Академический Документы
Профессиональный Документы
Культура Документы
Dua jenis batu enapan: limey shale dilapis dengan batu kapur. Dataran Cumberland, Tennessee. Batuan enapan merupakan salah satu dari tiga jenis bentuk kumpulan batu (yang lain adalah batu igneous dan metamorf). Batu yang terbentuk dari enapan melitupi 75% daripada tanah daratan Bumi, dan termasuk jenis biasa seperti kapur, batu kapur, dolomit, batu pasir dan syal. Batu enapan dikelaskan menurut sumber enapan mereka, dan biasanya adalah:
batu klastik terbentuk dari serpihan yang pecah dari batu asal, melalui o luluhawa di situ atau o hakisan oleh air, air batu atau angin, diikuti oleh hanyutan mendapan, sering kali melalui apungan, ke tempat ia mendak; aktiviti biogenik; atau mendakan dari sebatian.
Mendakan ini kemudiannya mengeras dan bertukar menjadi batu melalui proses pembatuan.
Pembentukan
Batuan endapan terbentuk akibat tekanan litostatik kerana zarah-zarah endapan dilonggokkan oleh udara, air batu, angin, atau aliran air yang membawa zarah-zarah yang terapung. Ketika pemendapan endapan meningkat, tekanan melampau (atau 'litostatik') menekan endapan menjadi lapisan keras dalam proses yang dikenali sebagai pembatuan ('pembentukan batu') dan cecair tersekap asal disingkirkan. Istilah diagenesis digunakan bagi menggambarkan kesemua pertukaran kimia, fizikal, dan biologi, termasuk penyimenan yang dilalui oleh mendakan selepas mendapan awal dan semasa dan selepas pembatuannya, kecuali luluhawa permukaan.
Batuan enapan mendap dalam bentuk lapisan yang dipanggil strata. Setiap lapisan baru akan mendap secara mendatar di atas lapisan lama dalam satu proses yang dipanggil "pertindihan". Biasanya terdapat celah antara lapisan yang dipanggil ketakselanjaran. Ini mewakili sela masa yang tiada mendapan baru, ataupun apabila lapisan endapan lebih tinggi dari aras laut dan terhakis. Batuan enapan mengandungi maklumat yang penting tentang sejarah Bumi. Batuan ini mengandungi fosil, tinggalan tumbuhan dan haiwan lama yang terawet. Batuan enapan boleh memelihara fosil kerana ia terbentuk pada suhu dan tekanan yang tidak menghancurkan saki-baki fosil, tidak seperti batu igneus atau metamorf. Komposisi endapan pula memberikan petunjuk mengenai batu yang asal, sementara perbezaan antara lapisan yang berturut menandakan perubahan persekitaran yang berlaku. Batuan enapan meliputi kawasan yang luas pada benua kerak Bumi, namun peratusan batuan enapan sebenarnya cuma lima peratus. Selebihnya, di bawah lapisan batuan enapan yang nipis ini, adalah batu igneus dan metamorf.
Pengelasan
Batu enapan dikelaskan kepada tiga kumpulan. Kumpulan ini adalah klastik, mendakan kimia dan biokimia atau biogen.
Gunung berapi terdapat dalam beberapa bentuk sepanjang kitaran hayatnya. Gunung berapi yang aktif mungkin bertukar menjadi separuh aktif, menjadi pendam, sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati. Bagaimanapun gunung berapi mampu menjadi pendam selama tempoh 200 tahun sebelum bertukar menjadi aktif semula. Oleh itu, sukar untuk menentukan keadaan sebenar sesuatu gunung gunung berapi, samada ia dalam tempoh pendam atau telah mati.
Gunung berapi hidup adalah aktif dan sering meletus. Gunung berapi ini sentiasa mengeluarkan asap dan diikuti dengan gegaran kecil sekali sekala. Gunung berapi jenis ini seperti Gunung Etna di Itali, Mauna Loa di Hawaii dan Gunung Stromboli di Itali. Kira-kira 500 buah gunung berapi yang aktif terdapat di seluruh dunia. Lebih separuh daripada 500 buah gunung berapi yang aktif terletak di sekitar Lautan Pasifik yang dipanggil sebagai "Lingkaran Api Pasifik". Indonesia yang terletak di Lautan Pasifik mempunyai gunung berapi aktif paling banyak. Sejak tahun 1800, sebanyak 600 letusan gunung berapi telah direkodkan daripada 70 buah gunung berapi. Di Amerika Tengah mempunyai 60 buah gunung berapi aktif. Gunung berapi juga terdapat di Rusia, Jepun, Afrika, Iceland. Itali dan kawasan lain.
