpa aku, jangan tenung aku macam nak
telan saja. Sekali aku karate baru tau!

"Saya sekarang kerja sebagai pensyarah di UM. Dah


setahun di sana tu. Tapi tak berkesempatan nak ke sini.
Lagipun, saya dah lupa jalan nak ke sini," balasnya mesra.
Kata-katanya disambut dengan ketawa besar oleh mak dan
abahku.
"Eloklah tu, Suraya jadi cikgu. Aiman pulak, jadi
pensyarah. Macam berjanji pulak!" Ujar mak sambil
tersenyum penuh makna.

Aku hanya tersenyum kambing. Apalah mak nie, saja


nak mengenakan aku nie!

"Emmm... tak apalah. Sue minta diri dulu. Ada banyak


buku nak disemak." Kataku lalu beredar dari kelompok itu.
Mereka semua masih lagi tersenyum-senyum memandang
aku. Naik rimas aku jadinya.

"Esok tak sekolah. Jadi bolehlah Sue ajak Aiman ke


dusun datuknya. Hah! Sue, esok pergilah ke dusun ambil
buah rambutan dan manggis dengan Aiman nie. Dah lama di
luar negeri, pandai lagi tak makan buah kampung?" Seloroh
abahku.

Aiman hanya mengangguk-anggukkan kepalanya dan


tersengih. Tersengih saja kerjanya. Macam kerang busuk!

"Sue, jangan lupa pulak esok. Bawak Aiman pergi


dusun ambil buah. Kami nak ke rumah kawan-kawan kami
yang lain. Tengahari nanti, kau masaklah apa yang patut
untuk kamu berdua. Kami mungkin balik lewat sikit!"
Penerangan dari abahku cukup mengejutkan aku.

Apa? Nak biarkan aku jadi tourist guide dia nie. Abislah.
Baru saja aku plan hendak ke rumah Zainah, teman
sekerjaku. Nampaknya terpaksalah aku batalkan saja.

"Hah! Kenapa senyap? Boleh ke tak?" Tanya abahku


lagi.

"Err... err... boleh abah." Lemah saja jawapanku. Abah


senyum senang dengan jawapanku. Aku pantas berpaling
dan menuju ke bilikku. Di dalam bilik aku bukannya
memeriksa buku-buku kerja anak-anak muridku, sebaliknya
aku terus melelapkan mata. Esok merupakan hari yang tak
dapat aku jangkakan apa yang bakal berlaku.

*************************************************************

Pagi-pagi lagi aku sudah bersiap. Aku hanya


menyarungkan t-shirt dan tracksuit. Selepas menyisir
rambut, aku bergegas ke dapur untuk membantu mak
menyiapkan sarapan. Tapi, sebaik sahaja aku sampai di
dapur, aku lihat semua hidangan sudah tersedia. Aku
bergerak ke meja dan mengambil tempat. Tapi...

"Sue, kau duduk di sana." Suruh mak sambil


menunding ke arah kerusi di hujung meja.
"Kenapa dengan tempat nie?" Soalku lalu melabuhkan
punggungku ke kerusi yang aku ingin duduk mula-mula tadi.

"Tak ada apa-apa. Kau duduk sajalah di situ. Cepat,


bangun!" Suara mak begitu tegas sekali. Dengan malas
bangun bangun lalu duduk semula di kerusi yang
ditunjukkan oleh mak.

"Dah siap dah? Saya ingatkan baru nak datang tolong."


Tiba-tiba sahaja Puan Sarah muncul di muka pintu dapur.
Aku memberikan senyuman padanya dan dia
membalasnya.

"Tak payahlah tolong-tolong. Bukannya susah sangat.


Lagipun Sue ada tolong saya." Balas mak mesra lalu melirik
kepadaku.

Bila pulak aku tolong mak buat sarapan? Tak kisahlah.


Sekurang-kurangnya dia tak tahu yang aku terlewat bangun
pagi nie. Biasalah cuti hari minggu begini, selalunya aku
terlajak tidur.

"Rajin Suraya. Sue pandai masak?"Tanya Puan Sarah


kepadaku setelah dia mengambil tempat di hadapanku.
"Bolehlah sikit-sikit mak cik. Setakat nak menggulai dan
menumis tu, pass laaa..." jawabku malu-malu.

"Tak apa, perlahan-lahan dulu. Nanti bila dah nak kawin


nanti, kenalah belajar sampai pass. Biar kita hidang
makanan pada suami dengan air tangan kita sendiri. Nak
pikat hati suami senang saja, asalkan kita masak sedap dan
dia suka... haaa... sah tak carik orang lain." Puan Sarah
bersungguh-sungguh menasihati aku.

Aku kebingungan. Kenapa pulak pepagi yang indah


nie, keluar topik kawin. Nie yang tak best nie! Mak hanya
ketawa mendengar kata-kata Puan Sarah.

"Sue, pegi panggil abah, pak cik Hazman dan Aiman


sekali." Perintah yang keluar dari mulut mak mengejutkan
aku yang sedang berkhayal. Aku sedikit tersentak tapi cepat-
cepat aku menganggukkan kepala dan bergegas ke ruang
tamu.

"Abah, mak ajak sarapan." Panggil ku pada abah yang


sedang membaca suratkhabar di ruang tamu bersama En.
Hazman. Tapi, aku tak nampak pulak Aiman. Dia nie
membuta lagi ke?
Abah menganggukkan kepala dan terus mengajak En.
Hazman sama-sama ke dapur untuk bersarapan. Aku
berjalan mendahului mereka tetapi...

"Eh! Sue. Pegi panggil Aiman di luar tu. Ajak dia masuk
sarapan sekali."

Alamak! Abah nie... takkanlah tak boleh panggil sekali.


Aku jugak yang kena.

Aku berpusing kembali dan menuju ke luar rumah.


Amboi! Tengah menghirup udara pagi rupanya.

Almaklumlah, dah lama tak balik ke sini. Agaknya


tengah dok mengingat nama-nama pokok. Pelahan-lahan
aku menghampirinya.

"Ehem..." Aku berdehem untuk menarik perhatiannya.


Aku sebenarnya tak tahu hendak memanggilnya dengan
nama apa. Takkanlah nak panggil Abang Aiman. Ish... aku
sendiri yang geli mendengarnya. Lantaklah. Dia berpaling ke
arahku. Perlahan-lahan dia mengorak senyuman.

