Вы находитесь на странице: 1из 30

Ketua

NAMA : NURINA EZZA BT ZULKIFLEE

TARIKH LAHIR : 7 DISEMBER 1999

TEMPAT LAHIR : KLINIK AN - NISA

HOBI : MELAYARI INTERNET

CITA –CITA :SAINTIS

IDOLA : DATUK NICOL AND

PENOLONG
NAMA : NUR FATHIN FARINA BT MOKHTAR
TARIKH LAHIR :

TEMPAT LAHIR :

IDOLA :

HOBI :

CITA-CITA :

setiausaha

NAMA : NUR EZREEN NABILA BT NOR AZHARI


TARIKH LAHIR :

TEMPAT LAHIR :

IDOLA : TUN DR MAHATHIR

HOBI : MEMBACA BUKU

CITA –CITA : ARKITEK

BENDAHARI

NAMA : NUR ATHIRAH BT AHMAD


TARIKH LAHIR :

TEMPAT LAHIR :

IDOLA : LEE GHONG WEI

HOBI : MEMBACA BUKU

CITA – CITA : ARKITEK

ahli

NAMA : SYED HAZIQ BIN SYED HASSAN

TARIKH LAHIR :
TEMPAT LAHIR :

IDOLA : MAHER ZAIN

HOBI : MEMBACA KOMIK

CITA – CITA :

AHLI

NAMA : MOHD EZZAD FAHMI BIN ISMAIL


TARIKH LAHIR :

TEMPAT LAHIR :

IDOLA : TUNKU ABDUL RAZAK

HOBI : BUAT LAWAK

CITA – CITA : BADUT

SEKAPUR SIREH...
Assalamualaikum ,alhamdulillah dilafazkkan sebagai tanda
kesyukuran kami kehadrat ALLAH S.W.T. dan salawat keatas
nabi Muhammad S.W.A , kerana kami berjaya menyiapkan kerja
kursus mata pelajaran (kajian tempatan) , yang merupakan
sebahagian daripada peruntukan markah di dalam peperiksaan
yang akan menjelang tidak lama lagi.

Penghargaan dan rasa terhutang budi yang setinggi – tingginya


perlu ditujukan kepada Pn. Roskini bt Mohd Noor , guru mata
pelajaran kajian tempatan kami , yang menjadi nadi penggerak
dan jurumudi kepada perlaksanaan kerja kursus ini.

Khas untuk ibu bapa serta rakan- rakan kami yang banyak
memberikan dan galakan dan memberi segala bantuan
diperlukan sehingga merlaksana buku skrap yang diuruskan
ini.Saya amat terhutang budi kepada mereka.

Setinggi – tinggi ucapan kasih dan terima kasih kepada rakan –


rakan yang telah membantu kami dalam membuat buku skrap
ini.Semua kumpulan yang telah bertungkus lumus menyiapkan
tugasan masing – masing , namun masih mempunyai masa untuk
berkongsi idea dan masalah.Sekian , terima kasih.......
BANGUNAN BERSEJARAH DI MELAKA
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Ia terletak di Bandar Melaka dan berhampiran dengan kesan-


kesan sejarah yang lain seperti A Famosa dan replika Istana
Kesultanan Melaka. Di hadapan memorial ini ialah Dataran
Pahlawan. Bangunan ini dibina pada tahun 1911. Sebelum itu
bangunan ini dikenali sebagai Kelab Melaka. Bangunan ini juga
digunakan untuk kegiatan sosial oleh golongan atasan dan
pegawai-pegawai kerajaan pada zaman penjajahan Inggeris.
Setelah merdeka, kelab ini dibuka kepada orang ramai.
Kemudian pada 31 Ogos 1985, bangunan ini dijadikan memorial
yang memuatkan segala dokumen tentang kemerdekaan.

Memorial ini ditubuhkan untuk mengambil dokumen tentang


kemerdekaan negara. Selain itu, pameran di bangunan ini
meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Barang-barang
yang dipamerkan meliputi dokumen, gambar, peta, perjanjian,
teks ucapan, pita rakaman, minit-minit mesyuarat, majalah,
keratan akhbar dan bahan-bahan artifek yang berkaitan dengan
perjuangan untuk mencapai kemerdekaan.

Memorial Perisytiharan Kemerdekaan

Bangunan Stadthuys

Bangunan Stadhuys serba merah dan dilengkapi sebuah menara


jam.'Bangunan Stadthuys' ("dewan perbandaran" dalam bahasa
Belanda) ialah sebuah binaan bersejarah terletak bersebelahan
dengan Gereja Christ di Jalan Laksamana, Melaka, Malaysia.
Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi
Gabenor Belanda dan Timbalan Gabenor, di mana struktur
bangunan ini melambangkan seni rekabentuk Belanda yang
halus.

Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang


pendidikan, yang mana pada abad ke-19 ketika pemerintahan
Inggeris, sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi
dikenali sebagai Malacca Free School dibina di perkarangan
Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan
percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di
sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan Cina yang kaya.

Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19


April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah
sekolah Inggeris di Melaka. Surat itu dikirimkan kepada majlis
perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J.
Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah
itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar.
Pengetua Malacca Free School yang pertama ialah Encik T.H.
Moore.

Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat


sehingga 200 orang. Waktu belajar bermula dari jam 9 pagi
hingga 12 tengah hari dan disambung dari jam 2 petang hingga
jam 4 petang. Bilangan pelajar Melayu pada masa itu tidak ramai
kerana kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke
sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa
pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti
Bahasa Melayu, Bahasa Portugis dan Bahasa Cina juga diajar.

Pada bulan Ogos 1878, kerajaan British mengambil alih


pentadbiran sekolah tersebut daripada golongan paderi dan
menamakannya Malacca High School atau Sekolah Tinggi
Melaka. Pengetuanya yang baru ialah Encik A. Armstrong. Pada
tahun 1931, Sekolah Tinggi Melaka berpindah ke tapak barunya
di Jalan Chan Koon Cheng hingga sekarang. Bangunan itu kini
menempatkan Muzium Sejarah dan Etnografi. Paparan harian
muzium ini ialah pakaian pengantin tradisional dan artifak dari
zaman kegemilangan Melaka.

Bangunan Stadthuys

A Famosa

Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa


Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya
menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar
Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka
dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang
masih tinggal di Asia.

Selepas penawanan Portugis A Famosa merupakan nama kubu


yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada
1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis
menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi
menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka
membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara
rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa
mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu
panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang
mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota
tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque


boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk
Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina
kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar
Melaka.

Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau


ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5
meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San
Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte
Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583,
Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan
tujuh puluh meriam ke semua arah.
A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi
penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan
Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut
menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja,
tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun,
kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan
bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah
dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.

Penaklukan oleh Belanda


Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu
Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk
menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut
selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di
dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes
seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14
Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo
Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih
7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.

Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah


diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu
utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur
Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda
membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di
atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de
Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran
"Anno 1670".

Villa Sentosa

Villa Sentosa ialah sebuah rumah yang terletak di Kampung


Morten, satu-satunya kampung Melayu yang terletak di tengah-
tengah bandar Melaka. Dibina pada suku pertama abad ke-20
dengan gaya reka bentuk sezaman, rumah itu kemudian
dijadikan sebuah muzium persendirian oleh pemiliknya, Tuan Hj.
Hashim bin Dato Demang Hj. Abdul Ghani.

Villa Sentosa mempunyai sejarahnya yang tersendiri yang


membawa pelawat kembali ke tahun "Akta Pembaharuan Tanah
British 1920". Para pelawat boleh melihat koleksi pakaian,
tenunan Melayu, perabot, senapang, dan pelbagai lagi tinggalan
sejarah yang unik. Pelawat juga boleh menanyakan pemiliknya
tentang maklumat tambahan.

Kota St. John

Ia telah dibina semula di Melaka oleh pihak Belanda semasa suku


ketiga kurun ke-18. Kubu ini pernah menjadi gereja khas
Portugis yang sempena St. John. Kubu ini mempunyai ciri
menarik kerana meriamnya mengadap ke tanah besar kerana
pada masa itu, serangan ke atas melaka datang terutamanya dari
tanah besar berbanding dari arah laut di Selat Melaka.

Kerja-kerja mereka bentuk bangunan ini telah bermula seawal


tahun 1889, setelah W. E. Maxwell mengambil alih tugas sebagai
Residen British di Selangor. Pada masa itu, Kuala Lumpur hanya
dihuni oleh bangunan-bangunan rumah kedai dan beberapa
bangunan kerajaan yang tidak berapa menonjol. Maxwell telah
membawa C. E. Spooner dari Ceylon sebagai State Engineer dan
dibantu oleh Bellamy dan A.C. Norman sebagai arkitek.

Reka bentuk asal yang dikemukakan oleh Norman adalah hanya


sebuah bangunan yang berkonsep Inggeris Classical Rennaisance.
Bidwell, seorang arkitek muda, adalah orang yang
bertanggungjawab mengadaptasi seni bina Islam (Mahometan
style) sebagai tonggak reka bentuk tampak bangunan tersebut di
atas pelan asal Norman selepas Spooner kurang berpuashati
dengan reka bentuk tampak yang dikemukakan oleh A.C.
Norman. Bangunan dua tingkat ini mempunyai ketinggian 17.5
meter dengan menara jam setinggi 40 meter dan meliputi
kawasan seluas 10,200 meter persegi.

