Вы находитесь на странице: 1из 2

KEPENTINGAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI

SUMBER

1. Kepelbagaian biologi atau biodiversitI sebagai satu sumber semula jadi. 2. Merujuk kepada pelbagai spesies haiwan dan tumbuhan. 3. Malaysia mempunyai hutan hujan tropika yang kaya dengan ribuan spesies tumbuhan seperti Tumbuhan menjalar Tumbuhan menumpang Tumbuhan memanjat Tumbuhan permukaan Tumbuhan saka 4. Keunikan tumbuhan ini ialah dari segi Bentuk daun Pelbagai warna Bentuk Keharuman bunga Serta buah-buahan pelbagai rasa. 5. Bunga Rafflesia yang terdapat di hutan Banjaran Crocker di Sabah adalah spesies bunga terbesar di Malaysia. 6. Keunikan ini menjadi tarikan kepada sektor ekopelancongan. 6. Manusia boleh mendapat pelbagai jenis makanan daripada hutan seperti buah-buahan, ulam-ulaman serta tumbuh-tumbuhan. 7. Pelbagai pokok herba menjadi sumber bahan perubatan tradisional seperti pokok tongkat ali,kacip fatimah dan hempedu bumi. 8. Dalam aspek fungsi ekosistem, tumbuhan hutan menyumbangkan gas oksigen ke dalam udara. 9. Hutan juga menjadi habitat haiwan liar seperti kera, gajah dan pelanduk. 10. Hutan hujan tropika di Malaysia mempunyai pelbagai spesies haiwan yang menjadi tarikan ekopelancongan. 11. Kumpulan burung yang unik seperti enggang dan merak, pelbagai spesies rama-rama, hidupan air seperti buaya dan labi-labi, dan hidupan liar seperti

harimau dan orang utan, mempunyai keunikan yang tersendiri kerana jarang terdapat di negara lain. 12. Keunikan dari segi bentuk badan, warna kulit atau bulu dan bunyi menjadi sumber untuk aktiviti kajian dan penyelidikan. 13. Haiwan yang berbagai- bagai jenis seperti rusa dan pelanduk menjadi sumber makanan manusia. 14. Di negara beriklim sejuk sederhana, memburu binatang menjadi pekerjaan sambilan semasa musim dingin untuk mendapatkan kulit dan bulu binatang 15. Bahan ini menjadi bahan mentah untuk industri membuat pakaian musim sejuk. KESAN PENEROKAAN KEPELBAGAIAN BIOLOGI TERHADAP ALAM SEKITAR

o Spesies hutan terjejas. -Penerokaan beberapa spesies hutan menjejaskan kepelbagaian biologi. Spesies pokok tertentu seperti jati, meranti, keruing dan merbau akan pupus. o Habitat haiwan terancam dan
spesies haiwan pupus. - Pemburuan hidupan liar untuk daging, gading, tanduk, dan kulit menjadikan spesies haiwan seperti rusa, gajah, dan badak semakin berkurangan. Habitat haiwan yang di teroka untuk pembangunan menyebabkan haiwan semakin pupus.

o Ekosistem
-

dan rantaian makanan terjejas. Pengambilan damar dan rotan menyebabkan spesies tersebut semakin pupus. Haiwan yang semakin berkurangan juga telah mengganggu keseimbangan rantai makanan.

the t.o.p joker

LANGKAH PENGURUSAN SUMBER KEPELBAGAIAN BIOLOGI 1. Di Malaysia, pelbagai usaha telah dijalankan untuk menguruskan kepelbagaian biologi . 2. Antaranya, dengan mengehadkan keluasan kawasan pembalakan. 3. Jabatan Perhutanan menyelia rawatan silvikultur dengan lebih kerap. 4. Penghutanan semula bagi menggantikan pokok yang telah ditebang. 5. Penubuhan agensi khas seperti o Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia o Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia o Jabatan Perlindungan Hidupan Liar o Persatuan Pencinta Alam o serta Taman Negara. 6. Selain itu, akta dan undang-undang perhutanan dan hidupan liar digubal. 7. Mewartakan lebih banyak hutan simpan, taman negara, hutan lipur dan rizab perlindungan haiwan bagi mengelakkan kepupusan biologi. 8. Penubuhan pasukan renjer hutan untuk menjaga hutan dan memantau segala aktiviti di dalam hutan. 9. Kempen kitar semula kertas juga dapat mengurangkan pembalakan dan penebangan pokok untuk membuat kertas. 10. Pembalakan alternatif seperti penggunaan kayu getah bagi menggantikan kayu yang lain dapat mengurangkan penebangan hutan. 11. Mengehadkan lesen bagi memburu hidupan liar yang hampir pupus seperti kucing hutan, tenggiling dan tapir. 12. Pendidikan tentang kepentingan kepelbagaian biologi kepada anggota masyarakat. 13. Kempen pemeliharaan hutan di peringkat antarabangsa dijalankan melalui perayaan Hari Perhutanan

Sedunia atau Hari Bumi Sedunia yang diadakan setiap 22 April setiap tahun.

the t.o.p joker

Вам также может понравиться