"Marilah kita masuk sarapan sekali." Beritahuku tergagap-


gagap. Dia mengangguk. Dan aku terus berpaling dan
berjalan sepantas yang boleh. Bila tiba di dapur aku lihat
hanya dua kerusi yang kosong dan kerusi itu berhadapan
antara satu sama lain. Kenapa macam nie..? Mak, abah,
Puan Sarah dan En. Hazman tersenyum penuh makna.
Aiman yang baru sampai terus mengambil tempat. Mahu tak
mahu aku terpaksa duduk berhadapan dengan Aiman. Aku
memang tidak selesa dengan keadaan yang seperti
dirancang awal-awal lagi.

Aiman sudah siap menunggu aku di luar rumah. Aku


pula sengaja melambat-lambatkan kerja membasuh pinggan
mangkuk yang digunakan waktu sarapan tadi. Mak dan abah
bersama-sama dengan En. Hazman juga Pn. Sarah, sudah
setengah jam meninggalkan rumah. Kemudian aku bergerak
perlahan-lahan menuju ke pintu depan.

Aku memijak anak tangga dan berpaling semula untuk


menutup pintu. Aku terus menuruni tangga kayu itu dengan
berhati-hati. Sampai saja di anak tangga terakhir, aku terus
menyarung selipar. Aiman yang melihat aku sudah bersiap-
sedia untuk ke dusun cepat-cepat menghampiri aku.

"Ingatkan tak nak pegi." Katanya kepadaku. Aku hanya


tersenyum sedikit.

"Marilah." Ajakku acuh tak acuh.

Dia melangkah beriringan denganku. Suasana begitu


sepi tika itu.
Apasallah sunyi sangat pagi nie? Burung pon tak nak
bunyi! Takkanlah nak senyap jer. Nak tegur ke tak nak... nak
tegur... tak tegur... nak...

"Kau dah berubah Sue." Sebaris ayat yang kelaur dari


mulutnya begitu mengejutkan lamunan yang sedang berkira-
kira mahu menegur dia.

"Berubah? Apa maksud kau?" Kau? Betul ke aku


panggil dia 'kau' saja. Pada hal dia tua dari aku. Ah!
Lantaklah.

"Yelah, tak macam dulu. Dulu, masa kecik-kecik dulu,


kaulah yang paling becok. Ke mana aku pergi kau nak ikut."
Aiman tersenyum sendirian. Mungkin dia sedang mengingati
zaman kecil kami dulu.

"Pantai lagikan berubah, inikan pula manusia yang tak


tetap pendiriannya." Balasku antara dengar tak dengar. Aku
juga turut membayangkan kisah di zaman kanak-kanak aku
dulu. Semuanya indah, lucu dan menyakitkan hati!

"Atau pun kau masih marahkan aku?" Dia menyoal aku.


Dahiku berkerut kehairanan.

"Marah?" Giliranku pula menyoal.


"Ya. Marahkan aku tentang peristiwa yang berlaku 15
tahun dahulu... sebelum kami sekeluarga berhijrah."
Kepalaku ligat berfikir. Peristiwa 15 tahun dulu sebelum
mereka berhijrah? Aku terdiam dan memandang wajahnya.
Dan tika itu juga di dalam fikiranku mula terlakar gambaran
peristiwa yang berlaku itu....

Kringgg... kringgg....kringgg....

Kedengaran loceng basikal Aiman dari halaman rumah


aku. Aku ketika itu sedang menonton tv cepat-cepat
menjenguk ke tingkap.

"Sue, aku nak pegi jalan-jalan. Kau nak ikut tak?"


Tanya Aiman sebaik saja melihat aku menjenguk dari
tingkap.

"Tak naklah. Aku tengah tengok kartun nie," laungku.

"Ala... jomlah. Aku belanja kau ais kepal." Aiman masih


memujuk aku.

"Malaslah. Lagipun mak dan abah aku tak ada di


rumah."
"Marilah, kita bukannya pegi lama."

"Emmm... okey. Tunggu kejap. Aku nak tutup tv dulu."


Aku segera memetik suis tv dan berlari-lari anak menuruni
tangga. Sebelum itu aku sempat menutup pintu.

"Janji tau. Kejap saja. Nanti mak dan abah aku marah.
Sebab aku dah janji tak pergi mana-mana."

"Yelah... Hah! Cepatlah naik." Gesa Aiman. Aku terus


melompat di atas tempat duduk di belakang basikal Aiman.

Aiman terus mengayuh basikalnya. Sambil mengayuh


dia menyanyi. Kadang-kadang dia bersiul-siul. Seketika
kemudian dia membelok ke warung Wak Mat di tepi jalan
kampung.

"Wak, ais kepal dua." Minta Aiman. Wak Mat yang


sedang mengelap meja ketika itu cepat-cepat menyediakan
ais kepal untuk kami berdua.

"Nie bawak makwe nak pegi mana?" Seloroh Wak Mat.


Dia memang selalu mengusik kami berdua. Sampai dia kata
mahu tengok kami berdua berkawin bila besar nanti.
Mengarut saja!
"Saja, pegi ronda-ronda." Jawab Aiman tersengih. Aku
juga turut tersengih.

Wak Mat menghulurkan dua ketul ais yang sudah


dikepal dan disiram air sirap kepada kami. Aku segera
menyambutnya dan menghisap ais kepal itu. Mmmmm....
sedapnya!

Aiman menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan 20


sen lalu menghulurkan kepada Wak Mat.

"Tak payahlah. Wak sedekah saja pada korang


berdua." Ujar Wak Mat tersenyum.

"Terima kasih wak!" Balas Aiman kegembiraan dan


terus mengayuh basikalnya .

"Kita nak ke mana nie?" Aku bertanya setelah aku


dapati Aiman mengayuh basikalnya ke hujung kampung,
menuju ke jeram.

"Aku dah janji dengan Budin dan Deris nak mandi kat
jeram." Jawab Aiman.
"Tadi kata nak bawak aku pegi jalan-jalan?"

"Nie pegi jalanlah nie."

"Tak nak, hantar aku balik. Nanti mak aku marah. Dia
tak beri aku mandi di jeram sebab aku tak pandai
berenang."

"Ala... kita mandi kejap saja. Lepas tu kita baliklah."

