Вы находитесь на странице: 1из 1

Cabaran Yang Dihadapi

Antaranya kekurangan pegawai dan juga kakitangan masjid. Ini disebabkan berlakunya kematian dan persaraan pegawai dan kakitangan masjid kerana remaja sekarang kurang berminat untuk menceburi bidang ugama. Pihak masjid telah berusaha sedaya upaya untuk mengisi kekosongan ini dengan mengeluarkan iklan bagi mendapatkan pegawai dan kakitangan baru. Dengan kekurangan tenaga kerja, aktiviti kerohanian dan kemasyarakatan tidak dapat berjalan dengan lancar. Masalah lain yang selalu menganggu kelancaran aktiviti masjid ialah kekurangan peralatan yang canggih dan terkini. Buat masa sekarang pihak Masjid Zahir hanya dilengkapi dengan 3 unit computer dan 2 darinya adalah dari jenis model lama yang tidak mampu berfungsi dengan baik. Pihak masjid juga tidak memiliki LCD atau projector. Ini menyusahkan pihak masjid kerana harus meminjam kepada JAIK jika hendak melakukan kuliah atau ceramah secara interaktif.

Вам также может понравиться