Вы находитесь на странице: 1из 14

MENYINGKAP RAHSIA ALAM JIN DAN

SYAITAN

MUKADDIMAH

Antara perkara yang wajib dipercayai oleh manusia adalah


antaranya perkara-perkara yang ghaib yang tidak dapat kita
lihat dengan mata kepala kita secara realiti. Perkara ini
termasuklah jin dan iblis atau lebih dikenali dengan nama
makhluk halus. Kewujudan makhluk ini sememangnya
mengancam anak adam. Sejak kebelakangan ini, kita lihat
banyak penyakit yang disebabkan oleh gangguan makhluk
halus, terumanya kerasukan, barah yang ganjil, sakit
dibahagian anggota tubuh yang sememangnya tidak dapat
dikesan oleh doktor moden dan alat-alat canggih.

AL-QURAN SEBAGAI SUMBER PERUBATAN ISLAM

Al Quran merupakan petunjuk dan mengandungi seluruh


aspek kehidupan dan tidak ketinggalan juga bidang perubatan.
Perubatan yang dibawa oleh al Quran merupakan spiritual dan
fizikal secara ringkasnya ubat bagi roh dan jasad sekaligus.

Di dalam Islam terdapat 4 perkataan syifa’ dan sekaligus


membuktikan kepada kita bahawa al Quran merupakan

1
sumber perubatan yang terulung. Firman Allah yang
bermaksud:

1. Dan Kami turunkan daripada al Quran sesuatu yang


menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang
beriman. (al Isra’: 82)

2. Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu


pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-
penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta
rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus : 57)

3. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan


dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan
(bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu)
yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat
obat yang menyembuhkan bagi manusia. (al-Nahl :
69)

4. Katakanlah: "Al Qur'an itu adalah petunjuk dan penawar


bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang
tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan.
(Fussilat : 44)

2
Al Quran juga tidak ketinggalan dalam mengubati penyakit
yang disebabkan oleh makhluk halus yang lebih dikenali
dengan jin dan iblis disebabkan ia merupakan penawar yang
boleh meleburkan makhluk halus.

Hadis juga telah mengutarakan masalah ini dari Aisyah


bahawa Rasulullah SAW pernah masuk ke rumahnya ketika dia
sedang diubati dan dijampi oleh seorang wanita lalu Nabi
barsabda:

‫عالجيها بكتاب هللا‬


Maksudnya : Ubatinya dengan kitab Allah.

Dalam hadis yang lain pula Rasulullah bersabda:

‫عليكم بالشفائين من العسل و القرآن‬


Maksudnya : Ke atas kamu dua kesembuhan iaitu
daripada madu dan al-Quran. (Ibn Majah)

JIN HAKIKAT BUKAN KHURAFAT

Di antara dasar akidah Islam ialah beriman kepada yang ghaib


bahkan ia merupakan sifat pertama yang digunakan Allah
untuk menerangkan sifat-sifat orang yang bertakwa di dalam
surah al-Baqarah. Allah SWT berfirman maksudnya :

3
Alif, Lam, Mim. Kitab al Quran ini tidak ada sebarang syak
padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang
sempurnaNya) Ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang
yang beriman kepada perkara-perkara ghaib dan mendirikan
(mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan
(mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan
kepada mereka. (Surah al Baqarah:1-3)

TIDAK TERLIHAT BUKAN BERTI TIADA

Sebagai contoh arus elektrik misalnya kita tidak dapat


melihatnya tetapi ia mengalir di dalam kabel. Kita
membuktikan kewujudannya dengan pengaruh-pengaruhnya
yang nampak dalam mentol dan lainnya begitu juga dengan
udara dan sebagainya.

DARI APA JIN DICIPTAKAN ?

Maksudnya : Kami telah ciptakan jin sebelum adam dari api


yang sangat panas. (Surah al Hijr:27)

Firman Allah :

4
Maksudnya : "Apakah yang menghalangimu untuk sujud
(kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu?" iblis menjawab:
"Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api
sedang dia Engkau ciptakan dari tanah". (Surah al-A`raf:12)

JENIS-JENIS JIN

Dari Abu Thalabah ia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

‫ لهم أجنحة يطيرون فى الهواء حيات وعقارب‬،‫الجن ثالتة اصنافى‬


‫وصنف يحلون ويظعنون‬
Maksudnya : Jin itu ada tiga jenis; satu jenis yang mempunyai
sayap yang berterbangan di udara, ular dan kala jengking dan
berpindah randah.