Ciri-ciri utama bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya,


menara jam besar dan arked serta lengkungannya yang luas.
Ketiga-tiga kubah tersebut yang asalnya diperbuat daripada kayu
dan batu bata dan dicat hitam, telah digantikan dengan kubah-
kubah bersalut tembaga. Kubah yang terletak di atas menara jam
besar diapit oleh dua kubah kecil dengan tangga pilin menurun.
Kubah tengah agak luar biasa kerana ia adalah paduan dua ciri
tradisional kubah dan kios.

Arch yang terdapat di bangunan ini adalah berbentuk ladam


yang tajam dengan jarak antara dua tiang yang berbeza-beza.
Ianya diperbuat daripada batu-bata yang dicat hitam. Menara
jam besar yang terletak di tengah-tengah diimbangi oleh dua
menara kecil di sudut bangunan. Tangga pilin di menara kecil
menghala ke arah menara seolah-olah melambangkan keagungan
bangunan ini.
SEKO
LAH
KEBA
NGSA
AN
DATO’
HASHI
M2
TAJUK : BANGUNAN
BERSEJARAH

GURU
MUZIUM SENI PAHANG 

PEMBIMBING :
PN ROSKINI BT

Tapak Muzium Seni ini ini dahulunya adalah bangunan lama


Pejabat Daerah Kuantan. Sebelum ini bangunan muzium
bercirikan reka bentuk kolonial ini dikenali sebagai Muzium
Tokoh Pahang. Terletak berhampiran dengan Pejabat Daerah
dan Tanah Kuantan, Muzium Seni Pahang mempamerkan hasil
kreativiti para penggiat seni serta lokasi strategik bagi
pengganjuran pameran-pameran oleh  pihak Muzium.

MUZIUM SUNGAI LEMBING

Muzium Sungai Lembing memaparkan sejarah pembangunan


terkenal Pekan Sungai Lembing.Bangunan muzium ini asalnya
adalah sebuah banglo kediaman penjajah yang mengusahakan
perlombongan disini.

Ms lain

Pahang Club
Pahang Club adalah bangunan terawal yang dibina oleh British iaitu
pada tahun 1867. tapak bangunan ini merupakan tapak pertama di
mana pihak Inggeris mula-mula mentadbir Pahang. Rumah ini dibina
untuk tujuan kediaman Hugh Cliford yang pada ketika itu memegang
jawatan ‘Superintendent’ Ulu Pahang yang menetap di Kuala Lipis.
Pada Jun 1898, Kuala Lipis telah menggantikan Pekan sebagai ibu
negeri Pahang. Bermula dari tarikh itu,rumah itu telah dijadikan
kediaman untuk Residen british. Ketika itu Residen British ialah Hugh
Cliford dan beliau telah memikirkan untuk membina sebuah kediaman
yang lebih sesuai untuk memudahkan beliau mengawal kawasan Lipis.
Oleh itu, beliau telah menemui tapak yang lebih sesuai iaitu Bukit
Residen. Sementara menunggu rumah di Bukit Residen siap, beliau
menetap di Rumah Kelab Pahangitu sehingga tahun 1922.

Apabila residen berpindah ke rumah residen pada tahun 1922, rumah


kelab tersebut telah didiami oleh inspektor polis British hingga tahun
1926. Inspektor polis ini telah mengetuai keanggotaan polis British di
mana ahli-ahlinya terdiri daripada orang-orang Sibu , Dayak dan
Melayu serta kesemua anggota polis tersebut berjumlah 100 orang.

Pada pertengahan tahun 1926, rumah kelab ini telah ditinggalkan dan
kemudiannya kerajaan Inggeris telah menjadikan rumah ini sebagai
kelab khas untuk pegawai-pegawai British sahaja. Rumah yang
asalnyakediaman residen ini sedikit pun tidak dilakukan
pengubahsuaian terutamanya ruang dalamannya. Ini bertujuan untuk
menjaga keaslian seni binanya. Semasa ia menjadi kelab Pahang,
rumah ini memang dikawal rapi. Menurut Pak Razak, seorang tukang
kebun, bukan sebarangan orang yang boleh naik yang mana pakaian
mestilah kemas, bertali leher dan melambangkan status pada ketika
itu. Bak kata Pak Razak lagi, kasut orang yang naik itu sekilat lantai
kelab ini yang digilap setiap hari. Semasa rumah ini ditinggalkan
dahulu, ia pernah diura-urakan untuk dijadikan istana tetapi perkara
ini didiamkan kerana cadangan tersebut ditolak oleh pihak istana.