Aku mula merengek-rengek meminta Aiman


menghantar aku pulang ke rumah. Tapi, dia terus mengayuh
dengan laju menuju ke jeram.

Tak lama kemudian kami sampai di jeram. Ketika itu


Budin dan Deris sedang mandi dengan gembiranya.

Mereka bergayut di akar pokok yang berjuntai dan


menjerit ala-ala tarzan.

"Jom mandi!" Ajak Aiman.


"Tak nak. Jeram nie dalam." Aku menolak.

"Jomlah..." Aiman terus menarik tangan aku dan


menolak aku ke dalam air.

Debuuuurrrrr.....

Aku merasakan kakiku tidak dapat memijak dasar


jeram. Aku tergapai-gapai di dalam air. Air sudah banyak
memasuki hidung dan mulutku. Aku cuba menjerit meminta
tolong kepada Aiman. Tetapi dia hanya mengetawakan aku
saja. Begitu juga dengan Budin dan Deris.

Tiba-tiba pandanganku menjadi kabur dan semakin


lama semakin kelam. Yang aku dengar hanya bunyi kocakan
air yang kuat dan ada tangan yang mencapai bajuku.....

Perlahan-lahan kubukakan mataku. Tapi, pandanganku


masih lagi kabur lalu aku memejamkan mataku semula. Aku
cuba membuka mataku sekali lagi. Ku lihat sekeliling. Ku
lihat wajah mak, abah, Pn. Sarah dan En. Hazman.

"Hah! Dah sedar pun dia. Syukurlah!" Ucap En.


Hazman kelegaan.
Aku terpinga-pinga. Aku memandang wajah mak. Mak
tersenyum walaupun di wajahnya masih ada lagi garis-garis
kerisauan. Pandanganku beralih pada abah. Muka abah
masam saja. Menahan kemarahan padaku. Aku kecut
melihat wajah abah. Cepat-cepat aku palingkan mukaku
pada mak.

"Beginilah Osman, Sue pun dah sedar. Kami minta diri


dululah. Lagipun banyak lagi yang kami belum kemas." Ucap
En. Hazmin kepada abahku. Aku hanya memandang wajah
En. Hazman tanpa memahami apa maksud di sebalik kata-
katanya itu.

Abah menganggukkan kepalanya beberapa kali lalu


bersalaman dengan En. Hazman. Mak pula menyalami
tangan Pn. Sarah.

Kemudian mereka berdua bergerak keluar dari bilikku.


Mak turut menghantar mereka pulang. Tetapi tidak abah.
Abah memandang aku seperti mahu menelan aku juga
ketika itu. Aku mula ketakutan. Aku tahu, aku bakal
menerima habuannya sebentar lagi.

"Kenapa Sue pergi mandi di jeram tu?" Soalan abah


bagaikan petir menerjah ke dalam telingaku.
"Sue... Sue.... " Aku tergagap-gagap. Airmata sudah
mula bergenang di kelopak mataku.

"Cakap!!!" Abah menengking aku. Aku tersentak lalu


berderailah airmata menuruni pipiku.

"Aiman yang ajak.." Jawabku terisak-isak.

"Bukankah abah dah larang Sue mandi di situ?"

"Sue... Sue... memang tak nak pegi, tapi Aiman..."


Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, abah sudah
mengeluarkan rotan.

Piap!

Kakiku dirotan. Pedih sekali aku rasakan!

"Pandai menyalahkan orang lain. Yang Sue pegi mandi


jugak tu kenapa?" Kata abah lagi sambil rotan dihayunkan
beberapa kali di kaki, badan dan lenganku. Aku menjerit
kesakitan. Aku memanggil-manggil mak.
Mak gopoh-gopoh datang dan menghalang abah dari
memukul aku lagi. Tetapi, rayuan mak tidak dihiraukan oleh
abah. Dia terus merotan aku. Aku terjerit-jerit kepedihan.

Setelah puas hati, barulah abah berhenti dari merotan


aku.

Aku terisak-isak sambil menahan kesakitan. Mak turut


menangis melihat keadaan aku. Badanku berbirat-birat,
bekas kena rotan abah.

"Awak nie, mengajar anak macam nak membunuh


anak!" Ucap mak tersedu-sedu.

"Biar dia rasa. Dah banyak kali kita larang. Tapi, dia
degil. Dia pegi juga ke jeram sana." Tegas abah membalas
kata-kata mak.

"Tapi, janganlah rotan sampai lembik budak nie." Kata


mak lagi lalu memeluk aku. Aku mengaduh kesakitan.

"Cukuplah sekali kita kehilangan anak. Abang tak mahu


ada kali kedua." Tiba-tiba sahaja suara abah sebak. Abah
terus berpaling dan keluar dari bilikku.
Sebenarnya aku mempunyai seorang abang yang tua
empat tahun dari aku. Tapi, umurnya tidak panjang kerana
dia telah lemas di jeram itu lima tahun dahulu. Bermula dari
itu, abah dan mak amat menghalang keinginanku ke jeram.
Kerana di situlah mereka kehilangan anak lelaki yang juga
abangku.

Aku demam panas selama seminggu selepas di


belasah oleh abah. Bila saja aku sembuh, aku diberitahu
oleh mak yang Aiman sekeluarga telah berhijrah ke
Australia. Dan sejak hari itu aku tidak mendengar berita dari
mereka.

Dan bermula dari itu, hatiku amat berdendam pada


Aiman kerana membuatkan aku hampir mati lemas dan
abah pula merotanku sehingga aku kena demam panas dan
juga seolah-olah lari kerana takut akan kesalahan yang dia
lakukan padaku. Tetapi, lama-kelamaan dendam itu
berkubur begitu saja sehinggalah ke hari ini, dendam itu
kembali membara...!

[kembali ke alam realiti]

Aku mempercepatkan langkahku. Aiman cuba


menyaingi langkahku yang semakin pantas.

"Sue, aku tahu itu kisah kita zaman kecil dulu. Tapi aku
rasa amat bersalah dengan kau. Aku juga kena marah
dengan ayahku. Sebab itulah aku takut hendak ke rumah
kau untuk meminta maaf." Aiman cuba menjelaskan
keadaan sebenar.

"Sudahlah Aiman, itu cerita 15 tahun dulu. Tak perlu


diungkit lagi." Balasku tegas.

"Tapi, kau seperti tidak menyukai kedatangan aku ke


sini kembali."

"Ada aku kata aku tak suka kau datang ke sini?"

