Вы находитесь на странице: 1из 7

KATA NAMA Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTI

NAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN. y Kata Nama Am ( Betul atau Biasa ) y Kata Nama Khas y Kata Ganti Nama y Kata Nama Terbitan y Kata bilangan Nama Betul y Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas. y Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum. Manusia , orang ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll binatang ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll tumbuh- tumbuhan pokok, betik, rumput, lalang dll benda pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll tempat pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll y Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang: (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan. y Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan. y Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan: buai - buaian tua - ketua raja - kerajaan tahu - pengetahuan

KATA NAMA KHAS y Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. y Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang. Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. a) benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll b) orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll c) binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll d) tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

KATA KERJA Kata kerja terbahagi kepada : A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau ) B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau ) A. Kata Kerja Transitif y Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ). y Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek ) y Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan me- sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan. y Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya: Atan mendengar radio. mendengar ialah kata kerja transitif radio ialah objek (kata nama) B. Kata Kerja Tak Transitif y Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi. y Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an, dan ber...kan. Contohnya: 1. Mereka berjalan pada hari cuti. 2. Anjing itu sedang tidur. 3. Hujan turun dengan lebatnya semalam. Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain. Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain. Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain. KATA ADJEKTIF Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya. y Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat. y Jenis-jenis kata Adjektif y Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat. Contohnya: sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.

KATA HUBUNG Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat. y Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu: (a) kata hubung gabungan, (b) kata hubung pancangan, (c) kata hubung berpasangan. y Contoh atau dan hingga Jika kecuali kerana lalu supaya walaupun tetapi Ayat Contoh Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana. Leela dan Siu Lan berjiran. Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam. Saya berpayung jika hujan. Semua murid Nadir kecuali Gopal. Aini menangis kerana terlalu sedih. Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon. Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai. Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU. Badannya besar tetapi penakut.

KATA SERU y Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya. y Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. y Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan. Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh aduh untuk menyatakan 1. Aduh, sakitnya tanganku! perasaan sakit dan 2. Aduh, besarnya rumahmu! kagum aduhai untuk menyatakan Aduhai, malang sungguh nasibku! perasaan sedih ah untuk menyatakan tidak 1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah! setuju atau menolak 2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima! sesuatu amboi/wah untuk menyatakan 1. Amboi, mahal betul kereta itu! perasaan hairan atau 2. Wah, berani betul budak itu! kagum cis/cih untuk menyatakan 1. Cis, berani dia menentangku! perasaan marah dan 2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku ! benci eh untuk menyatakan 1. Eh, kamu sudah sampai! perasaan hairan atau 2. Eh, tadi dia ads di sini! terkejut

hai

untuk menegur 1. Hai, diamlah sikit! seseorang atau menarik 2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu! perhatian KATA TANYA Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu. Kata tanya adalah kata atau perkataan yang digunakan untuk membentuk ayat-ayat tanya. Kata tanya mesti diikuti oleh partikel kah apabila digunakan di awal ayat tanya. Kata tanya boleh wujud di awal, di akhir atau di tengah ayat Partikel kah tidak diperlukan jika kata tanya terletak pada akhir ayat.

y y y y y

Contohnya: kenapa bila siapa mengapa apa bagaimana berapa mana

Kenapakah Ahmad gagal dalam ujian itu ? Bilakah awak akan memulangkan buku saya ? Engkau ini siapa ? Mengapakah baju awak ini basah ? Apakah nama binatang itu ? Bagaimanakah rupa hantu ? Di dalam kelas itu ada berapa orang murid lelaki ? Nelayan itu dari mana ?

KATA PERINTAH Kata perintah ialah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan arahan. Kata perintah boleh ditambah partikel lah di belakangnya. contoh Jangan Sila tolong Harap usah jemput Minta Contohnya: 1. Jangan tolak meja itu ke situ. 2. Silalah datang ke rumah saya jika ada masa lapang. 3. Tolong buang sampah ke dalam tong sampah. KATA SENDI y Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat. y Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat. Kata Sendi Penggunaannya Ayat Contoh akan/ kepada/ untuk menunjukkan emosi Adik sayang akan kucing. terhadap dan sikap bagi/untuk untuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain Pen itu dibeli untuk anaknya.

dari

untuk menunjukkan tempat dan masa untuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan untuk tempat untuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu untuk tempat dan benda konkrit untuk menunjukkan orang atau kata ganti diri untuk menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di- dan teruntuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu untuk menyatakan makna suatu jangka masa untuk menyatakan makna mengenai sesuatu

Mereka baru pulang dari Johor.

daripada

Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor.

di dengan

Di dalam dompet itu ada wang. Mak Jah ke klinik dengan anaknya.

hingga/ sampai ke kepada oleh

Dia bekerja hingga malam. Dia berjalan kaki sampai Ipoh. Kereta api menuju ke Padang Besar. Kes itu diserahkan kepada pihak polis. Buku itu dibaca oleh Salmi.

pada

Kereta api tiba pada pukul lima petang.

sejak tentang

Dia tidak makan sejak semalam. Beliau berucap tentang masalah penagihan dadah.

SINTAKSIS y y Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukumhukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Ayat y y y y Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat. Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsurunsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS). Predikat Ayat mengulangkaji tatabahasa ke sekolah amat rajin seorang usahawan Frasa Subjek Frasa Nama Frasa Nama Frasa Nama Frasa Nama Frasa Predikat Frasa Kerja Rumus Polo Ayat FN + FN

Subjek Ayat Ahmad Cikgu Fatimah Ah Chong Frasa y

Frasa Sendi Nama FN + FS Frasa Adjektif FN + FA Frasa Nama FN + FN

y y

Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predik at. Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS

Binaan Ayat y Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur. Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan y y y y Perhatikan ayat berikut: Pelajar itu membaca buku. Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku). Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain. Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut: Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)

Pola Ayat Dasar y y Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri. Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur -unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS). Predikat Ayat Frasa Subjek pengurus Frasa Nama sumber manusia budak pandai Frasa Nama Frasa Predikat Frasa Nama Frasa Adjektif Rumus Pola Ayat FN+FN FN+FA

Subjek Ayat Jamilah Atan

Вам также может понравиться