Pada tahun 1957, keahlian kelab ini hanya untuk orang-orang


kenamaan, orang British dan pegawai tinggi kerajaan sahaja.
Kemudian apabila Malaya merdeka, keahliannya dibuka untuk orang-
orang tempatan yang berduit dan tidak mengira kaum. Secara
umumnya, aktiviti kelab ini ialah untuk kemudahan rekreasi, aktiviti
sukan seperti tenis, badminton dan sepak takraw. Selain itu, ia juga
menjalankan aktiviti kemasyarkatan.

Pejabat Daerah.

PEJABAT PENTADBIRAN DAERAH LIPIS

Bangunan ini siap dibina pada tahun 1919 dan merupakan


pusat pentadbiran utama bagi negeri Pahang Darul Makmur.
Bangunan ini menempatkan Pejabat Residen British dan
Pegawai-pegawai Pentadbiran bagi negeri Pahang di tingkat
atas. Manakala di bahagian bawah pula merupakan Pejabat
Kutipan Hasil dan Perbendaharaan Kerajaan British. Lipis pada
ketika itu adalah daerah yang terbesar di negeri Pahang.
keluasannya adalah termasuk seluruh Daerah Jerantut
sekarang dan merupakan satu daerah yang kaya dengan hasil-
hasil emas, bijih, hasil-hasil hutan dan getah.

Dengan wujudnya jawatan MB pada tahun 1952, Pejabat


MB negeri Pahang dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang
ditempatkan dibangunan ini. Di antara YB Setiausaha Kerajaan
Pahang yang pernah berkhidmat di sini ialah Orang Kaya
Syahbandar Pahang Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein
dalam tahun 1952. Apabila ibu negeri pahang dipindahkan ke
Kuantan pada 27 Ogos 1955, bekas pusat pentadbiran ini
dijadikan Pejabat Daerah Lipis sehingga hari ini

Kompleks Pejabat Kerajaan Lipis

Kompleks Pejabat Kerajaan Lipis ini dibina dalam dua


peringkat. Peringkat pertama telah dibina pada tahun 1919
(Bangunan Pentadbiran Daerah Lipis). Bangunan kedua yang
merupakan satu sambungan kepada bangunan asal siap dibina
pada tahun 1926. di tingkat atas bangunan kedua (31B) ialah
Mahkamah Daerah Lipis yang masih wujud sehinga sekarang.
Di tingkat bawah pada ketika itu ialahsebuah bank
perdagangan British yang dikenali sebagai Mercentile Bank.

Dengan terbinanya bangunan tambahan ini, seluruh


jabatan-jabatan kerajaan yang terdapat di Kuala Lipis
dihimpunkan di bawah satukompleks. Pada masa ini terdapat
sebahagian jabatan-jabatan kerajaan berada di
bawahkompleks ini, rekabentuknya yang menarik mejadikan ia
tumpuan orang ramai.

Kediaman Pegawai Daerah Lip


Kediaman Pegawai Daerah Lipis

KEDIAMAN PEGAWAI DAERAH


Rumah ini terletak di atas tapak Kubu Orang Kaya Haji Wan
Daud yang ketika itu menguasai Lembah Sungai Lipis. Rumah
kediaman ini siap pada tahun 1929. tapak pembinaan rumah ini
pada mulanya menempatkan kediaman W.C Michell iaitu
pentadbir dan juga pembantu kepada Hugh Cliford.

Ketika banjir besar berlaku, rumah ini telah musnah.


Oleh itu, pihak British telah membangunkan semula rumah
tersebut dan inilah bangunan yang kekal hingga ke hari ini.
Rumah ini kemudiannya dijadikan kediaman bagi Pegawai-
pegawai Tinggi British iaitu Pegawai Jajahan (PJ). Orang
Melayu yang pertama dilantik menjadi PJ Lipis ialah Tengku
Mustapha B. Tengku Mohamad. Perlantikan dilakukan pada
tahun 1941. namun begitu, PJ Melayu pertama yang
menduduki rumah ini ialah Encik Mohd Taib B. Andak. Beliau
sekarang ini telah bergelar Tan Sri. Hingga ke hari ini rumah
tersebut kekal sebagaikediaman rasmi Pegawai Daerah Lipis.

Istana Hinggap

ISTANA HINGGAP

Bangunan ini asalnya adalah kediaman untuk Pegawai British.


