Вы находитесь на странице: 1из 13

AKHLAK ISLAM, KONSEP DAN KEPENTINGANNYA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

PENGHARGAAN

lhamdulillah, kami memanjatkan puji-pujian kepada Allah SWT, Tuhan dan Pemilik bagi sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar , Nabi Muahmmad SAW, ahli

keluarga dan sahabat baginda, juga buat pencipta kebenaran di sepanjang zaman. Kami sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana akhirnya kertas kerja ini dapat disiapkan dengan jayanya pada tarikh yang ditetapkan. Kami ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah CTU101 kami, ..kerana membantu menyiapkan kertas kerja ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih diatas kerjasama yang utuh dan padu yang diberikan oleh rakan-rakan dalam melancarkan proses penyiapan kertas kerja ini. dan memberi tunjuk ajar kepada kami dalam

AKHLAK ISLAM, KONSEP DAN KEPENTINGANNYA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

ISI KANDUNGAN

Penghargaan.1 Isi Kandungan......2 Pendahuluan.3 Kandungan isi:

Pengertian & Ciri Utama Akhlak....4 Kategori Akhlak...5 Konsep Akhlak Islam...6-9

Skop Akhlak Islam10

Kepentingan Akhlak Islam11

Kesimpulan12 Bibliografi..13
2

AKHLAK ISLAM, KONSEP DAN KEPENTINGANNYA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

PENDAHULUAN
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum, Manusia adalah makhluk ciptaan Allah S.W.T. Mereka dijadikan sebagai khalifah dan hambaNya yang akan melaksanakan segala kehendak dan perancanganNya di muka bumi. Segala yang ada padanya adalah milik Allah swt termasuk hidup, mati, tenaga, kekuatan memahami, rezeki, perjuangan, kebaktian, keseronokan, sahabat, musuh,anak, isteri, harta benda dan sebagainya. Semuanya dilakukan demi untuk Allah swt1. Sebagai seorang hamba, manusia hanyalah perlu sujud, menyembah dan mengagungkan Allah S.W.T dengan taat, patuh, menyerahkan diri dan menyucikanNya daripada perkara syirik dan penyamaaan selain daripadaNya. Mengabdikan diri dengan sujud dan sembah inilah merupakan watak manusia yang dikasihi Allah swt, malah itulah tujuan mengapa Allah swt mejadikan manusia. Proses pembentukan pribadi sesebuah masyarakat atau individu sama seperti proses membina sebuah bangunan. Kalau dalam pembinaan bangunan asasnya disiapkan dahulu begitu juga dengan membentuk masyarakat mesti dimulakan dengan pembinaan asasnya terlebih dahulu. Peribadi muslim ialah peribadi yang tersendiri yang terbentuk dari latihan-latihan melalui ibadat. Dalam seluruh peribadatan, keikhlasan menjadi seri pati yang amat di kehendaki.

PENGERTIAN & CIRI UTAMA AKHLAK


1

(Haron, Manusia dan Islam, 1988: 17)


3

AKHLAK ISLAM, KONSEP DAN KEPENTINGANNYA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Akhlak adalah perkataaan Arab iaitu kata jamak dari perkataan al-khuluq yang bermaksud budi pekerti, tingkah laku dan tabiat2. Dari sudut istilah, Imam al-Ghazali mendefinasikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuknya perbuatan dengan muda tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Apabila keadaan jiwa tersebut terbit perbuata yang baik dan terpuji menurut akal dan syariah, ia dinamakan akhlak yang baik. Sekiranya yang keluar itu perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk. 3

Akhlak haruslah mempunyai tiga ciri utama iaitu; Aspek batin atau keadaan dalaman (jiwa) seseorang yang menjadi tenaga penggerak kepada pembentukan tingkah laku luaran
Aspek luaran atau tingkah laku sendiri, yang dilakukan bukan kerana tekanan emosi,

desaka atau tekanan dari pihak luar yang bersifat paksaan dan sebagainya. Perbuatan-perbuatan tersebut dilakukan secara berterusan hingga menjadi kebiasaan dan darah daging kepada seseorang.

Akhlak dalam Islam adalah tindakan yang merangkumi aspek lahiriah dan batiniah seseorang.
Aspek lahiriah seseorang melibatkan laku perbuatan seseorang. Aspek batiniah pula merupakan keadaan dalaman (spiritual) seseorang. Dengan kata

lain, aspek batiniah ialah keimanan dan ketakwaan yang ada dalam diri seseorang sehingga mereka melakukan sesuatu berdasarkan suruhan iman dan takwa tersebut.