TEMPAT TINGGAL JIN

-0 Jin mengutamakan tempat-tempat yang sepi daripada


manusia.
-イ Jin mengutamakan tempat-tempat yang kotor
-ロ Jin mengutamakan tempat-tempat tandas

5
-ハ Jin mengutamakan tempat-tempat yang berlubang
-ニ Jin mengutamakan tempat-tempat yang ada kotoran
binatang-binatang.

ADAKAH JIN MAKAN DAN MINUM?

Dalam hadis-hadis yang sahih banyak menyatakan bahawa jin


juga makan dan minum seperti kita. Antara makanan jin ialah:
tulang dan kotoran binatang.

BILA JIN DAN IBLIS BERKELIARAN

Dari Jabir, ia berkata : Rasulullah telah bersabda : Bila malam


menjelang tahanlah anak-anak kamu dari keluar kerana
sesungguhnya syaitan berkeliaran pada saat itu. Bila malam
sudah gelap maka lepaskanlah mereka dan tutuplah pintu
serta sebutlah nama Allah kerana sesungguhnya syaitan tidak
membuka pintu yang tertutup. Tutuplah tempat-tempat air
dan sebutlah nama Allah sekalipun dengan meletakkan
sesuatu keatasnya dan padamkanlah lampu-lampu kalian.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis ini ada lima perintah:


1) Dilarang berkeliaran pada waktu itu (menahan anak)
2) Menutup pintu

6
3) Menutup tempat-tempat air
4) Menutup tempayan-tempayan
5) Memadamkan lampu dengan sebut nama Allah

SEBAHAGIAN BINATANG DAPAT MELIHAT SYAITAN.

Dari Abu Hurairah bahawa Rasul bersabda: Jika kalian


mendengar suara keldai maka berlindunglah kepada Allah
kerana sesungguhnya dia melihat syaitan dan jika kalian
mendengar kokok ayam mohonlah kurnia daripada Allah
kerana ia melihat malaikat.

HARAM MEMINTA PERTOLONGAN DARIPADA JIN

Maksudnya : Ada beberapa orang lelaki di kalangan manusia


meminta pertolongan beberapa lelaki daripada jin maka jin-jin
itu menambah bagi mereka dosa dan kesesatan. (Surah al
Jin:6)

JIN LEBIH RENDAH DARIPADA MANUSIA

7
Firman Allah SWT:

Maksud: Sesungguhnya Kami memuliakan anak-anak


Adam dan Kami telah akui mereka daripada daratan dan di
lautan Kami beri mereka rezeki yang baik-baik dan Kami
lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas
kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan. (Surah al Isra’:70)

SEBAB-SEBAB KEMASUKAN JIN:

1. Jin lelaki jatuh cinta kepada orang wanita atau


sebaliknya
2. Kezaliman manusia terhadap jin dengan menyiramkan
air panas kepadanya dari tempat yang tinggi dan
sebagainya.
3. Kezaliman jin terhadap manusia seperti menggangu
tanpa sebab. Jin boleh masuk ke dalam manusia
melalui keadaan tersebut:
I. terlalu marah
II. terlalu takut
III. nafsu syahwat yang tinggi
IV. lalai sekali

8
GEJALA GANGGUAN PADA WAKTU TIDUR (MIMPI)

1. Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah


lama bersusah payah
2. Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan
cemas dan takut
3. Mimpi buruk (kabus) mimpi melihat sesuatu yang
mengancamnya lalu rajin berteriak meminta
pertolongan tetapi tidak mampu
4. Mimpi yang menakutkan dan menyeramkan
5. Mimpi melihat berbagai-bagai binatang seperti anjing,
kucing, unta, ular, serigala, tikus dan lain-lain.
6. Bunyi gigi ketika tidur
7. Tertawa, menangis atau berteriak ketika tidur
8. Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa disedari
9. Mimpi seolah-olah jatuh daripada tempat yang tinggi
10. Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan
perkuburan.
11. Bermimpi berada di tempat yang sunyi
12. Mimpi melihat makhluk aneh
13. Mimpi melihat hantu
14. Mimpi melihat budak kecil
15. Mimpi melihat gereja/salib
16. Mimpi berjumpa paderi