Namun, apabila jawatan Menteri Besar diwujudkan pada
tahun1948, bangunan ini telah dipindahkan dan dibaik pulih
untuk dijadikan kediaman rasmi Yang Amat Berhormat Menteri
Besar Pahang. Pihak British mula mendirikan bangunan ini
pada tahun 1926. menurut satu sumber yang diperolehi,
Menteri Besar Pahang yang kedua merupakan ayah mertua
kepada KDYMM Sultan Pahang sekarang. Berikut adalah
senarai Menteri Besar (MB) yang dipercayaai pernah menetap
di rumah ini:

- Dato’ setia wangsa Sir Mahmud Bin Mat (MSC, OBE) – 1


Februari 1948 hingga 1 Februari 1951

- YAM Tengku panglima perang Tengku Muhammad Ibni


Almarhum Sultan Ahmad (CBE) – 1 Februari 1951 hingga
1Februari 1955 dan 15 Jun 1955 hingga 18 Januari 1957.

- Orang Kaya Indera Syahbandar Dato’ Abdul Razak Bin


Dato’ Hussein (MSC) – 1 Februari 1955 hingga 15 Jun 1955.

Dalam senarai di atas, MB yang menduduki rumah tersebut


hanya sehingga ke tahun 1955 sahaja. Ini berikutan dengan
perpindahan ibu negeri Pahang dari Kuala Lipis ke Kuantan
pada tahun tersebut. Oleh itu, selepas pertukaran tersebut
rumah ini bertukar fungsi menjadi Istana Hinggap sehinggalah
sekarang. Pada zaman pemerintahan Sultan Abu Bakar, istana
ini pernah menjadi tempat bersemayam baginda apabila
baginda melakukan keberangkatan tahunan ke Daerah Lipis.

KDYMM Sultan Hj. Ahmad Shah juga pernah bersemayam di


istana ini. Antara upacara bersejarah yang pernah berlangsung
di istana ini ialah majlis perkahwinan KDYMM Sultan Pahang
dan KDYMM Tengku Ampuan Afzan Binti Tengku Mohamad
pada 22 April 1954. Menurut cerita beberapa orang ketua
kampung istana ini menjadi lambang kedaulatan raja dan
perpaduan rakyat.

Sek.Men Keb. Clifford

Sekolah ini pada mulanya dikenali sebagai Goverment


English School dan dimulakan pada tahun 1913. Pada mulanya
ia merupakan sebuah pondok kecil di Tebing Sungai Jaleh
(Jalan Jelai sekarang) dan mempunyai murid sulung seramai
12 orang dan semuanya lelaki. Pada tahun 1918, jumlah murid-
murid telah bertambah hingga 200 orang dan sekolah ini
terpaksa dipindahkan ke kawasan sekarang.

Sekolah yang digunakan pada masa itu hanyalah


bangunan-bangunan kayu dan memandangkan sekolah ini
merupakan institusi pelajaran yang terbesar sekali di negeri
Pahang, bangunan-bangunan Malay Hostel (1926) dan
bangunan induk berbentuk D (1929) telah dibina. Perasmian
sekolah ini telah dibuat dalam tahun 1929 oleh Sir Hugh liford,
bekas Residen British Pahang. Beliau telah menjadi ‘Govenor’
of the Straits Settlement dan High Commisioner of the Faderal
Malay States. Sekolah ini telah diabadikan dengan nama beliau
selepas upacara itu.

Sekolah ini telah mencatat sejarah bagi sekolah yang pertama


mengadakan School Certificate Class dalam tahun 1936.
penuntut yang yang menduduki peperiksaan School Certificate
ini adalah seramai 11 orang dan 9 orang daripadanya telah
lulus dalam peperiksaan tersebut. Disamping kecemerlangan
yang diperolehi dalam bidang akademik, sekolah ini juga
mencapai kejayaan yang membanggakan di bidang sukan. Di
zaman pemerintahan Jepun, sekolah ini dijadikan markas
tentera Jepun dan ibu pejabat Kempeitai. Sebuah bilik darjah
dijadikan sebagai bilik tahanan. Sekolah ini menempa
kemajuan dari zaman ke zaman dan telah melahirkan ramai
penuntut yang memberi sumbangan kepada bangsa dan
negara. Antara murid-murid tertua sekolah ini ialah KDYMM
Sultan Hj. Ahmad Shah Almustain Billah Ibni Almarhum
Sultan Abu Bakar Al-Muadzam Shah dan YB Dato’ Sri Tan
sri Dr. Mohd Ghazali b. Syafie.

RUMAH MINANGKABAU

Sebenarnya sudah lama saya berkeinginan mengunjungi Negeri


Sembilan di Malaysia. Meski bukan yang pertama namun kesempatan
“menjelajah” Tanah Semenanjung baru terwujud dalam kesempatan
saya ke Malaysia tanggal 17-21 Nopember 2008 untuk mengambil
data dan referensi thesis di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur
dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Selama ini saya baru
mendengar cerita Negeri Sembilan yang asal muasal penduduknya
dari Minangkabau.