KATEGORI AKHLAK
2 3

( Mustafa Hj Daud, 1996:4) (Tk. H Ismail Yakub, Jld 4, 1988:143)

AKHLAK ISLAM, KONSEP DAN KEPENTINGANNYA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu perlakuan baik dan perlakuan buruk. Perlakuan baik apabila mereka melakukan perbuatan yang mencirikan akhlak atau sifat mahmudah (terpuji). Perlakuan buruk pula terhasil apabila melakukan sesuatu perkara yang mencirikan akhlak atau sifat mazmumah (keji).

Akhlak Mahmudah
Akhlak mahmudah adalah akhlak yang dituntut dalam Islam. Merupakan segala bentuk kebaikan yang dilakukan oleh manusia daripada sekecil-kecil perbuatan sehinggalah sebesarbesar perlakuan dalam hidup seperti keimanan yang mutlak kepada Allah SWT seperti taqwa, insan, benar dan sebagainya.

Akhlak Mazmumah
Akhlak mazmumah adalah akhlak yang keji dan cela sebagai lawan kepada akhlak mahmudah. Ia merupakan segala bentuk perlakuan, sifat, tabiat dan perangai buruk yang dicela oleh syarak. Sifat-sifat tersebut ialah syirik, derhaka kepada ibu bapa khianat dan sebagainya. (Abdullah, 2007)

KONSEP AKHLAK ISLAM


5

AKHLAK ISLAM, KONSEP DAN KEPENTINGANNYA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Walaupun manusia boleh dipisahkan daripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan juga boleh dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, tetapi tidak boleh dipisahkan dengan akhlak atau moral. Ini kerana setiap perbuatan, amalan atau tindakan yang diambil tidak terlepas atau terkeluar daripada lingkungan hukuman sama ada terhadap dirinya atau orang lain ataupun benda lain iaitu adakah baik atau tidak segala tindakan tersebut. Jika baik jawapannya perkara itu akan dilakukan tetapi jika jahat perkara itu akan ditinggalkan. Itulah akhlak yang baik. Tetapi jika sebaliknya yang dilakukan itulah akhlak yang buruk. Dari sini ternyata kedudukan akhlak dalam kehidupan manusia sehingga di kalangan orang yang tidak bermoral mereka merasakan perlu adanya suatu akhlak yang diakui bersama oleh mereka supaya dapat mengatur kehidupan yang lebih baik menurut pandangan mereka. Islam merangkumi aqidah, dan syariat itu mengandungi roh akhlak. Akhlak adalah roh kepada risalah Islam sementara syariat adalah lembaga jelmaan daripada roh tersebut. Ini bererti Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak mempunyai isi, atau jasad yang tidak bernyawa. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Islam itu akhlak yang baik". Begitu juga sabda Baginda yang bermaksud : "Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang mulia." Konsep-konsep akhlak islam ialah:

Akhlak Islam pembentukan hubungan baik sesama manusia serta alam seluruhnya. Sebagai contoh, menyembelih binatang untuk dimakan disyaratkan pisau yang tajam supaya tidak menyeksa binatang.

Akhlak Islam bersumberkan wahyu daripada Allah dan tidak bersifat subjektif. Sedangkan nilai moral adalah sesuatu yang berdasarkan akal fikiran manusia dan bersifat subjektif. Oleh sebab itu, bagi sesetengah masyarakat hubungan seks lelaki dengan wanita itu sesuatu yang bermoral jika kedua-duanya bersetuju dan dianggap salah atau tidak bermoral apabila salah seorang tidak bersetuju.
6

AKHLAK ISLAM, KONSEP DAN KEPENTINGANNYA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Menurut Ataullah Siddiqui (1997), untuk memahami konsep akhlak Islam dengan lebih jelas, empat aspek yang digariskan oleh al-Quran dan al-hadis iaitu Iman, Islam, Takwa dan Ihsan hendaklah difahami dengan betul.

Iman berasal daripada bahasa Arab yang akarnya ialah amana bererti berada dalam aman atau berada dalam selamat. Iman membawa maksud kepercayaan, tunduk, patuh serta pengakuan hati dan lidah disertai amalan anggota badan.

