Вы находитесь на странице: 1из 2

MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG

INGAT, HAFAZ DAN PRAKTIKKAN

1. Kejayaan saya di masa depan, ditentukan oleh tindakan saya sekarang ,


bukan prestasi saya masa lalu.

2. Kecemerlangan dan kesederhanaan atau kegagalan adalah pilihan saya.


Ya, saya sendiri bukannya orang lain.

3. Saya boleh pilih untuk memalaskan diri atau merajinkan diri. Semuanya
terletak ke atas saya.

4. Ibu bapa, guru dan kawan-kawan hanya boleh membantu, tetapi saya yang
kena berusaha bersungguh-sungguh.

5. Sama ada saya mahu membuka pintu kecemerlangan seluas-luasnya atau


tidak, terletak ke atas diri saya sendiri.

6. Ramai pelajar gagal bukan sebab bodoh tapi sebab melakukan kerja
bodoh.

7. Pilih kawan yang membantu bukan yang membantutkan anda.

8. Pelajar cemerlang mencari jalan, pelajar gagal mencari alasan.

9. Selagi aku berusaha, selagi itulah aku berpeluang untuk berjaya.

10. Tiada kejayaan tanpa pengorbanan. Lagi banyak saya berkorban, maka
lagi baiklah peluang saya untuk berjaya.

11. Biarlah sakit untuk mendisiplinkan diri daripada sakit menyesal.

12. Pelajar cemerlang – Faham sepenuhnya

Pelajar sederhana – Faham sebahagian sahaja

Pelajar lemah – Banyak yang tak difahami

13. Perbezaan utama di antara pelajar cemerlang, sederhana dan lemah ialah
DARJAH KEFAHAMAN sesuatu tajuk atau subjek yang dipelajari.

14. Rahsia kejayaan pelajar di sekolah: FAHAM APA YANG DIAJAR DI


KELAS DAN APA YANG DIPELAJARI DI RUMAH.

15. Tidak ada pelajar BODOH, yang ada hanyalah pelajar yang FAHAM atau
TAK FAHAM. Yang FAHAM pula, ada yang CEPAT FAHAM, ada yang
LAMBAT FAHAM.
16. Lebih baik tidur awal dan lebih baik tidur di rumah, daripada tidur dalam
kelas.

17. Berikan tumpuan dan konsentrasi- JANGAN TIDUR DI DALAM KELAS.

18. Tukarkan IMPOSSIBLE atau I’M POSSIBLE.

19. Salah satu sebab pelajar gagal – MEREKA SENDIRI TAK BERI
PELUANG KEPADA DIRI MEREKA UNTUK BERJAYA. Kenapa – MEREKA
TIDAK PERCAYA, TIDAK YAKIN AKAN KEBOLEHAN YANG ADA PADA
DIRI SENDIRI.

20. KEPERCAYAAN – Sesuatu perkara yang diterima sebagai benar. Ia


mungkin benar, ia mungkin karut ! Ia menjadi benar jika kita
mempercayainya,WALAUPUN SEBENARNYA IA PERKARA KARUT.

21. Pelajar yang malas belajar bukan jadi malas sebab mereka
sememangnya suka jadi malas. Salah satu punca ialah MEREKA TIDAK
MEMPERCAYAI KEBOLEHAN ATAU KEMAMPUAN DIRI SENDIRI.

22. SIKAP POSITIF (YES, I CAN DO IT) – Meyakini bahawa tindakan yang
akan diambil berupaya membuahkan hasil seperti yang diingini.

23. SIKAP NEGATIF ( NO, I CAN’T DO IT) – Meyakini bahawa tindakan yang
diambil berkemungkinan tidak akan membuahkan hasil seperti yang diingini.

24. Saya mesti percaya bahawa saya akan berjaya jika saya mahu berjaya.

25. Minda adalah batasannya. Selagi kita dapat membayangkan bahawa kita
boleh melakukan sesuatu, kita mampu melakukannya selagi kita
mempercayainya 100%.

26. Maksud Hadith “ Empat perkara yang aku takut berlaku ke atas
ummatku”.

Pertama – kuat makan

Kedua – Banyak tidur

Ketiga – Malas

Keempat – Lemah Keyakinan

27. Don’t just talk, DO IT.(Usah bercakap banyak, bertindak sekarang)

Вам также может понравиться