"Tak ada..."

"So...? Buat apa kau nak risau." Aku berhenti seketika


untuk melepaskan lelah. Adoih! Penat aku jalan cepat-cepat.
Rasa nak tercabut kaki aku!

Aiman kelihatan serba-salah apabila mendengar


jawapan aku.

"Tapi...."
"Sudahlah. Aku nak ke pondok sekejap. Nak ambil
galah dan guni." Ujarku lalu membelok ke kanan. Aku
menghampiri pondok yang menjadi tempat menunggu durian
ketika musimnya.

Aku mencapai guni yang terselit di atap pondok dan


galah yang disandarkan di tiang pondok.

"Biar aku bawa galah." Kata Aiman lalu memegang


galah yang berada di tanganku. Aku melepaskan galah
tersebut.

Kami berdua-dua kehilangan kata-kata. Tiada


ungkapan yang keluar dari mulut kami cuma kaki masing-
masing melangkah ke depan.

Seketika kemudian aku menghentikan langkahku.


Begitu juga Aiman. Aku mendongak ke atas. Kulihat jambak-
jambak rambutan gading yang begitu lebat.

"Kita ambil buah rambutan dululah." Kataku memecah


kesunyian. Dia hanya menganggukkan kepalanya.
Aku mengait buah rambutan gading. Dia pula sibuk merasa
isi rambutan tersebut.

"Sedap?" Soalku sambil mengelap peluh di dahi.


Aiman agak tersentak dengan pertanyaanku.

"Emmm... sedap! Dah lama tak makan rambutan


gading!" Balasnya tersenyum.

Aku kembali menyambung tugasku mengait rambutan.

"Biar saya kaitkan. Awak kutip dan isikan ke dalam


guni." Ujarnya lalu mengambil galah dari tanganku. Aku
akur.

Selepas sejam kami mengambil rambutan gading dan


rambutan merah, kami beralih ke pohon manggis yang
begitu rendang.

Aiman kembali mengait manggis. Aku pula leka memakan


rambutan yang kami ambil sebentar tadi. Tiba-tiba...

"Alamak! Pisau pada galah tersangkut di pokoklah."


Kata Aiman sambil mengelap peluhnya di dahi.
Pantas aku mendongak ke atas pokok. Ku lihat pisau itu
tersangkut di celah-celah ranting. Beberapa kali Aiman
menjolok pisau itu tetapi tidak berjaya.
"Kau panjat sajalah pokok tu." Ujarku.

"Panjat?" Aiman terkejut mendengar cadangan dari


aku. Dia serba-salah.

"Haah! Habis tu... nak buat macam mana lagi. Dah


jolok banyak kali tapi pisau tu tak jatuh-jatuh jugak!" Aku
mula cuak dengan telatahnya.

"Aku tak pandai panjat pokok..." perlahan saja Aiman


berkata.

Aku tidak dapat menahan ketawaku. Aku ketawa


dengan kuat. Kelakar! Budak lelaki tak reti panjat pokok.
Agaknya di Australia tak ada pokok yang nak dipanjat.

Dia turut ketawa apabila melihat aku yang dari tadi


tidak henti-henti ketawa. Terasa kemesraan sewaktu kecil
dahulu kembali semula. Tapi, aku cuba menepis perasaan
itu jauh-jauh apabila teringatkan peristiwa itu. Aku berhenti
ketawa!

"Tak apalah. Biar aku panjat!" Balasku walaupun aku


masih rasa hendak ketawa.
Aku bergerak ke pohon manggis. Aku mula memanjat.
Pisau itu tersangkut di hujung dahan. Aku amat berhati-hati
memijak dahan manggis itu kerana licin.

"Hati-hati Sue!" Jerit Aiman dari bawah.

Aku menganggukkan kepala.

Setelah sampai di dahan tersebut, aku cuba mencapai


pisau yang berada di hujung dahan.

"Alamak! Tak sampai pulak!"

Aku maju ke depan sedikit lagi tapi masih tidak dapat


menggapai pisau tersebut.

Aku cuba lagi tetapi aku tergelincir kerana dahan itu


licin...

Prakkkk!!! Bedebub!!!!
Selepas itu aku tidak nampak apa-apa lagi....

******************************************

Telingaku menangkap bunyi orang berbaul-bual.


Tetapi, aku tidak pasti siapa. Aku cuba amati suara itu lagi.
"Bagaimana dengan anak saya doktor?" Suara itu. Aku rasa
itu suara mak.

"Anak puan cuma terseliuh di bahagian kaki dan


tengkuknya saja. Puan tak perlu risau!" Suara lembut
membalas pertanyaan mak. Doktor? Aku di mana?

Aku cuba membuka mataku.

"Sue dah sedar! Sue dah sedar!" Riuh suara mak


walaupun bunyi seperti ingin menangis.

Kini mataku terbuka luas. Ku lihat abah, mak, En,


Hazman dan Puan Sarah mengelilingiku begitu juga Aiman.

"Makkk..." Panggilku. Aku cuba bangun tapi...

"Jangan bergerak Sue... " Mak menahan aku dari


bangun. Aku melihat lagi di sekelilingku. Aku berada di
dalam sebuah bilik puti. dan aku terbaring di atas katil. Di
tanganku ada jarum yang digunakan untuk memasukkan air
ke dalam badan. Jadi, fahamlah aku di mana aku berada
sekarang.
Aku memandang mereka semua dan cuba memberikan
senyuman.

"Dah dua hari Sue pengsan. Kami semua risaukan


Sue." Pn. Sarah bersuara lalu mendekati aku.

Aku hanya tersenyum. Di hujung katil aku, Aiman


berdiri sambil memeluk tubuh. Mukanya pucat. Dia cuba
tersenyum tapi, aku cepat-cepat melarikan pandanganku.

Seketika kemudian doktor dan jururawat keluar dari


bilik itu. Aku hanya mendiamkan diri.

Kenapalah ada saja benda yang tak elok terjadi pada


aku jika aku bersama dengan Aiman. Kalau dulu, Aku
hampir-hampir mati lemas... sekarang jatuh pokok pulak!
Apalah nasib aku nie...

Sejam kemudian, mereka semua meminta diri untuk


pulang. tetapi Aiman menawarkan diri untuk menemani aku
di hospital. Mulanya aku keberatan untuk menerimanya,
tetapi mak dan abah beria-ia menyokong, begitu juga
dengan En Hazman dan Pn. Sarah. Aku beralah.

