Вы находитесь на странице: 1из 12

HARI RAYA AIDILFITRI DAN HARI KRISMAS

NAMA : NUR SYAWALINA KELAS : 5 INOVATIF NAMA GURU : PUAN NOR AZLIANAWATI

KANDUNGAN
BIL. 1. TAJUK HARI RAYA AIDILFITRI A.PENGERTIAN B.SIMBOL C.PAKAIAN D. AKTIVITI E. MAKANAN F.ZAKAT 2. A.PENGERTIAN B.TRADISI C.ADAT RESAM D.AKTIVITI HARI KRISMAS 1 2 3 4 MUKASURAT 1 2 3 4 5 6

PENGERTIAN
Hari Raya Aidilfitri ialah hari sambutan bagi umat islam untukmenyambut kemenanganmereka berpuasa selama sebulan. Tarikh Hari Raya AidilFitri adalah sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar hijrah. Namun begitu,tarikhnya sentiasa tetap dan sama mengikut kalendar hijrah adalah mengikut peredaran bulan manakala kalendar masihi pula mengikut peredaran bumi mengelilingi Matahari. Oleh itu, tarikh Hari Raya berbeza daripada tahun ke tahun, dengan beza lebih kurang antara 10 hingga 15 hari.

SIMBOL
Simbol terkenal bagi perayaan Hari Raya di Malaysia ialah ketupat.Ketupat adalah juadah istimewa yang masih dihidangkan pada hari ini. Ketupat adalah nasi yang dikukus di dalam anyaman daun kelapa atau daun palas dan selalunya dihidangkan dengan rendang.

PAKAIAN
Baju Melayu adalah pakaian tradisi kaum Melayu yang dipakai oleh kaum lelaki di Malaysia pada Hari Raya AidilFitri.Pakaian ini dilengkapi songkok dan lilitan songket di bahagian pinggang. Pakaian yang menjadi kebiasaan kaum wanita ialah Baju Kurung dan Baju Kebaya.

AKTIVITI.
Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya AidilFitri ialah amalan berziarah. Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama islam. Pada pagi Hari Raya AidilFitri umat islam yang telah kehilangan ayah, ibu, atuk nenek atau saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan Surah Yaasin. Kemudian, mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-maafan dan melupakan kesilapan mereka. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan dan hari untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan umat islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah. Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit raya yang selalunya berwarna hijau, biru, dan kuning. Pada waktu malam di Hari Raya, kanak-kanak akan bermain mercun dan bunga api.

MAKANAN.
Makanan-makanan yang selalunya dihidangkan pada Hari Raya ialah ketupat, lemang, kuih raya, rendang, nasi impit dan banyak lagi.

ZAKAT.
Perayaan Hari Raya Puasa merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu. Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal dunia. Kebiasaannya orang Islam juga akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa bermula dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan. Oleh itu, pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakar menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban.

Apabila tarikh Hari Raya telah ditentukan, umat Islam akan bertakbir dan bertahmid sambil memuji kebesaran Allah. Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri adalah antara terbenamnya matahari sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1 Syawal tahun Hijrah. Hari raya disambut pada pagi hingga malam.

HARI KRISMAS
PENGERTIAN
Hari krismas atau juga dikenali Hari Natal, adalah perayaan terbesar untuk penganut agama kristian. Perayaan krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 disember. Namun beberapa gereja dari setengah Negara menyambutnya pada 7 januari disebabkan mengikut kalendar yang berlainan iaitu kalenar Julius dan kalendar Gregory.

TRADISI.
Tradisi menghias pokok krismas berasal dari negera Jerman. Selalunya, pokok malar hijau menjadi pilihan, khususnya pokok fir yang tidak gugur daunya atau pudar wanginya, dibeli dari dusun atau ditebang dari hutan, namun adakalanya pokok buatan menjadi pilihan.

ADAT RESAM.
Adat resam perayaan ini ialah pemberian hadiah, sambutan keagamaan di gereja, dan peragaan pelbagai hiasan, termasuk pokok krismas, lampu hiasan, daun mistletoe,holi, atau lakonan semula kelahiran Jesus . Santa Claus adalah merupakan tokoh mitos terkenal yang sering dikaitkan dengan adat member hadiah sempena Hari Krismas

AKTIVITI.
Hari Krismas disambut sebagai perayaan utama dan cuti umum di kebanyakan Negara di Negara bukan kristian atau menerima pengaruh budaya orang. Walaupun kebanyakan Negara menyambut pada 7 januari ia kerana mereka mengikut kalendar Julius. Kesemua hadiah akan dibuka pada pagi Krismas.

Вам также может понравиться