Dalam Islam, apabila manusia beriman kepada Allah, dia akan tunduk dan patuh kepada segala suruhan-Nya sama ada menerusi hati atau ucapannya. Kepatuhan ini pula dibuktikan dengan perbuatan anggota badan seperti sembahyang, puasa, menunaikan haji, bersedekah, berzikir dan sebagainya. Konsep iman ialah membenarkan dengan hati dan berikrar dengan lisan serta beramal dengan ajaran Allah dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Seseorang beriman mesti membabitkan tiga unsur iaitu mengakui dalam hati bahawa Islam adalah agama benar, menyatakan dengan lidahnya bahawa Islam adalah agama yang benar dan mengamalkan ajaran terkandung dalam syariah Islam. Apabila individu mempunyai iman yang mantap kepada Allah, maka secara tidak langsung dia akan terdorong untuk melahirkan amalan dan ahklak bersesuaian dengan keimanannya. Iman tidak hanya terpendam di dalam jiwa tetapi perlu direalisasikan melalui gerak laku dan amalan dalam kehidupan. Sebagai contoh, apabila manusia beriman dan percaya akan adanya Allah, dia akan berusaha untuk melakukan apa yang disuruh dan menjauhkan apa yang dilarang-Nya. Begitu juga individu yang percaya dan yakin akan adanya hari pembalasan akan melakukan perkara baik dan berusaha mengelakkan diri daripada melakukan perkara membawa dosa.

Islam daripada perkataan bahasa Arab yang kata akarnya ialah sa-li-ma yang bererti tulen dan suci daripada sebarang kecacatan zahir dan batin, damai, aman dan sejahtera, taat serta menyerah. Dari segi istilah pula, Islam bermaksud mentauhidkan (mengesakan)

AKHLAK ISLAM, KONSEP DAN KEPENTINGANNYA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Allah, patuh, tunduk dan jujur hati kepada-Nya serta beriman dengan ajaran-Nya yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Konsep Islam antara lainnya ialah mentauhidkan Allah, patuh, tunduk dan jujur hati kepadaNya serta beriman kepada ajaran Allah dibawa oleh Nabi Muhammad, mengakui keesaan Allah, melaksanakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya dan mengerjakan dengan sempurna semua rukun Islam yang difardukan serta ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Islam bukan agama yang menyentuh soal ritual semata-mata seperti amalan sembahyang, zakat, beribadat di masjid dan sebagainya tetapi agama ini mencakupi pelbagai aspek kehidupan manusia. Soal akhlak atau etika sangat ditekankan dalam segenap aspek kehidupan manusia seperti ekonomi, politik, sosial, perundangan dan sebagainya.

Takwa bererti melindungi atau memelihara. Menurut istilah syarak pula takwa bermaksud melindungi atau memelihara diri daripada bahaya atau keburukan serta menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah seperti berbohong, khianat, mencuri, membunuh dan menipu.

Takwa satu pemangkin kepada manusia untuk melakukan perkara berakhlak dan menepati kehendak agama. Individu yang bertakwa mulia di sisi Tuhannya. Dengan kata lain, apa yang menjadi ukuran kemuliaan individu ialah sifat takwanya bukannya melihat kepada darjat, pangkat, keturunan, kekayaan atau bangsa individu itu sendiri.

Ihsan bermakna sesuai, cantik, tersusun dan sesuatu yang baik. Dari segi istilah syarak pula, ihsan bermaksud mengelokkan perbuatan zahir dengan ibadah dan perbuatan batin dengan keikhlasan.

Konsep ihsan ialah melakukan ibadah dengan khusyuk, ikhlas dan yakin bahawa Allah sentiasa mengawasi apa yang dilakukannya, melakukan ibadah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah, melakukan ibadah dengan teratur dan sempurna, rasa nikmat dan keseronokan ketika melakukan ibadat dan sentiasa mengingati Allah dan memuji-Nya dan menyedari Allah sentiasa mengawasinya.
8

AKHLAK ISLAM, KONSEP DAN KEPENTINGANNYA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Konsep ihsan ialah kemuncak kepada akhlak Islam. Pati sifat ihsan pula ialah kecintaan kepada Allah. Apabila individu mempunyai sifat ihsan atau kecintaan yang ikhlas kepada Allah, dia akan melakukan perkara yang disuruh dan mengelak daripada perkara dilarang serta dimurkai. Ihsan juga menyebabkan manusia menyedari dan menginsafi bahawa apa saja perlakuannya sentiasa diperhatikan oleh Allah. Contohnya, individu yang berpuasa tidak akan mencuri-curi makan atau minum kerana ia yakin Allah sentiasa memerhatikan gerak-gerinya. Justeru, sifat ihsan dapat mengawal akhlak dan peribadi individu.

SKOP AKHLAK ISLAM


Skop akhlak Islam adalah luas merangkumi segenap perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia sama ada hubungan manusia dengan Allah, hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan makhluk lain. a) Akhlak dengan Allah - Antara ciri-ciri penting akhlak manusia dengan Allah swt ialah :
9

AKHLAK ISLAM, KONSEP DAN KEPENTINGANNYA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Beriman kepada Allah : iaitu mengakui, mempercayai dan meyakini bahawa Allah itu wujud serta beriman dengan rukun-rukunnya dan melaksanakan tuntutan-tuntutan di samping meninggalkan sebarang sifat atau bentuk syirik terhadapnya.