Biarlah dia nak duduk sini. Aku bukannya rugi apa-apa.


Dalam sakit-sakit macam nie pun masih rasa sakit hati pada
dia.

Suasana di dalam bilik itu kembali sepi. Masing-masing


melayan fikiran sendiri.

"Sue, macam mana?" Akhirnya Aiman bersuara


memecah kesunyian.

Aku cuba berpaling ke arahnya, tapi leherku terasa


amat sakit.

"Aduh...!" Aku memegang balutan yang melingkari


leherku.

Aiman cepat-cepat mendapatkan aku apabila


mendengar aku mengaduh. Dia cemas.

"Sakit?" Soalnya lagi.

Aku menganggukkan kepalaku sedikit.

"Nak air?" Soalnya lagi. Tapi, aku tidak menjawab.


Kerana aku susah hendak menggerakkan leherku.

Aiman beredar ke meja kecil di sudut bilik. Dia


menuang air ke dalam gelas kecil. Lalu dia membawa gelas
itu dan menghulurkan kepadaku.

Aku memandang wajahnya. Dia masih lagi


menghulurkan gelas itu kepadaku. Aku cuba mengangkat
tangan kiriku, tapi tangan itu begitu lemah.

Aiman yang menyedari keadaan itu lantas memegang


daguku dan mendekatkan bibir gelas ke bibirku. Aku begitu
terkejut dengan tindakannya.

"Minumlah..." Katanya lembut. Aku membuka mulutku


dan meminum air itu. Terasa pahit air yang mengalir di
kerongkongku.

"Tak perlulah kau menemani aku di sini. Aku tak apa-


apa." Ujarku ketika dia berpaling untuk meletakkan gelas ke
atas meja.

"Tidak, aku mesti menemani kau sampai kau sembuh."

"Aku tak apa-apa."

"Kau masih lemah. Tengoklah tadi, nak minum pun kau


tak larat nak pegang gelas. Nanti kalau kau nak ke bilik air
nanti macam mana?"

"Aku boleh panggil nurse. Lagipun kau lelaki, mana


boleh temankan aku ke bilik air."

Walaupun aku masih lemah, tapi aku seolah-olah ada


kekuatan untuk bertekak dengan dia.

"Aku rasa amat bersalah pada kau." Aiman


memandang wajahku dengan penuh simpati. Perlahan-lahan
dia beredar ke tepi cermin dan melontarkan pandangannya
ke luar tingkap.

"Sepatutnya aku menghalang kau dari panjat pokok


manggis tu. Tapi...." Dia kehilangan kata-kata. Aku hanya
memdiamkan diri. Aku cuba untuk membalas kata-katanya
tapi, tekakku terasa begitu perit.

"Aku sepatutnya menjaga kau. Menjaga keselamatan


kau. Aku tak mahu kau cedera dan kalau boleh aku nak jaga
kau hingga akhir hayat aku!" Kata-kata yang terbit dari mulut
Aiman amat mengejutkan aku.

Apa yang dia cuba katakan ini. Dia seolah-olah hendak


meluahkan perasaannya padaku. Apa yang aku nak buat
sekarang? Oh, Tuhan! Berilah aku kekuatan untuk
menghadapi semua ini.

"Sue, ketahuilah. Dari dulu sampailah tika ini, aku tidak


pernah menyayangi dan mencintai perempuan lain. Hanya
dua wanita yang bertakhta di hatiku. Wanita yang aku
sayangi adalah ibuku dan wanita yang aku cintai adalah kau
Sue... kau!"

Aiman meluahkan perasaannya kepadaku? Betulkah


apa yang aku dengar nie? Aku serba-salah. Aiman
menghampiriku lalu menggenggam erat tanganku lalu
mengucupnya lembut. Jantungku berdegup dengan laju.

Pantas aku menarik tanganku kembali. Dia tersentak


dengan tindakanku.

"Aku penat! Aku... aku nak tidur sekarang." Kataku


tergagap-gagap lalu berbaring membelakanginya.

"Baiklah. Aku tunggu di luar. Kalau kau perlukan apa-


apa, kau panggil saja aku di luar." Ucap Aiman lemah. Dia
menarik gebar dan menyelimutkan aku. Aku cepat-cepat
memejamkan mata. Seketika kemudian aku terdengar pintu
dibuka dan ditutup kembali.

Aku membuka mataku kembali. Aku mengalihkan


badanku. Aku memandang siling bilik itu.

Dia cintakan aku sejak dari dulu? Maksudnya dari kecil


lagi. Bolehkah itu berlaku? Sedangkan aku tidak ada
sedikitpun perasaan cinta padanya. Apa yang perlu aku
lakukan sekarang?

Aku melihat wajahku di cermin bilik air hospital.


Kubelek-belek wajahku. Tak ada apa yang menarik pada
wajahku. Aku taklah jelita seperti model-model yang
menhiasi majalah. Cuma mak katakan aku ayu, itu lebih
tepat katanya! Mataku mewarisi mata abah, sedikit sepet.
Dengan kulitku yang putih kemerah-merahan, tak mustahil
jika ada orang mengatakan aku cina.

Tiba-tiba saja aku teringatkan Aiman. Tidak dinafikan


dia seorang yang tampan. Dengan badannya yang tegap
dan berwajah tampan, tak mustahil dia menjadi rebutan
ramai. Tapi, kenapa aku yang di kampung nie jugak yang dia
nak? Cubalah cari yang setaraf dengan diri sendiri.

Aku mengeluh. Tapi, setiap kali aku berhadapan dengannya,


hatiku jadi tidak keruan. Berdebar-debar saja. Kenapa? Ah!
Malas aku nak fikir.

Aku segera beredar dari situ. Aku berjalan perlahan-


lahan sambil tanganku memegang dinding.

Tiba-tiba ada tangan memegang aku dan memimpin


aku berjalan.

Aku tersentak. Pantas aku berpaling ke sisi.

"Kau? Terkejut aku!" Kataku kelegaan bila melihat


Aiman sedang tersenyum di sisiku.

"Maafkan aku kerana mengejutkan kau."

"Lain kali kasi la salam dulu. Ini main sambar jer!"