Gunung berapi ini pernah meletus dan terpendam dalam satu jangka masa. Gunung berapi ini akan meletus semula dalam jangka masa yang panjang. Gunung berapi ini dikenali sebagai gunung berapi "tidur". o contoh: Gunung Pinatubo terpendam kira-kira 610 tahun telah meletus pada 13 Jun 1991. Gunung Vesuvius di Itali dan Gunung Fuji di Jepun.
Gunung berapi ini tidak aktif dan tidak akan meletus lagi. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk mempastikan sama ada gunung berapi itu pendam atau mati. Ini disebabkan tempoh yang lama antara sesuatu letusan gunung berapi itu yang boleh mencapai sehingga tempoh 610 tahun. o contoh: Gunung Kenya di Kenya dan Gunung Kilimanjaro di Alaska.
Gunung berapi.
Oleh Mohamed Yosri Mohamed Yong
Bagi penduduk Malaysia, kita beruntung disebabkan kita berada jauh daripada kawasan gunung berapi. Malaysia tidak terdedah kepada ancaman bencana alam gunung berapi, bagaimanapun kita perlu tahu mengenai gunung berapi untuk memahami bumi dan alam sekitar kita. Selain itu, negara Indonesia yang merupakan jiran Malaysia, turut mempunyai beberapa gunung berapi yang aktif. Gunung berapi terdapat di seluruh dunia, tetapi lokasi gunung berapi yang paling dikenali adalah gunung berapi yang berada di sepanjang lingkaran Cincin Api Pasifik. "Pacific Ring of Fire". Lingkaran Cincin Api Pasifik merupakan sempadan pertembungan antara dua plak tetonik.
Lingkaran Cincin Api Pasifik terletak sepanjang pantai barat Tengah dan Selatan Amerika, Jepun, dan Filipina, merentasi New Zealand, ke lautan Atlantik. Gunung berapi juga wujud di tengah laut sepanjang rabung laut. Rabung Tengah Atlantik merupakan contoh gunung berapi dasar laut. Apabila gunung berapi dasar laut ini meletus, lava mengalir keluar dan membentuk dasar lautan. Gunung berapi juga boleh terbentuk selain dari di kawasan sempadan plat tetonik, sebagai contohnya gunung berapi Hawai.
Gunung berapi terdapat dalam beberapa bentuk sepanjang kitaran hayatnya. Gunung berapi yang aktif mungkin bertukar menjadi separuh aktif, menjadi pendam, sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati. Bagaimanapun gunung berapi mampu menjadi pendam selama tempoh 610 tahun sebelum bertukar menjadi aktif semula. Oleh itu, sukar untuk menentukan keadaan sebenar sesuatu gunung berapi itu, samada ia dalam tempoh pendam atau telah mati.
Gunung berapi mampu menyebabkan banyak kerosakan harta benda apabila ia meletus. Bagaimanapun, secara amnya tanah di sekitar gunung berapi menjadi amat subur dan sesuai untuk tanaman Oleh itu, ramai manusia yang menyambung nyawa untuk menetap berhampiran dengan gunung berapi untuk mengusahakan tanaman bagi menyara hidup mereka. Oleh itu amatlah penting bagi manusia untuk cuba menjangkakan bila gunung berapi akan meletus. Apabila sesebuah gunung berapi itu meletus pelbagai jenis batu dan debu dihasilkan yang dikenali dengan pelbagai nama, antaranya adalah gas, abu, lapilli dan bom. Lapilli adalah bahan-bahan pepejal yang mempunyai diameter antara 4-32 mm. Manakala bom pula adalah pepejal yang lebih kasar daripada 32mm.
Gunung berapi lava bes Gunung berapi komposit Gunung berapi abu dan sinder
Sil
Sil adalah batuan igneus yang berkedudukannya selari dengan rataan lapis. Sil mempunyai ketebalan berbeza-beza dari beberapa meter. Sil yang mengalami penggondolan akan membentuk air terjun atau jeram jika ia merentasi sungai. Sil yang besar mungkin membentuk penara. Contoh, Great Whim Sil di Northumberland, England.