Perjalanan dari Bukit Bintang diawali dengan mengambil mono-reel


menuju KL-Centre sekitar 15 menit dengan membayar RM3. Dari KL-
Centre saya mengambil kereta api (train) menuju Kota Seremban
dengan membayar RM16. Rute ke Seremban merupakan destinasi
terakhir setelah melewati beberapa stasiun salah satunya di Bangi
tempat lokasinya Universitas Kebangsaan Malaysia (UKM). Di sini,
saya terlebih dahulu mengunjungi Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM). UKM adalah universitas terkenal dan tertua di Malaysia dan
banyak mahasiswa Indonesia yang menuntut ilmu di sana. Beberapa
tokoh Indonesia banyak yang dianugerahi gelar Doktor Honoris Causa
dari UKM seperti Hamka, Mohd Natsir, Tenas Efendi dan lain-lain.

Di UKM saya berpura-pura jadi mahasiswa UKM agar dapat


tumpangan gratis dari stasiun ke kampus. Kalau jalan kaki lumayan
juga, meski ada taksi tapi kata orang Brunei “tidak berbaloi”. UKM
sebuah universitas besar dengan arsitektur menarik dan tertata rapi.
Setelah berjalan 15 menit dengan bus kampus, saya turun di ATMA
menemui Prof James Collins yang jadi pensyarah di sana. Saya pun
mengunjungi perpustakaan dan melihat koleksi yang ada di sana.
Sayapun bermaksud menjumpai Prof Dr. M. Jandra, MAg, dosen UIN
Yogyakarta yang jadi visiting professor dan pernah ginap di rumah
kami ketika di Brunei, tapi saat itu beliau di Yogyakarta.
 
Setelah menunggu kereta di Stasiun Bangi, akhirnya perjalanan
berlanjut ke Seremban dengan waktu 40 menit. Saya sampai di
Seremban dalam suasana hujan cukup deras.

Negeri Sembilan terletak 50 km dari Kuala Lumpur dan dikenal


sebagai negeri kecil namun bersejarah dan kaya dengan adat istiadat.
Salah satu keunikan Negeri Sembilan adalah adat istiadatnya yang
dikenal “Adat Perpatih” yaitu adat matrilinial yang diwarisi dari
Negeri Minangkabau. Karena itulah banyak dijumpai seni arsitektur
menyerupai atap rumah gonjong. Ibu kotanya Seremban sangat
popular bagi para wisatawan, pesat dengan kemajuan dan
menyimpan bangunan bersejarah. Jika merasa lapar, terdapat banyak
restoran dan kedai makan yang menghidangkan makanan tradisional
dan internasional.

Negeri Sembilan penuh dengan lokasi terkenal seperti Museum Diraja


Seri Menanti, Pantai Port Dickson, air terjun Lata Kijang, Hutan
Rekreasi Ulu Bendul, Kompleks bersejarah Pengkalan Kempas dan
Taman Rekreasi Air Panas Pedas. Sebut saja Port Dickson, semua
orang Malaysia mengenal pantai itu sebagai tempat rekresasi yang
menyenangkan sehingga banyak dikunjungi wisatawan lokal dan
mancanegara. Sementara itu Museum Seri Menanti memamerkan
berbagai barang berunsur adat Minangkabau seperti pakaian raja,
senjata tempat tidur dan dokumen diraja. Anda dapat pula
mengunjungi Taman Burung Unta yang sangat digemari anak-anak.
Mereka boleh memberi makan burung raksasa itu dan dapat melihat
ayam Belanda (kalkun), kelinci dan kuda.

Negeri Sembilan diperintah oleh Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul


Rahman yang mangkat tanggal 27 Desember 2008. Beliau
dimakamkan di Makam Diraja Sri Menanti. Beliau adalah Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 dan telah memerintah selam
41 tahun.

Ketika menyelusuri salah satu toko buku di “Jusco” Seremban secara


tidak sengaja saya menemukan VCD berjudul “Raja Melewar”. Dalam
kovernya tergambar beberapa gadis berpakaian “tekuluk tanduk”
dengan latar belakang rumah bergaya Minangkabau. Rupanya VCD
itu diterbitkan YAM Tunku Abdullah Ibni Almarhum Tuanku Abdul
Rahman (Tuangku Panglima Besar Negeri Sembilan). VCD seharga
S$13,50 tersebut ternyata merupakan rekonstruksi sejarah berdirinya
Kerajaan Negeri Sembilan.