Aiman tidak menjawab. Dia hanya melebarkan lagi


senyumannya. Hatiku mula berdebar-debar. Kenapalah hati
aku nie berdebar-debar? Nak sakit jantung ke? Atau pun aku
dah.... Tidakkkk!!! Tak mungkin, tak mungkin!
"Baiklah, lain kali aku tak main sambar. Aku peluk
terus." Balasnya bergurau.

Aku merenung tajam ke wajahnya. Dia juga turut


merenungku tapi dengan penuh kelembutan. Aku dapat
rasakan keikhlasan dari matanya.

Aku cepat-cepat berpaling. Seketika kemudian kami


sampai di pintu bilikku. Dia membukakan pintu untukku. Dia
masih lagi memimpin aku hinggalah aku kembali berbaring
di atas katil.

"Mana yang lain?" Soalku bila melihat Aiman datang


seorang.

"Mereka datang lewat sikit." Jawabnya lalu menarik


langsir agar cahaya suria dapat masuk ke dalam bilik itu.

Sudah dua minggu aku terlantar di hospital. Dan


sepanjang waktu itulah Aiman menemani aku di sini setiap
kali dia habis mengajar. Aku, biasalah MC. Nasib baiklah
sekarang sudah akhir tahun. Jadi tidaklah aku ralat sangat
meninggalkan murid-muridku.

Balutan di leherku masih lagi tidak dibuka begitu juga


dengan tangan dan kakiku. Hari-hari yang ku lalui begitu
membosankan. Tapi nasib baiklah Aiman menemani aku di
sini. Sekurang-kurangnya ada juga teman berbual walaupun
aku tidak ingin sangat berbual dengannya.

"Sue, aku tak boleh lama-lama di sini. Aku kena pergi


sekarang. Aku datang inipun sekadar ingin menjenguk kau
kalau-kalau kau perlukan apa-apa."
"Aku tak suruh pun kau datang. Kau sendiri yang nak
datang." Ujarku bersahaja.

Aiman hanya tersenyum mendengar jawapanku.


Mungkin dia sudah lali mendengar sindiran tajam dariku.

Dia nie asyik senyum saja. Apa? Ingat aku tergoda


sangat dengan senyum dia tu? Tengok kambing senyum lagi
bagus!

Mana Aiman nie? Selalunya time-time begini dia dah


terpacul di sini. Tapi, hari nie... lambat pulak! Mungkin dia
ada hal agaknya. Tapi, dia sehari pun tak pernah miss
jenguk aku di sini. Apa yang sudah terjadi pada dia?

Eh? Kenapa tiba-tiba pulak aku risaukan dia. Bukankah


aku tidak suka akan kedatangannya ke sini? Tapi kenapa
hari nie aku.....

Apa yang dah terjadi pada aku sebenarnya?


Mungkinkah aku sudah terpaut padanya? Tak mungkin... tak
mungkin! Aku cuma risaukan dia saja. Tapi, buat apa aku
risaukan dia. Siapa dia pada aku? Pening... pening...
malaslah nak fikirkan dia.

*****************************

"Hai!" Terdengar satu suara menyapaku ketika aku


sedang melayani fikiranku seorang diri di tepi tingkap.

"Hai!" Aku menyapanya kembali. Tiba-tiba saja aku


rasa gembira dengan kehadirannya.

"Bila buka bandage?" Soalnya setelah melihat balutan


di leherku sudah tiada.
"Semalam.." Balasku. Dia mendekati aku.

"Kenapa semalam tak datang?" Soalku tiba-tiba. Aku


sendiri juga terkejut dengan pertanyaan spontanku itu.

Pantas dia memandang wajahku. Malah terus


merenungku. Mungkin dia tidak menjangka soalan itu yang
keluar dari bibirku.

"Kenapa? Rindu?" Soalnya sambil tersenyum.

Mukaku merah menahan malu. Aku cepat-cepat


memandang arah lain.

"Tak adalah. Bukankah muka kau selalu jenguk aku di


sini? So.... peliklah jika kau tak datang." Balasku untuk
menutup malu.

"Bukan kerana rindukan aku?" Soalnya sekali lagi,


lembut menusup ke dalam telingaku.

"Buat apa aku nak rindukan kau. Tak ada masa aku
nak rindu-rindu. Lagipun tak ada sebab aku nak rindukan
kau." Jawab aku.

Sebenarnya aku cuba mententeramkan hatiku.


Jantungku berdegup lebih pantas dari biasa. Apa dah terjadi
nie?

Aiman yang melihat aku mendiamkan diri, turut


mendiamkan diri. Hanya kedengaran bunyi nafas masing-
masing.

Seketika kemudian, dia berpaling dan terus keluar dari


bilikku. Aku cuba memanggilnya tapi, suaraku tidak keluar
dari kerongkong.

Kenapa dengan dia? Dia terasakah dengan kata-kataku


tadi. Takkanlah! Selama ini aku menyindirnya, dia hanya
tersenyum. Tapi, hari nie....

Inilah kali pertama aku merasa amat bersalah setelah


mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya.
Sedangkan sebelum ini, aku merasa puas jika dapat
menyakitkan hatinya! Kenapa ini berlaku pada aku?
Kenapa??

Hampir tiga minggu aku terlantar di hospital dan hari ini


aku dibenarkan pulang. Hanya mak dan abah saja yang
menjemputku.

Ayah dan ibu Aiman sudah seminggu kembali ke


Australia. Aiman pula semenjak peristiwa itu, langsung tidak
menjenguk aku di sini.

Ke mana dia pergi? Adakah dia masih marahkan aku


dan merajuk? Bukankah dia dah biasa mendengar sindiran
dari aku?

Kenapa pula aku tiba-tiba rasa amat bersalah.


Bukankah bagus kalau dapat sakitkan hati dia? Aku dah
sakitkan hati dia, dan sepatutnya aku rasa puas hati. Tapi....
Nak tanya pada mak, seganlah. Nanti mak anggap apa pula!
Tapi, aku nak tahu jugak!

"Emmm... mak! Kenapa Aiman tak datang sekali?"


Akhirnya keluar juga soalan yang kutahan-tahan tadi.

"Entahlah Sue. Selepas mak dan ayahnya balik ke


Australia, dia langsung tak hubungi kami. Mak ingatkan dia
selalu datang ke sini." Jawab mak mesra sambil tersenyum
simpul.