Daik
Merupakan batuan jalar dalam yang terbentuk kerana magma yang menaik telah membeku di dalam rekahan batuan. Biasanya ia bersudut tepat dengan rataan lapis dan terbentuk tembok tegak. Daik yang terdedah membentuk rabung atau permatang yang kukuh. Daik juga mewujudkan air terjun atau jeram di dalam sungai dan membentuk tebing tinggi di pinggir laut. Contohnya, pantai selatan Cheng Chau di Hong Kong.
Batolitos
Adalah bentuk batuan jalar dalam yang sangat besar dan terletak paling jauh dari permukaan bumi. Batolitos yang terdedah akan membentuk banjaran gunung yang besar, penara dan bukit-bukit terpencil. Contohnya, Dartmoor Dome di England dan Gunung
Lakolitos
Berbentuk kubah dan terdapat selari dengan rataan lapis. Jika terdedah akan membentuk bukit bulat yang rendah. Contohnya, Gunung Henry di Utara Amerika Syarikat.
Lapolitos
Terbentuk daripada magma jalar dalam yang telah membeku di dalam kerak bumi secara mendatar dan membentuk piring. Bahagian atas di sebelah tengah lapolit ini membentuk satu lembangan cetek. Contohnya, Bushreld Compleks di Transvaal Afrika Selatan.
Paklitos
Berbentuk seperti kanta dan terjadi secara mendatar di antara lapisan lipatan batuan di puncak lintap mungkum atau di bawah bahagian lintap lendut. Contohnya, Bukit Corndon di England.
Peralatan geofizikal. o Graft gempa (Seismograf) o Meter Sendeng "Tiltmeter" o Pengukur graviti "Gravitimeter" o Pengukur magnetik "Megnometer". o Pengawasan infra-merah. Secara kimia.
Aliran lava Letusan gunung berapi. Aliran lumpur Abu Kebakaran Gas beracun Gelombang tsunami Gempa bumi
terbentuk daripada aktiviti gunung berapi yang terletak di Rabung Tengah Atlantik. Gunung berapi ini mengeluarkan magma, dengan itu membentuk kepulauan yang boleh didiami oleh manusia.
Langkah berjaga-jaga.
Bagi mereka yang tinggal berhampiran dengan gunung berapi, mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi letusan gunung berapi. Semua bangunan baru mestilah dibina pada lokasi tanah tinggi dan bukannya dicelah lereng yang akan menjadi laluan lava atau banjir lumpur. Bangunan tersebut juga mestilah tahan gempa bumi. Sistem amaran awal perlu di pasang dan dikendalikan secara berterusan. Penduduk sekitar perlu mematuhi sistem amaran awal dan mesti sanggup berpindah keluar bandar sekiranya diminta berbuat demikian. Penduduk mestilah mempunyai perancangan awal dan menyimpan peralatan kecermasan seperti peta, lampu picit, dan bekalan perubatan. Mereka juga perlu tahu tempat yang perlu di tuju sekiranya diminta berpindah keluar dari bandar tersebut.
Gunung berapi lava asid Gunung berapi lava bes Gunung berapi komposit Gunung berapi abu dan sinder
letusan gunung berapi amat kuat. lava sangat likat dan mengalir dengan perlahan. mempunyai cerun yang curam. o contoh: Gunung Vesuvius di Itali.
mempunyai cerun yang landai. lava sangat panas dan cair. lava mengalir dengan laju. o contoh: Gunung Mauna Loa di Hawai.
dikenali sebagai stratokun. kon utama terbina daripada abu dan lava. kon-kon kecil terbentuk di cerun-cerun kon utama. kon-kon kecil dinamakan kon parasit. o contoh: Gunung berapi Fuji di Jepun, Gunung Mayon di Filipina.
terbentuk daripada letupan yang sangat kuat. mengeluarkan bahan piroklas seperti lapilli, abu, bom, serpihan kecil dan gas. bahan piroklas akan jatuh di sekitar lohong dan membentuk cerun yang curam. o contoh: Gunung berapi Paricutin di Mexico.