9
17. Merintih ketika tidur
GEJALA GANGGUAN PADA WAKTU JAGA

1. Selalu pening, pergi ke hospital atau klinik doktor kata


tidak ada penyakit
2. Selalu berpaling daripada mengingati Allah
3. Hilang ingatan fikiran
4. Sering lesu dan malas
5. Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor
tidak sanggup mengubatinya
6. Sentiasa terasa sakit dibelakang
7. Lenguh disendi-sendi utama
8. Melihat sesuatu yang pelik ketika jaga
9. Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati
10. Terasa seolah-olah ada sesuatu di bawah tapak
kakinya
11. Mudah panik apabila menghadapi sesuatu ujian
12. Jiwanya sentiasa lemah
13. Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu
14. Mudah marah
15. Emosional (terlalu sensitif)

JENIS-JENIS GANGGUAN JIN

10
1. Gangguan sepenuh, iaitu jin mengganggu seluruh
jasad seperti orang yang mengalami berbagai
sumbatan saraf
2. Gangguan sebahagian anggota
3. Gangguan berpanjangan iaitu jin terus berada dalam
jasadnya dalam waktu yang lama.
4. Gangguan sejenak iaitu tidak lebih dari beberapa detik
seperti mimpi buruk

BAGAIMANA UNTUK MENCEGAH KERASUKAN JIN

1) Sentiasa menjaga zikir-zikir yang diajarkan Nabi


2) Menyebut nama Allah setiap pekerjaan
3) Menyebut nama Allah setiap masuk ke dalam bilik
gelap
4) Jangan menyakiti anjing/ kucing
5) Jangan tidur bersendirian. Jika terpaksa tidur sendirian
maka berwudhuklah terlebih dahulu dan baca doa
untuk tidur
6) Jangan kencing atau buang air di merata-rata
terutama dilubang-lubang
7) Jangan bunuh ular yang muncul di dalam rumah

SIFAT-SIFAT YANG PERLU ADA PADA SEORANG


MU`ALIJ (PENGUBAT)

11
1. Hendaklah beraqidah dengan aqidah yang betul
2. Harus berkeyakinan bahawa al Quran adalah Syifa’
3. Harus mengetahui hal ehwal jin dan syaitan
4. Seorang mu`alij dianjur sudah berkahwin
5. Hendaklah menjauhi hal-hal yang diharamkan kerana
dengan hal-hal tersebut syaitan akan menyerang
manusia
6. Hendaklah mendukung perintah-perintah Allah SWT
7. Hendaklah sentiasa mengingati Allah SWT dengan apa
cara sekalipun
8. Harus membentengi diri dengan benteng kukuh

Secara umum semakin dekat seseorang kepada Allah maka


semakin jauh diri daripada syaitan bahkan akan semakin kuat
menghadapinya.

Jika anda mampu menghadapi diri anda terhadap syaitan


maka anda akan lebih mampu menghadapi yang lainnya.
Tetapi jika anda tidak mampu menghadapi diri anda dan
syaitan maka anda tidak akan mampu menghadapi yang lain.

PENUTUP

12
Semoga risalah yang tidak seberapa ini akan dapat memberi
sedikit panduan untuk ikhwah dan akhawat dalam menjalani
kehidupan ini. Mudah-mudahan dengan memahami dan
menghayati risalah ini akan memberi kefahaman dalam
permasalahan makhluk halus ini.

Akhirnya marilah sama-sama kita memohon kepada Allah agar


kita dogolongkan dalam golongan mereka yang faham, ikhlas
dalam perbuatan dan jujur dalam segala amalan.

Pendinding diri

Letakkan tangan anda di atas kepala penderita dan


bacalah ayat-ayat berikut ditelinganya dengan tertib:

i) Surah al Fatihah
ii) Surah al Baqarah:1-5
iii) Surah al Baqarah:163-164
iv) Surah al Baqarah:255-257
v) Surah al Baqarah:285-286
vi) Surah al Imran: 18-19
vii) Surah al `Araf:54-56
viii) Surah al Mukmin: 115-118
ix) Surah ash Shaffat:1-10
x) Surah al Ahqat:29-32

13
xi) Surah ar Rahman:33-36
xii) Surah al Hasyr:21-24
xiii) Surah al Jin:1-9
xiv) Surah al Ikhlas:1-4
xv) Surah al Falaq:1-5

PENYUSUN :
US. SYARHAN SYAFIE AL TABIBI

Dikeluarkan oleh :
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH (APID)
P7 FASA 1C3, Bandar Baru Manjung,
32040 Manjung
Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-6889868
Faks : 05-6883119

HAK CIPTA TERPELIHARA

14

Вам также может понравиться