"Tak ada pulak dia datang ke sini. Dah empat hari dia
tak datang!" Terangku berhati-hati, risau kalau-kalau mak
dapat menangkap kerisauan aku.

Sedang aku sibuk membantu mak memasukkan baju-


bajuku ke dalam beg, pintu bilik dibuka. Aku terus
memandang ke arah pintu.

"Aik? Sibuk berkemas-kemas nie... dah boleh balik


ke?"

Aiman!! Datang juga dia akhirnya. Lega hatiku bila


dapat menatap wajahnya. Betulkah aku nie?

"Haah, Aiman! Dia dah boleh keluar hari nie." Jawab


abah mesra.

Dia memandang aku. Aku juga turut memandangnya.


Tapi, tiada senyuman yang biasa dia berikan padaku.
Seketika kemudian dia melarikan pandangan matanya
dariku.

"Baru saja tadi Sue sebut-sebut nama kau, Aiman!!"


Aku terkejut dengan kata-kata mak. Aku tidak menyangka
mak akan memberitahu Aiman.

Mukaku terasa panas dan merah. Malunya!!! Aku


memandangnya. Begitu juga dia. Aku cuba tersenyum,
tapi... tiada reaksi darinya. Aku membatalkan hasratku untuk
senyum. Aku hanya mendiamkan diri.
"Sebenarnya saya out-station tiga hari. Baru pagi tadi
sampai. Saya pergi ke rumah makcik. Tapi, tak ada orang.
Jadi, saya terus ke sini." Aiman berbual-bual dengan mak
dan abah.

Aku yang berada di depannya ibarat patung. Dia


langsung tidak menghiraukan aku. Aku rasa ingin menangis
tika itu juga.

Tapi, untuk apa aku menangis? Bukankah bagus kalau


begitu. Bukankah aku tidak menyenangi kehadirannya?

Tapi, semuanya dah terbalik. Aku rasa sakit hati bila


diperlakukan begini. Dia masih marahkan akukah? Ataupun
dia dah putus asa memikat aku? Sedangkan aku baru saja
mula hendak menerima kehadirannya.

"Tak apalah makcik, pakcik. Saya terpaksa pergi


sekarang! Ada temujanji." Setelah bersalaman dengan abah,
dia segera beredar. Sedikitpun dia tidak memandang aku di
sini.

Pedih. Sakit hati. Sedih. Semuanya bercampur menjadi


satu! Terasa sebak di dadaku.

Apa yang berlaku sebenarnya pada diri aku. Mengapa


perasaan aku jadi begini. Kenapa?

"Sue, mari kita balik." Ajak mak.

Setitis air mataku jatuh di pipi. Mak dapat melihatnya.


Segera aku berpaling dan mengelap air mataku. Kemudian,
aku cepat-cepat tersenyum. Cuba menutup kesedihan hati.

Mak memandangku dengan penuh kasih sayang.


Mungkin dia memahami keadaan aku. Tapi, dia tidak mahu
menyoalnya.

Di dalam kereta, air mataku tak dapat dibendung lagi.


Aku menangis sendirian. Nasib baiklah mak duduk di depan.
Jadi, tidaklah dia tahu aku menangis. Mungkin juga dia tahu,
dan dia buat-buat tak tahu.

Aiman. Aiman. Berulang kali aku menyebut nama itu di


dalam hati. Adakah aku sudah terjerat di dalam perangkap
cintamu???

Hari-hari yang ku lalui begitu membosankan. Suasana


di sekolah tidak langsung menceriakan aku walaupun di
kelilingi dengan telatah murid-muridku. Adakalanya mencuit
hatiku. Tapi, itu hanya seketika saja. Kemudian, fikiranku
mula teringatkan Aiman.

Sampai sekarang dia masih tidak menghubungi aku.


Aku pula tidak tahu cara hendak menghubunginya. Terasa
sedikit menyesal dengan tindakanku dulu. Tapi, nasi sudah
menjadi bubur.

Aku tahu, dia sudah mengundur diri. Mungkin kerana


kedinginan yang aku tunjukkan pada awal pertemuan. Tapi,
kenapa dia tidak mahu memberikan aku peluang? Dan
sekarang, dia menghilangkan diri.

Aduh! Pening kepala aku bila memikirkannya.

"Cikgu Suraya!" Panggil sahabatku, Asmah dari


tempatnya.

"Ada apa Cikgu Asmah?" Soalku.


"Awak tak ada kelas ke waktu ini?" Soalnya kembali
padaku.

Pantas aku melihat jam di dinding bilik guru. Alamak!


Sudah lewat sepulu minit.

Aku bergegas mengambil buku dan bergerak dengan


pantas menuju ke kelas Tingkatan 4 Beta untuk mengajar
Matematik.

Dalam perjalanan ke kelas aku sempat berfikir.


Mungkin dia sudah temui cinta sejatinya. Biarlah aku sendiri!
Walaupun rasa kasih dan sayangku baru berputik, aku akan
cuba melupakannya! Sudah takdir aku tiada jodoh
dengannya.

Aku relakan semua yang berlaku. Sedikit sebanyak ia


memberi pengajaran padaku. Agar tidak terlalu membenci
insan lain.

Beginikah akhirnya???

Semakin hari aku semakin yakin dengan diriku. Aku


berjaya melupakan Aiman. Cuma kadang-kala aku teringat
akan dirinya.

Sedang aku menonton tv di ruang tamu, mak


mendekati aku.

"Sue, tadi Aiman datang." Perlahan suara mak


menerjah ke dalam telingaku.

Aku menatap wajah mak. Aku kehairanan kerana


setelah dua bulan dia mendiamkan diri, tiba-tiba dia muncul
kembali.
"Apa yang dia mahu?" Bergetar suara aku. Aku cuba
melindungi debaran di dadaku dengan meneruskan
menonton.

"Tak ada apa-apa, cuma dia meminta mak


menyerahkan surat pada Sue." Ujar mak lalu menghulurkan
sepucuk surat kepadaku.

Aku memandang wajah mak kembali. Aku kehairanan.


Tapi, aku menyambut juga surat di tangan mak.

Mak bangun meninggalkan aku seorang diri. Mungkin


memberi peluang untuk aku membaca surat itu dengan
penuh ketenangan.

Terketar-ketar aku membuka sampul surat biru itu.


Perlahan-lahan aku membuka lipatan surat itu. Aku mula
membacanya.