Raja Melewar adalah raja pertama Negeri Sembilan yang merupakan


putera Raja Minangkabau di Pagaruyung. Sekitar tahun 1760-an
beberapa kawasan yang sekarang dikenal dengan Negeri Sembilan
adalah merupakan daerah naungan Kerajaan Johor. Tetapi Kerajaan
itu tidak mampu mewujudkan keamaman penduduk negeri dari
ancaman perompak dan sengketa diantara mereka. Akhirnya
pengulu-penghulu luhak di Negeri Sembilan mengambil keputusan
menghantar wakil mereka untuk memohon seorang putera raja dari
Pagaruyung untuk dijadikan raja di Negeri Sembilan.   

Diutuslah seorang bernama Sutan Karo ke Pagaruyung menghadap


Raja Minangkabau di Ustano Basa. Permintaan itupun disetujui,
namun Raja Minangkabau memiliki beberapa orang putera yang
memiliki hak yang sama mewarisi raja. Berdasarkan mufakat Basa
Empat Balai, diputuskan yang akan diangkat sebagai bakal raja
haruslah dapat melewati ujian yaitu ditidurkan di atas batu kasur
yang beralaskan daung jilatang hijau yang gatal. Diantara anaknya
adalah: Raja Sulaiman, Raja Khatib dan Raja Mahmud. Hanya Raja
Mahmud yang berhasil melewati ujian tersebut sehingga beliau
disetujui untuk dibawa ke Negeri Semenanjung.

Namun untuk mempersiapkan kedatangan Raja Mahmud,


ditunjukkan Raja Khatib sebagai tim pendahulu. Dalam perjalanan,
Raja Khatib berkhianat dan terlibat konspirasi politik dengan para
perompak dan memaksa rakyat menerima dirinya sebagai raja. Dia
memaklumkan bahwa dirinyalah anak raja Pagaruyung yang terpilih
sebagai bakal raja di Negeri Sembilan.

Ketika Raja Mahmud dan Sutan Karo sampai di Negeri Sembilan


tentulah terjadi kekacauan. Rombongan Raja Mahmud mendapat
perlawanan dari pemimpin perompak bernama Daeng Bugis yang
bersekongkol dengan Raja Khatib. Raja Mahmud yang perkasa
dibantu dengan Sutan Karo berhasil melumpuhkan pertahanan
Daeng Bugis dan Raja Khatib. Apalagi Raja Mahmud membawa
pusaka dari Pagaruyung yaitu sehelai rambut ayahnya pertanda
dirinya sebagai bakal raja di Negeri Sembilan. Raja Mahmud
kemudian dinobatkan sebagai raja dengan nama “Raja Melewar”.

Itulah kisah dan pengalaman menarik menjelajah Tanah


Semenanjung. Saya sebetulnya masih menyimpan keinginan melihat
Tanah Melaka, melihat reruntuhan kejayaan nenek moyang Melayu.
Namun hati saya sudah tidak sabar menjenguk keluarga di
Bukittinggi. Akhirnya tanggal 21 Nopember 2008, sayapun sampai di
Tanah Kelahiran bertemu dengan keluarga, sanak saudara dan handai
tolan. Oh amboinya.
Kubu Cornwallis

Kubu Cornwallis mendapat nama sempena nama seorang Gabenor Jeneral di Bengal iaitu Charles
Cornwallis. Gabenor Jeneral Corwallis ialah ketua angkatan tentera British yang menentang angkatan
tentera Amerika yang diketuai oleh George Washington semasa Revolusi Amerika. Di dalam
peperangan tersebut, tentera British tewas dan Gabenor Jeneral Cornwallis menyerah diri kepada
George Washington. Kota Cornwallis yang terletak di Padang Kota Lama menandakan tapak
penempatan pertama orang British di Tanah Melayu.

Kubu Cornwallis dibina pada tahun 1786 oleh Francis Light sebaik sahaja beliau berjaya mengambil
alih negeri tersebut daripada Sultan Kedah. Ia terletak di timur-laut Pulau Pinang. Kota yang dibina
oleh Kapten Francis Light tersebut pada asalnya dibina dengan menggunakan kayu nibong tanpa
binaan kekal dan melitupi kawasan seluas 417 kaki persegi. Tiga tahun kemudian, ia dibina semula
untuk memenuhi keperluan sebagai pusat pentadbiran dan pangkalan tentera sejajar dengan
perkembangan kuasa empayar British di rantau ini. Batang nibong itu telah diganti dengan batu-bata.
Kota ini siap dibina pada tahun1793 semasa perkhidmatan Norman Macalister dengan kos sebanyak
$80,000. Pada mulanya, Francis Light membina Kota Cornwallis sebagai kubu pertahanan untuk
menahan serangan angkatan tentera Sultan Kedah yang ingin mengambil kembali Pulau Pinang
setelah Francis Light mengingkari janji. Selain itu, ia bertujuan bagi mempertahankan kepentingan
British dari serangan Perancis. Walau bagaimanapun, Kubu Cronwallis tidak pernah terbabit dalam
apa jua peperangan.

