Вы находитесь на странице: 1из 5

1.6.

1 ANALISA TEMUBUAL / KAJIAN

Dari hasil kajian kami didapati peratusan lelaki iaitu 60 % berbanding perempuan iaitu 40 % sahaja. Ini menunjukkan lelaki lebih berminat mengunjungi ke restoran kami dan perempuan kurang berminat mengunjungi ke restoran kami. Dari segi umur didapati pada umur 16 26 tahun adalah peratus tertinggi iaitu 50 %berbanding pada umur 27 tahun ke atas adalah peratus paling terendah yang berkemungkinan akan mengunjungi ke restoran kami. Peratusan untuk kategori pekerjaan peratusan tertinggi yang di catatkan adalah pelajar iaitu 40 % minat untuk mengunjungi restoran berbanding pekerjaan yang lain,seperti persendirian iaitu 20 % kerajaan dan swasta iaitu 15 % dan bersara iaitu 10%. Dari segi kategori status,didapati status bujang adalah peratus tertinggi iaitu 60 % berbanding status duda yang kurang berminat berkunjung ke restoran kami. Selain itu,bagi kategori bangsa pula,bangsa melayu telah menunjukkan peratus tertinggi iaitu 70 % yang akan mengunjung ke restoran kami berbanding bangsa bangsa lain. Peratusan bagi taraf pendidikan,menunjukkan golongan diploma paling tertinggi iaitu 55 % yang mengunjung ke restoran kami berbanding golongan taraf pendidikan yang lain. Dari segi pendapatan telah menunjukkan responden yang berpendapatan RM 1000.00 RM 2000.00 mencatat peratusan yang tertinggi sebanyak 35 %,peratusan yang terendah adalah pendapatan RM 3000.00 ke atas iaitu 15 % sahaja. Di dapati 70 % kebanyakan orang ramai telah bersetuju sekiranya kami menyediakan perkhidmatan catering dan kemudahan ala carte berbanding hanya 30 % sahaja yang mencatitkan tidak bg perkhidmatan catering dan ala carte. Perkhidmatan buffet pula,di dapati kebanyakan mencatitkan ya untuk perkhidmatan buffet iaitu 60 %. Ini menunjukkan orang ramai bersetuju dengan perkhidmatan buffetdi restoran kami. Dari segi penawaran harga juga penting dalam menubuhkan sebuah restoran.Dari hasil kajian,didapati 95 % orang telah bersetuju sekiranya restoran kami membuat penawaran harga yang berpatutan. Restoran kami akan menyediakan harga berkompotitif dan tidak menjejaskan modal syarikat.

Restoran kami akan menyediakan kemudahan keselamatan kerana di dapati 90 % telah bersetuju sekiranya kami menyediakan kemudahan keselamatan berbanding hanya 10 % sahaja tidak bersetuju. Selain itu, kami juga menyediakan kemudahan tempat letak kereta dan tandas kerana di dapati 85 % bersetuju kemudahan tempat letak kereta dan tandas disediakan untuk keselesaan dan kemudahan orang ramai yang akan berkunjung ke restoran kami. Dari analisa yang telah kami kaji lebih ramai yang berminat berkonsep masakan kampung di restoran kami.Di dapati 70 % kebanyakan catatkan bersetuju untuk konsep masakan kampung,maka 30 % lagi tidak bersetuju. Orang ramai lebih gemar makan makanan masakan kampung di restoran kami.

OBJEKTIF PROJEK
Terdapat beberapa objektif utama yang ingin di capai iaitu dengan memperkenalkan masakan melayu untuk generasi zaman sekarang.antara objektif lain ialah restoran kami menyediakan pakej makanan yang berkualiti,sedap dan segar pada harga yang berpatutan bagi mengikut kepuasan pelanggan.dengan menggunakan konsep tradisional restoran. Kami memperkenalkan masakan melayu untuk pelancong luar yang kurang mengetahui makanan melayu tradisi.selain itu,restoran juga boleh menyediakan hiburan untuk pelanggan seperti karaoke dan tarian tradisional bagi tujuan untuk menghiburkan dan menarik minat pelanggan untuk mengunjungi di restoran kami.

PERANCANGAN PROJEK
Kami memperuntukan masa selama 5 tahun untuk melihat kesan yang ditunjukan dari implimentasi rancangan pemasaran yang disediakan. Bagi memastikan 2 objektif di atas tercapai, kami akan memberi penekanan terhadap :1. Rombakan penawaran yang sedia ada. Ini dimana tiga pakej baru disediakan iaitu sarapan pagi, minum petang dan pakej perkelahan. 2. Penetapan harga makanan yang berpatutan dan tidak menjejaskan pendapatan syarikat. 3. Strategi sebaran maklumat melalui kerjasama syarikat pengangkutan awam dan agensi pelancongan. 4. Mengiklankan pakej restoran melalui Yellow pages dan mewujudkan laman web sendiri. 5. Menggunakan sebaran maklumat melalui edisi akhbar tempatan. 6. Menyediakan kemudahan tempahan.

`ISI KANDUNGAN
HALAMAN PERAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK BAHAGIAN 1 :PENGENALAN 1.1 Pengenalan Projek 1.2 Latar Belakang Projek 1.3 Objektif Projek 1.4 Perangcangan Projek 1.5 Skop Projek 1.5.1Tugasan Yang Terlibat 1.6 Penyataan Masalah 1.6.1 Analisa Temubual/Kajian 1.7 Faedah Projek BAHAGIAN 2 : KAJIAN LITERATURE 2.1 Kajian /Contoh Projek Terdahulu 2.1.1 Restoran Paksu Corner,Shah Alam 2.1.2 Restoran Tasik Indah ,Shah Alam BAHAGIAN 3 : PROSES PEMBANGUNAN PROJEK 3.1 Cadangan Organisasi Kumpulan

3.1.1 Carta Organisasi Kumpulan 3.2 Penerangan Projek 3.2.1 Spesifikasi Projek 3.2.2 Keperluan Projek 3.2.3 Carta Organisasi Mengikut Operasi Dapur 3.3 Kelebihan Dan Kelemahan Projek 3.3.1 Kelebihan Projek 3.3.2 Kelemahan Projek 3.4 Pelan Lokasi/Susun Atur Kawasan Projek 3.5 Kemudahan Dan Persekitaran Restoran BAHAGIAN 4 : PENUTUP 4.1 kesimpulan / rumusan RUJUKAN LAMPIRAN

Вам также может понравиться