Buat tatapan Sue yang amat kucintai. Mungkin kau


tertanya-tanya, mengapakah aku menyepikan diriku selama
ini.

Ketahuilah,sikapku yang menyepikan diri itu bukanlah


kerana aku sudah tidak menyintaimu lagi. Tetapi, aku cuba
mencari kesilapan diriku yang membuatkan kau bersikap
dingin terhadapku.

Aku amat tersiksa dengan layanan dinginmu. Tetapi, aku


terus mencuba untuk memenangi hatimu. Aku... aku tak
berjaya! Cuba kau katakan padaku, apa salahku. Apa
silapku hingga membuatkan kau begitu benci padaku.

Sue... aku amat mencintai dirimu. Dan aku tidak boleh


mencintai orang lain selain kau. Hati aku hanyalah buatmu.
Biarkan aku berteduh di bawah payung hatimu. Agar aku
tidak kesepian lagi.

Percayalah Sue. Aku tahu kau juga mempunyai perasaan


yang sama seperti aku. Tapi, mengapa kau menafikannya?
Tidakkah kau ingin hidup bersamaku. Mengapa kau mahu
menipu hatimu sendiri?

Kedatangan keluargaku ke rumahmu dulu, adalah untuk


meminangmu buatku. Tapi, lain pula yang berlaku. Lagipun,
kau menyambut dingin kedatanganku. Lalu aku seperti
patah hati.

Tapi, hatiku kuat mengatakan yang aku tidak bertepuk


sebelah tangan. Aku tahu, kau juga berperasaan sepertiku.

Esok aku akan kembali ke Australia kerana kontrakku sudah


habis di sini. Jadi, jika kau terima cintaku ini, datanglah ke
KLIA. Aku akan bertolak pukul 11 pagi.

Sekian, sambutlah salam rinduku buatmu. Akan aku


nantikan kedatanganmu esok.

Yang benar
Aiman Hazman...

Airmataku tidak dapat dibendung lagi. Aku berlari


masuk ke bilikku. Aku menangis sepuas hatiku.

Mengapa kau hendak pulang ke sana lagi? Kenapa kau


sendiri tidak datang berjumpa dengan ku sendiri? Aiman,
jangan tinggalkan aku. Tiba-tiba mak muncul di sisiku.
Mak mengusap rambutku dengan penuh kasih sayang.
"Sue, mak dah tahu apa yang terjadi. Memang
kedatangan ayah dan ibunya dulu adalah untuk meminang
kau. Tapi, Aiman yang meminta mereka menangguhkan
dulu niat mereka itu." Terang mak kepadaku. Aku masih lagi
terisak-isak.

"Tapi... dia dah nak balik ke Australia esok." Ujarku


dalam sebak.

"Itupun mak tahu. Jadi sekarang, terpulang pada kau


sendiri untuk menentukannya. Mak tak menghalang malah
mak suka kalau kamu berdua dijodohkan. Cuma mak tak
mahu memaksa kau menerimanya Aiman jika hati kau
menolaknya." Aku menatap wajah mak. Mak memberikan
senyuman kepadaku. Perlahan-lahan dia mengucup dahiku.

"Pergilah Sue. Halanglah dia sementara masih sempat.


Jangan terlewat, nanti kau menyesal."

Hatiku semakin sedih mendengar bicara dari mak. Aku


mengangguk-anggukan kepalaku.

Ya! Esok aku akan ke sana. Tunggulah Aiman.

Aku bergegas ke KLIA pagi itu. Aku menaiki teksi ke


sana. Abah tidak dapat menghantarku kerana dia bekerja di
luar daerah.

Mataku asyik memandang ke jam di tanganku. Tinggal


15 minit sebelum pesawat berlepas sedangkan perjalanku
masih jauh. Ditambah pula keadaan lalulintas yang sesak
kerana berlaku kemalangan berhampiran jalan itu.

"Pak cik. Boleh cepat sikit tak?" Pintaku pada pemandu


teksi tersebut.
"Boleh tu boleh. Tapi, sekarang jam la.. susah sikit."
Jawabnya.

Aku mengangguk faham. Aku mula resah kalau-kalau


aku tidak sempat tiba di lapangan terbang.

Kenderaan bergerak sedikit-sedikit. Lama kelamaan


semakin lancar. Aku menghela nafas lega.

Tidak lama kemudian, aku tiba di lapangan terbang.


Setelah membayar tambang teksi, aku terus berlari menuju
ke dalam.

Mataku meliar melihat ke sana dan ke mari. Langsung


tidak kelihatan kelibat Aiman. Hatiku mula sebak. Air mataku
bergenang. Aku mententeramkan hatiku.

Aku melihat jam di tanganku. Pukul 11.15 pagi. Jadi,


dia sudah berlepas! Aku terlewat. Aku tidak sempat datang
untuk menghalang pemergiannya.

Terasa lemah kakiku. Berat untukku melangkah. Aku


beredar mencari sudut yang agak jauh dari pandangan
orang ramai. Di situ aku menangis seorang diri. Aku terisak-
isak seorang diri.

"Sue.."

Suara itu? Aku pantas berpaling ke belakang. Kulihat


Aiman sedang tersenyum padaku.

"Aiman.." Aku terkejut. Bukankah sepatutnya dia sudah


berlepas ke Australia?
"Jangan tinggalkan aku lagi, Aiman. Aku tak mahu
ditinggalkan lagi." Sambil terisak-isak aku berkata-kata. Aku
sudah tidak malu menangis di hadapannya.

"Aku tahu kau akan datang juga. Sebab itulah aku tidak
menaiki pesawat balik ke sana."

"Jangan tinggalkan aku lagi..."

"Tidak, aku takkan tinggalkan kau lagi. Mulai hari ini,


aku akan bersamamu hingga akhir hayatku."

Aku senang mendengar kata-kata Aiman itu. Tetapi,


aku masih tidak dapat menahan airmataku dari mengalir.

Dia memujukku berulang kali sambil mengesat


airmataku. Dia memegang daguku dan memaksa aku
memandang wajahnya.

"Kita kawin ya...!" Katanya itu ku sambut dengan


senyuman mesra. Lalu dia meraut tanganku dan
mengucupnya lembut.

Beraraklah mega kelabu dalam hidupku. Kini, aku


menantikan ketibaan suria menyinari hidupku. Moga suria itu
akan terus bersinar selama-lamanya.

Вам также может понравиться