Вы находитесь на странице: 1из 17

normaizam

TAKRIFAN BUDAYA.

• Berdasarkan Kamus Dewan edisi ke-3


(1996:180) Budaya dapat ditakrifkan
sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga
bermaksud kemajuan fikiran atau akal
budi, (cara berfikir dan berkelakuan).
• Kebudayaan merupakan keseluruhan cara
hidup yang merangkumi cara bertindak,
berkelakuan dan berfikir serta segala hasil
kegiatan dan penciptaan sesuatu
masyarakat, tamadun, peradaban.
• Secara kesimpulannya budaya atau
kebudayaan adalah satu cara hidup yang
kompleks yang merangkumi semua
lapangan hidup.
TAKRIFAN MELAYU.

• Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke-3


(1996:874), Melayu ditakrifkan sebagai
nama kepada suatu bangsa dan bahasa.
• Dari segi sosio budaya, definisi Melayu
merangkumi suku-suku bangsa yang
mendiami daerah Nusantara.
• Istilah melayu juga boleh ditakrifkan
berdasarkan rumpun bangsa dan bahasanya
iaitu melayu tergolong di dalam cabang Melayu-
Indonesia yang mengelompokkan bersama-
samanya suku Jawa, Sunda, Madura, Acheh,
Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau,
Murut, Bugis, Melanau, Sulu dan sebagainya.

• Dari segi perlembagaan Malaysia seseorang


Melayu boleh merupakan sesiapa sahaja asalkan
dia menganut agama Islam, bertutur bahasa
Melayu dan mengamalkan adat istiadat orang
Melayu.
KONSEP DAN TAKRIFAN PERIBUMI

• Secara umumnya, peribumi atau


indigenous merupakan istilah rujukan bagi
kumpulan-kumpulan etnik yang menjadi
penduduk asal sesebuah wilayah atau
negara. Kumpulan-kumpulan etnik ini
telah wujud di wilayah atau negara
tersebut sebelum sesebuah kerajaan
ditubuhkan di situ.
• Menurut Bangsa-Bangsa Bersatu;
“ di negara-negara yang ditubuhkan ini,
masyarakat peribumi dikenali dengan
pelbagai istilah rujukan seperti Orang Asli,
Suku Terasing, Chao Khao (orang bukit)
dan sebagainya. Dalam kebanyakan
wilayah atau negara, masyarakat peribumi
mendiami kawasan-kawasan pinggir,
pedalaman dan peregunungan.”
JUMLAH ORANG ASLI
SEMENANJUNG (SUMBER : IBU PEJABAT JHEOA, 1995)

RUMPUN DAN SUKU BANGSA BIL PENDUDUK

SEMANG-NEGRITO 3172
Bateq, Jahai, Kensiu, Kintak, Lanoh, Mendriq.
SENOI 59440
Che’ Wong, Jahut, Mahmeri, Semai, Semoq, Beri,
Temiar.
MELAYU-PROTO 30117
Jakun, Orang kanak, Orang Kuala, Orang Seletar,
Semelai, Temuan.

JUMLAH 92729
KONSEP KEBUDAYAAN MELAYU.

• Dalam konteks sosiologi, kebudayaan Melayu


didefinasikan sebagai cara hidup yang menjadi
kepunyaan bersama antara orang-orang Melayu.
• Kebudayaan Melayu dapat memperlihatkan
identiti masyarakat Melayu yang merangkumi
hal-hal tentang bahasa, adat istiadat,
kepercayaan, politik, kesenian, undang-undang
dan lain-lain.
Soalan praktis.
1. Apakah yang dimaksudkan dengan
perkataan “budaya”?
2. Berikan takrif yang tepat lagi jelas tentang
istilah “Melayu” dari aspek sosio budaya.
3. Senaraikan aspek-aspek yang di ambil kira
dalam perlembagaan untuk menetukan
seseorang itu berbangsa Melayu.
4. Jelaskan dengan terperinci konsep peribumi.

Вам также может понравиться