Antara keistimewaan Kubu Cornwallis ialah pelan lantai berbentuk bintang dan mempunyai sepucuk
meriam yang dipercayai mempunyai kuasa ajaib. Nama meriam yang terbesar itu ialah “Seri Rambai”.
Ia merupakan hadiah daripada Belanda kepada Sultan Johor pada tahun 1606. Pada tahun 1613,
Portugis telah mengambil Seri Rambai ke Java dan meriam itu ditempatkan di sana sehingga 1795
ketika ia diberi kepada Acheh untuk dibawa ke Kuala Selangor. Pada tahun 1871, Seri Rambai telah
dibawa ke Pulau Pinang. Namun demikian, sebelum meriam itu sampai tasik Malaysia, ia ditangkap
oleh lanun dan dibuang ke dalam laut berhampiran Esplanade. Beberapa cubaan telah dibuat untuk
menyelamatkannya tetapi gagal. Hanya pada tahun 1880, meriam itu dapat diselamatkan daripada
Selat Melaka dan akhirnya ditempatkan di Kubu Cornwallis.

Replika tapak perkhemahan British di dalam Kubu Cornwallis.

Meriam Sri Rambai yang dipercayai mempunyai kuasa-kuasa ajaib.


Tokong Kek Lok Si

Tokong Kek Lok Si di Pulau Pinang merupakan kuil Buddha yang terbesar di Pulau Pinang dan di Asia
Tenggara. Daya tarikan utama di kuil Kek Lok Si ialah patung Dewi Kuan Yin yang besar. Selain
daripada monasteri, terdapat pagoda setinggi tujuh tingkat yang mempamerkan 10,000 imej Buddha.
Tokong Kek Lok Si turut memiliki banyak patung dewa-dewa dan laman yang mempunyai kolam besar
yang dipenuhi kura-kura dan ikan koi. 
Pembinaan tokong bermula pada 1890 dan diilhamkan oleh ketua sami dari Tokong Dewi Kuan Yin di
Pitt Street. Dengan sokongan daripada perwakilan konsuler China di Pulau Pinang, projek direstui
oleh Maharaja Guangxu yang telah mengurniakan 70,000 edisi kitab Buddha yang terhad kepada
tokong ini. Dermawan utama Tokong Kek Lok Si pada tahun 1906 ialah Kapitan Chung Keng Quee.
Pada tahun 1930, pagoda utama tujuh tingkat atau Pagoda 10,000 Buddha telah siap dibina. Pagoda
ini menggabungkan bentuk oktagon Cina pada tingkat bawah, reka bentuk berunsur Thai pada
bahagian tengah dan mercu berbentuk mahkota yang berunsur Burma yang mencerminkan kedua-dua
pengaruh agama Buddha Mahayana dan Theravada.
Pada tahun 2009, sebuah patung gangsa 30.2m Kuan Yin selesai dibina dan dibuka untuk umum. Ini
menggantikan plaster putih patung Kuan Yin dahulu yang rosak akibat kebakaran beberapa tahun
dahulu. Patung ini terletak di sisi bukit di atas pagoda sementara kepala patung yang dahulu selamat
daripada kebakaran yang diawetkan dan ditempatkan pada sudut kanan patung baru.
Semasa menuju tokong, terdapat banyak kedai cenderamata di kiri kanan anak tangganya. Kedai-
kedai ini dilindungi daripada cahaya matahari dan hujan oleh bumbung yang menutupi sepanjang
perjalanan menuju ke tokong. Dalam perjalanan ke tokong, terdapat sebuah kolam yang dipercayai
boleh mengampun dosa sekiranya membebaskan kura-kura peliharaan di sana.
Tokong itu terdiri daripada beberapa dewan besar yang digunakan untuk berkumpul dan berdoa.
Kerja kayu yang halus dan bercat dengan warna yang cerah digunakan untuk menghias tokong.
Terdapat sebuah gondola yang boleh membawa pelancong-pelancong ke puncak bukit. Di sebuah
platform yang tinggi, terdapat sebuah kolam yang dipenuhi dengan ikan koi and sebuah patung Kuan
Yin besar yang juga dikenali sebagai Avalokitheshvara, “Bodhisattva of Universal Compassion”.

Вам также может понравиться