Beribadah atau mengabdikan diri, tunduk, taat dan patuh kepada Allah : iaitu melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya dengan ikhlas semata-mata kerana Allah swt.

Sentiasa bertaubat dengan tuhannya : iaitu apabila seseorang mukmin itu terlupa atau jatuh kepada kecuaian dan kesilapan yang tidak seharusnya berlaku lalu ia segera sedar dan insaf lalu meminta taubat atas kecuaiannya.

Mencari keredhaan Tuhannya : iaitu sentiasa mengharapkan Allah dalam segala usaha dan amalannya. Segala gerak geri hidupnya hanyalah untuk mencapai keredhaan Allah dan bukannya mengharapkan keredhaan manusia walaupun kadang kala terpaksa membuat sesuatu kerja yang menyebabkan kemarahan manusia.

KEPENTINGAN AKHLAK ISLAM

Islam telah mengingatkan kepada umatnya mengenai pentingnya memelihara akhlak dan mengamalkan nilai-nilai mulia dalam kehidupan seharian kita dan sebagai hamba yang taat kepada perintah Allah s.w.t., sama sekali kita tidak dibenarkan melakukan sebarang

10

AKHLAK ISLAM, KONSEP DAN KEPENTINGANNYA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

kemungkaran, kemaksiatan, kekejian dan seumpamanya kerana ia merupakan satu tegahan yang nyata. Selain itu, kelakuan yang baik adalah amat diperlukan. Kebaikan yang digesa dan diserukan oleh Allah S.W.T ialah merangkumi segala amalan soleh. Contohnya, mentaati Allah S.W.T, beriman kepada Allah S.W.T dan mengamalkan sifat-sifat kemuliaan.Naluri atau tabiat semulajadi manusia yang bersih akan menuju kebaikan Kerana kebaikan itulah kesempurnaan diri insan yang dituntut dan dirasakan kebahagiaannya.(Hufy, 1978) Di samping itu, melahirkan masyarakat yang berakhlak, dalam mewujudkan sesuatu masyarakat yang adil dan sebuah negara yang aman dan makmur, perlu terlebih dahulu membina individu berkeperibadian Islam. Pembinaan individu Muslim mesti diusahakan menurut kehendak Allah. Hakikatnya, ketaatan seorang Muslim kepada segala perintah Allah bukan suatu perkara baru kerana kewajipan ini disyariatkan sejak diutuskan manusia pertama di dunia.

Kepatuhan dan ketaatan yang hakiki akan mengetepikan segala pengaruh luaran sekalipun secocok dengan kehendak hawa nafsunya. Secara umumnya, ukuran keimanan seseorang Muslim dinilai daripada tahap kepatuhannya serta pelaksanaan terhadap segala perintah Allah. Secara asasnya, Islam adalah satu penyerahan yang tuntas kepada hukum Allah dan sunnah rasul-Nya. Tanpa ketaatan mutlak, tidak ada sebarang justifikasi yang menjadi petunjuk bahawa wujudnya Islam pada diri seseorang.

KESIMPULAN
Kesimpulannya, ibadah dalam pengertian umum adalah menjalani kehidupan untuk memperolehi keredhaan Allah S.W.T dengan mentaati syariatNya dan semua perbuatan yang di izinkan oleh Allah S.W.T. Seorang muslim yang beriman ialah seorang yang menghadapkan seluruh jiwa kalbunya kehadrat Ilahi dengan disaksikan deria ketaqwaan kepada-Nya, di samping keinginan mencari
11

AKHLAK ISLAM, KONSEP DAN KEPENTINGANNYA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

petunjuk dan memohon taufik serta hidayah demi meraih kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Segala yang diperintahkan oleh Allah S.W.T pasti mempunyai manfaat kepada manusia. Justeru, baik sekali sekiranya manusia mengkaji dengan teliti dan mendapatkan hikmah dari ibadah yang diperintahkan untuk melakukannya. Setiap muslim wajib menginsafi kekurangan diri dan berusaha untuk menjadi tonggak utama kepada agama, bangsa dan negara dalam aspek keperibadian unggul dan sekaligus dapat mengatur langkah ke hadapan untuk memahat sejarah mencipta tamadun yang diimpikan.

BIBLIOGRAFI
Abdullah, M. A. (2007). Prinsip-prinsip Asas Islam . Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA). Hufy, D. A. (1978). Akhlak Nabi Muhammad S.A.W. http://nurjeehan.wordpress.com/2007/02/02/pelihara-hubungan-baik-cermin-akhlak-mulia/

12

AKHLAK ISLAM, KONSEP DAN KEPENTINGANNYA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

13

Вам также может понравиться